Saturday, October 29, 2011


pap, parap, dadadadadap...


tangannya mencapai jiwa yang menguliti matanya sekian lama, bekas CD yang mempunyai wajah bidadari fana yang telah lama turun ke dunia, bercinta dengannya di hati. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, LAPAN...Ya! Lapan! Sembilan dan sepuluh.


pap, parap, dadadadadap...


Sembilan bunga yang menghiasi kulit CD itu, namun cuma satu yang jadi bidadari. Tuhan sungguh cemerlang kali ini, bisik hatinya yang sedang terbang, dan keluh jiwanya yang keliru.


Dia seorang lelaki biasa
yang mahukan hidup,sederhana
dia seorang pemimpi
yang mimpikan hidup bahagia



Jika hendak dilontarkan pada yang normal dan biasa, mungkin gambar - gambar seperti itu hanya layak menghiasi tempat RnR lelaki bujang, kubikel nafsu serakah yang dapat dilepaskan dengan melakukan aktiviti kautahulahapadia. Sambil dia mendengar muzik yang asing namun tegal biasa itu, tangannya asyik bermain - main di meja di hadapnnya, dan dengan penuh tanda tanya, perlahan - lahan helaian khabar di buka untuk mengesahkan hatinya yang ragu - ragu itu.

"Sinyeong pengsan ketika persembahan di pentas..."

Belum sempat keseluruhan surat khabar itu, dengan pantas jari jemarinya beralih ke pondok kedua dunianya; Internet. Hatinya gusar dan resah, apakah kehidupan bahagianya akan berakhir kini? Mengapa sekarang? Perlukah sekarang? kenapa tidak nanti? Mengapa? Dan soalan - soalan ini terus berputar ligat di hipotalamus minda bawah sedarnya, selaju piring bersinar di dalam kotak teknologi dengan kelajuan 48x itu, dan bunyian yang terhasil terus tenggelam dan keresahan terus merajai hatinya.


Katanya
masa depan lebih menakutkan dari hantu-hantu 
dan jembalang di luar sana


Keresahannya terjawab, walaupun ia agak longgar dan tidak berfakta, namun ia tetap memberikan kepastian di dalam dirinya, ya, si bintang dan juga bidadari ini telah diyakini berpunya dan telah terpisah baru - baru ini. Tekanan kerja yang tidak pernah kenal erti rehat dan rawat ini terus menerus mencari dedaun hijau kepunyaan manusia sepertinya, dia tidak kisah pengorbanan sebegitu, namun kesan sebegini benar - benar membunuh jiwanya yang sekian lama dicuri bidadari itu.


Katanya
masa depan lebih menakutkan dari hantu-hantu 
dan jembalang di luar sana

Tidak mungkin! Bagaimana segalanya bisa menjatuhkan bidadari suci ini? Bukankah kehidupan yang lebih teruk dari neraka di balik pergunungan hijau dan kampung itu lebih menyeksakan hidupnya? Dia yang berdiri teguh, utuh bagai sebuah menara cinta Eiffel yang terbina di dalam hati lelaki itu kini menunjukkan kerapuhan dan kelemahan.

"Katanya Sinyeong pernah cuba nak propose kat boyfriend dia, sebab katanya mereka kawan sejak kecil dan baru mengikat cinta selama 3 bulan..."

Ya, dia juga sama dan biasa seperti orang - orang biasa, dan yang lebih merentap jiwanya adalah satu perkataan di ruang forum kaki - kaki manusiayangtiadahidupinikataorang.


Dia seorang perempuan muda
yang mahukan hidup sempurna
lalu dia pun bertanya pada
lelaki tentang masa,depan mereka


Mengapa sampai begitu? Tergamak lelaki itu meninggalkan bidadari pujaan hatinya begitu sahaja setelah sekian lama mengikat erat tali persahabatan, apatah lagi sekarang ianya sudah hampir menemui pengikat berurat titanium yang mampu meneguhkan hati dan jiwa mereka bersama dan selamanya.

