Sunday, June 26, 2011

Bila aku Keluar dari UTP dan TTS....(grad nanti insyaallah)

AKU BUKAN AHLI TQA

tapi aku sokong usaha2 TQA untuk maju ke depan...

barangkali senang cakap, lebih baik aku mengaku salah kau dari terus tegakkan benang yang basah,

fine lah, aku memang salah

DAH

selebihnya

PEGI MATI!

p/s : kita sama2 hipokrit bro, so apa lagi yang boleh kau tegakkan benar dan salah kita?

Tuesday, June 21, 2011

rasa yang macam haram

bila malam begini
bila tak nampak bintang
bila langit ketawakan kau
bila bulan mempersendakan kesetiaan kau
bila matahari tak nampak cahaya
bila buta itu namanya leka
bila aku tak henti2 dihina
bila suara aku tak kedengaran adilnya ditelinga mereka
rasa ini buat aku rasa macam haram
rasa ini buat aku rasa macam nak terjun bangunan
rasa ini buat aku tak mahu rasa
past, present dan future bergabung
dan aku menghitung hari future aku, 3 bulan nanti
adakah aku akan benar2 free?

Wednesday, June 15, 2011

If U Dun Belong....

Assalamualaikum w.b.t,


lately aku rasa down gila2

mungkin down sebab komen2 yang buat aku terasa, aku memang suka terasa, sebab aku sensitif, orang kata aku gila sebab aku suka sangat terasa, bahkan ini antara menyebabkan kadang2 kengkawan susah nak rapat dengan aku, sebab kadang2 aku terasa tahap cimpanzi, even pernah tak bertegur dengan rumate aku sebab dier kalahkan aku main fifa banyak kali, masa tu gila ah, perang dingin, macam pondan pun ader, macam budak kecik pun ader, bangang giler, tapi rumate tu lah yang bertahan duk dengan aku sampai skang, alhamdulillah, rasanya kalau dier takder, terkayak gak aku duk UTP ni, sebab dier nih jenis mcgyver, semua bender dier reti repair, ho ho ho.


sekarang aku masih lagi terasa dengan doc, yang bengang dengan aku dan bebudak TTS yang baru sebab tak jaga barang betul2, sebab malas nak simpan barang2 kat belakang stage ke tempat store, aku gitau dier masa tu, aku akan kemaskan, ajak bebudak lain, aku ader problem dengan ex aku yang menyebabkan aku rasa semangat juang aku nak idup betul2 dah takder, tetiber doc mengamuk2 suh juger kemaskan belakang pentas, aku akui aku salah, sebab lembab nak mampus nak setelkan bender tu, memang betul pun generasi2 baru TTS ni agak lemah sket berbanding yang dulu2 yang sangat mendengar kata dan berdisiplin, dan generasi masa kitorang yang memang tak amek peduli pun tentang persembahan TTS, yang lebih manja dan mengada2, terutama aku, ha ha ha ha.....

terus terang aku katakan, aku tak bersedia untuk Qum, walaupun diorang dah popular camner pun nanti, aku tetap tak bersedia, aku insecure untuk berada dengan Qum, aku dapat rasakan kata2 ejekan buat aku didalam environment Qum, kalau nak mintak aku tolong, aku takder hal nak tolong, tapi kalau ada orang lain, biarlah orang lain dulu, kalau betul2 takder, baru aku tolong, aku betul2 insecure, aura doc yang sering mengejek2 interest dan pandangan aku kepada dunia seni buat aku rasa tak tenang walaupun berada dalam Qum, sebab aku tahu, bebudak Qum adalah bebudak yang taat dengan doc, memang akan ada bangkangan kepada idea2 dier, tapi tak seteruk aku, aku suka wat kepala sendiri senang cerita, dan biarlah kesalahan dan ketakutan akibat kesalahan aku nih, aku tanggung sendiri, buat apa aku nak menipu diri sendiri dan terus berpura2 macam takder aper yang berlaku?

kadang2 aku bertanya, kenapa aku wat semua bender ni?

kenapa aku masih berada dengan mereka?

nak datang tengok show diorang pun aku segan, aku segan nak berjumper dengan diorang bukan sebab apa, seolah2 aku dapat membaca muka diorang yang hipokrit mengata aku kat belakang, tapi aku tahu, itu cumalah perasaan aku yang terlalu paranoid dengan gesture2 diorang, dalam kumpulan manusia pelik yang suka berteater iaitu TTS-TQA, aku boleh dikategorikan sebagai antara yang paling pelik kat dalam grup nih...


