Friday, December 31, 2010

New Year?







Assalamualaikum w.b.t,

apa significant tahun baru pada aku?

ntah, takder aper2, bagi aku hari esok adalah hari esok, tak kisah esoknya tahun baru ke aper ke, tapi apa yang membezakan hari esok dan hari ini adalah berkurangnya sehari untuk kita beribadah pada DIA, tuhan kita, dan terlepasnya berbillion peluang untuk berbuat amal dan memperbaiki diri untuk DIA

komen aku pada tahun 2010?

tak ada apa2, sebab sama saja 2009 dan 2010, atau pun 1989, setahun selepas aku lahir pada 1988, iaitu ia memberikan aku peluang untuk membesar bagai sekuntum bunga ros, atau pokok kaktus, dan seharusnya tahun 2011 aku perlu cari peluang lagi untuk perbaiki diri aku, terutama dalam hal2 berkaitan dengan DIA, dan aku juga aku mempersiapkan diri aku untuk jadi bapak orang, suami orang, sebab masa mungkin tak lama lagi, mungkin juga esok aku dapat kawen free macam Ahmad Albab, siapa tahu? takdir bukan di tangan kita bukan?


maka aku kena belajar untuk jadi matang, setiap hari dan setiap masa

tahu bangun awal pagi

renung dalam hati dan cuba melihat DIA dalam hati

menangisi kerugian peluang2 hari semalam yang terlepas

dan memperbaiki diri

ah

biarkan saja semua itu berlaku

namun aku disini ingin mengajak anda semua

jadilah hamba yang lebih baik terhadap DIA

tahun yang bersilih ganti bukan alasan untuk kita bermalasan

dan tengoklah langit malam ini, bukan kerana mercunnya

tetapi kerana melihat keindahan alam milik Sang Pencipta

after all

udara yang anda sedut

tanah yang anda pijak

keluarga yang anda ada

nasi yang anda makan

tangan yang mengorek idung

bukankah itu semua nikmat dariNYA?

maka apa tunggu lagi

mari jadi lebih bertaqwa dan beriman setiap minit dan saat yang berlalu

jom?






p/s : senyum selebar suria yang memancarkan cahaya untuk hari2 esok, menangis seperti ribut yang melanda pantai untuk hari semalam yang rugi, namun sandarkan segalanya pada DIA, dan bermandilah dengan cintaNYA yang tak pernah lokek walau sedetik cuma.... :)

Wednesday, December 29, 2010

Hero

Assalamualaikum w.b.t,

kadang2 aku nak jadi ni


atatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatatata (kau kiralah braper banyak)

atau pun jadi ni


oh bukan doc samson, she-hulk, fantastic four atau spider-man, tapi HULK

HULK SMAAAAAASHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

oh bukan sebab nak jahanamkan harta benda awam, apertah lagi wat nak bunuh orang, bukan2......

tapi sebab nak selamat kan yang ni

atau yang ni

atau ni juger



atau pun yang ni


yang ni dah semestinya... :)

cik su cik sayer masa baru lahir :)

 ha ha ha ha, yang ni wajib ya?

 dari kiri : badudu, danish (ader macam muker aku tak budak ni? :P )

tapi takperlah, aku patut target jadi macam ni ja nanti.... :)

Alfan bin Mimbar, hero aku sepanjang zaman, aka bapak aku! :) comel kan diorang berdua ni? :P
masa ni baru balik umrah si budak danish ni tak ikut, tapi kami belikan baju untuk dier je, sonok dier pakai baju ni, :P


kenapa aku nak jadi hero?
aku nak serap semua kesakitan dunia samada yang nampak atau tidak
aku nak tarik segala kebencian
aku nak tarik segala akar permusuhan
aku nak cabut segala sumbu kemusnahan
biar yang ada cuma ada perasaan cinta kepada alam, binatang, dan DIA tuhanku, tuhanmu, Allah SWT

tapi itu tugas sukar, dan bukan tugas seorang hero, tetapi tugas hero2 yang lain juga, sepertimana yang telah dimulakan oleh nabi2 dan rasul2 terdahulu dan diakhiri dengan tugas Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW (siler selawat ke atas baginda ya?) dan disambung oleh para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in dan seterusnya.... :)


maka, dunia, ceritakan kesakitanmu padaku, biar aku serap semuanya
ketika nafas masih lagi ada dalam diri ini

:)

p/s : jangan lupa juga pada tempat abadi kita - akhirat!



nah, tengok video yang comel ini, aku seprais tengok ending dier, muzik video dari band post - grunge yang aku minat, foo fighters dengan lagu my hero! (tepuk tepuk)

Tuesday, December 28, 2010

Bila

Bila mentari telah padam sinarnya
bila bulan tidak lagi secantik kata
bila tuhan hanya pada kepingan harta
bila nabi hanya dongengan semata
bila berserban dikata pendusta
bila pendakwah digelar orang yang hina
bila tangisan hanya lagu merdu si zalim
bila kata hanya mengeluarkan dusta
bila syaitan itu sahabat sejati
bila iblis ketua yang dipuji
bila dajjal adalah sinar sang mentari
bila ujian itu satu bentuk gigi emas yang pudar
bila ketentuan itu boleh dibeli
bila hitam itu tanda sorakan gembira
bila putih itu dikata golongan bodoh semata

maka tunggulah kata putus dari DIA untuk segalanya......

Sunday, December 26, 2010

Rindu Dia

Kipas berputar ligat dengan kelajuan maksimum

Salleh yang terbangun, terkebil - kebil melihat kipas siling itu, dia cuba mengira - ngira berapa banyak bilah kipas tersebut kerana dia dapat melihat dan mengira satu bilah kipas yang sedang berputar laju, kelebihan? entahlah.

kepalanya berat dan dia sangat mengantuk ketika itu, dia cuba mencari - cari jam untuk melihat pukul berapa sekarang.

"5 pagi?"

ah, awal lagi, kenapa dia perlu bangun pada seawal pagi ini?

dia melihat - lihat kawasan tempat dia tidur

Solehah

isterinya pula sedang nyenyak tidur, namun dia tersenyum dalam tidurnya, mungkin gembira menyambut hari lahir jadinya pada malam tadi dibawa hingga ke mimpi.

"gilo budak ni senyum2 masa tido"

kata salleh dalam hatinya, ah, dia perlu tidur semula, namun, hatinya tidak mahu buat begitu, hatinya terdetik untuk melakukan sesuatu pada awal pagi, tetapi apakah dia?

menonton bola?

bukan

main PS3?

bukan

makan?

takkan makan pagi - pagi begini?

bukankah dia baru sahaja makan semasa menyambut hari jadi solehah pada malam tadi?

ah, apakah dia, lalu dia melihat - lihat sekelilingnya, mungkin ia akan memberinya idea tentang perkara yang dia ingin buat pada awal pagi ini, namun kepalanya berat, dan dia pula harus pergi kerja pukul 7.30 pagi, kerana tempat kerjanya agak jauh dan mengambil masa sekurang - kurangnya setengah jam.

dia terlihat sesuatu yang cukup biasa buat pandanga matanya, dan kebanyakan orang lain.

sejadah

ya, kenapa dia tidak terfikir tadi? bukankah pagi - pagi begini elok untuk bangun awal dan menambah pahala mencari berkat dan rahmat dari Allah SWT?

lalu Salleh bersiap - siap untuk menunaikan ibadah sunat, setidak - tidaknya, dapat mengerjakan tahajjud pun sudah mencukupi, itupun kalau dia tidak mahu buat solat sunat tasbih, tetapi masa banyak lagi, dan rasanya dia mampu untuk melakukan kedua - dua ibadah sunat ini sebelum masuknya subuh.

namun langkahnya terhenti sebelum memasuki bilik air untuk mengambil air sembahyang.

Solehah

"ha ha ha, bagus juga aku kena kan budak ni pagi - pagi macam ni"

detik hatinya

lalu dia mengambil secebok air didalam kolah didalam bilik air, perlahan - lahan, dia tuangkan ke muka isterinya yang sedang nyenyak tidur. Bagai ikan yang baru ditangkap dan diheret ke darat, isterinya itu tercungap - cungap mencari nafas yang hilang akibat curahan air oleh suaminya itu.

"woi, aper curah kat muka orang ni? ada ape? nasib baik tak mati tau, kalau tak nanti, pagi - pagi awaklah yang buat sarapan sorang - sorang, baru tau saya tak ada nanti macamaner...."

bebel Solehah

bebelan isterinya itu langsung tidak membuatkan Salleh marah, malah, dia menggelakkan sahaja isterinya itu yang sedang basah kuyup akibat disiram sebentar tadi. Solehah melihat dan merenung tepat mata suaminya itu, apakah dia gila mengejutkan dia dengan menyiram begitu?

"apa awak ni buat saya macam ni? dah la siram saya macam ni, pastu gelak - gelak pulak, pukul berapa dah sekarang ni?" tanya Solehah

"pukul 5 daa......ha ha ha ha ha ha, eh, awak nampak comel lah sayang, dengan basah macam ni, macam artis ambil gambar dalam majalah mangga pulak, ha ha ha ha ha ha...." gurau solehah

"heeeeee!!!!!" Solehah mencampakkan bantal ke muka Salleh, dan Salleh makin kuat gelaknya dengan perangai isterinya itu.

"dah, dah, saya tahu awak boleh sembahyang kan? jom Qiam nak?" ajak Salleh

"tak mau, penat, orang nak sambung tido lah! esok nak pergi kerja lagi, ah, tapi macamana, tengok tilam dah habis basah dah, saya tido luar jer lah macam ni" rungut Solehah.