Jawapnya
masa depan lebih menakutkan dari hantu-hantu
dan jembalang di luar sana


Lelaki itu mengambil jwa dan mencampaknya ke katil rindu. Dia termenung mengadap siling ribut hatinya di hadapan mata. Ia sekarang bagai kelopak - kelopak bunga yang mengejek - ngejek perihal hatinya yang kecil dan tak berupaya itu, bagaimana harus dia lakukan untuk terus melihat bidadarinya berdiri teguh lagi di pentas - pentas?


Jawapnya
masa depan lebih menakutkan dari hantu-hantu
dan jembalang di luar sana


Perlukah dia pergi sahaja ke hujung tanah timur itu untuk dihadap sahaja lelaki brengset itu? mungkin dengan sedikit hentakan di tempurung bebalnya yang tersangkut di tiang protein di panggil leher mampu membuatkan dia tersedar dan beringat untuk tidak menghampakan dan menghancurkan hati bidadarinya itu. Barangkali dia perlu lebih kental dan keras untuk memperjuangkan cinta buat bidadarinya, walaupun dia tahu apalah adanya lelaki kulit sawo matang yang hidup di tenggara sebelah kanan bumi itu mampu berbuat apa - apa?

Tapi dia tahu
perempuan itu adalah perkara terindah
terhebat yang pernah terjadi di dalam hidupnya

Manusia yang datang tidak akan kembali setelah hilang, dia perlu kuat dan perlu berterusan berjuang tanpa jemu, buat cinta, buat kekeliruan jiwa, buat satu rasa yang tak dapat diungkapkan, meskipun sebatang tubuh berada di puncak tertinggi dunia dan dia adalah seorang manusia yang terhebat di dalam sejarah penciptaan manusia. Bidadari itu harus di selamatkan, tapi bagaimana?

Dap dadap dadadadadap


Lelaki itu menjual hidupnya, jiwanya dan kunci jiwa dan raganya telah lama dimiliki bidadari itu, dan dia harus meninggalkan rohnya disini, demi mengejar jiwanya yang berada di sana. Persetankan kata - kata orang, persetankan juga sesiapa yang mempersetankan jiwanya yang bodoh dan naif itu. Barangkali satu perubahan drastik itu perlu ada dalam setiap kehidupan manusia, untuk mengejar bahagia. Dia nekad.

Masa depan lebih menakutkan dari hantu-hantu

Kotak terpencil di sebuah rumah roh yang tertinggal terpasang, mata asing telah lama menetap di situ dan menikmati hasil tinggalan hantu yang telah lama tenang di sebuah tempat yang tak terusik dek budaya dan cara pemikiran normal kawasan itu.

"Sinyeong telah kembali semula ke pentas dan bersalaman dengan peminat - peminatnya selepas satu konsert yang diadakan di Seoul, Korea, kelihatan di sebelahnya adalah kekasih hati dan juga suaminya yang telah menjadi bualan orang setelah sekian lama"

"
Wartawan : Sinyeong, bagaimanakah perasaan anda?
Sinyeong : saya sangat gembira dengan perkara yang berlaku baru - baru ini, dan
                    saya ingin berterima kasih pada suami saya, Sin Joong, Ibu dan ayah di
                 kampung serta semua peminat - peminat saya di mana sahaja kamu ber-
                 ada!
Wartawan : terima kasih Sinyeong, Sin Joong, ada apa - apa yang ingin di katakan
                    pada Comeback Isteri awak ini?
Sin Joong : Saya sangat terkejut dengan perubahan dirinya, dia yang dahulu agak
                  senyap dan pasif menjadi aktif dan saya amat berterima kasih kerana
                  bukan sahaja dia mengihiburkan peminatnya, tetapi saya juga yang
                 berada di rumah setiap hari dengan jenakanya.
Wartawan : Wah! begitu? Apakah rahsia perubahan anda Sinyeong?
Sinyeong : untuk orang yang anda sayang, anda perlu pengorbanan, tidak kira apa jua,     termasuklah menukar                        
                    jantina anda jika perlu!
Wartawan : Wah! sungguh romantik anda berdua ini!

