Monday, December 19, 2011

Review Maharaja Beruk

Amaran : Untuk para pelakon dan krew TTS, dinasihatkan tidak membaca jika anda dalam keadaan emo atau sedang marah. Sila buka minda dan lapangkan dada anda untuk menerima apa yang direview, jika tidak bersedia, sila klik pangkah pada laman ini sekarang. Anda telah diberi amaran penuh cinta.


Assalamualaikum w.b.t,

ya, ini adalah review tidak berstruktur, aku menulis apa yang aku rasa, dan apa yang aku lihat, dan apa yang aku tahu, nak ambil sebagai batu loncatan untuk memperbaiki diri, dipersilakan, kalau tak nak, takder hal, aku tak rugi mana pun. ha ha ha. anda pun begitu. ha ha ha.

sebenarnya aku memang penat ahad tu, hari kedua pementasan pun, balik dari nilai dan get ready bahan2 untuk interview dengan Petronas esoknya merupakan cabaran untuk aku, tapi aku nak pegi jugak. Demi cinta aku pada pondok, gerai usang di Tronoh ini yang mengajar aku apa itu Teater dan menemukan aku dengan roh aku, Seni.

Senang cerita cakap, sinopsis teater ni boleh dibaca kat laman blog TTS, aku tak nak bagitau, sebab korang sendiri boleh baca, bagi aku, macam karya2 doc yang lain, yang tempiasnya banyak pada aku gak, ia berbau politik, aku tak kira kau pas, Umno, PR, BN, kau kena tengok teater ni, sebab bagi aku, ia komedi yang mempadanmukakan manusia - manusia artis wannabe bergelar Ahli Politik. heh. rebel, fight the system, memang itu naluri aku. ha ha ha.

setelah sampai hampir kul 9, tup, tup, cerita pun stat, takder pemula, penyedap atau dessert sebelum teater, sedikit hampa tapi memandangkan nak pentaskan yang ni pun kelam kabut, jadi aku pun rasa kemustahilan untuk tambah beberapa short sketch atau mime, lagipun dah masuk pementasan kedua untuk semester ni, oklah tu.

utnuk scene permulaan, ada cerita sket tentang pendita bagi anak keturunan raja, diselamatkan, pada sepasang suami dan isteri, ya, dalam dialog tu katanya "pendita memberi dara kepada mak dan pak dara", aku tak tau doc nak buat PUN (komedi berdasarkan permainan maksud kata2, atau double meaning) atau tak, tapi itu memang lawak. ha ha ha besar disitu (aku perasan ni pun masa dah nak habis pementasan)

tapi starting ni tak berapa nak start mood aku, sebab terlalu cepat sangat scene permulaan ni, dari segi teknikal flow dan lakonan, terlalu cepat, aku rasa elok buang jer scene ni, sebab tak memberi mood permulaan pada aku, sebab bagi aku, permulaan yang sebenarnyer adalah selepas ini, iaitu bila bayang2 raja menghisap dan merogol orang kat belakang tirai, yang bagi aku, adalah satu faktor wow dan aperkejedinyer lah yang korang nak panggil, mungkin sebab set tu nampak cantik, aku tak sure saper yang dengan nik masa tu, mungkin lelaki kot, sebab nampak cam lelaki, dan kalau ikut konsep doc punyer play pun, scene macam tu, takder la nak letak pasangan bukan mahram, kalau tak, jadi sumbang ler.

okeh, next, lepas tu scene maharaja dengan maharani, aku sedikit janggal, sebab sebagai maharaja yang bertukar jadi beruk, aku tak dapat rasa yang nik betul2 paham karekter dier, sebab dari gerak tubuh nampak macam orang biasa, tak nampak macam beruk, dan tak nampak binatang, jadi aku pun tak tau, aper yang dier nak sampaikan dengan badan dier? sumpahan tu tukarkan muka dier jer ke? bukan sifat dier? walaupun begitu, aku rasa badan nik agak kaku, dier kena loose kan sket badan dia, tapi dari segi struktur badan, yes, aku rasa doc dah buat keputusan yang baik memilih nik.