Solehah mengambil bantal - bantal yang tidak basah dan bergerak keluar bilik, tidak mempedulikan suaminya, dia perlu cepat, jika lambat, entah apa pula yang akan dilakukannya oleh suaminya nanti.

namun Salleh dengan pantas mencapai Solehah, di memeluk isterinya dari belakang, Solehah semakin keliru, kenapa pula suaminya tadi yang berperangai kebudak - budakan memeluknya dari belakang pula kali ni?

"sayang, jom lah Qiam sama - sama, dah lama kita tak Qiam sama - sama kan? tak best la kalau abang buat sorang - sorang jer, kan selama ni pun kita selalu buat banyak mender sama - sama? memasak, berkebun, makan pun sama - sama kan?" kata Salleh dengan lembut.

kata - kata terakhir Salleh tadi buat Solehah ketawa kecil.

"aper lah awak ni, pelik - pelik jer kejutkan saya macam tu, lepas tu nak Qiam sama - sama, boleh jer, tapi tilam tu nanti awak jemurkan boleh?" balas Solehah, sambil memegang tangan suaminya yang masih memeluknya erat.

"boleh, tapi awak kena tolonglah, berat tau tilam tu, mau patah pinggang saya nanti" gurau Salleh

"padan muka, sapa suruh buat kerja tak pikir dulu" Solehah menyindir Salleh, kalau lelaki lain mungkin sudah berang bila isterinya berkata begitu, namun Salleh hanya tersenyum.

mereka kemudiannya bersiap - siap untuk menunaikan ibadah sunat yang sangat dituntut oleh Islam, apatah lagi bagi mereka yang telah berkahwin, bertambah - tambahlah pahala jika dilakukan bagi mereka yang telah berkahwin, namun pada pagi itu, bukan pahala yang mereka cari, namun penghargaan yang ingin mereka hamburkan kepada yang Esa, Allah SWT, mensyukuri segala nikmat kebahagiaan rumahtangga yang telah mereka capai, meskipun mereka baru berkahwin  2 tahun lalu.

ketenangan pada pagi itu merentap jiwa mereka, tanpa disedari, perlahan - lahan air mata jatuh berjurai di pipi Salleh, ya, dia tahu kebelakangan ini dia sibuk bekerja, malah kerja lebih masa membuatkan dia tidak mempunyai kekuatan untuk Qiam di awal pagi. Malam hujung minggu pula dia hanya memperbanyakkan rehat yang sangat - sangat diperlukan olehnya untuk mencari memulihkan kekuatan bagi kerja pada minggu hadapan pula. Pagi itu dia rasa sangat bersalah, kesibukan mencari kerja, sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan Qiam, kerana Rasulullah yang mentadbir negara dahulu pun mampu untuk bangun awal mengharapkan rahmat dariNYA, benarlah bahawa jika kita membantu agamaNYA, Allah akan membantu kita.

Solehah juga begitu, jauh didalam benak hatinya, dia rasa sedih, kenapa dia mampu menyambut hari lahirnya hingga larut malam tetapi tidak mampu untuk bangun Qiam? bagaimana pula jika mereka dikurniakan cahaya mata nanti? maka mereka tentu akan menjadi lebih sibuk, terutama dia, yang berperanan sebagai seorang isteri yang tugasnya membesarkan anak - anak. Maka dia perlu melatih dirinya untuk lebih berdisiplin, dan mampu bangun Qiam pada masanya yang sama, dia tak mahu kelemahan hatinya buatkan dia rasa berat hati untuk bangun awal pagi, terlalu banyak ganjaran dan hadiah yang diberikan Allah untuknya, kehadiran Salleh dalam hidupnya, kerjanya, dan kemudian mungkin anak - anaknya, maka apakah penghargaan yang sesuai buat yang menciptakan dirinya dan segala nikmat yang dikurniakan jika tidak dengan membalasnya dengan ibadah?

air mata mereka kian kering, sejadah dilipat semula dan disusun ditempat asal ia diambil.

Salleh merenung Solehah dengan pandangan sayu sambil tersenyum, barangkali pandangan tersebut membawa makna yang sangat mendalam, kesyukurannya terhadap kehadiran isterinya, Solehah, yang jua seperti namanya, seorang yang mencari - cari dimana rahmat Tuhan yang menjodohkan mereka berdua.

"awak, dah nak subuh ni, jom kita ke masjid nak? kita naik motor sajalah ya? jimat sikit minya nanti..." ajak Salleh

Solehah memandang dan mengangguk dan tersenyum, dalam senyuman itu dia juga bersyukur kerana mempunyai suami yang sangat giat mencari cahaya Allah SWT, rahmatNYA, cintaNYA, ya, dia bukanlah seorang yang nampak alim, sederhana orangnya, tidaklah ke sana ke mari memakai kopiah, dan dia bukanlah seorang yang giat dalam pertubuhan dakwah, cuma apa yang menarik hati Solehah kepada suaminya adalah ketekunan Salleh dalam mencari erti sebuah cinta yang jauh lebih bermakna dari cinta dia kepada suaminya, iaitu cinta Allah SWT, barangkali sudah jodoh, dan Dia lebih mengetahui yang terbaik buat mereka, dan yang terbaik buat Solehah, adalah Salleh, si pencari cinta abadi.

perlahan - lahan Solehah merapati Salleh, dan dia memegang tangan Salleh, kemudian mencium tangan suaminya itu dengan penuh kasih sayang dan kesyukuran.

"oi, awak ni, alahai, kan dah kena ambek air semayang balik, aduhai, nak salam pun tunggu lah lepas subuh nanti, nak pergi kerja ke...." rungut Salleh.


"padan muka awak, ha ha ha ha, alah, nanti awak ambillah air sembahyang kat masjid sana" balas Solehah

"ya lah tu, elok ambil air sembahyang sekarang, lebih elok..." rungut Salleh lagi.

"buwekkk!!!!!!" ejek Solehah sambil menarik kelopak matanya kebawah tanda ejek.

"ooooo, main - main dia ni ye, jage ko, nah amek ni...." Salleh dengan pantas memegang kepala Solehah, Solehah cuba mengelak, namun tidak berjaya. Salleh dengan perlahan - lahan merapatkan bibirnya ke dahi Solehah, kemudian merenung kembali ke mata cinta hatinya itu.

"I thank HIM for giving me one of the best thing that happens to me; you..." Salleh terus tersenyum, dan mata mereka bertemu, tiba - tiba suara azan kedengaran menandakan telah masuknya waktu subuh, mereka cepat - cepat menuju ke arah motor, Solehah membukakan pintu pagar sementara Salleh menghidupkan enjin motor.

"Sayang, seronok kan bila dapat lepaskan rindu?" tanya Salleh kepada isterinya.

"rindu pada siapa? abang ni ada skandel yeeeeee?" gurau Solehah.

"ha ha ha ha, boleh juga...." balas Salleh, Solehah kemudian mencubit lengan suaminya itu.

"adoi sakitlah, ha ha ha ha, tak lah, rindu kat DIA, yang menemukan awak dengan saya...."

mereka berdua tersenyum, Solehah memeluk erat suaminya, bukan kerana takut jatuh semasa dalam perjalanan ke masjid, namun dia ingin memeluk erat perhubungan halal mereka, sebagai suami isteri, dan berharap agar masjid yang dibina mereka penuh dengan rasa cinta dan ketaqwaan terhadapNYA.

dalam hati Solehah terdetik....

"jika ini cinta yang kau berikan padaku ya Rabb, maka jangan pernah kau tarik rasa cinta ini, kerana aku tak mahu lepas dari perasaan cinta ini, cinta kepadaMU....."

 

 



 

Saturday, December 25, 2010

Jurnal Musafir Sang Seniman 2 : Jibam

Asalamualaikum w.b.t,

"Kalau Kau Menjadi Aku, Aku Yakin Kau Mengerti"

 begitulah tagline novel Jibam yang ditulis oleh Ujang ni, ya, aku memang jarang baca novel, sebab aku jenis visual, maka aku lebih suka baca komik dari baca novel, bosan, tak banyak visual, kalau nasib baik, adalah sisipan ilustrasi kat dalam, kalau tak, cuma tengok kulit buku ja lah, ho ho ho ho.....


 kulit buku edisi awal


kulit buku edisi terbaru, yang ni yang aku beli tu, hard cover bai, taat setia pada brader ujang punyer pasal, ho ho ho ho



tapi apa yang aku dapat dari tagline ni adalah sebenarnya seperti memberitahu aku, supaya jangan terlalu cepat menghukum sebarang watak dalam cerita ini, meski teruk macamana pun, baca lah cerita ni sehingga habis, dan punca permasalahan yang melanda kampung belulang.

