Monday, May 30, 2011

Aku

Hikayat 124 : Pesanan tak berapa nak ringkas

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua 
Ini pesanan tak berapa nak ringkas buat anda yang bernama... 
Encik Stalker,

Sudah - sudahlah ye 'stalk' saya. Anda takde rasa penat ke? Pergi lah siram pokok bunga ke, tebas rumput ke, kira pasu bunga jiran ke dari nak sibuk hal orang lain. Anda tak penat ke menjadi stalker dan kelihatan sangat annoying? Ataupun anda rasa sangat macho bila annoying macam ni? Anda bukan alien kan? Jadi tolonglah tahu bahawa annoying itu bukan satu perasaan yang baik jika ada orang lain rasa macam tu pada anda.

Encik Stalker,

Anda dah lupe ke yang saya pernah remove anda sekali dari friend list saya. Dengan semua kawan saya tiba - tiba jadi kawan anda. Lepas tu kawan - kawan saya sendiri tak kenal anda. Tak habis sampai di situ, anda dedicate itu dan ini pada kawan baik saya. Anda ni kenapa ye? Anda tak ada kawan baik sendiri ke nak dedicate itu dan ini? Tidak baik punyeee macam ini ye Encik Stalker.

Akhirnya saya terpaksa cakap dengan anda sendiri yang saya kurang selesa anda macam ni. Dan selepas itu kan Encik Stalker, saya lihat anda macam dah ok. Tak ade nak kacau - kacau hidup saya pakai sudu, garpu ke senduk sekalipun kan. Saya berterima kasih daun keladi lah ye Encik Stalker kerana anda memberikan saya tempoh hidup yang sangat aman. Saya tengok anda pun aman dengan kehidupan anda tanpa kacau saya dan kawan - kawan lagi. Saya lagilah double triple aman.

Encik Stalker,

Saya sokong anda dan minat anda tu. Tapi kalau anda nampak saya sokong. Saya beri respon pada kerja anda tu, tolonglah jangan salah sangka Encik Stalker. Saya bukan minta anda ulang balik perangai lama anda tu pada saya. Saya sokong kerja anda tu sebab kerja anda tu bagus dan memberi manfaat pada ramai orang. Tapi kenapa anda ulangi kesilapan yang sama Encik Stalker?

Contoh lah dalam satu hari tu tiba  - tiba saya post status "hari ni saya goreng ikan"...tiba - tiba anda buat status lain pulak dalam masa yang sama "nak goreng ikan boleh, tapi cuba try bako ikan ke bako bangunan ke bako hati ke"...haaa.kenapa ni Encik Stalker.Apa masalah anda ni Encik Stalker? Anda sponsor minyak masak saya ke yang anda nak sibuk - sibuk ni.

Encik Stalker,

Status saya yang sebelum tu bukan untuk anda. Anda tak payah lah terasa eh? Tapi kenaapa anda suke terasa. Anda ada deria rasa yang terlebih peka ke sampai macam ni sekali. Tak baik punyee macam ni Encik Stalker ye?

Lepas tu kan Encik Stalker, bila anda terasa tu tiba - tiba anda kacau kawan saya pulak. Tanya kawan saya senyap - senyap status saya tu untuk anda ke. Eh. Porke Encik Stalker. Porke? Anda tanya kerana anda terasa kan? Anda terasa kerana anda lah orangnya kan? Tak gitu Encik Stalker. Tak baik punyeee macam ni Encik Stalker. Kesian kawan saya tu Encik Stalker. Penat die nak jawab soalan - soalan KBKK tu. Dah lah. Jangan libatkan dia lagi ye Encik Stalker?

Encik Stalker,

Saya tak marah. Saya sedikit geram je sebenarnya. Tapi takpelah. Saya rasa jalan penyelesaian ada di tangan saya. Saya boleh remove anda. Boleh block anda dan macam - macam lagi. Itu adalah yang terbaik sebenarnya walapuun tak baik punyeee kan?