"

Dia seorang lelaki gila
yang mahukan hidup biasa


Nota Kaki : Post kali ini ada kena mengena dengan lagu Jayzuan - Lelaki Pop, sila dengar lagu ini di Youtube. :)

Friday, October 28, 2011

Ipoh Rock n Rolla, Headbangers Metal City : The Myth

Assalamualaikum w.b.t,


post kali ni sedikit rebel dari segi attitude (kononnya) sebab nak diskas tentang scene muzik di ipoh.

basically, dalam pengetahuan aku, Ipoh ni dari segi ekonomi dier banyak dipegang oleh bangsa cina, namun dari segi benda2 kreatif iaitu muzik, aku rasa banyak dipegang oleh orang melayu, tapi tak tahulah kot2 ada artis indie cina yang popular ngalahkan alan tam masa tu, ha ha ha, pendek kata sekitar 80-90 an, Ipoh adalah sarang bagi mat2 metal, punk, rock, dah kejadah aper lagi lah jenis muzik yang ada.

kalau nak dikupas dalam dokumentari, mau dalam 10 siri macam siri bercakap dengan jin ni, tapi masalahnya tu lah, kalau takder funding, payah jugak nak wat dokumentari, saper2 direktor2 muda yang berkemampuan please penuhi impian aku ni buleh? Kalau takder, then aku kena usaha ke arah itu, untuk kupas isu2 yang ada sekitar scene underground ipoh.

kalau nak diikutkan temubual tak formal aku (sembang kedai kopi ler tu) dengan jay dan azim, mat2 slacker indie rock taun 90 an dan awal 2000, katanya memang giler babeng scene underground ipoh, dengan gig2, dengan groupies, awek2 urban, dah memang macam rock n roll city wa cakap lu, bila aku dengar cerita diorang, macam tengah tengok dokumentari Get Thrashed arahan Ratt Skates (bekas drummer Overkill). Tapi sekarang Ipoh senyap giler babeng, kurang gig, dengan band2 yang ilang macam tu jer, menyebabkan aku sendiri rasa tak puas hati, maner gi band2 yang lain?

aku dengar aritu ada lah gig2 kecik band2 indie rock dan death metal.

setakat ni yang aku kenal, ada dua orang jer key figure dalam scene underground, Jay, yang menganggotai Bloodymary, band grunge sekitar penghujung 90 an dan brader Bentara, Thrasher to the core, front man Langsuyr, band Death Metal.

ader gak beberapa key figure penting scene mainstream metal yang aku ketahui, cam bebudak SYJ, May, namun nak dikorek dari diorang giler lah, konsert diorang pun aku jarang gi, apertah lagi nak lepak sesamer. selepas pertengahan 2000, band2 yang ada macam lenyap macam tu jer, dan sekarang sangat2 jarang nak dengar gig, kalau aku tak dimisinform lah kan, persoalan aku...

macamner leh senyap macam tu jer?
aper cer bodysurf, iaitu Subpop malaysia? - mungkin diorang ada jawapan apsal scene ni senyap.
aper cer Ipoh Metal Millitant? (dengar citer nak keluarkan kompilasi baru)
adakah band2 ni dah mogok lapar?
adakah band2 ni dah move on dengan life diorang, jadi normal, mat2 kerja 8-5, tanpa pedulikan lagi performing2, atau sekadar sembang2 dengan kengkawan lama dan ingat cerita2 zaman gemilang dulu?
dan yang paling penting MANA PELAPIS?

semua ni perlu dijawab, dan alangkah bestnya kalau leh dirakam dan dibuat dokumentari.
klip2 gig.
gambar2 zine.
gambar2 zaman kegemilangan.