Sinopsis

Suman berpindah ke penempatan baru, meneroka tanah2 oleh kerana mahu lari dari realiti pahit yang bercanggahan dengan agama bilamana dia dianggap dukun yang hebat oleh orang kampungnya sebelum ini, mampu menghilangkan luka dengan amalan2 tertentu. Tidak mahu menjadi riak dan takbur, dia berpindah, namun di kampung barunya, Piah, isterinya, telah melahirkan anak, namun anak ketiganya ini berbeza dengan anak2 yang sebelum ini, 'istimewa' adalah perkataan yang tepat untuk anaknya ini. Tuk Ngah Sudin, kawan baiknya yang dibawa menumpang ditanah yang diteroka, pada mulanya bersyukur, kemudian telah berniat jahat untuk merampas tanah rakannya itu demi dibuat harta peninggalan buat anaknya, dan rancangannya berhasil, dia telah membunuh rakannya itu dengan menolaknya jatuh ke lereng yang penuh dengan buluh2 tajam, membunuh rakannya itu serta merta. Dengan bantuan anaknya yang juga pegawai daerah, kebanyakan tanah2 Suman telah diletakkan dibawah namanya di dalam geran, menjadikan dia pemilik tanah2 tersebut. Beberapa tahun selepas itu, Kadir aak Suman yang kedua mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan ingin mengesyaki ayahnya itu hilang gara2 Tuk Ngah Sudin, Fakir, anak sulung Suman pula tidak mahu mengambil tahu tentang perkara tersebut, di dalam kepalanya hanyalah ada Miah, anak Tuk Ngah Sudin yang ingin dikahwininya walaupun terpaksa menggadai tanah ayahnya untuk belanja kahwin. Jibam, anak bongsu Suman pula tidak habis2 di tindas oleh orang kampung, dipukul, dibuli, dibelasah semahu2nya kerana kecacatannya oleh insan2 yang dahulunya menumpang ditanah Suman seperti Usin Singai, Tuk Ngah Sudin. Namun segala misteri kehilangan Suman terjawab, apabila Usup Kidung, rakan baik Suman, menemui mayatnya jauh di dalam hutan, namun bukti - bukti yang dijumpai tentang penglibatan Tuk Ngah Sudin tidak dihebohkan, kerana mahu mengelakkan dari pertumpahan darah berlaku antara Tuk Ngah Sudin dan anak2 Suman, Fakir dan Kadir. Tuk Ngah Sudin yang semakin tidak waras akibat rasa takutnya terhadap rahsianya yang akan terbongkar akhirnya gila dan menjadi kawan baik Jibam yang dahulu dibenci, kini Jibam tidak lagi berseorangan.



Sedikit Review

Aku jarang baca novel, dan tak la braper terer nak komen teknik penulisan brader Ujang, tapi bagi aku, brader Ujang berjaya buat novel yang bagi aku cukup ringkas dan cukup padat, serta tepat dan kena dengan tagline novel ini sendiri "kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti". Cuma sebab aku watak nya agak banyak dan kadang2 aku jadi keliru yang mana satu waktu utama dan watak sampingan, namun tu mungkin kelemahan aku sebab tak berapa gemar baca novel sangat.
Dalam Kepala Otak Aku

Dalam sementara aku menunggu bas dari pukul 12 sampai kul 2, akibat tersalah beli tiket, buat penat aku cakap kul 12 malam, skali dier bagi 12 pm, tengahari, mampus aku kena cari bas lain tengah2 malam kat bukit jalil, nasib baik dapat jumper gak bas yang nak ngantar aku balik ke Teluk Intan, kalau tak, tido la aku kat situ sampai esok pagi, dengan nyamuk2 yang sentiasa dahagakan darah aku yang macho ni, ho ho ho ho.

maka aku kelaskan pandangan aku ni kepada dua watak penting, iaitu :

1.Jibam (Protagonis)
2.Tuk Ngah Sudin (Antagonis)



betul la kan? Protagonis tu baik dan Antagonis tu jahat kan? entah, aku dah luper dah.


Jibam

sesungguhnya banyak mender yang aku pk melalui watak Jibam ni, dan pada awalnya, aku dapat tangkap, bahawa cerita Jibam ni, memang Isu utama brader Ujang dalam idup dier, bagaimana perangai orang kampung terhadap insan2 yang seperti ini kat dunia ni, ada yang menyayangi mereka, namun lebih ramai yang membenci dan membuli mereka, ya lah, kalau korang jumpa dengan budak yang istimewa, yang suka toreh tayar basikal, cat basikal korang warna biru, sapa jer pun yang dapat tahan kan? dan kenapa aku cakap ini isu besar brader Ujang, sebab cerita macam ni ada 3 versi, bukan 3 versi, 3 cerita berlainan, namun mengetengahkan watak yang sama.
ni ilustrasi watak Jibam oleh brader Ujang
 ni pulak cerita Abe, yang aku rasa storyboard dier brader Ujang yang buat, pelukisnya adalah Aie


Ni plak Aca, sebelah kanan tu Atuk, masa cerita Aca ni brader Ujang masih lagi dalam gila2 dan belum buat lagi majalah Ujang

dari ilustrasi pun korang leh nampakkan persamaannya dalam watak2 ni? apatah lagi perwatakan mereka, memang lebih kurang sama, dan aku rasakan Aca ni memang betul adik Ujang, aku tak tahulah betul atau tak, tapi aku rasa, cerita aku budak minang dan Aca merupakan cerita mengenai dirinya yang datang dari Negeri Sembilan. Aku dah ada semua cerita2 ni, dan aku sangat rekemen korang untuk beli, best wooo, mesti korang nanges masa baca, ataupu setidak2nya berfikir panjang. 


maka aku berfikir, kenapa ada wujudnya orang yang tak bertimbang rasa macam ni?
memang ada yer?
apa yang menyebabkan mereka marah sebegitu pada insan2 istimewa ini?


aku bukan menyalahkan mereka, cuma aku nak tahu, apa yang bermain dalam benak mereka, apa yang menyebabkan mereka marah, sesungguhnya, belajar sepam dua psikologi dan kaunseling dari kakak aku, buat aku berfikir, apa isu diorang sebenarnyer?


antara yang aku boleh agakkan adalah superiority, ya, sifat rasa diri diorang lebih kuat dari orang lain, orang yang kurang upaya ni, menyebabkan diorang rasa mudah untuk buli, mudah untuk rasa bangga, lepas jer menindas orang2 seperti ni, aku rasa, dalam struktur masyarakat, memang banyak jer orang macam ni, tak kira bangsa atau agama, ya lah, dalam penganut Islam sendiri pun ada, yang aku sedia maklum memang lengkap, jadi yang lain tak payah ceritalah.

dan orang2 macam ni, aku lagi kesian sebenarnyer, sebab bagi aku, dioranglah yang lebih sakit dari insan2 seperti Aca, Jibam dan Abe, sebab diorang tidak punyai sifat sempurna seperti mereka, iaitu Tiada Dendam, Tiada Isu. Bagi aku diorang tak ada Isu, dan hari2 sama saja, diorang tak pulak nak pergi bakar rumah orang2 yang buat khianat kat diorang, ya, mungkin sesetengah kes gila tu ada, tapi bagi aku, diorang ni macam insan yang tak bersalah, dan innocent, jadi tak hairanlah kenapa Allah tempatkan orang2 macam ni dalam syurga, dan tidak diwajibkan sembahyang serta ibadah2 lain, kerana mereka lebih baik dan suci dari kita, yang penuh isu, dendam, benci, dan perlu berlawan dengan nafsu serta syaitan sepanjang masa.

maka kalau korang marah kat diorang, korang benci, korang anggap diri korang bagus, aku cuma cakap

HA HA HA (tiga titik)

sila tengok diri anda masing2, anda jauh lebih cacat dari mereka sebenarnya, tak percaya? tak mengapa, tapi fikirkanlah aper yang aku nak cakapkan ni.
Tuk Ngah Sudin

aku baca awal2 cerita ni, tuk ngah ni memang lahanat punyer jahat, mau taknyer, dah duduk menumpang tempat orang, pastu nak mengambik harta orang, tak per la lagi, gi bunuh plak tuan tanah tu, dan tipu orang, dan amek secara menipu, kalau nak  ikutkan, memang perangai aku macam kadir dalam citer jibam ni, panas baran, semua mender dier hentak kalau tak kena gaya, usin singai tu pun dier tumbuknyer biler dier buat citer pasal suman, ni kan plak bunuh bapak dier, memang dier ngamuk betul la, mahu dier cincang orang tua tu lapan kerat.
tapi layak ke untuk aku  menghukum tanpa memikirkan permasalah utama tuk ngah yang menjuruskan dier buat macam tu?

dia jahat sebab dier bunuh Suman, kawan baik dier dan yang bagi dier tanah
dier jahat sebab berkomplot dengan anak dier untuk amek tanah



tapi dalam masa yang sama, persoalan, isu tuk ngah juger diutarakan dalam cerita ini.

dier risaukan anak dier miah,
dier dulu tak bersekolah, dan memang buta huruf,
dier duk sorang2, sunyi
anak laki dier memang tak jengok dier kat umah

aku tahu, nampak belum lagi justify aper2 pun yang dier dah buat, tapi aku rasa, persoalan yang berada dalam benak hati tuk ngah adalah lebih kompleks dari aper yang diketengahkan dalam novel ni, sebab dier menolak suman ke gaung lepas dier merawat tuk ngah yang terkena duri pokok aper ntah, masa tu kaki dier penuh bisa, dan memang susah nak merawat, dengan skill suman, dier berjaya elokkan kaki dier, dan masa tu kepala tuk ngah bermain dengan pelbagai persoalan, yang akhirnyer dier putuskan untuk menolak, membunuh suman.


nampak tak aci kan?

tapi Allah itu maha mengetahui, sebab tuk ngah pun dihantui dengan perasaan2 dier yang membuatkan dier giler dan....

ending yang aku tak sangka2, iaitu akhirnya, Tuk Ngah gila, dan jadi teman kepada Jibam, Jibam yang dier cukup benci, yang dier pukul, disepak, dibelasah, akhirnya jadi kawan dier, dan yang bestnyer, Jibam langsung tak amek hati, dan tetap menganggap dier sebagai teman dier. sweet kan? :')


jadi, para pembaca, sebelum baca citer jibam ni, bersihkan hati anda dahulu, pegang kata2 tagline dier....

dan jangan cepat menghukum situasi, dan bersabarlah, sesungguhnya Allah itu maha adil dalam menetapkan sesuatu perkara itu. Dan akhirnya tuk ngah sudin menemui jalan yang terbaik dier untuk menebus dosa dier, dengan menjadi rakan baik Jibam yang dier benci dulu.

biler novel ni dijadikan filem, aku nak tengok citer dier....

dan novel ni buat aku berfikir

kalau lah aku dapat selami kesakitan manusia tu, tentu best kan dapat tolong diorang?
sebab kesakitan luaran, boleh dilihat, tapi isu, kesakitan dalaman, takkan dapat dilihat, kecuali anda kenal orang tu betul2, dan dier mahu berkongsi masalah dier dengan anda.......

sapa kata kaunseling, psikologi ni ilmu tak penting?

kalau anda ada ilmu2 ni, dah tentu usaha dakwah akan lebih berkesan, tambah2an lagi untuk saudara2 kita yang tak jumpa jalan Rahmat....wallahualam.....sama2lah kita berusaha untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.... :)

wassalam.