aku sayangkan TTS-TQA,
aku sayangkan ahli2nya
tapi aku rasa aku tak mampu untuk membantu usop dan rakan2 yang lain lepas grad UTP nanti
aku terlalu insecure untuk berada di TQA
maafkanlah aku....



adakah aku akan tamatkan cita2 aku untuk terus begiat dalam bidang seni sampai mati?
tidak!
aku nak tebus dosa2 aku iaitu tidak pergi menuntut ilmu tentang seni sejak sekolah lagi,
dan aku tahu, ia takkan terbayar sampai bila2.....

p/s : dia cakap teruskan perjuangan seni, aku cuma ketawa mendengarnya, nah, sapa kata dibelakang kejayaan seorang lelaki itu ada wanita? dia cuma perlukan TUHAN yakni ALLAH untuk melakukan apa2 sahaja yang bernama kejayaan :)

Friday, June 10, 2011

Subhanallah.....

Assalamualaikum w.b.t,

penat.


itu perkataan yang sesuai untuk semalam.

kecewa.

itu perasaan yang menggambarkan cerita semalam.

dendam.

itu tenaga negatif yang ada pada aku semalam.

cinta.

itu perkara yang aku bencikan semalam.






apa yang dah terjadi?


1.Gagal satu subjek dan besar kemungkinan aku repeat subjek tu semester ni.
2.Roadtax moto aku ilang, mungkin masa berkemas dari dompet aku yang koyak untuk dipindah barang ke dompet baru aku.
3.keypad henpon aku rosak, sekarang aku pakai henpon kedai yang aku hantar repair.
4.komputer aku tetiber jahanam tanpa alasan munasabah yang tak dapat dicari lagi (mungkin sebab dah seminggu lebih tak tutup2)
5.kad matrik aku ilang, lepas jumper pegawai kat exam unit, mungkin kena beli kad matrik baru dengan harga RM30.


benda2 ni berlaku dalam masa 2 hari, dan kebanyakannya terjadi pada hari semalam, hari jumaat penuh barakah, cuma mungkin aku ni yang kotor dan banyak dosa, tak dapat barakah tu, dan diberikan ujian yang sebegini.

seriously aku menangis semalam dan ketawa, ketawa sebab aku rasa macam dalam cerita filem yang ditulis penulis skrip yang tersohor di hollywood, menangis sebab watak utama yang malang dalam filem tu adalah aku.

MALANG

barangkali perkataan ni sesuai bagi aku, aku rasa dalam banyak anak2 mak ayah aku, aku lah yang paling malang, takrifan malang yang aku bincangkan ni adalah sebab perkara yang bukan langsung dalam kawalan aku, macam laptop dan moto RXZ aku kena curi, kasut aku kena curi, awek2 aku semua lari (EH? - Babo sungguh perkataan ni, jangan perasan ya wahai diri yang mangkuk!). Namun itu watak yang Allah beri pada aku, mahu atau tak mahu, aku kena terima, Insyaallah, lama2 dah biasa, takder hal lah tu. Kadang2 bila ilang, aku jadi pasrah jer, malas nak dok mencari2, sebab dah biasa dah, ilang tak jumper2, macam hati kau dah ilang, memang susah lah nak jumper, apertah lagi kalau hati tu memang dah sedia ilang awal2 lagi kan? dah2, jangan stat merapu, buang dendam kau tu sekejap ya? cis.


hati ini jadi gelap.

aku rasa sikit lagi aku jadi anakin skywalker.

cuma masalahnyer aku lagi loser dari anakin, sebab anakin jadik jahat sebab nak selamatkan bini dia, aku nih bukan ader bini, apertah lagi ader anak.

dalam jatuh tersungkur, aku merangkak2 mencari tuhan, Allah, Rabbul 'Izzati, yang juga maha pemurah lagi masa mengasihani.

aku rindukan diri aku 3 tahun dulu, memang macam hipokrit, tapi berada dalam keadaan sebegitu sedikit sebanyak hati aku memang tenang, taklah rasa loser sangat, sebab kau rasa lebih dekat dengan DIA.

sekarang ni?

rasa lagi lingkup dan rungkup.

aku cuma pengemis yang mengais sisa2 kehidupan yang ada pada diri aku, dan terus mengemis sampai aku rasa dah cukup hebat untuk mati kebuluran.

berjayakah aku untuk bangkit lagi dan lagi?

kadang2 rasa penat juga.

tapi ini perjuangan menentang kebatilan diri, maka ia juga satu jihad yang tak seharusnya berhenti, ini misi yang terhebat buat diri kau, at least kau ada misi, takder merewang pasal cinta yang tak kesudahan, okeh, sekarang dengan sedikit dendam, aku mengatakan, yang mengejar cinta manusia, mengisi kekosongan jiwa itu adalah LOSER! ha ha ha ha ha, terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku dalam kelab LOSER ni, ha ha ha ha.