pergh, bayangkan kalau scene metal/Rock Ipoh dicompile kan?
bayangkan scene seluruh MALAYSIA dicompile kan?
mula dengan west coast, east coast, sabah sarawak,pergh, berapa volume agak2 tu?
dan sekarang dengar cerita brader bentara dengan geng2 nak keluarkan buku pasal sejarah2 metal ni kat malaysia, rasanyalah, dan aku tak sabar nak baca sendiri benda tu.

untuk Ipoh pulak, perlu ada gerakan revival, bapak bosan kalau nak gi gig best2 semua kat KL, aper Ipoh takder tempat yang best2 ke? adoi~
mungkinkah penguatkuasa tempatan menghalang diorang dari wat gig secara berleluasa?
ARGH! persoalan demi persoalan menerjah aku, untuk terus bertanya dan bertanya, apa dah terjadi kat Ipoh ni yang dulu katanya dasat dengan scene underground.

aku mungkin budak yang takder pengalaman dengan scene2 ni, dari segi mendengar pun, banyak lagi yang aku tak explore, mungkin juga dianggap oleh poser oleh mat2 rock dan metal ni, tapi semua persoalan ni harus dijawab, dan memang aku jenis instinct inquiry tinggi pun, sebab tu aku nak tahu semua2 ni.

ARGH! A DOCUMENTARY HAS TO PRODUCE!

(cover scene metal, rock, argh! wat siri jer senang, ha ha ha ha ha ha)

again, aper dah jadi dengan scene ipoh?

hmm.......

Tak Terurus

scene :
aku pakai baju flannel, baju tourism melaka kat dalam, tak pakai stokin dan pakai boot, sedang menahan pintu pakai fire extinguisher supaya tak terkunci lagi supaya leh masuk ofis dengan mudah.

pensyarah : kenapa dengan kamu ni? saya tengok makin serabut dah skang, makin hujung makin tak terurus plak.

aku :er....ha ha...er.....ntah la, takder masa...

p/s : aku pun tak tau kenapa aku jawab secara spontan macam tu, ha ha ha ha.

Tuesday, October 25, 2011

Bika Ibu


ibu pulang, 
bawa berita sedih,
bahawa dia telah bertambah tua sehari lebih,
namun riaknya tidak sedih
cuma sedikit pedih,
menanggung usianya yang takkan kembali jernih,

dan aku meraung dalam sedih,
kerna turunnya ibu dari bas sepi itu,
dengan keropok Bika,
perisa ayam,
yang tak habis dimakan

dan aku hidup hingga kini,
makan nasik ibu yang enak,
tanpa sedar dia tak mampu makan bersama lagi dengan aku seperti kecil dahulu, 
kerana kansernya yang bernama tua,
yang memakan jiwanya hingga saat ini.

ibu,
maafkan anak ini,
yang tak mampu membalas semula, 
walau sebutir nasi jerit perihmu.



...berdasarkan cerita sebenar.

Sunday, October 23, 2011

Sayang, Tak Apa...

bla bla bla bla...
kau taip di papan kekunci berjela - jela, dan ia muncul di tingkap perbualan kita.
tentang resah kau.
tentang kesedihan dan kegembiraan kau.
aku suka mendengarnya.
tak apa.
kerja aku esok pukul 8 pagi itu bukan ada apa - apa jika nak dibandingkan dengan keperluan cinta dari kau.
itu kerana aku sayang kau.

kau sedih.menangis.dan menyesal.
pada pukul 7 petang aku terlibat dalam kemalangan di lebuh raya berhampiran exit nilai.
berhadapan jirat cina.
kerana aku letih bekerja dan tidur lewat melayan kau berbual kerna sunyi.
tak apa.
tangan dan lutut yang luka ini bukan ada apa - apa jika nak dibandingkan dengan keperluan cinta dari kau.
aku tak kisah kerana air mata kau sudah cukup buat aku berdiri di atas jiwa yang lemah ini.
itu kerana aku sayang kau.