Thursday, December 23, 2010

Cerita Macho

Assalamualaikum w.b.t,


mamat ni macho


mamat ni gagah berani dan betul2 lelaki (walaupun lembik macam pompuan, oh, jangan terpedaya dengan imej mafia tu, ho ho ho)


duo ni plak sangat comel (terutama yang pompuan tu lah kan, nama dia kishida suzu, oh comel lah dier ni)



siler nyanyi macam ni ye biler tengok gamba  ni 

taro to suzu, taro taro rin rin rin~

jangan luper buat dengan ekspresi muker comel macam diorang ye? ho ho ho ho

tak dapat bayangkan? nah, tengok contoh yang diorang buat ni... :P


comel kan?


tetapi......

cerita ni bakal merubah hidup anda dan kalau anda lelaki, anda akan lebih macho, kerana apa? tengok ler sendiri ye? kat mysoju.com, free jerrrrr............. oh nama cerita ni adalah


UTAHIME




p/s : aku tengok citer ni pasal dah minat kat lakonan tomoya nagase yang best, lamer giler aku peram tak tengok2 citer ni, skali dvd buat hal, terpaksa lah donlod dan tengok kat mysoju.com

Wednesday, December 22, 2010

Cucuk Montot Dia....

aku pernah cuber nak terkam tiger 2 masa dier tengah tido

........

aku cuber bergerak perlahan2, jadi macam kucing nak terkam mangsa gak

........

kalau dapat, aku nak cucuk montot tiger 2, geram sangat ngan dier ni, comel sangat ni,

........

tapi tak pernah dapatlah, dier senang jer detect pergerakan aku.....aih~~~








tiger 2 kucing oren, tapi tak demuk macam ni, ho ho ho , cian dier, obes kan? :P

Orewa Sukgeeeeeena!

Assalamualaikum w.b.t,


pada tengahari ni, aku terasa diri ku macho ya amat

kenapa?


setelah bertahun, akhirnya aku berjaya juga....

apa?

BUWWEKKKK!!!!!!!!!!!!!



petang ni, mood GTO aku sampai, ha ha ha ha ha ha......


Syafiq Faliq Bin Alfan, 22 tahun (eh Onizuka pun 22 tahun gak dalam komik), masih dara, kui3........


mari lompat2.....ha ha ha ha

Ya Rabb

Rasa sangat tak best malam ni ya Rabb

mungkin pengajaran buat aku untuk memperbaiki kesilapan aku

ah, banyak lagi yang aku perlu belajar

banyak lagi yang aku perlu perbetulkan

banyak yang aku tertinggal

berikan aku kesabaran dalam kehidupan aku sebagai insan, manusia, hambaMU

dalam mengharungi hidup bermasyarakat yang penuh cabaran ini

maafkan aku, maafkan aku, bukan niat aku begitu, semua salah paham jer ni.......aduhai


nota tali pusat : malam ni rasa sangat down tahap cipan, berbaris dan beratur, dan tembak sajalah aku, memang salah aku pun, perlu perbaiki skill komunikasi, aduhai diri ini.......

aih~~~

keadaan macam ni yang aku rasa nak jadi macam shikamaru ni.....

ah~~

leceh betul

barangkali aku kena buat bodo jer la kot~

aku ni tak berapa bagus sangat kalau terlalu peramah,

ah, manusia dan isu, dalam keadaan ni, aku orang seni pun tak leh nak paham,

mungkin aku duk kat dunia aku jer kot......aih~~~

menggeletar dalam selimut

oh malam ini aku sejuk ketakutan
menyorok dalam selimut
oh takutnya
apakah esok akan sama
oh, takutnya
ini isu aku semasa kecil dahulu
mak, opah, maafkan liq
jangan marah lagi
liq takut ni
nak menyorok lagi
dalam selimut
biar tenggelam timbul kiamat dunia
bila dah kosong, aku intai semula
ketika ini
aku dalam selimut,
takut melihat apa2

Berderet, beratur

berderet beratur
1,2,3,4,5
beratur lagi 5,4,3,2,1
kemudian bintang2 bergemerlapan menyinari
tersusun susun satu kuntuman senyuman
eh, jangan lupa kira
1,2,3,4,5
dan aku ketawa melihatnya
5,4,3,2,1
kan sangat comel nombor2 itu
malam ni aku bahagia
sambil ketawa
kah kah kah
syyyyyyyyyyyy, kan dah nak larut malam ni
kena diam2 lah
:P

memahami manusia

aku suka pandang orang
aku suka melihat gelagat orang
kadang2 orang kata aku pelik sebab gelak kat aksi2 orang lain
tapi aku gelak sebab aku suker tengok gelagat diorang
suka tengok reaksi diorang
suka kenal perangai orang
namun aku kadang2 terlupa
gelagat diorang, manusia ni, adakala akan menyakitkan hati aku
pastu aku jadi takut
sebab aku takut biler orang benci kat aku pasal aper yang aku cakap atau buat
ya, ni isu aku nih, antara sebab sampai mati aku teringat biler orang pandang aku dengan mata tajam membunuh aku pas aku jadi MC masa MAS masa baru masuk UTP dulu
kadang2 perasaan ni yang buat aku nak duk dalam gua, tak bercakap2 dengan saper2 pun
tapi itulah hidup bersosial dengan manusia
lamer2 nanti aku keluar
pastu masuk gua balik
keluar dan masuk
itu la aku
si beruang yang anti-sosial-tapi-suker-tengok-dan-nak-belajar-tentang-manusia

:P

Kisah Lelaki dan Wanita

Alkisah lelaki dan wanita


lelaki ini adalah isteri
wanita ini adalah suami
(iye, aku tak typo)

lelaki ini bisu
wanita ini tak bisu

wanita ini kenal dan terus kawen dengan lelaki ini atas chenta pandang pertama, bukan pandang sepuluh, doploh, atau pun 800 kali sembilan puluh darab kuasa lapan lyn kan dengan 3 (hambek ko, kira lah sendiri, mua ha ha ha ha ha)


masalahnyer wanita ini tak reti nak cakap bahasa bisu, sebab dulu tak sekolah bisu daaa, maka disebabkan takder plak saper2 nak ngaja, maka dier pun cuber berkomunikasi secara berkesan dengan lelaki ini, dan lelaki ini pulak tak pernah gi sekolah, maka lagi lah susah, nak main tulis2 dengan dier, dah tak reti, maka dier cuber dengan bahasa olah tubuh....

...................................................



laki ni tak paham daa........



wanita ni menangis la pasal tak dapat berkomunikasi, uwaaaaaaaaaaaaaaaaa katanya


esoknya dia cuba lagi, tapi sebelum tu dier mintak maap dengan lelaki ni sebab tak dapat nak berkomunikasi dengan dia.....skali



dier tampa wanita tu, adoi adoi adoi adoi adoi kater wanita tu, pastu wanit tu nanges lagi

wuwuwuwuwuwuwuwuw, aper salah sayer ni kata wanita tu.....tapi takper dier cakap, dier masih lagi berusaha untuk berkomunikasi secara berkesan dengan lelaki tersebut, SEMANGAT! SEMANGAT! katanya

esok dier cuber lagi untuk berkomunikasi dengan lelaki itu, skali, KENA TAMPA LAGI!!!!!!!!!!!!!!!!


(kali kena censored, sebab ganas sangat, kui3......)


pastu lelaki tu wat tanda macam ni.........



oh, kenapa ni? kenapa ni? kenapa ni? kenapa ni? wanita tu tak jadi nak nanges, dan berpk





pastu dier pun wat isyarat yang samer macam laki tadi, dan pompuan tu dah luper semua yang terjadi dan cuber untuk berkomunikasi kembali dengan lelaki itu sambil makan2

lamer2 sket sebanyak dier dapat berkomunikasi dengan lelaki tanpa perlu  sedey2 dengan setiap kesalahan yang dier buat pada sesi2 sebelumnya dan mereka pun bahagia menjalani kehidupan seperti pasangan2 lain, walaupun terdapat kesukaran dari segi komunikasi, senang citer, diorang happily ever after lah... :P

yeay! tamat citer fairy tale yang aku wat nih, comel kan wanita dan lelaki nih? raser nak timang pok anai2 belalang kupu2, tepuk biar pandai, emak upah susu, eh, mak, nak beli susu kat ner? :P

papai! timer kasih sebab baca cerita fairy tale ini ya? nanti kalau ader, aku citer lagi....hee.....