Kenapa? Kenapa saya buat macam tu pada anda ye. Anda tahu jawapannya Encik Stalker. Kerana anda ulang semula kesilapan anda yang lama tu Encik Stalker. Dah dah la tu Encik Stalker. Tolong lah pergi dari hidup saya ye? Saya bukan Lisa Surihani pun nak di stalk - stalk ni. Saya tak famous amous pun. Mulakan hidup sendiri - sendiri dengan aman. Barang yang lepas jangan dikenang bak kate Sepah dalam Maharaja Lawak. huhu


Encik Stalker,

Saya minta maaf lah berkata - kata begini. Saya akan amat berterima kasih sekiranya anda boleh pergi dari hidup saya. Dan jangan kacau kawan - kawan saya lagi semata- mata nak kan perhatian. Terima kasih atas semua perasaan yang anda ada pada saya. Tapi adalah lebih baik sekiranya anda buang je semua perasaan tu. 
Saya pun pernah suka orang Encik Stalker, dan saya pun pernah ditolak oleh orang yang saya suka, tapi saya tak pernah ganggu orang tu jauh lagi nak main Stalk terang-terangan. Stalk pun senyap2 je.opss.haha. Apa yang penting? Kerjasama. Memang. Itu wonderpets cakap. Tapi bagi saya, apa yang penting...janganlah ganggu kehidupan orang lain. Kita pun ada kehidupan kita. Bergembiralah dengan kehidupan kita sendiri.


Encik Stalker,

Sampai di sini sahaja la ye. Kalau anda rasa anda bukan orang nya, anda tak payah lah terasa ye? Okiesss. Anda memang baik kalau anda tak kacau saya lagi. Terima kasih Encik Stalker. Bai2




Thanks for reading!!

p.s
Encik Stalker tau. Bukan Encik Stoken. Hahaha :D




***********************************************************************************************************************************

aku tenung rapat2 post ni, dalam hati aku bercampur2, benci, marah, mengamuk, sedih, pilu, dan segala kenangan2 yang dulu2 datang laju macam formula one, dan segala macam kesakitan aku rasa pun macam formula one, kejap datang, dan kejap pergi, tapi selang masa antara datang dan pergi tu bertambah2 kejap lah, sebab tau2 jer serangan kedua dan ketiga melanda, sampai aku rasa nak pitam, namun apa yang aku boleh buat?

bukak mata
tutup mata
bukak mata

tenung rapat2 kat siling
aku masih hidup
Alhamdulillah

DAM!
kesakitan menyambut aku lagi.

walaupun tak lah macam tu, tapi dalam imaginasi aku, begitulah keadaannya, sebab aku suka duduk diam, idle, tak buat apa2, dan merenung kesakitan2 yang lepas, barangkali itu kesalahan aku yang suka merenung kisah silam dan terus tenggelam, menyebabkan aku yang sering gagal, bertambah gagal kerana tak mahu bangkit dari kisah lama, ya, ini entri tentang hati aku yang sakit mengenangkan ex aku, hidayah bt abd latif

gambar masa pementasan Bangsawan Tuah Hang Jebat oleh TTS, sampai sekarang dia masih respek aku sebagai orang seni, tapi setakat tu jer lah, ha ha ha, butanya aku tentang perasaan dier.




memandangkan dier dah tak mahu lagi amek kisah tentang aku sebab dier dah nak bertunang dengan kekasih hati barunya, maka aku rasa tak mengapa kalau aku nak meletup teramat sangat, sebab selepas peristiwa dia hambur aku sebab jadi stalker, dan selepas berbincang lepas tu, memang aku tak selalu sangat diskas pasal perasaan aku, memandangkan aku nak membuang segala sisa2 yang tak patut ada dalam hati aku, maka lebih eloklah kalau aku cerita jer, betul cakap wani, memang patut pun aku cakap jer, toksah takut aper2 pun, lantaklah kalau dier nak baca sekali pun, kan ko dah tak peduli?


