Tuesday, March 29, 2011

Bulan Sifar Cuka


sajak ini khas buat insan2 yang sangat suka melihat bulan (tak kira dalam bentuk bendera, gambar, secara live, atau yang memang study tentang bulan dalam sarjana muda astronomi, ha ha ha ha ha ha)


lihat bulan sifar itu
dia menari - nari disebalik bayang matahari
bagai melihat titis - titis noda di atas dirinya
lihatlah dia yang penuh dosa itu
yang terus bersinar bagai tak tahu dirinya masuk dalam kemusnahan kiamat nanti
atau adakah dia yang akan jadi tapak mulanya kehancuran abangnya bumi nanti?


lihat bulan sifar itu
jangan ditanya noda yang bersinar cahayanya pada malam hari
kerna itulah penghargaan, pingat yang dianugerahkan tuhan buatnya
dan itulah buat penyeri sang perindu, si pungguk jauh di bumi
itu lah tanda sayang sang kasih yang halal memaut cinta dan rasa
kekotoran dan kecacatannya itulah buat penyeri malam yang sunyi sepi dan berlumur perkataan 'keseorangan'

lihatlah bulan sifar itu
kanta mata yang cetek melihat tompokan hitam hanya setitis cahaya yang malap
pantulan dari matahari dan tak lebih dari itu
namun terusan mereka memuji cahaya malam hari
terus mereka menyanjung cahaya yang diberi bulan
namun kata hina menyalut rekahan dan kawahan permukaannya yang hampa

lihatlah bulan sifar itu
dia berkata duka cuka tanpa gula manis untuk tampar berdiri tegak
kata siapa maka dapat dia berdiri tanpa hati?
sipitung hanya menanti keadilan di sana
si samson hanya menujah langit memohon sejatinya ia yang bernama adil
dan kau terusan berkata "aku lah wira"
aku lah sang keji yang berdiri teguh melihat kemungkaran
dan aku hiasinya dengan kata kebenaran walaupun aku tahu ianya dusta semata


lihatlah bulan sifar itu
hari ini dia bersinar terang
hari ini dia melihat awan kembung
antara dia dan bumi
siapa tahu bila hatinya akan mati
dan biar sang perindu yang membenci kehodohannya tahu
bahawa bulan sifar itu punya cuka yang sangat dia rindui
dan itulah rindunya yang sebenar
tanpa dia lihat kerana matinya hati yang sudah lama..........

Sunday, March 6, 2011

kenapa aku menJERIT! ?




Assalamualaikum w.b.t,


alhamdulillah, aku bersyukur sangat2 dipanjangkan usia oleh Allah dan diberi kekuatan, kesempatan, kelapangan untuk sama2 menjayakan program JERIT! ni

pada awalnya, aku nak buat event ni secara murah dan sesempoi mungkin, ini inspirasi yang aku dapat setelah bergelumang di dalam street performance, busking yang dianjurkan oleh paradoks tempoh hari, dan ini membuka mata aku untuk berkongsi bersama - sama pengalaman yang aku dapat dan diserap dalam TTS. Antara tujuan aku adalah untuk mengumpul bakat2 yang ada dalam UTP untuk dikeluarkan dan ditontontayang oleh warga UTP sendiri, bahawa dalam kesibukan menyiapkan FYP, ETP, esemen2 yang berbau technologist dan engineering ni, ada bakat seni dalam setiap student UTP. mau taknya, dah lecturer macam Dr.Shark pun ader sisi seni, atau Dr.Bambang yang suka bermain violin atau seruling, pergh, dah macam ebiet dah Dr.Bambang, biler dier main seruling tu, ho ho ho ho.

disamping itu juga, aku nak teruskan misi dan niat aku yang takkan pernah pudar, dan harap2 takkan pudar sampai aku mati, iaitu menolong hamba2 Allah yang lain, terutama di Palestin sana yang tak habis2 bergolak sejak hampir separuh abad yang lalu.



Maka Allah temukan pula aku dengan pertubuhan Aqsa Syarif, yang baru saja ditubuhkan dengan pengerusinya Dr.Hasanuddin, dibawah panji Ikram, projek terbaru mereka adalah untuk buat kilang roti yang aku pasti banyak manfaatnya untuk rakyat - rakyat palestin nanti yang memang susah untuk mendapatkan bahan makanan dan bekalan air bersih. Masa Mavi Marvara dulu, diorang antara NGO yang terlibat, dan aku harap Dr.Hasanuddin dapatlah turun berkongsi pengalaman beliau semasa konvoi tu dulu.

aku terharu mendengar penerangan Ir Megat, pengerusi Aqsa Syarif cawangan Perak, bila beliau meninggalkan anak bini dan kerja dan turut serta untuk meninjau2 ke kawasan2 pelarian Palestin dan mungkin dalam misi2 mereka dahulu, teringat kata2 beliau...

"Kalau dah pergi, nak kena ada niat bahawa kita takkan balik lepas ni...."


dengan separuh melawak, aku dapat lihat kesungguhan dalam mata beliau, GILA! bayangkan beliau yang berpangkat Ir (pangkat ni untuk professional engineer) dalam bidang Electronic Engineering, mesti sibuk bagai dengan segala jenis projek dan kerja, namun masih diberi kekuatan oleh Allah untuk turut serta dalam misi, tidak JIHAD, demi saudara2 Palestin yang tercinta.