Tuesday, December 21, 2010

Oh saya terharu lah! :')

tiba2 ada orang bertanya tentang apakah interpretasi aku dalam karya abstract mime aku, 'teardrops'

buat pertama kali dalam hidup aku berseni

aku rasa di hargai

oh, rasa bahagia lah

sapa2 yang nak tahu apakah interpretasi aku, PM inbox saja di facebook ya, nampak badge FB di sebelah tepi blog aku ni?

nanti aku bagitau dalam inbox

oh, bahagianya daku.... :')

terima kasih pada anda semua yang datang menonton dan yang ingin tahu.....


ni masa sesi teardrops di annexe gallery, aku pun tak sangka aku leh buat piece ni sampai tahap itu...hee.....sangat enjoy lah.....oh ya, credit to wani untuk gamba yang aku curi ni dari blog dia, singgah tau, dan ketahui cerita ceriti kawanku yang best ni... hee... :)

2Alam 1blog

Assalamualaikum w.b.t,


sedikit pengumuman daa.....

pasni aku akan ada 2 mode dalam blog aku, iaitu....


1.mode matang
2.mode macam haram


dan satu lagi mode takder dalam list, maknenyer mode tengah2 ler, bukan pondan yeop/yong oi, ha ha ha ha ha ha ha........

ini sejajar dengan perkembangan ekonomi negara yang memerlukan kita untuk membangun bersama membina modal insan tanpa modal walau sesen pun, mua ha ha ha ha ha ha ha, baghal man tuya tui aku nih, ho ho ho


takder, sajer je, bagi aku, aku nak jadikan blog aku sebagai escapism pada semua orang

yang suker menyengal kan paler otak

dan yang suker sakitkan paler otak - pembaca yang suka berfikir (matang sket ler tu~)

dan aku labelkan dan aku letak kat tepi blog ni nanti, untuk kora bacer archive2 tu.... (eh, leh ke wat macam tu? nak bukak buku panduan sat.....)

currently, aku tengah cari kekuatan untuk buat dua skrip ni, eh silap, tiga :

1.tangisan aqsa - untuk program JERIT!
2.rantai - teater panjang
3.monolog haram jadah - er...............dengan harapan dapat kelulusan untuk dibawak ke FTKL atau apa2 FT lah, nak gi serawak pun buley, leh aku ngorat gadis2 iban atau pribumi yang lain disitu, kui3.....


ho ho ho, okeh, aper2 pun, aku harap dapat selesaikan ni by 23 hb januari, sebab 24 aku dah nak stat blaja dah.....


oh ya, mungkin para bloggers dah kenal dier ni, tapi aku sajer suker nak bagi korang link ini sebab dalam video nombor 2 tu mengingatkan aku dengan rumate aku masa kat matrik dulu, dier orang pahang gak, ho ho ho, oh yayayayayaya, aku terasa feminin dah skang ni~~~~

wokey, caloooooWWW~~~~

wassalam

Nantikan

Nantikan sebuah episod siri sengal tahap cipan bertajuk


RAMBORUTO

dengan tagline asli cap koyok tiga

"kucing terbang berdoyon doyon tanpa ada awan meragut rumput"


"Lu apahal brader?" kata kucing bernama saodah sutarji ini.



sesuai bagi mereka yang mengharapkan kelahiran kembar tiga oleh kucing tersayang

Entri Istimewa : Wanita

(entri istimewa buat yong, kakde, kak nas, wani dan semua yang bergelar wanita)


Assalamualaikum w.b.t,


aku terpanggil untuk buat entri ni sebab sejak dua menjak ni, banyak sangat insan2 istimewa bergender wanita yang ada banyak masalah perhubungan disekeliling aku, aku harap sedikit sebanyak entri ni membantu mereka.

wanita, aku kenal,

iaitu arwah opah aku,

mak ayahnya, adik beradiknya karam dilaut, dia melihat mereka lemas dan hanyut dibawak air

dia berada di laut berhari2 sebelum ditemui nelayan,

orang kampung memanggilnya UNGGAL, bererti yang tunggal, kerana hanya dia seorang yang selamat,

sebelum dia kawen, dia pernah hampir2 kena rogol dengan abang tiri dia

seorang perempuan melayu bugis yang tegas, opah banyak mengajar aku adab sopan dan erti hidup

antara kata2 hikmat arwah yang paling best bagi aku adalah

'TAK HIDUP DEK KAUL, TAK MATI DEK SUMPAH'

apa maksud dia? aku serahkan pada kalian untuk menghayati perkataan ini......



wanita.....

anda bagai seketul bata

dan lelaki bagai sebuah bangunan, yang tiada seketul bata tersebut

wanita

seketul bata itu mampu hidup dan berdiri dengan sendiri

namun bangunan yang tidak ada seketul bata itu mungkin ranap dan jatuh menyembah bumi

anda tidak lemah wahai wanita

Rasulullah (selawat ke atas baginda)  menggigil ketakutan pabila menerima wahyu

tanpa Saidatina Khadijah, baginda pasti akan lebih takut

kerana tiada siapa yang menenangkan baginda

wanita,

jika seorang lelaki itu hebat memimpin sebuah keluarga

namun wanita lebih hebat

kerana mampu menjaga semua anak2nya

mampu melahirkan semua anak2nya

mampu menjaga suaminya

wanita

kelebihan ada pada lelaki hanya rasionaliti untuknya berfikir

namun tanpa sokongan dari wanita

kami tiada apa2

wanita

anda lemah dari fizikal

namun hati anda tabah menghadapi pelbagai dugaan

kerana apa?

kerana anda seketul batu yang tidak akan bergerak ditiup angin

berbanding dengan sebuah bangunan yang tinggi, tanpa seketul batu itu, ia akan menyembah bumi

jangan mudah mengalah wanita

kerana pemimpin lelaki yang tinggi takhta nya

masih jua akur dengan kelemahan diri,

oleh itu mereka memerlukan rusuk kiri mereka menyokong mereka

itulah kamu wahai wanita

jangan mudah putus asa wanita

bagaimana lelaki akan memandang hari esok tanpa kamu

Dan Allah menarik kamu dari rusuk kami untuk menyatakan bahawa

kami lelaki dan tidak seharusnya bongkak dengan kekuatan diri

maka jangan lah anda mengaku kalah wahai wanita

bila seorang lelaki mengaku kalah

maka runtuhlah peradaban bangsa

namun bila seorang perempuan mengaku kalah

maka runtuhlah peradaban manusia

siapa yang mampu menghayun buayan itu?

menanak nasi buat kami yang keletihan bekerja?

menemani kami tika hati itu sunyi?

bukankah besar perkara yang anda lakukan?

maka jangan pergi wahai wanita

jangan mengaku kalah lagi

aku lelaki, tak mahu kehilangan rusuk kiri ku selamanya.......






P/S : buat kak nas, hang on, just hang on a little bit more, u can do it sis, u can do it, trust urself, and more importantly, trust HIM always dear sister..........

Monday, December 20, 2010

Jurnal Musafir Sang Seniman 1 : Cinta kerana Allah?

(entri khas ini aku tujukan untuk 2 orang insan yang pernah aku cintai, diiringi doa kebahagian buat mereka dan moga bertemu dengan jodoh yang mencintai, menjaga, menemani mereka hingga ke hari tua hanya keranaNYA, kerana itu cinta yang tertinggi, tiada tolok bandingnya, amin...)


Assalamualaikum w.b.t,


malam tadi sudah berakhirnya malam pertama bagi show rantai art di balai seni lukis negara, ya, sila baca entri sebelum ini untuk maklumat lanjut ya? :)

semasa aku memasuki komuter dari bank negara menuju ke batang benar, otak aku ligat berfikir, bagaimana yang dikatakan cinta kerana Allah? Maha suci Allah yang telah menjadikan sesuatu itu penuh hikmahnya, dan apa yang melanda diri aku akhir2 ini, barangkali hikmahnya perlu aku cari, demi mencari cinta dan redhaNYA.

bagaimana yang dikatakan cinta kerana Allah itu? detik hatiku, jadi apa yang aku telah buat selama ini? adakah aku bercinta keranaNYA? atau kerana perkara yang lain?

apakah perkahwinan seorang ustazah dan seorang ustaz itu berlandaskan cinta keranaNYA?
apakah perkahwinan seorang artis kepada seorang bangsa asing dan bukan beragama islam itu berlandaskan cinta kepadaNYA?

perkara ini akan aku kupaskan sedikit masa lagi, sila stay tune ya? :)


masuk kali ni, dah dua kali aku gagal dalam bercinta, ya, barangkali tajuk seperti ini terlalu klise atau tipikal bagi remaja umur seperti aku, namun berkat dan rahmat cinta dariNYA, hati aku merenung sejenak, dan iman aku berfikir atas apa yang terjadi, adakah segalanya mempunyai maksud tersendiri yang dilindungi oleh Allah supaya aku mencari cintaNYA?





background - cerita cinta aku



dalam umur yang masih hingusan, tingkatan dua merupakan zaman remaja yang sangat aktif, dan kesukaran aku dalam bersosial menyebabkan hati aku ingin mencari - cari solusi alternatif, ya, aku dulu bukanlah manusia feveret di sekolah, dengan perangai yang dianggap poyo, anak seorang penolong kanan HEM, barangkali merupakan satu kesilapan jika ditempatkan di kelas yang punya ramai budak - budak asrama, namun dalam kesilapan itu aku belajar mengenai manusia dan cara untuk mengendalikan masalah dalaman aku, masalah peribadi aku,

"mencari sesuatu untuk menenangkan diri aku"

itu alasan aku masa nak mencari awek, barangkali topik tipikal ini jika diajukan pada seorang ustaz dan seorang yang baik didikan agamanya akan mengatakan

"carilah Allah, dan selalulah mengingatiNYA"

namun segalanya tidak mudah seperti yang disangka, walaupun aku ini tidaklah terlalu bagus didikan agamanya, cuma perkara asas itu telah pun dijaga baik oleh kedua ibu bapa, itupun aku masih mencari awek untuk menenangkan diri, bagaimana pula sahabat2 dan saudara2 kita yang didikan agamanya begitu rendah oleh keluarga, adakah kita mampu memberi solusi begitu kepada mereka? mahukah mereka mendengarnya? aku ajukan persoalan ini kepada daie2 dan cerdik pandai sekalian, untuk mereka selami diri mereka, dengan mengaplikasikan sedikit teknik psikologi dan kaunseling, barangkali, mereka akan berjaya, insyaallah.


berbalik pada persoalan utama tadi, dan aku mencari awek, dan setelah setengah mati bertungkus lumus memujinya, merayunya siang dan malam, dan akhirnya kami bercinta pada usia muda, atau cinta monyet kata orang, namun sayangnya, plan aku untuk 10 tahun akan datang, membawa kami ke jinjang pelamin, musnah, kerana pada asasnya, memang dia tak sayang aku pun, itu kesilapan awal aku, dan aku nekad selepas ini, seperti lagu cinta oleh kris dayanti dan melly goeslow.....