hari itu kau minta putus.
kau kata jika tuhan takdirkan kita bersama, dia akan satukan kita juga.
kerana pada hakikatnya, cinta kita yang tidak sampai setahun ini sebenarnya adalah satu kesilapan.
kerana pada awalnya kau hanya sunyi dan perlu teman untuk menemani hari - hari sunyi kau.
cinta itu tidak ada kata kau.
seperti aku yang pada mulanya tidak punya perasaan apa - apa sebelum ia mula tumbuh mekar.
buatkan hati aku berani berkata 'sayang' pada kau.
tak apa.
kerana kesakitan jiwa ini bukan ada apa - apa jika nak dibandingkan hati kau yang gila dirampas orang ketiga.
hampir sawan dan makan pil - pil yang entah  apa - apa.
semua kerana...
kerana cinta kau terhadap orang ketiga itu tidak berbalas.
dalam kata ketika itu kau dan aku masih mengikat cinta.
kerana kau kata akulah orang ketiga, dan cinta kau terhadapnya itu tiba lebih awal dari aku.
namun bagiku dia tetap orang ketiga.
sebab dia tidak pernah mengikat janji cinta seperti kau dan aku.
tak apa sayang...

Hari itu aku dengar kau akan dirisik dan mungkin ditunangkan,
orang ketiga itu sudah kau lupakan,
begitu juga cerita kita,
kau lebih kuat dan gembira nampaknya,
terjumpa cinta yang bagiku tak masuk akal,
dan aku mencuit hati kau dengan buat status fesbuk yang ada kaitan dengan status kau,
dan kau marah dengan perbuatan aku,
maka kau sindir aku dalam blog,
bersama kawan - kawan dan cuba buat aku sakit hati,
mana aku tahu masa itu kau cuba buatkan aku lupa tentang kau dengan membenci kau?
sayang...
mana kan mampu aku membenci, jika kau aku sayangi,
pernah abang atau kakak kau benci dan membuang kau dari hidup mereka jika kau menyakiti hati mereka?
mana mungkin,
dan aku takkan mampu,
tak apa sayang,
hari ini aku simpan dendam,
dan hati aku tak mampu untuk menolak dendam ini yang telah engkau cipta,
kerana aku hanya aku,
aku tak mahu berdendam dengan kau,
dengan warna biru,
dengan asal negeri kau,
dengan profession kau nanti,
dengan keluarga kau,
dengan cerita dan muzik tentang kita,
dengan aisheta hareru kana,
dengan perjanjian 9hati21 kita,
dengan senyuman kau,
dengan kata hipokrit kau,
dengan lesung pipit kau,
dengan parut siku dan lutut yang aku terima kerana berbual panjang di YM dengan kau hingga mengantuk ketika pulang dari kerja,
dengan makian dan sindiran kau di blog pada aku yang tak layak menerimanya,
dengan keresahan yang kau buat pada aku kerana risau pada kau yang gila pada ketika itu dengan orang ketiga,
tidak sayang, tidak...
tak apa sayang,


kerana itu semua tidak ada apa - apa, jika nak dibandingkan perasaan aku yang masih setia kepada kau.
dan kau layak buang aku atas cinta kita yang hanya bermula dan mekar di alam maya.
aku tak se'real' sesiapa.
namun aku tak peduli sakit ini.

kerana aku sayang kau.
masih.

 ini kali pertama dan terakhir kita bertemu secara real

Saturday, October 22, 2011

SERTAI KAMI!

hai! kami kelab TEATER CANGGIH adalah satu kelab yang kool! dimana ahli2 kami terdiri daripada para pelakon yang top2 seperti brad pitt dan johnny depp dengan kadar sebutan nama dengung yang tinggi.

event2 kami banyak untung juta2 dan takder projek yang rugi atau kos skala kecil.
perkataan lame itu tak pernah wujud dalam kelab ini.
setiap ahli juga akan diberikan pelaburan jangka masa panjang, dan setiap event kami setiap ahli akan dapat 70% dividen pelaburan.

hai, Kami kelab TEATER CANGGIH.
kami menunggu anda untuk jadikan anda hebat. mahu turut serta?