"kalau mati lagi baik, dapat shortcut ke syurga kan?"


aku tersedak mendengar, satu jawapan yang sungguh tak ku sangka dari seorang engineer yang ada Ir, sungguh kuat semangat beliau dalam perjuangan yang beliau bawak, Ir cakap dulu dia ada niat nak pergi Palestin, namun tersekat di sempadan, di Rafah katanya, 3 hari ulang alik tapi tak dapat2 masuk ke dalam, kalaulah dapat masuk, sudah tentu beliau ingin keluarkan segala penat lelah untuk berjuang demi saudara kita disana.

bagaimana pula perasaan anak dan bini serta keluarga beliau?


wallahualam, aku pun tak tahu, tapi mesti mereka berbangga, mempunyai ayah, suami, anak yang sanggup berjuang mempertahankan Islam, dan membantu Islam dari musuh2nya, dan aku kira, itulah Jihadnya, masyaallah, sedang kita tidur lena dan takut untuk melepaskan yang tersayang berjuang ke jalan Allah, ada juga insan2 seperti Ir dan keluarganya yang merelakan pemergian keluarga mereka sendiri untuk perjuangan yang suci ini.




kenapa aku menJERIT! ?


ini lah sebab kenapa aku menjerit, sebab aku sedih tak dapat berjuang bersama rakan2 dan saudara2 ku di Palestin sana, sedang kita disini duduk selesa, makan pakaian semua cukup, malah kita dilanda dengan pelbagai masalah kendiri, masalah personal, yang bagi aku cukup2 kecil berbanding dengan permasalahan rakyat Palestin, bayangkanlah jika anda dilahirkan sebagai anak palestin, yang paginya hanya makan habuk dan pasir runtuhan bangunan, petangnya penuh dengan panorama deretan kereta kebal dan kapal perang memenuhi ruangan udara, permainan mereka hanya batu2 kerikil yang mereka lemparkan kepada mesin2 pemusnah ini, pernah ditanyakan kepada anak2 ini, kenapa membaling batu yang takkan mencederakan mereka ini, dan jawapannya?

"jika Allah mengkehendakki, batu sekecil ini pun mampu memusnahkan mereka"


tiada drama cinta untuk mereka tontoni pada waktu petang, tiada drama romantik dalam hidup mereka, yang mereka tahu pada setiap hari adalah perjuangan membebaskan diri dari musuh2 mereka iaitu yahudi zionis yang bernama Israel, yang merogol dan merampas segala - galanya milik mereka, tak pernah dalam sejarah peradaban dunia dibawah PBB, bahawa satu negara boleh dirampas tanah yang menjadi milik mereka,

DIMANA KATANYA KEADILAN DALAM KAMUSMU WAHAI POLIS DUNIA AMERIKA?????


dan aku duduk disini, dan mendoakan perjuangan mereka akhirnya menuju kejayaan dan kemenangan, amin.......


Jerit! ni adalah usaha aku untuk menyediakan tempat bagi TTSian untuk buat event2 amal, bila lagi kita nak buat amal dan buat kerja seni kerana DIA dan untuk rakyat? untuk masyarakat? Jilid 1 dah aku bukakkan pintunya, maka selebihnya, aku serahkan pada TTSian dan generasi akan datang untuk membentuk jalan seni yang berpaksikan perjuangan kepadaNYA.

ini adalah tanggungjawab kita,

kita
kita
kita


yang setiap hari makan McD
tak pernah berlapar
tak pernah hidup susah

sudah tiba masanya kita turun bawah, dan merasai penderitaan mereka.

ya Allah, berkatilah perjuangan ini, dan bantulah kami dalam usaha kami membantu saudara2 kami menerusi program ini ya Allah, amin......


dan aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada semua komiti, samada ahli komiti atau peserta, mahupun mak ayah aku yang akan turut serta menjayakan program ini, yang sanggup bersusah payah, bersengkang mata, menghadap test dan esemen dalam masa yang sama menjayakan program, ya Allah, saksikanlah bahawa kami telah menggunakan apa yang ada pada diri kami untuk berjuang ke jalanMU, maka rahmatilah program dan niat kami ini ya Rabb.................


p/s : kepada semua ahli komiti : sayang korang sangat2! ;)

Wednesday, March 2, 2011

(3A) Aku Anak Abah

Assalamualaikum w.b.t,

di dalam petang yang hening ini, aku melihat jendela luar yang cerah, setenang hatiku dan berbisik.......

"Ya Allah, Aku bersyukur diciptakan olehMU, menjadi anak ALFAN BIN MIMBAR"


teringat kata2 mak aku....


"Tak ada orang laki macam abah kamu, sanggup berkorban untuk anak2, punya baik abah kamu tu, orang lain dah goyang kaki dah bila anak masuk universiti......."


itu konklusi mak aku setelah aku kira hampir 20 tahun mereka, abah dan mak aku mengambil masa untuk mengenali hati budi masing2, alhamdulillah, mak terbuka hatinya melihat keikhlasan abah dan kemachoaannya dalam mengemudi keluarga, abah seorang yang rasional dalam tindakannya, jarang nampak dia emosi walau seteruk mana pun situasi tu, mungkin ada, mungkin dia serabut, tapi tindakannya itu selalu tepat dan kena.

dan aku sekarang tersenyum sendirian melihat hakikat ini......

dan aku bersyukur aku dilahir sebagai SYAFIQ (EFFENDI) FALIQ ALFAN


SAYA SANGAT SAYANG ABAH SAYER! :)




Dengan cucu pertama abah, Mohd. Danish bin Hairul Mubarak, circa 2003



p/s : sekarang aku perlu berguru dengan abah, macamana nak jadi sabar :)