"aku junjung petuamu, cintai dia yang mencintaiku...."

barangkali aku perlu mencari insan yang menyayangi aku supaya ikatan kami lebih kukuh.

namun persoalan asas pada permasalahan ini, aku bercinta kerana apa? dan pada kata dasarnya, aku bercinta kerana ISU aku pada ketika itu, iaitu kekurangan kawan, dipulaukan kawan, dan tiada tempat untuk mengadu, darah yang panas pada ketika itu, sukar dipujuk dan disejukkan oleh kata2 nasihat dari ibu bapa yang tak putus2 menasihati aku, atau adik beradik.

maka  pada malam di komuter, aku merumuskan, cinta yang aku kejar, adalah kerana isu, bukan kerana Allah.

maka selepas cerita cinta itu, aku teruskan perlarian dan mencari cerita seterusnya, 2 kali dan 2 insan aku cuba, tak dapat juga, dari tahun 2005 - 2009 merupakan tahun2 yang tidak rancak dalam misi mencari awek aku ni, dan aku teruskan pelarian, demi mencari jodoh aku, dan akhirnya tahun 2010 mencatatkan sejarahnya, bila aku bahagia bertemu dengan cinta aku yang kedua.



pada mulanya, aku mengenali sebagai kawan sahaja, lama2 aku perhatikan bahawa dia mempunyai attachment pada aku, dan aku sukakan keadaan itu, bilamana aku diperlukan oleh orang, itu juga satu isu, dan aku tanya hatinya berkali2, dan kesilapan aku kali ini, ialah aku tidak begitu sabar dan akhirnya dalam kekeliruan dan kekalutan itu, dia menyatakan perasaan cintanya pada aku, ya, itu memang kesilapan aku, aku akui kesilapan itu, maafkan aku.

aku akui, tidak seperti cinta aku yang pertama, aku tidak terus jatuh hati, tetapi aku menerimanya, berdasarkan bait lirik lagu cinta tadi, kerana dia mencintai aku, walhal sebenarnya dia keliru, pada saat ini, aku amat menyesali tindakan aku itu, dan dia menjadi mangsa ketidaksabaran aku, aku sangat kasihan padanya.

orangnya biasa saja, tidaklah seperti miss universe, dan mata aku pun tidaklah jatuh hati pada rupa parasnya, ya, memang itu satu pandangan prejudis aku, yang juga taklah sehensem mana, dan sangat memilih rupa paras, akan aku kupaskan nanti permasalahan ini. Namun aku menerimanya kerana satu perkara, bukan sekadar dia mencintai aku, tetapi dia seperti aku yang mencari - cari cintaNYA, pengalamannya yang keliru dalam jemaah mengingatkan aku kepada peristiwa 2 tahun lepas, dimana aku keliru samada untuk meneruskan niat aku menyertai usaha jemaah tersebut atau meninggalkannya, teringat2 aku lagi saat aku menyatakan hasrat aku untuk keluar dari jemaah tersebut, dan saat dimana aku bertengkar dengan ibu dan ayahku, disaksikan oleh adik aku di dalam kereta unser, 2008 merupakan tahun keliru buat aku, namun akhirnya aku mencari tapak aku : seni, disitulah aku memperjuangkan agamaNYA, insyaallah.

berbalik pada topik perbincangan tadi, ya, aku memilih kerana agamanya, seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW dalam mencari teman hidup; isteri. Kerana aku yakin, aku dan dia mampu melayari bahtera perkahwinan berlandaskan cinta kepadaNYA, satu sebab yang aku rasakan begitu kukuh, yang mengikat tali perhubungan kami.

dan episod2 indah pun berlalu, dan aku amat suka bilamana kami masing2 memperingatkan tugas2 kami sebagai hambaNYA, bila malam aku meningatkanya untuk bangun bertahajjud, dan bila aku terlupa untuk membaca kitabNYA, dia memperingatkan aku, pendek kata, aku melihat kebahagiaan dimata aku.Hati aku yang jauh, semakin dekat dengannya, tanpa aku duga, kerumitan dan kekeliruan dalam hatinya untuk aku.

namun tragedi menimpa diantara kami, dan cinta kami diuji, dan akhirnya tali itu terlerai, oleh kerana ujian yang datang bertimpa2 keatas dia, cinta hatiku pada waktu itu, pada masa itu aku tidak mengetahui apakah puncanya, namun setelah diselidiki cerita sebenar2nya, ia bukanlah seperti yang aku anggapkan pada awal2, ia jauh lebih teruk dari itu, dan tatkala aku mendengarnya, hati aku luluh, hati aku hancur, bukan kerana sakit hati, tetapi aku menangisi nasib yang menimpanya, meningatkan aku pada kakak aku yang mengalami perkara yang sama, jika itu yang aku tahu sejak awal, takkan aku jerit walau sekali apa yang ada dalam hati aku, memandangkan jeritan cinta hatiku itu jauh lebih teruk, permasalahan, kekeliruannya, jauh lebih teruk.

namun setelah reda untuk beberapa ketika, dan aku masih menaruh harapan, untuk menjaganya, untuk menjadi tempat dia bergantung, aku berhadapan dengan satu lagi persoalan cinta kami, iaitu, cintanya pada aku tidak pernah ada, jadi betulkah petua yang diberikan dalam lagu itu tadi?

dan aku murung dan depresi, kerana apa yang aku hajatkan nampaknya semakin kabur dan akan hilang, namun aku terlupa satu perkara, perkara yang hanya aku pada keadaan rasional seperti sekarang yang mampu, persoalan utama


AKU BERCINTA KERANA APA?


sebetulnya, pada pencarian kali ini, aku benar, kerana telah menyandarkan cinta kepadaNYA itu dalam mencari cinta, tetapi pada akhirnya, ketika badai melanda, aku terpesong, dan aku terlupa cinta kepadaNYA, kerana pada ketika itu, aku mencintainya kerana satu : ISU. Aku takut kehilangan dia, aku takut untuk berhadapan dengan dunia yang meminggirkan aku, dan aku jua yang meminggirkan dunia ini, aku keseorangan dalam mencari makna hari esok, tanpa teman rapat atau sahabat. Namun Allah telah mengurniakan aku beberapa insan istimewa, bagi mendengar permasalahan aku, aku berterima kasih atas kehadiran mereka, Alhamdulillah.Pendek kata, aku takut kehilangannya, aku takut SUNYI. Maka episod2 selepas itu, aku mencintainya dalam hati aku, dan bukan lagi keranaNYA, namun takut kehilangan dia, cinta hatiku itu, takut kerana ISU aku sendiri.

seharusnya, jika aku memegang kata2 aku pada awal aku menerimanya dahulu, aku seharusnya mendoakan kebahagiaan buatnya, teringat pula aku pada cerita Bedazzled, dimana seorang laki ini berhajat untuk bercinta dengan seorang perempuan ni, dan dia membuat perjanjian dengan syaitan yang merosakkan hajatnya, namun pada akhir sekali, dia berjaya menamatkan kontrak dengan syaitan tersebut, dengan berhajat mendoakan kebahagiaan perempuan yang dia sayangi itu. Maka itu yang seharusnya aku lakukan, mendoakan kebahagiaannya, mendoakan dia supaya berjumpa dengan insan yang bukan sahaja dia sayangi dengan sepenuh hati, bukan sekadar dapat menjaganya, menjadi tempat dia bergantung harap, namun soal utama, MENCINTAINYA HANYA KERANANYA - ALLAH SWT! dengan itu aku tidak terlalu kecewa, kerana meletakkan harapan aku, doa aku, kepadaNYA, tuhan yang memberikan yang terbaik untuk hamba2NYA, maka itulah kasih sayang dan cinta keranaNYA! bukan dengan memiliki, seperti yang aku harap2kan sebelum ini.

dan aku berharap agar doaku ini termakbul, bila dua insan yang pernah aku sayangi, bertemu jodoh dengan insan yang beriman dan bertaqwa serta mencintai mereka hanya keranaNYA, membentuk sebuah keluarga islam yang menjalankan tanggungjawab sebagai institusi kekeluargaan Islam yang sebetulnya, atas landasanNYA, dan itulah cinta yang sebetulnya yang aku harus hamparkan, dan yang harus aku tanamkan diri aku, dan Alhamdulillah, aku menjumpai cinta tersebut, Syukur padaMU ya Rabb.