Zaman Canggih

zaman skang ni ada yang jual anak dengan gaya terbaru...
kalau ada degree harga RM8K
kalau artis RM10K ke atas
PhD RM10K


kalau anak tu reti bahasa, dia nak lagi tinggi dari kakak atau adik beradik yang kawen sebelum ni,
mana boleh kalah kan? maruah tu.

dan zaman skang ni orang laki gunakan kesempatan ini untuk buat jenayah.
culik anak orang.perah lemak dan isinya untuk diberi-santap kepada pelanggan.dan tinggal.

tahniah.
sekarang aku tengah mengemis untuk beli anak orang. sapa ada nak tukar duit 1 sen?

Tuesday, October 18, 2011

Cerita Kenangan Untuk Petang ni.


  • terkorek, terjumpa benda ni, nasib baik aku tak buang lagi, ha ha ha, maknanya....
    kau tahulah maksudnya... :)
    nah, untuk petang2 begini...
    kadang2 aku pun tak tau macamana aku berada dalam situasi kat bawah ni...
    takperlah, kalau ada diciptakan untuk aku, akan datang juga nanti.
    kalau tak ada, Allah lebih tahu yang terbaik untuk aku...yang penting redhaNYA, rahmatNYA yang perlu dicari.
    yang lain tu letak ketepi...








    • okeh, masih ada, alamak, tak dapat lagi....

  • January 13, 2010
    B
    • wassalam
  • Dya Ilham
    June 29, 2010
    A
    • wek!
      hai ;)

      bye :)


      p/s : i ♥ u

  • June 29, 2010
    B
    • i luv u too, ish2 ngader nyer, tak pueh kat chatting, sini plak, adoi....
  • Dya Ilham
    June 29, 2010
    A
    • wekkkk!!!!!!

      ♥ u too three four five six seven eight nine ten
      zzzzz :D

  • June 29, 2010
    B
    • wek!!! ececececece
  • Dya Ilham
    July 4, 2010
    A
    • ...
      Dear B,

      I really love you...

      With ♥ ,
      A.

  • July 5, 2010
    B
    • dear A

      i love u too, sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo much,

      with love (1 billion),

      B
  • Dya Ilham
    August 2, 2010
    A
    • Salam...
      B...pertama sekali..
      nak minta maaf...
      kalau kau tak suka ape yang aku nak mintak ni.
      heeee...
      sebenanrnya..aku nak mintak...
      ko tuka prof pic tu je.heee....
      tapi kalau ko taknak takpe :)
      heee..bukan aku cakap letak gambar tu haram or tak baik..
      cuma tak berapa sedap mata memandang je.
      heee..lagi2 aku selalu bukak profile ko...ngeee..
      minta maaf sgt2 kalau tak suka tau...
      sekadar sebuah permintaan je :)

  • August 2, 2010
    B
    • ho ho ho, takper, masuk grup aku yang aku ajak join tu, dan ko tau kenapa aku wat macam tu.....
  • Dya Ilham
    August 2, 2010
    A
    • tak...Islam memang tak suruh pun kita membenci dua2 haiwan ni. malah kalau dalam keadaan yang sangat mudarat.kt boleh makan sikikt sekadar mengalas perut haiwan ni.hm..tapi....B....hukum... tetap hukum......just hormati sensitivi orang Islam...orang Melayu....
      sensitiviti....itu yang kita kena faham dalam kehidupan bermasyarakat ni.