maharani? cantik, aku suka permainan emosi dier, cuma sepanjang play, aku tengok2 gak reaksi dia, tak seberapa sangat at times, aku mengharapkan dia konsisten sepanjang pementasan, tapi tak dapat, namun begitu (cey, ayat skema), dia ada potensi, macam yang doc cakapkan, skang bebudak cam farah dan aktres2 pompuan yang lain harus cemburu, kalau tak, sila gilap betul2 lakonan anda, beza orang ader bakat dan takder bakat, adalah orang takder bakat, kena tolak lebih skit, boleh, tak mustahil, tapi kena teguh dan kerja rajin sikit. masa awal2 tu, aku tak nampak sangat kemistri (chemistry) Nik dengan Leya, seolah2 aku tak nampak diorang macam kawan, bukan macam laki bini, so, ini korang kena bincang balik dengan doc, aper makna2 watak tu, go deeper, kaji watak, dan establish apa yang doc nak dalam skrip ni, kalau tak, memang hancur hubungan pentas korang dalam pementasan ni, at times ok, tapi most of the time, aku tak nampak relation diorang berdua, mungkin sebab Leya orang baru kot,ah, tapi itu bukan alasan. (sebab aku juga banyak alasan dalam berkarya, ha ha ha ha), spontanious nik dan leya pasal subang jatuh tu aku puji. tahniah.

move on.

aku rasa yang betul2 menceriakan aku adalah watak2 sampingan, orang2 kampung, (lagi) acap, nuzul, ammar, dan tera, aku dapat rasa diorang selesa, mungkin sebab dah lama main mafia2 samer2, so diorang takder masalah dalam establish kemistri tu, aku suker watak bangang ammar, dan biler dier silap, dier akan cover balik secara natural, ini sangat2 penting dalam lontaran dialog, selalunya kau kena tahu apa nak buat dalam beberapa saat terkucil kat atas pentas. tera pun bagus dalam lontaran dialog walaupun ini pementasan pertama dier, tahniah, cuma jangan terlalu laju, takut tak berapa nak paham apa yang nak disampaikan, lain kali boleh berlakon lagi. keh keh keh.

datang pulak si bunkface sebagai wira, secara jujur, aku tak berapa suker sangat cara bunkface bawak watak dier, sangat2 kurang, dari segi emosi dan permainan watak, perlu lebih lagi, sepanjang pementasan, antara peluang dier adalah time dier berdating dengan dara, itu scene yang sangat best bagi aku, tapi scene tersebut gagal buat aku rasa puas dalam permainan watak antara sya dengan bunkface. aku dah nak merenyam kat belakang tu tengok diorang, cuma tak berapa nak best, sebab patut bunkface kena cuba mengorat lagi. takperlah, cuber lagi perbaiki masa akan datang, cuber terai ngorat kengkawan sendiri, baru ler tau feel nak ngorat ye dak? (aku cakap ye ye jer, aku pun macam pandai ngorat, ha ha ha). pendek kata, mainkan lagi si dara tu, bagi si sya tu betul2 segan atas pentas, MUA HA HA HA HA, dah jadi pelakon, aper nak buat. ha ha ha.

Baim.

mula2 aku tak tau langsung yang dier ni cacat, mungkin lepas kena tumbuk tu baru dier cacat, entah, aku tak perasan langsung, dan ini juga perlu jelas masa lakonan, nak kena nampak beza kalau dier cacat selepas tu, atau memang dari awal lagi cacat. Baim sangat2 kena dengan watak nih, sayangnya, tak cukup cacat otak lagi, kena ketuk lebih sket kepala tu kat dinding, biar biol betul2, ha ha ha, ini adalah daya penarik kepada penonton untuk sayang kau, biasalah, selalunyer penonton tak tengok watak utama, dier cari watak pelik, faktor X, ceh. aper2 jer lah.

oh ya, ada satu scene yang aku tak berapa nak berkenan lighting dier, masa orang kampung bercakap, then pastu ada light di singgahsana maharaja beruk, nampak jelas, maharaja, maharani dengan memanda2 keparat tu, sepatutnya tutup terus, then it will be better, sebab aku rasa sesak nampak tubuh yang kaku dan takder terlibat langsung dalam scene tu, menganggu aku untuk enjoy scene tu sepenuhnya.

dan scene sya dengan baim kena tangkap, tak jadi dramatik, sebab die sekejap sangat, dan nampak si sya dengan baim bangun, jadi not in character, mungkin kalau doc beriya2 jugak nak kekalkan scene tu, dier kena di angkut keluar oleh orang2 ni, yang sya tu pandai2 la dier berlakon macam kena tarik dengan orang2 tu. ha ha ha.

