Sunday, September 22, 2013

Jalan --- Mencari kesakitan yang pernah hilang

Aku tak tau kenapa aku tak suka sangat berjalan, mungkin sebab mak ayah aku tak bagi aku berjalan, keluar sangat, takut aku ni lupa daratan dan kawan dengan budak-budak jahat masa aku kecik-kecik dulu.

Entah.

Bila dah besar, aku tak suka sangat bersosial, cuma bersosial di laman sosial, menyorok balik skrin. Itu je lah yang aku mampu buat, nak bersembang bukan main susah lagi.

Tapi art dah jumpakan aku dengan benda yang aku dah lama hilang.

Aku pernah jadi budak yang outspoken, periang, sociable masa kecik-kecik, tapi benda tu hilang sebab kita kena telan dengan hakikat hidup. Isu yang berbelit masuk dalam life kita lama-kelamaan makan kita balik. Aku jadi takut untuk jadi adventurous dalam life.

Tapi art temukan balik aku dengan benda tu.

Lari dari bidang engineering selepas berjaya graduate seorang mechanical engineering dan sambung belajar dalam master in performing arts (drama) adalah antara travel terbesar yang aku buat dalam life aku. Dan selepas jumpa dengan kawan-kawan dari Projek Rabak, kolektif art kat Ipoh, entah kenapa travelling bawak banyak maksud dalam life aku.

Contohnya, untuk tesis, aku gatal cuba untuk research tentang Wayang Topeng di Jogjakarta, topik yang jarang dikaji untuk tesis master di universiti tempatan. Silap. Tak pernah ada!

Tapi aku go on jugak. Redah semua tu. Sebab aku nak seek knowledge. Dalam 2 minggu kat Indonesia. pergi balik antara Jogjakarta - Bandung dalam keadaan tak kenal sorang pun kecuali teman-teman yang di - add di Facebook, itu adalah pertama kali aku buat kerja gila.

Dan aku masih begitu.

Aku sentiasa seimbangkan antara nafsu introvert aku dan travelling - bertemu/kenal orang baru. Sebab aku memang begitu. Tahun demi tahun aku asah diri aku untuk jadi introvert adalah benda yang aku tak boleh nak buang. Tapi dalam masa yang sama, diri aku yang outgoing itu masih ada, menyorok. Cuma dapat ditengok bila aku push sampai separuh mati aura introvert aku keluar, hanya supaya aku dapat memenuhi objektif aku, sebagai contohnya, untuk buat tesis master.

Ah.

Aku secara jujurnya, bukanlah seorang yang perlu sentiasa 'keluar'. Bila letih, aku balik semula ke kepompong. Tapi aku rindukan suasana yang asing. Duduk di tempat asing, tengok pemandangan, dan lukiskan semua ni dalam kepala otak aku.

Semua ni mengingatkan aku kepada momen-momen aku dengan kawan aku di Bandung, minum susu dan mengadap langit sambil bercerita tentang masalah Indonesia-Malaysia yang tak habis-habis, cuba dimainkan oleh ahli-ahli politik.

SCREW THAT CRAP!

Orang Indonesia ada yang baik-baik juga. Kalau tak, tak adalah aku diberi tumpang tidur di rumah kawan aku, Wanggi dan diberi tempat untuk buat show pantomime bersama dengannya di Kedai Kopi Mata Angin, Jalan Laswi. Itu adalah satu perkara yang menggembirakan aku. To be part of that memories is such an honour. Aku tak boleh buang memori tu sampai mati.


Tapi dalam pada aku suka simpan dalam memori untuk semua tu. Aku suka berjalan supaya aku dapat merenung cerita-cerita kesakitan aku yang tak sudah-sudah. Memori yang aku kaut dan tengok balik, letak dan kaut semula, macam gambar-gambar lama. Pudah, ber-oren, terpalit dalam setiap gambar, tapi masih ada untuk ditengok sampai tembus. Perjalanan bagi aku macam-macam benda. Ada yang aku mahukan dan rindu, dan ada yang aku tak mahu, seperti contohnya kesunyian dalam ramai, berjalan di tengah kesibukan kota.

Jalan aku terasa tegar dan tak kekok ketika di Jogjakarta dulu, orangnya ramai dan ramah. Tapi kesunyian itu tetap ada. Separuh suka dan benci. Aku rasa, mungkin aku tak boleh hidup tanpa 'travel'.