Mencintai



baiklah setelah memberitahu cerita cinta aku yang lepas, kali ini, aku nak berkongsi dengan anda semua, apa yang bermain dalam benak hati aku.

sukar bagi aku sebenarnya, untuk betul2 mencintai hanya keranaNYA, ya, sepertimana manusia dan hambaNYA yang lain, aku tak terlepas dari persoalan nafsu dan keinginan mata, jatuh cinta, kerana rupa paras, ya, sukar bagi aku. Seringkali aku jumpa situasi, dimana rupa parasnya cantik dan didikan agamanya bagus, namun itu cumalah helah aku, sebenarnya aku melihat rupa paras itu dahulu sebelum melihat agamanya, dan aku melihat agamanya itu sebagai satu bonus saja, bukan tunjang utama aku jatuh hati.


seringkali kita dengar, seorang lelaki atau perempuan menyatakan ciri - ciri pasangan idaman :

menghormati orang tua
bagus didikan agama
sedap mata memandang
beradab sopan
tidak kedekut
bersederhana

namun kadangkala didikan agama dan yang lain2 itu seringkali kita gunakan untuk menutup helah kita, kerana seringkali kita mencintai insan tersebut kerana ISU kita atau RUPA PARASNYA, aku tahu, kerana aku juga begitu. kerana bila badai melanda, kita akan menggunakan isu2 lain untuk menutup helah kita, ketidakserasian, tiada chemistry, dan sebagainya, maka jika benar kita mencintai keranaNYA, apakah perlu persoalan tersebut? maka bila kita mencari, persoalan yang sebetulnya adalah :

mampukah dia menjadi imam didalam keluarga?
mampukah dia membimbing aku mencari redhaNYA?
mampukah dia mendidik anak2 kearahNYA?

namun persoalan2 sebegini senang di bincang, dan sukar untuk kita mencari penyelesaiannya, kerana fitrah manusia itu dilahirkan berbeza2, apakah kita harus membenci seseorang yang bercinta kerana ISU? menolak cinta kerana ISU? jika begitu, maka kebencian itulah ISU kita sebenarnya. Lalu marilah berdamai, dan memaafi insan2 sebegini, kesulitan dalam hidup, persekitaran, itulah membuatkan mereka berpandangan begitu, aku juga tidak lari dari isu2 sebegini, kerana yang aku cari sebenarnya adalah INSAN YANG DAPAT MENEMANI AKU YANG SUNYI INI, itu adalah isu aku, maka apakah adil untuk aku memarahi 2 insan yang pernah aku sayangi ini, yang menolak cinta aku kerana ISU mereka? maka persoalan ini buat aku bermuhasabah diri, jika aku membenci mereka, maka aku membenci diri aku, memarahi diri aku, yang aku pancarkan pada perasaan kemarahan aku pada mereka.


dan seterusnya persoalan kedua

AGAMANYA


Rasulullah telah menggariskan untuk kita mencari pasangan dengan meletakkan agamanya sebagai satu sebab utama, maka persoalan aku pada kali ini ialah...

JIKA SEMUA ORANG YANG BAIK AGAMANYA BERKAHWIN, MAKA YANG KURANG AGAMANYA BAGAIMANA?

disini aku melihat hikmah dalam dalil tersebut, kerana pada dasarnya, terdapat 3 perkara yang aku mampu fikirkan, bilamana seseorang itu berkahwin keranaNYA :

1.Ingin mengajak bukan Islam memeluk Islam
2.Ingin menyelamatkan Muslimin/Muslimat dari jauh tersesat
3.Ingin membina keluarga Islam yang menjalankan amanahNYA




kita seringkali menggunakan faktor ketiga dalam mencari jodoh, maka bagaimana pula faktor kedua dan pertama?

bukankah Rasulullah dulu mengahwini wanita yang tidak cantik rupa parasnya, janda2, namun atas landasan keranaNYA, ingin mengembangkan Islam, maka Rasulullah mengahwini mereka, dan itu sebenarnya alasan yang terpenting dalam membin rumahtangga, cinta kepadaNYA melangkaui isu2 kita, melangkaui nafsu pandangan kita, melangkaui segalanya, dan itulah kasih sayang yang sebenar2nya berlandaskan DIA, bukan sekadar nafsu mata atau pun isu, dan ITU LAH SEBENARNYA KEKUATAN YANG AKU CARI, DAN MASIH BELUM JUMPA.

kerana pada asasnya, aku masih lagi memilih, memilih rupa paras, mungkin aku boleh berhadapan dengan seorang isteri yang cerewet, tidak memahami, tidak matang dan sebagainya, jika rupa parasnya baik, namun adakah perkara sama yang berlaku jika aku berhadapan dengan rupa paras yang kurang?

dan dengan rendah diri aku bermohon agar dijauhkan dari tipu daya syaitan dan nafsu dalam mencari pasanganku, kerana aku tak mahu tertipu dengan mataku, dengan nafsu ku, biarlah aku mencintai kerana DIA, kerana mahu melihat anak2 ku dididik dengan elok agamanya, dan dapat sama2 mencari kebahagiaan dalam mencari DIA, supaya aku dapat memenuhi tuntutan agamaku, dan mengikut sunnah Rasulullah SAW, amin, kuatkanlah hati aku ya Rabb, dalam mencari cinta hanya keranaMU, hanya keranaMU.


sayang, hopefully we can meet and if u are created for me, then hopefully i can see u soon, but if not, then Allah knows what is best me. :')



p/s : jika ada insan2 yang terasa dan berkecil hati dengan post ini, aku mintak ampun banyak2, bukan aku cuba mengaibkan korang, atau mengutuk, apatah lagi mengeji, sekadar ingin mengajak diri aku dan korang supaya berfikir secara rasional tanpa emosi, bermuhasabah diri, kerana landasan apa kita mencintai seseorang? :)

p/s/s : sebarang bentuk cadangan, luahan, dan idea yang bernas, sangat2 dialu2kan dalam komen, dan jika terlalu panjang, taipkan dalam blog anda, dan pesan kat aku supaya aku baca entri korang yang menjawab, atau berbincang, atau memberi idea tentang persoalan yang sama, sama ada anda bersetuju atau pun tidak, terpulanglah, moga kita dibawah rahmatNYA dalam perkongsian ilmu ini, amin. :)

Sunday, December 19, 2010

Program 2 hari ni

Assalamualaikum w.b.t,

dua hari ni aku akan menapak ke KL dan merempat, kerana apa? ni lah puncanya.....




nak datang, datang ler, gua tak paksa, kalau anda datang, saya senyum lebar dan cakap terima kasih....


salam sayang dari SEFA dan A.Noisef

Titian Perjalanan

Assalamualaikum w.b.t,


aku suker lagu2 XPDC, bagi aku, grup ni macam dah banyak makan garam, aku dapat bayangkan hidup diorang yang penuh dengan cabaran, lihat saja lagu2nya, dan liriknya, kadang2 tak terlalu indah bait2 liriknya, namun tepat dan kena dan berjiwa, begitulah jiwa2 mat2 metal ni, telus dan jujur, tepat pada sasarannya, tak terlalu sukar untuk difahami, buta bagi sesiapa yang tak mahu melihat kesenian mereka ni,




lagu yang aku nak share ni adalah antara lagu feveret aku, kata2nya tak susah nak dihayati, namun indah juga, ada separuh bercerita tentang pengalaman hidup, separuh lagi cerita cinta, satu jiwa tipikal bagi masyarakat melayu yang lembut hati dan jiwa nya dan penuh kasih sayang ini, tapi jangan lupa sandarkan cinta anda padaNYA ya? :)

aku harap nanti masa aku kawen, leh mainkan lagu ni, dan nyanyikan untuk bini aku, dan dier duk sebelah, mesti sweet masa tu kan? :)



XPDC pada saat awal kegemilangannya



XPDC

Titian Perjalanan

Siulan kedamaian
Nanti kepulangan
Saat di tunggu hampir lumpuh
Tenang ku rindukan
Bayangan semalam

Sedetik kita bertemu
Dalam impianku
Tak pernah luput gambaranmu
Bina cinta satu
Ke mari sayangku

Perjalanan dititian
Masa kita perlukan
Perjalanan masa kita

Seminit kita berlagu
Ada lagi waktu
Dalam ingatan tulus insan
Kita mahkluk Tuhan

( korus )
Perjalanan dititian
Masa kita perlukan
Perjalanan masa kita

Zaman berzaman teguh ikatan
Sempurna insan
Itu harapan padamu
Ku harapkan

Zaman berzaman tinggal harapan
Sempurna kasih
Kita dendangkan berlagu
Aku dendangkan
Kita dijadikan





P/S :

sayang,
zaman berzaman, teguh ikatan, sempurna insan, itu harapan padamu aku, harapkan........


:)

Cerpen Preview : Salju Nan Pudar

Amir terjaga dari tidurnya, malam itu, malam yang tidak asing baginya, sepertimana malam - malam sebelumnya. Dia mencari - cari, meraba - raba jam locengnya.


"Pukul 2.30 pagi"

kata hatinya.


matanya meliar mencari sebab kenapa tidurnya diganggu, bukan marah, tetapi mahu mencari puncanya, dan punca itu datang tidak jauh dari tempat dia tidur. Dalam kegelapan, dia merenung tepat ke arah satu sudut, ya, barangkali itulah punca tidurnya diganggu. Dia bangun perlahan - lahan dan suis lampu bilik dibuka untuk melihat 'punca' tersebut.