malang skali sebab aku tak dapat nak tengok potensi Ramon, mungkin kali ni dier sibuk dengan pelbagai tugasan, jadi tak sempat nak feel character dier, sebagai partner in crime aku ketika berbogel di jalanan, Ramon ada satu kelebihan yang jarang ada kat bebudak TTS, iaitu boleh buat spontanious tahap cipan, dan aku tak teragak2 untuk ajak dier buat satu sketch spontan, sebab dier tahu nak elaborate dengan bagus sekali. untuk teater kali ni, watak pengacara bapok tu, aku sedikit terkesan, namun masih tak cukup, ini antara watak2 yang leh bikin orang gelak, dan sebagai seorang yang mahukan penonton berhibur dengan karya2nya, aku rasa ia sangat essential dalam pementasan nih. ha ha ha. oh ya, dier berlakon dua watak. okeh, nice, walaupun macam mudah sangat watak satu lagi, sebab jadi pengawal tembak2 dan heret orang jer, still, bukan mudah nak bawak watak yang banyak, kalau kau betul2 bawak watak kau.

hah, aper lagi yang perlu dikomen?

oh, scene maharaja mimpi, okeh, ini agak biasa, walaupun che mad kata ini satu faktor wow, tapi sebab aku duk dalam TTS dan banyak kali tengok efek yang sama, aku cuma anggap ia sebagai signature doc, sebab tu penting untuk merogol pemikiran doc, kasi letak sket idea2 lahanat kau, manalah tau2 kot leh jive dengan keinginan dier, jadilah ia satu piece yang menarik, kalau semua doc nak pk, memang lemau lah pementasan tu jadinyer, sebab doc pun bukan tugas dier nak pk pasal pementasan jer, kerja2 normal dier pun kena dihadap juger.

Sya, kalau tak silap, ini pementasa kedua Sya, aku rasa Sya berjaya dalam beberapa babak, cuma scene rogol tu tak kena movement tu, terlalu lama, variasikan sikit, mungkin lebih menarik untuk aku tengok, atau jangan buat terlalu lama sangat, macam scene rogol kerusi dulu, itu menarik sket, atau scene Jebat, tak lama sangat, tapi menarik. again, tolong doc pk kan skali.Sya adalah seorang yang berwatak cam budak kecik dan suker bermain2, makanya kalau dapat dimasukkan dalam watak dara tu untuk scene dier dengan wira, alangkah bestnya. scene dier masa masuk mengadap maharaja tu pun, ekspresi tu ok dah, cuma tak cukup variasi lagi pergerakannya, aku jadi bosan tengok dier menangis lelama, rasa nak lempang kasi diam jer. ha ha ha.

ahah!

cakap pasal menangis, aku teringat eelyn, aku direk sketch pendek dulu, dier berlakon under aku, eelin jenis takut2, tapi dier boleh buat, macam scene sekejap dier, aku terkejut dengan kebolehan dier wat macam tu, tahniah, cumanya, sama macam isu sya, tak cukup variasi lagi dalam pergerakan, ekspresi mungkin dah lepas, gerak tubuh tak lepas la plak, dan biler kena pijak perut tu patut lagi jerit macam nak mati, pergh, mengandung kot bai, kena pijak perut lagi, orang laki kena pijak perut pun rasa sakit, apertah lagi pompuan mengandung. aper2 pun, tahniah kat eelin kerana aku nampak ada peningkatan.

aku rasa antara yang menarik minat aku untuk tengok lebih adalah time ash menari, okeh, ini serius sangat cantik, aku rasa ia persembahan yang terbaiklah malam tu, ha ha ha, cuma sayangnya, ash tak hidupkan lagi watak tu, dan sepatutnya dier kena ikut rentak muzik, kalau tak, tak yah letak muzik, membazir peluang namanya tu, ha ha ha, ini antara persembahan mask yang aku dapat tengok dari doc. memang tak sia2 dier belajar dulu. cantik. nak aku cakap aper lagi. memang cantik kot. okeh, cuma tak best, biler ash kena jatuh hukum mati, dier tak jerit, cuma diam macam orang bisu, dier orang bisu kot. ha ha ha. entah ler.

oh, bob dan baal.
hmm...

tak best skit lah, agak rendah dari aper yang aku expect, bob atau safwan ni leh buat lagi, dier ader potensi, cuma cara permainan usik2 dier dengan maharani tu tak berapa nak kena pulak. tak cukup gatai lagi. macam aku cakap, mungkin kemistri tak wujud lagi. sila cari cepat kalau nak pentaskan kat KL. ha ha ha.