  • August 2, 2010
    B
    • tak, masyarakat kena tahu, mana yang haram, mana yang tak, haram itu memegang anjing dalam keadaan basah, hinggakan satu tahap, boleh dibela anjing2, untuk mengelakkan kecurian, macam aku cakap, tak ada nas mengatakan kita perlu benci mereka, yang aku pelik, anjing takut sangat, haram katanya, buat kerja tak amanah, makan gaji haram, tak apa pulak? oh tak apa, sebab kau tak tunjuk yang kau buat macam tu, begitu? aku nak ko paham pendirian aku, tu jer....
  • Dya Ilham
    August 2, 2010
    A
    • ok.good.i'm proud of u....aku faham kau ada pendirian dan mesej yang sangat baik dan positif...tapi sayangku...can u just respect other Muslims' sensitivity? especially the picture.if u want to join the group...it's ok..it's ur personal opinion..dan aku tahu....itu pendirian kau...cuma...gambar tu.....menunjukkan kau tak hormat sensitiviti kita as Muslim...

  • August 2, 2010
    B
    • ho ho ho, tak aperlah, aku tak nak panjang lebar, nanti ak untagged balik semua nama, kecuali aku, sensitiviti itu hanyalah persepsi buatan manusia yang nak lari dari hakikat sebenar bahawa mereka pun banyak buat salah, cuma tak mengaku.....
  • Dya Ilham
    August 2, 2010
    A
    • it's up to u.just my personal opinion....ingat...kalau kita nak orang lain terima pendapat kita...sometimes..kita juga kena terima dan dengar pendapat orang.k.salam

  • August 2, 2010
    B
    • ho ho ho, aku terima gak ni, cuma sekarang, aku nak kau hormat pendapat aku jer, terima tak semestinya kita ikut, hormati pandangan itu penting, kalau tak, sampai bila sunni dengan syiah berbunuh2?

  • August 5, 2010
    A
    • info menarik.....
      Suhaila Muhamad August 5 at 12:17am Report
      I am sorry for what you have to go through with one of UTP lecturers. Indeed, that was such a surprising respond from a person whom we thought as educated.

      That is basically what we go through everyday with people. When I volunteer at PAWS by walking the caged dogs, I get shouted and honked at. Ada sekali siap jerit;"Tak der benda lain ke nak bela".. you see how dangerous people are when they speak without knowledge; they spread fitnah!

      1) I tak bela pun anjing-anjing tu
      2) If bela pun, mana tahu I bela for the purposes yang Allah izinkan; guard dog, security etc.

      From my side, as your muslim sister, I encourage you to read many opinions of the scholars on dogs as najis. kalau tak nak learn from imam (maliki, hanbali, hanafi), learn from hadith sahih; Bukhari and Muslim. Wallahi, takkan ada satu pun yang akan cakap tentang kenajisan anjing kecuali air liur nyer. Ketiga-tiga imam yang saya sebut itu semua mengikut hadith nabi yang anjing tidak najis, kecuali air liurnya sahaja. Cuma Imam shafie' (yang sangatlah berhati-hati) mengatakan anjing basah najis. Dan pendapat Imam Shafie' ini tidak dapat disokong oleh nas-nas dari al-Quran dah hadith (yusuf al-qaradawi). Pada Imam Shafie', bulu kucing yang telah gugur pun dianggap najis, dan tak sah solah kalau ada bulu kucing kat baju. begitulah strict nyer imam shafie', tetapi kita tahu kucing itu binatang kesayangan rasul yang memang duduk dalam isi rumah.

      Pada saya, tentang issue anjing ini, elok kita sendiri baca, susah nak terima kalau orang yang cakap. That was how I learned the tru fiqah of dogs. Masa dulu penah samak pegang anjing, bila org ajar tentang hadith-hadith yg anjing itu tak kotor memang susah nak terima, tapi bila sendiri yang belajar cari kebenaran, inshaAllah, hati kita sendiri akan faham.

      for a start, tengok video ni sebagai starting point in your research on dogs.