Suka dan benci, itu masalah kita kan, manusia?

Tuesday, July 2, 2013

Life. Enjoy.

Macam mana orang nak enjoy hidup dengan kau bila kau pun tak enjoy dengan hidup sebenarnya?
Orang rasa tak seronok kot dengan kau.


Dan apa yang buat kau tak leh nak enjoy pun? Layakke kau depress teruk macam tu?

Tuesday, June 18, 2013

Kilimanjaro bukan dihati aku, tapi kamu.

Si traveller,
takkan mengaku aku ahlinya,
sebab aku tak akan dan tak pernah,


Si pendaki,
dengan peluh dan azam,
takkan mengaku, aku lah yang berada disisinya ketika matahari tegak dan dia masih mendaki.


aku bukan.
aku bukan.

aku cuma si traveller, pendaki hidup,
yang keluar dari comfort zone, mencuba benda baru,
hanya semata kau suka, 
sebab thrill yang hidup dalam cinta aku adalah apabila kau tersenyum,
kompas yang berpusing2 buat kau pening,
itulah aku,
yang sering membuat keputusan, keluar dari keselesaan hidup aku; untuk kamu.

Barangkali Kilimanjaro bukan sahabat aku,
tapi aku dekatkan dia dengan kamu, kalau itu yang kau perlukan.

Aku si pengembara, traveller, pendaki hidup.
Kalau perlu aku ajak Frodo dan Bilbo atau Samwise semata-mata untuk buat kau bahagia, aku sanggup.

Mungkinlah, aku sangat predictable dan membosankan,
mungkinlah lahiriahnya aku ini tidak adventurous.

Tapi Cinta, sayangku,
bila kau dahaga,
bila kau menangis,

aku gali seluruh bukit untuk mencari kesaktian buat penghilang kesakitan kau.

Kalau itu tidak mencukupi, maafkanlah,
aku cuma si traveller hidup dengan kudrat yang sedikit,
bersedia untuk memegang amanah, menjaga kamu dalam rangkulan aku.

Itupun kalau kau sudi,

Ya cinta?

Monday, April 8, 2013

Si Laki dan Si Wanita

si laki dan si wanita

si wanita : mereka semua sanggup seberang lautan api untuk kekasih mereka kenapa tidak engkau?
si laki : mereka semua si bodoh.
si wanita : kenapa? bukankah kau perlu buktikan cinta kau pada ku?
si laki : tak perlu. aku ada di sini, di sebelah kau, mengapa perlu aku seberang lautan api supaya aku mati dan berpisah dengan kau? aku tak mahu.
si wanita : kalau aku berada diseberang sana? Dan kau perlu melintasnya?
si laki : itu lagi bangang.
si wanita : kenapa?
si laki : kalau aku selalu ada disisi kau, macam mana aku boleh terpisah dengan kau begitu jauh?

mata si wanita mula bergenang dan hampir jatuh air matanya, kecewa dengan jawapan - jawapan logik si laki.
si laki pandang, kucup dahi si wanita dan memegang tangannya yang terhias sebentuk cincin sebelum menyambung.

si laki : kau ingat tak janji aku semasa aku sarungkan cincin ini?
si wanita cuma memandang.

si laki : aku akan berada di sisi kau selalu, dan aku takkan biarkan kita berpisah walau seketika, biar aku mati dalam percubaan aku untuk tak berpisah dengan kau, walau susah macam mana pun, sekurangnya hati kita masih bertaut.

si wanita mula tersenyum gembira.

*kelekuk*

si laki ketuk kepala si wanita.

si wanita : kenapa? - tanya si wanita

si laki : tapi aku juga kawan terbaik kau, jadi jangan pikir yang bukan - bukan ya, kalau tak, aku campak kau dalam lautan api tu baru tahu, huh!

si laki mula memandang laut biru petang itu dengan muka yang konon macho.
si wanita tersenyum malu memandang si laki, dia tahu, itulah rakan dan kekasihnya yang akan menemaninya selalu.

-habis berangan-

Friday, April 5, 2013

Katakan.

Katakan.
Bahawa mata lebam itu tandanya kau pernah menangis.
Dan pernah sakit.

Katakan.lah.