Baal.

berlagu. sedikit kaku. walaupun watak dier kejap jer. takper, teruskan mencuba, aku rasa masa short sketch dulu dah ok, ada perubahan, agaknya terkenan stail lama balik kot. aih~ kuciwa sat.

daus.

watak dier kejap ader kejap tak, aku tak sempat nak feel watak dier, tapi macam nampak blend, so takder masalah la kot dari segi watak dan lakonan, cuma sedihnya masa kena tikam dengan Nik tu, tak nampak real, hati2, ini bukan pementasan teater kanak2 atau tadika, nanti patutnya scene tu orang sedih, jadi ketawa. bahaya.

lava dan tepung?
entah. entah kenapa aku tak perasan semua tu, tau2 jer ada kain yang berjurai warna merah. nak tahu kenapa?

sebab kain langsir pentas dah warna, jadi memang takkan perasan ada perubahan berlaku, bayangkan hampir 80 peratus background warna merah, mana nak nampak bila menda tu jatuh? atau memang aku rabun kot malam tu, ha ha ha, entah lah.

scene kena gunung berapi tu, er...aku rasa, doc dah stat kena pk ending lain, nampak sama, sori doc, sayer sedikit buhsan jer. ha ha ha.

untuk bedak tu, nampak la sket, tapi tak berapa nak efek sangat, sayanglah, dah ler kena cuci balik, macam bad idea jer, kena pk mender lain plak, mungkin smoke machine ke, entah ler, sumthing else, atau mungkin ubah cara lontaran tepung tu untuk nampak lebih signifikan masa last2 tu.

aku ada miss apa2 lagi ke?

entah, rasanya dah cover semua, tu pun aku rasa dah panjang sangat dah ni.
aper2 pun tahniah untuk yang baru first time dengan TTS dan seluruh krew produksi, nice effort, macam yang aku cakap sebelum ni, aku harap korang teruskan lagi join TTS, baru korang betul2 rasa beraktiviti. aku assabiah sket, so aku rasa TTS ni tempat buat aktiviti yang terbaik, masuk satu jer, takyah masuk lain, ko dah sibuk dan macam2 pengalaman dapat.

tapi secara peribadi, pementasan ni kurang dari average, itu sangat bahaya, banyak lagi lopong, aku bosan pada kebanyakan part, itu mendukacitakan, mungkin sebab aku penat tak rehat sepanjang hari, aku harap sebab aku penat, bukan sebab pementasan ni tak seberapa, tapi itulah yang aku nak cakapkan dan komen, banyak benda yang korang kena buat, kena revise, kena kasi gempak, bagi aku, sangat2 tak cukup lagi untuk standard normal TTS, apertah lagi nak standard dengan grup2 teater yang lain.

kamon, prove me wrong.
prove me that u can do better. insyaallah, gud lak untuk pementasan akan datang, aku akan cuba datang dan kritik mana mampu untuk pondok usang, kedai, tempat aku lahir ni.

wassalam.

p/s : aku sangat suker bila time habis show, terus nak kemas pentas, syabas! walaupun ada yang duduk rehat dan tak tolong, tapi yang ada wat kerja tu aku sangat2 respek, ramon yang tak sudah2 mengelap sebab takut mak cik cleaner susah nak bersihkan, nuzul dan bebudak baru yang lain susun kerusi walaupun diorang tu pompuan dan sepatutnya kerja lelaki, esah yang kemas lampu sambil membebel bahasa baku walaupun tak terlibat jadi krew, semua sangat best, menunjukkan kita rasa belong to somewhere, in Tronoh, in UTP. tahniah semua atas kerajinan ini! :D

Thursday, December 1, 2011

tayangan filem Jalan Pintas

Assalamualaikum w.b.t,

semalam dah habis satu event projek rabak, tayangan filem jalan pintas.

best gak, banyak mesej.

banyak buat aku termenung dan terpk,

tentang kerja, tentang diri aku, tentang mak abah, tentang dia, dan of koz tentang DIA juga.

ah, barangkali ini post bersembang aku yang terpendek.

sebab isu masih sama, dan aku masih tenggelam dalam kepeningan diri aku sendiri.

dan aku juga masih berharap yang skang aku masih belajar.

ya Allah.

sakit juga jadi manusia ni.