kerana hidup ini bukan harus diletakkan pada misi yang sebegitu. hidup ini tentang DIA. tentang ALLAH. biar hipokrit macamner pun ayat aku nih, aku tetap katakan, akan aku rebut rahmatNYA, cintaNYA, biar sampai mati hati aku untuk berkata2 syahdu. bibir hati aku tetap rindu untuk mencari DIA.

tuhan.

tolonglah aku.

kalau aku tak bangun esok pagi, moga2 KAU ampunilah aku akan dosaku, ia kerana kelalaian diriku sendiri, ampunkanlah hambaMU yang hina dina ini...........


wassalam

SEFA the loser

p/s : saper terasa hati dengan post aku ni, aku kasik amaran, JANGAN BACA KALAU TAK NAK SAKIT HATI! jangan stalk aku lagi kalau tak nak sakit hati, kalau nak baca gak lagi, read at ur own risk. papai~

Sunday, June 5, 2011

dadah gembira

kau penah rasa gembira tak dalam mimpi?
aku pernah rasa sedih
rasa mati
kadang seronok juga bila ada efek camni dalam mimpi kau
perasaan tu lebih best dari kau tengok wayang 3D
sebab ni betul2 punyer perasaan
agaknya nanti masa hadapan akan ada orang wat virtual reality yang cenggini
yang aku gelarkan dadah gembira
sebab ia bukan real
ia maya
yang kau rasa cuma sekejap
dan sekejap sangat
tau2 kau dah bangun
dan bila bangun kau rasa "alamak, mimpi rupanya, adoi~~"
aku pun macam tu
yang sakit hati tu bila kau mimpi orang yang takder kena mengena langsung dengan idup kau
ada lah, cuma bukan dewasa ini
budak sekolah aku lak tu
budak kelas sebelah plak tu
seorang wanita, yang aku rasa sepanjang umur aku 23 tahun ni, rasanya beberapa patah jer ayat yang aku cakap kat dia, sebab dia penyenyap, dan tak pernah rasanya ada apa2 perkaitan dengan idup aku,
kalau aku watak utama dalam filem, dier kire extra yang sangat extra lah, macam tu lah gambarannya
kenapa dia muncul dalam mimpi aku, aku pun tak tahu
tahu2 pulak bila dramanya begini....



dia : aku mengandung.....
aku : ha? abes tu saper yang nak jaga? kau tak nak cari suami?
dia : kaulah, tapi takkan kau nak jadi suami aku...
aku : eh, boleh jer, kalau kau sudi.... 

dan drama ni berakhir dengan muka dia yang aku hafal dari sekolah dan tak pernah tahu perubahan dewasanya, sebab macam aku cakap tadi, dia memang takder kena mengena dengan idup ak,camner memori aku leh keluarkan muka dia masa aku tengah tido pun aku tak tahu, menyebabkan aku berperasaan bercampur baur, ah, mainan tidur jer, usah ler dipikir2 sangat...


p/s : mimpi, kekallah sebagai mimpi, jangan pandai2 nak jadi realiti, sebab aku benci begitu...

Wednesday, June 1, 2011

tolong beritahu tun teja

tolong beritahu tun teja bahawa jebat yang bunuh megat panji alam
tolong beritahu tun teja bahawa jebat sayangkan abangnya tuah
tolong beritahu tun teja bahawa jebat sengaja mengalah untuk abangnya tuah
tolong beritahu tun teja bahawa jebat menyayangi abangnya tuah melebihi keadilan yang dijuangkannya
tolong beritahu tun teja bahawa tuah tak pernah sayangkannya
tolong beritahu tun teja bahawa tuah tak pernah melihat kebenaran disebalik kesetiaannya
tolong beritahu tun teja bahawa tuah seringkali keliru bila menjalankan tanggungjawabnya
tolong beritahu tun teja bahawa tuah telah menyakiti hatinya kerana dia memang begitu
tolong beritahu tun teja bahawa kematian jebat ini tak bermakna jika tun teja masih lagi tidak sembuh dari pukau si tuah......
tolong beritahu tun teja bahawa tanggungjawabnya kepada suaminya, sultan melaka meski hatinya masih terpana dengan si tuah...
kerana disitu terletak syurga buatnya nanti, bukan pada tuah...

dari jebat,

yang dipijak rakyat setia,
yang disanjung oleh keadilan,
yang terhimpit oleh penyesalan,
kerana taat setianya pada saudaranya melebihi keadilan yang diperjuangkannya...