      May Allah protect us all from the danger of taqlid (following a madhhab blindly). And as Muhammad s.a.w is the best of Imam, why not we follow him rather than other imams which are not pure from sins and mistakes. =)
      PIDATO PERDANA S16 : Keluasan Feqah, Anjing & Khinzir
      www.youtube.com
      DR ASRI, Pidato Perdana Bertajuk : Ketegasan Aqidah Keluasan Feqah, Masjid Wilayah 9 Jun 2009

    • www.youtube.com
      YouTube is a place to discover, watch, upload and share videos.
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • Lahai..patutlah.. [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • sob3....uwaaa....caner nak bangun subuh ni!!!
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • Hp r0sak ea? Huhu.. [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • ha ah, tensen tul, petang tadi macam dah nak rosak dah, tapi ok lagi, malam ni terus tak boleh on, adoi....
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • S0b.s0b.pttla xdpt msg..ad jam l0ceng x kat blik? [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • itu yang tensen tu, aku pakai henset jer nak bangun, mana ada jam loceng, rumate aku pun takder
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • Rumate ad hp? S0h die knci.. [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • nanti aku cakap kat dier
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • Hee..alaa.cdhla xblh msg.s0b3 [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • UWAAAAA!!!! SEDIHNYER!!!!
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • 2la :( [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • takper, aku cuber hantar kedai esok, kalau tak bley gak, aku trade dengan henpon murah jer la kot...
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • Heee.yeayy :) [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • ecececece, sonok ler tu, ho ho ho, adoi, aku pun bukan ader duit sangat ni, bukan takder duit, tapi overbudget bulan ni, adoi, harap2 leh survive la sampai hujung bulan ni...
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • Oh..cm2 xpla.tgu la financial ok dl br btlkn hp. [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • ho ho ho, takperlah, nanti tak bley nak kontek kawan2 plak...
  • Dya Ilham
    August 12, 2010
    A
    • oh.takpe.kengkwn kan kat utp gak.dtg je bilik dorang.hee

  • August 12, 2010
    B
    • cet, bilik diorang pun aku tak tau lah, adoi....
  • Dya Ilham
    August 12, 2010
    A
    • heheheh......ops...susah sket la cm2.hee

  • August 12, 2010
    B
    • tu lah, ho ho ho

  • November 3, 2010
    B
    • :))
      Assalamualaikum w.b.t,

      A! hee, takder aper, sajer je nak cakap, sejak akhir2 ni ko macam takut2 jer nak berinteraksi secara berkesan dengan aku, ho ho ho, takder aper lah yang ko nak takutkan, aku dah letak kat belakang semua tu, aku pun nak mulakan semuanya semula, jadi jangan ler ko rasa bersalah ke aper ke, aku nak kiter jadi kawan macam muler2 dulu, aku rasa masa tu lagi best, ho ho ho, pengurus yang kat dalam blog tu C la kan? (entah betul entah idak namanya ni, aku main bantai jer) ho ho ho, kalau ko rasa ko dengan C dah ok, go on jer, ho ho ho, awat nak tunggu2, aper ko ingat ni macam race ke nak tunggu wisel baru nak muler, aku takder la reti sangat bab2 ni, tapi kalau ko nak aku tolong ko ngorat ke aper ke, tanyer jer la aku, kan aku lelaki? (eh ye ke?) ho ho ho


      macam aku cakap tadi, jangan ler takut2 nak kontek aku, rasa nak komen, komen ler, rasa nak sms, sms ler, ko dengan aku bukannyer orang asing, dah nak dekat setahun kiter kenal, tak best ler nak putus2 ni, dah macam tali dah aku rasa, leh putus2 lak, ho ho ho, aku nak ko hepi dan bahagia, dan aku harap ko leh hepi dengan pengurus ko tu, hee, t aper2 perkembangan, kongsi ler dengan aku, korang macam dah rajin kontek mengontek jer, ho ho ho, aku teka jer....


      wassalam


      p/s : kalau ko tetakut2 lagi, stalk2 FB aku, aku cubit ko dengan tangan robot aku nanti, ho ho ho