selepas sesi sumpah seranah dan maki hamun oleh dia, dan aku yang defend cuma sikit2 dan cuba nak rasionalkan diri aku dan dia tetapi gagal, barulah dier bagitahu yang dier nak sakitkan hati aku sebab nak aku luperkan dier dengan membenci dier, maaf, kau boleh benci orang dan luperkan diorang macam tu, tapi hati aku takkan mahu buat macam tu walaupun kat musuh aku sendiri, sebab aku berpendapat, manusia takkan jadi jahat kalau tak pasal isu2 dier sendiri, maka aku cuba rasionalkan kepala otak aku yang terbarai dengan kata2 dia yang betul2 membunuh aku, cincang aku sampai lumat2, sebab yer lah, aku stalk dier, aku mengadu kat kengkawan dier, aku lemah dan terexposekan diri aku yang mahukan perhatian, tapi aper yang aku dah buat kat hidup dier? ader ke aku pi  kutuk pakwe/bakal tunang dier? ader aku hantar surat ugutan? ader aku caci maki dier sepanjang aku kene buang dengan dier? segala kemarahan dier yang dier hamburkan kat aku, sekali tak pernah aku balas, tapi masa tu aku betul2 tak tahan, dan aku lepaskan semuanya, tu pun tak sampai tahap aku sumpah seranah tuk nenek moyang, sebab aku masih lagi waras dan ingat kat pesan mak ayah aku supaya cakap dengan orang kena sopan santun.


dan aku pun takleh salahkan dier cakap macam tu, sebab dier orang tangan kidal, dan memang emosi lebih sket dari yang biasa, sebab tu dier buang aku, sebab aku paham, kalau dah makhluk bernama wanita ni memang betul2 ikut hati dan perasaan, apertah lagi wanita yang yang bertangan kidal? bertambah superduperquadrupletriplemaximum lah efeknyer.



parut yang aku dapat sebab chatting dengan dier lama sangat pada malam sebelum eksiden, ngantuk punyer pasal masa balik kerja, aku eksiden langgar moto orang, RM600 lebih aku melayang untuk kos repair moto aku dan moto orang tu, nasib baik rosak cover set jer, dan lutut aku ada dua parut besar, dan siku aku (gambar ni) juga ada parut, kalau hati aku leh buang, parut ni, macamana? kalau leh cuci dengan klorox dan ilang, aku dah buat dah, parut ni akan sentiasa ingatkan aku tentang kau.



dan dia bertemu dengan jejaka baru dalam hidup dier, memang mudahlah bagi dier, sebab dier memang jenis sosial sket orangnya, sosial disini maksud aku, senang bergaul dengan oranglah, dari macam aku ni kera kat utan pun tak nak sembang dengan aku, sebabkan aura aku yang len macam, memang dah diciptakan Allah aku macam gini, aku taklah wat aper dah, dah macam terlambat dah pun nak lentur buluh tu. dier cakap hari pertunangan dier dah ditetapkan, baguslah kalau macam tu, seronok aku bila dia dah bertemu dengan orangnya, adakah dia jodoh dia yang sebenar, itu aku pun takleh cakap, sebab aku bukan tuhan yang menetapkan hidup mati orang, maka kalau benar itu jodohnya, baguslah, Alhamdulillah, tapi tu tak bermakna yang lain macam aku ni tak bernasib baik, cuma takdir belum temukan aku jer, kalau dah ditetapkan takder, aku terima, sebab bukan itu landasan hidup aku, hidup aku bukan sebab nak cari siapa jodoh aku, siapa yang aku terima jadi isteri buat anak2 aku, bukan, bukan dan bukan, hidup ini hanya untuk DIA, dan aku persembahkan tiap titik peluh keringat seni aku untuk DIA.


"nanti kau akan rasa macam yang aku rasa sekarang ni"


lebih kurang gitulah kata2nya bila aku cakap tahniah sebab dier dah nak bertunang, tapi aku tak harapkan benda2 tu, kalau ada perasaan tu datang nanti, baguslah, tapi tak bermakna ia terhenti disitu, perkahwinan adalah pintu kepada tanggungjawab yang lebih berat dan besar, dan kehidupan bukan terhenti kat situ macam fairytale, happily ever after, cerita kemudiannya kita tak tahu bagaimana, maka jangan terlalu cepat untuk tersenyum puas seolah itulah pencapaian hidup kau, dengan berkahwin.


hidup ni memang kadang2 lawak, eh tak, memang satu senda gurau pun, tak percaya? bukak Quran, dan carilah, aku pun memang suka ayat tu.