Friday, March 1, 2013

Masalah

antara cara - cara menangani masalah adalah dengan mengaku yang anda ada masalah,

aku ada masalah,

dari segi psikologinya, mak bagitau aku, masa kecik aku bercerai susu awal, makanya bila membesar, dengan penyakit AvPD positif (mungkin dah makin baik) aku ada masalah untuk berkomunikasi, apatah lagi untuk bercinta dan mencintai.

aku rasa lepas ni kalau aku betul - betul bercinta (kes2 sebelum ni semuanya aku syok sendiri jer) aku rasa itu adalah keajaiban ke 8 dunia, kalau betullah 7 keajaiban dunia tu betul2 ajaib.

ataupun mungkin kalau aku kawin tanpa dirancang keluarga (dikenenkan keluarga maksud aku) itu juga satu keajaiban.

dan sekarang aku ada masalah, hatred cinta, hanya sebab aku gagal dan gagal lagi, maka aku tak melihat cinta tu sebagai satu agenda utama hidup manusia, malah agak benci juga mendengar orang - orang menyebut tentang cinta, seolah - olah tiada agenda lain dalam hidup nampaknya, maksud aku, cinta kasih kekasih, bukanlah cinta secara universal, kerana aku juga percaya cinta kepada orang - orang sekeliling dan juga haiwan dan tumbuhan, itu wajib.

sebelum aku membebel dengan lebih jauh, eloklah aku rilek2 dulu.

fokus untuk proposal tesis. kamon!

Friday, February 8, 2013

Review Album Terbaru Space Gambus Experiment

Assalamualaikum w.b.t,


kali ni aku nak reviu album terbaru space gambus experiment. Aku bukanlah orang yang benar2 layak untuk review secara lengkap album ni sebab aku bukan dari background music yang betul - betul teknikal (ye lah, amek ujian ABRSM piano pun sampai gred 5 je, tak habeh, ha ha ha). Tapi aku akan banyakkan komen dari segi estetik bunyi yang SGE cuba sampaikan.

track pertama album ni dah buat kau rasa nak dengar lagi dan lagi, iaitu The Earth is Not My Home, I'm Just Passing By. Melihatkan tajuk - tajuk album ni, Kamal Sabran cuba nak tapau Iron Maiden yang terkenal dengan track - track panjangnya, tapi Kamal Sabran buat tajuk panjang - panjang plak, ha ha ha. Dengan beberapa elemen yang sedikit prominent yang ditambah dalam album ni macam suara digital (yang aku tak reti sebut istilah teknikalnya) lagu ni berjaya bagi satu mood untuk starting mendengar, lagu pertama ni dah buat aku rasa nak dengar banyak kali, progression yang menarik dan melodi yang sedikit sayu, betul - betul terasa macam kau ada kat angkasa lepas dan sekarang melalui bumi.

track kedua, At The Touch of Love, Everyone becomes a poet, adalah lagu dengan mid tempo, tak terlalu laju dan tak terlalu cepat. terasa seolah - olah kau tengah mellow dan psychadelic sket. Penggunaan audio suara orang baca puisi buatkan track ni macam stail2 retro sket, boleh dikatakan lagu ni tak terlepas dari signature SGE untuk album kali ni, iaitu bunyi recording tape yang sangat2 vintage soudnya. Irama eerie dari track pertama dibawak masuk dan feel space masih lagi digunakan untuk menyedapkan rasa.

track ketiga, Follow your moonlight, don't hide the madness sedikit pantas lagunya dan rancak, sound kali ni lebih kepada beat dan sangat jelas sound dram yang ditonjolkan. Sedikit dark dan masih lagi psychadelic, permainan rolling snare dan cymbal seolah - olah sekarang ni ada watak dalam satu movie tengah lost dan cuba mencari, nah, berikan lagu ni kepada sesiapa untuk diteka tajuknya, sudah tentu mereka akan teka macam aku. ha ha ha.

track keempat, Dalam gelap kenal cahaya, sekali lagi amat tepat tajuknya, dengan lagu yang menimbulkan kesan - kesan optimis, sound gambus kedengaran dengan sangat prominent sepanjang track dijalankan dan ditambahkan pula dengan suara - suara merapu bagi menambah perisa unsur mistik. terasa macam kat dalam ritual orang - orang aborigins pun ada, ha ha ha. Buat kau terasa macam ada kat afrika.