Aishah


dia sedang menangis teresak - esak, kakinya dirapatkan, dan kepalanya tertunduk dan merapati lutut, satu posisi yang tipikal bagi manusia yang berada dalam keadaan tertekan atau kesedihan, tapi suasana tipikal tersebut tidaklah dirasakn tipikal oleh Amir, kerana dia menganggap, Aishah, isterinya itu istimewa berbanding orang lain, dan keistimewaannya itulah yang mendambat hatinya untuk meminang gadis istimewa itu 5 tahun lalu. Bahtera bahagia dilayari seperti insan - insan lain bergelar pengantin, namun episod - episod seterusnya tidaklah begitu indah, mak dan ayah Amir masih tertunggu - tunggu melihat mereka menimang cahaya mata, maklumlah, orang berumur sebegitu bagaikan perkara wajib bagi mereka untuk memperolehi cucu dan soalan sebegitulah yang sering ditanyakan oleh rakan - rakan yang sebaya jika berjumpa.

"Aishah dah mengandung?" tanya ayah Amir.

"belum lagi ayah, insyaallah, ada rezeki, adalah..." jawab Amir.


begitulah jawapan yang diberikan Amir setiap kali ditanyakan soalan yang sama oleh ayahnya, setelah hampir 5 tahun berlalu otaknya bagai sudah dapat mengagak bila ayahnya akan menanyakan lagi soalan yang sama dan jawapan yang sama akan dibalas dari Amir, bagaikan interaksi antara pemanggil dan answering machine di telefon.

Anak?


perkara itu tidak berada dalam fikiran Amir sewaktu menikahi Aishah, kerana dia lebih mengenali Aishah, terlalu banyak cerita yang dilalui oleh Aishah yang dia tahu hinggakan jika ia dibuat filem atau drama, sudah semestinya berlarutan hingga beratus - ratus episod atau dalam filem, berjam - jam lamanya. Apa yang berada dalam fikirannya ketika menikahi gadis itu adalah satu.

Allah

Demi kasih padaNYA, dia tak mahu melihat seorang gadis seperti berjauhan dari cintaNYA hanya kerana kisah silam yang menghantuinya dan ketika ini, harapannya cuma satu, iaitu menjadi tempat bergantung kepada Aishah dan menemaninya ketika diperlukan. Pemulihan, barangkali itu yang bermain di fikiran Amir tiap kali dia berhadapan dengan situasi begini.


"Aishah, sayang............sayang tak tidur lagi?" tanya Amir dengan lembut.

tiada jawapan

"sayang? sayang abang ni duk sini nak main nyorok - nyorok ye?" tanya Amir dengan sedikit bergurau.

"Abang........tidurlah, biar Aishah kat sini" jawab Aishah dengan sedu - sedan.

"tak naklah, abang tak selesa tidur kat katil tu kalau awak tidur kat lantai ni, kalau nak tidur sini, kita tidur sini sama - sama nak?" tanya Amir dengan sedikit manja.

"abang............Aishah tak nak susahkan abang, Aishah minta maaf bang" jawab Aishah.

"eh, susahkan apa pulak, abang pun dah biasa je tidur atas lantai ni," gurau Amir lagi

tiba - tiba Aishah memeluk kuat Amir, badan Aishah terasa sejuk pada malam itu, bagai ais, beku pada waktu musim sejuk, bagai salji yang putih, tapi keputihan itu tidaklah terpancar pada diri Aishah, dia menganggap dirinya itu bagai salji yang pudar warnanya, pudar akibat kekotoran dunia, kejahatan manusia ke atasnya.

"abang, Aishah minta maaf bang, Aishah minta maaf bang, Aishah janji tak buat lagi, Aishah tak nak lagi ingat dia bang, Aishah nak jadi isteri yang baik untuk abang, nak jadi isteri solehah, hati Aishah untuk abang je, bukan kat orang lain, bukan kat penipu tu, kat lelaki jahanam tu, ampunkan Aishah bang, ampunkan Aishah bang, Aishah bukan sengaja nak rindu kat dia......"
kata Aishah dengan laju sekali, bagaikan tiada pengampunan buatnya dari Amir jika dia tidak menyatakan perkara sebenar, apa yang bermain di benaknya pada ketika itu, air mata berjujuran dipipi, basah, bagaikan ada empangan air yang tidak terkira luasnya bertakung di matanya ketika itu, dan ia dikeluarkan, bagi memohon pengampunan dari Amir, suaminya, yang tidak bersalah, terlibat dalam kesakitan cintanya yang benar - benar dihancurkan dengan rakus dahulu.


"ni mesti pasal Rizuan ni kan?" tanya Amir dengan lembut.

bagai menarik rambut didalam tepung, dia tidak mahu isterinya itu terguris walau sedikit dengan kata - katanya, jika tidak, mungkin isterinya itu akan berlarutan tangisannya untuk beberapa hari, pernah sekali dulu dia memarahi isterinya itu kerana kesilapan sedikit ketika mengemas rumah, barang Amir yang penting hilang setelah Aishah mengemas rumah. Kesan dari kemarahan tersebut, berminggu - minggu Aishah menangis dan tidak mahu bercakap dengannya. Maka jika dia menengking isterinya itu kerana hal peribadi ini pula, sudah semestinya dia terpaksa hidup bujang sementara menunggu isterinya itu pulih dari kesedihannya.

Aishah mengangguk perlahan dengan pertanyaan Amir itu.

"Sayang abang rindu lagi kat dia yeeeeee?" tanya Amir dengan nada kebudak - budakan.

"tak, tak nak rindu dia" jawab Aishah.

"takper, cakap jer rindu, abang tahu Aishah rindu kat dier....." balas Amir.

"Maafkan Aishah bang, Aishah tak dapat buang dia lagi dalam hati Aishah, Aishah berdosa dengan abang sebab derhaka kat abang, Aishah....." 




belum sempat Aishah menghabiskan kata - katanya, Amir mengucup dahi Aishah  yang basah akibat berpeluh dingin pada malam itu, dan Amir merenung mata isterinya itu dengan perasaan simpati, kasih dan perasaan tersebut lebih dalam dari perkataan cinta yang diucapkan dari seorang lelaki kepada seorang wanita, ya, jauh lebih dalam itu, kerana cinta Amir kepada Aishah adalah cinta yang dianugerahkan oleh Allah ketika dia mencari namaNYA dalam hidupnya, mencari cintaNYA.


"Aishah sayang, abang takkan faham apa yang Aishah lalui, dan abang pasti, kalau abang lalui perkara yang sama, sudah tentu abang akan jauh lebih sakit dan lemah berbanding Aishah, abang tahu, isteri abang ni kuat, bukan mudah membuang sesuatu seperti itu dalam hidup kita, cinta, hati, semua ini seperti juga perkara lain, di dalam genggaman Allah, mungkin ada hikmah kenapa Aishah masih belum dapat buang perasaan tu, tapi bersabar lah sayang, bersabar, abang ada kat sisi Aishah selalu, kalau sayang rasa nak luah sesuatu, bagitahulah pada abang, abang sedia dengar semuanya tanpa jemu, tak, tak, Aishah tak pernah berdosa pada abang, semua ini dugaan Allah pada kita, kenapa abang perlu marah dengan dugaan Allah ni? bukankah lebih elok jika kita dapat hadapinya bersama sayangku Aishah?"


Aishah menangis dan bersalaman dengan suaminya, mengucup tangan suaminya yang tercinta, yang menjadi tempat dia bergantung harap setelah ibu dan ayahnya tiada, menjadi anak tunggal merupakan perkara yang berat bagi Aishah terutama bila berhadapan dengan masa silamnya yang perit, apatah lagi bila maruah diri tergadai ditangan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab mencintainya atas sebab nafsu serakah hati, ya, barangkali cinta suaminya yang tulus keranaNYA itulah yang harus dikejar daripada cinta manusia berhati syaitan itu. Kasih seperti itu, lebih dalam, dalamnya menjangkaui soal hati yang tak pernah sudah mengelirukan manusia, ya, cinta DIA itulah yang dicari sebenarnya, dan ia dipancarkan melalui cinta suamiNYA itu, yang juga mencintaiNYA.


"sayang, dah makan ubat dah?" tanya Amir

"belum lagi, ubat tu buat Aishah mengantuk, nanti tak boleh buat kerja apa pun, nak berfikir pun susah" jawab Aishah 

"ye lah, sayang, nanti kalau tak makan, nanti kalau Aishah meracau bila abang tak ada kat rumah, buatnya Aishah lari dari rumah, dah jadi satu hal pulak abang nak tampal poster "sapa - sapa melihat kanak - kanak ini, sila hubungi saya" " gurau Amir

"eeeee, abang ni, suka buat lawak tau, ye la, nanti Aishah makan..."

"ha ha ha ha, sayang, alang - alang kita dah bangun ni, jom tahajjud nak? lepas tu tadarus sekejap?" Amir memberikan cadangan.

"ala.....Aishah ngantuk..." balas Aishah yang mengenyeh matanya yang masih basah.

"olo, ngadernyer comel abang ni, takpa, sekejap jer, baiklah, kita tahajjud sajalah ye?" Amir memberi cadangan lagi.

"oklah, boleh juga" balas Aishah bersetuju dengan suaminya itu.

Aishah bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang, Amir melihat kelibat isterinya itu yang kemudian hilang dari pandangan, perlahan - lahan air matanya mengalir, bersyukur atas segalanya, bersyukur kerana dia mengenali wanita itu dalam hidupnya, menjadi teman baiknya dan dianugerahkan cinta olehNYA, barangkali sudah jodoh mereka, barangkali semuanya ada hikmah yang tidak terlihat oleh manusia yang tidak mahu berfikir.


"aku perlu kuat untuk kami berdua, untuk hari esok dan seterusnya...."

detik hati Amir, kerana begitulah rutin harian mereka, di malam hari, selama 5 tahun ini...........