break dan jumpa seseorang dan terus decide nak bertunang, 

bagi aku itu perkara lawak, tak, bukan aku mempermainkan keputusan diorang ataupun memperkecilkan atau merendah2kan, cuma bagi aku, benda macam tu ada dekat dalam filem jer, jaranglah kau jumpa, tup2 jadik kat diri kau sendiri; AKU, yang sakit hatinya bila kau dapat tahu, kau bukan hero lelaki yang last2 skali kawen dengan heroin tu, kau si LOSER yang hanya dapat berpuas hati ditempat kedua dengan trofi murah iaitu nama pada rolling kredit di akhir cerita, dan lepas tu orang tak sebut pun nama kau, kau akan dianggap loser dan ramai yang akan cakap "PADAN MUKA, orang macam tu memang patut  pun nasib macam tu"

itu yang buatkan aku ketawa tu!

dan seperti Amira dulu, dia juga memberikan kata2 nasihat buat aku, aku rasa boleh buat filemlah cerita aku ni, sebab persamaan dia buat aku nak ketawa, persamaan cara dua orang ex aku ni masa lepas dah break, iaitu diorang bagitahu kelemahan aku, kalau Amira dulu cakap aku ni terlalu jujur, semua nak cerita, kalau Dayah ni plak, dier cakap aku ni rasa diri sorang2, dan sepatutnya aku anggap orang kat sekeliling aku lah teman aku. Bagus juga diorang bagi aku nasihat2 ni untuk aku berubah sedikit demi sedikit.

aku harap kemarahan dalam diri aku ni cepat2 reda, sebab aku letih nak bengang dan sakit hati dengan orang, sebab aku tak suka bila aku macam nih, jadik tak stabil emosi aku, macam haram, aper yang aku paling pantang sekarang ni?

aper2 jer yang ada kaitan dengan negeri johor
aper2 jer citer pasal cikgu
aper2 jer pasal budak yang suker cakap diri dier kiut, comel dan yang sewaktu dengan dier
aper2 yang cantik dan lawa oleh mata aku(memang aku pantang dari dulu pun)
lagu2 yang aku pantang : sixth sense - sempurnakanku, jay sean - down, siti nurhaliza - bisa, mawi dan diana danielle - penyembuh rindu, hijau daun - suara (ku berharap), teacher's pet - warisan wanita terakhir, kuwata keisuke - aisheta hareru kana

bila aku jumpa jer menatang2 ni semua, hati aku rasa nak bakar satu dunia dan gelak HAR HAR HAR HAR HAR HARUN!

gambar looser aku dengan heliza helmi


sekarang aku menetapkan biarlah aku fokus pada kerja2 seni dulu, memandangkan duit simpanan yang aku memang simpan untuk persediaan untuk kawen pun dah aku kebas sebab nak beli kamera video, bagi aku, itu penting, sebab aku memang dah lama tetapkan, ini perjuangan aku, ini lebih penting, hal2 kawen tu semua benda yang belum pasti, aku pun tak tahu jodoh aku tu wujud ke tak, maka, dari menunggu benda yang tak pasti, baik aku bekerja keras untuk benda yang pasti kan? iaitu perjuangan aku, yang sampai bila2 pun segar bugar tak lapok dek telan zaman, sebab Allah itu sentiasa ada, maka akan adalah orang yang berjuang atas namaNYA. Dan aku yakin, perasaan aku sekarang ini akan hilang jugak satu hari nanti, sebab bagi aku, tak ada apa yang kekal melainkan DIA.

terlalu banyak cacat cela aku
terlalu banyak kecacatan diri aku
yang pasti aku tak bersedia untuk hidup berdua
aku tak pasti dan sesiapa pun takkan tahu apa yang ada didepan
biarlah aku pegang apa yang ada depan mata aku
perjuangan aku
insyaallah
doakanlah aku bersamanya selalu
demi DIA

tuhan, bukakkan mataku supaya melihat kecantikan dan keagunganMU
jangan kau bukakkan mataku melihat kepalsuan kecantikan dunia yang akan pudar oleh masa
yang akan hilang ditelan zaman
tetapkan hatiku telus berjuang demiMU
berikan kekuatan untuk aku harung hari2 yang sukar dihadapan
aku pohon agar kau sentiasa bersamaku ya Rabb
kerana sebenarnya aku takut membuka mata untuk hari esok yang aku tak pasti
kerana aku hanya insan hina, hamba yang terlalu hina dan penuh cacat cela
berikan kekuatan untuk aku lebih kuat dan tegar mencintaiMU dan agamaMU dan perintah2MU
amin.






wassalam
bye.

p/s : aku doakan kau dan semua umat dunia ni bahagia dunia akhirat.amin.