Track keempat agak pendek, berdurasi hampir tiga minit, iaitu Living is easy with eyes closed, lagu ni agak catchy dan dark sikit tapi agak kuat beatnya, dan rancak. Pertembungan antara beat, sound digital dan efek berselirat antara satu sama lain, as if berada di puncak sesuatu, mungkin sebenarnya lagu ni menyambung progression track yang sebelumnya? disini juga kedengaran suara orang membacakan puisi.

Track kelima yang bertajuk Inner search, healing school sekali lagi menggunakan suara digital diubahsui, namun penggunaannya sangat prominent disini, lagu ni tidak meneruskan kemuncak track yang sebelumnya namun lebih kepada peleraian dari bunyi - bunyian yang agak keras dalam track yang sebelumnya, lagu ni bagi aku agak sweet la jugak, aku cadangkan lagu ini kau letak la masa nak propose awek untuk dibuat bini ke aper ke, atau kasi kat bini ke, tapi hati - hati sket, sebab kat penghujung lagu ni agak bingit sket, but nonetheless lagu ni antara track yang menarik dan mungkin 'kawan' kepada pulang kekanda bulan dalam album yang sebelumnya.

track keenam pulak berbunyi agak cuak dan kelam kabut, macam dikejar sesuatu, mana taknya, lagu dia bertajuk What you seek is seeking you. Aku boleh kategorikan lagu ni sebagai top three lah dalam album ni.dengan bunyian snare serta cymbal awal - awal tadi yang menambahkan kesa- kesan cuak, pada pertengahan lagu ni berubah jadi mid tempo dan kemudian kembali kepada bunyian cuak yang awal - awal tadi dengan penambahan bunyi terompet sebagai unsur eksperimental yang diletak sebagai perisa dalam lagu ni. lagu ni ditutup dengan beat yang sangat mencuakkan dan sangat serabut, wah, korang kena try dengar dan hayati komposisi lagu ni.

track ketujuh aku pernah review dulu, boleh cek kat link sini, aku tak sure adakah terdapat perubahan dalam track yang aku dengar sebelum ni? itu, korang kena cek sendiri, ha ha ha.

track kelapan aku tak sure adakah sama dengan track pengembara cahaya yang ada dalam album dulu, sebab makna tajuknya sama, the light traveller untuk album kali ni. Sekali lagi suara digital menjadi unsur prominent dalam album kali ni, dengan penambahan sound dram yang agak kuat dan juga suntikan dari gamelan menjadikan lagu ni seolah - olah macam techno sket. kali ni ada suara jepun ler pulok dan pada penghujung track sound dia ubah seolah - olah unsur epic dan timur tengah - hindustan tu bergabung ler pulok, mungkin   pengunaan key minor yang agak kuat kot kat sini.

track sembilan bertajuk the wound is a place where the light enters you, lagu ni agak hepi dan tekno sket. Beat dan suara digital sekali lagi menjadi unsur penting dalam track kali ni, kiranya lagu ni boleh buat joget ler jugok, disebabkan keteknoannya tu. ha ha ha. dan sekali lagi sound eerie (stail filem2 scary lelama) dimasukkan menambahkan lagi kekayaan track ni.

track terakhir iaitu track ke sepuluh yang bertajuk one day i will find the right words and they will be simple ni agak rancak juga bunyinya, namun agak slow pada tengah dan kemudian progress kepada sound yang lebih berat dan heavy dengan bunyian gitar (kot), aku yakin itu sound distortion gitar. Sound gambus pula terpaksa menyorok dalam distortion gitar tu, mungkin nak mengingatkan kepada pendengar yang ini adalah band space gambus experiment. Lagu ini adalah pilihan yang terbaik untuk menutup album ni.

komen terakhir aku mengenai album baru space gambus ni, elemen2 tekno tu mungkin lebih menyerlah berbanding dengan album dulu, seolah - olah aku macam tengah mendengar album kedua serj tankian. Namun sound yang lebih oriental, lebih traditional agak kuat dalam album kali ni, memberikan perasa yang lain, terutama dalam beberapa track macam track pertama, track enam dan tujuh. Dan track - track ini juga antara track yang aku syorkan untuk korang dengar, jadi jangan lupa dengar ok?

go buy diz album when it's out!!!!!
it's freakin inspiring, plus, it's fun to listen too. :)