Tuesday, November 22, 2011

Di Balik Jurai Hujan...

di balik jurai hujan,
seorang domo termangu sendiri,
beberapa kerat kaki kera dan selangkah dua,
seorang peguam berteleku dan tidur mungkin lena,
sementara mungkin gusar untuk kerja esoknya,
seorang domo runsing memikirkan permulaan pengakhiran kemalasannya,
untuk menggerakkan empat kerat tangan dan kaki
untuk mencipta arca abstrak pada 26 hb ini.
seorang domo
dengan sekeping hati
untuk refleksi dan pantulan yang mungkin takkan berbalas
atau perbalasan yang tiada jiwa
seorang domo
yang tak tahu siapa hati ini
dan kenapa ianya sayu pada juraian hujan ini
dan puisi penuh rabak dan koyak ini
untuk perasaan ini
yang kian bangkit dari mati
tertulis di ceraian hati itu
perkataan kuno dan lama
dan berdebu
diterjemahkan sebagai "Cinta"
terbaring disebelahnya "Sunyi" - ini memang isu basi yang dibenci.

Monday, November 21, 2011

Dier...

Assalamualaikum w.b.t,

malaysia menang final sukan sea acara bola sepak lawan dengan indonesia.
good game.
dah, jangan gadoh2 sesama penyokong.
sudah, tak nak ulas panjang.


semalam harinya.
aku berjumpa sekali lagi dengan professor serta isterinya, kawan sekerja dengan kakak sulung aku.
terus terang, aku segan.

aku ni aper jer masa tu, pakai baju domo, seluar jeans dan rambut panjang.
dan dia keluar bersalaman dengan mak serta kakak aku.
aku makin segan.
dan aku terkujat terdiam disitu, dan berharap segalanya ini adalah mimpi,
kalau mimpi, aku takder hal nak menikmatinya,
kalau bukan mimpi, aku rasa aku sangat2 tak layak menerimanya.
Allah sangat baik dengan aku, dan aku? selalu sangka tak baik dengan menganggap segala ujian yang datang adalah bala, walhal ujian itu adalah anugerah, untuk dia test kiter, tengok kita kuat atau tak, dan untuk memperkuatkan kiter.

terus terang, aku lemah, teramat lemah sangat2, nak nangis pun ada, serius.

masa tu aku hanya seorang domo yang mulutnya terbuka, berhadapan dengan seorang wonder woman berwarna ungu putih.
seorang lawyer, dan aku?
kerja aku skang adalah busking, busking, dan busking.
buat show, buat show, dan buat show.
sibuknyer kadang2 ngalahkan seorang artis.
loser?
mungkin kot
tapi ni jalan aku, dan aku mengharapkan agar aku diterima masuk ke UM, belajar dan dapat mengakhiri pembelajaran aku di peringkat master dalam bidang performing arts.

katanya petang tu diorang dah menunggu dari kul 4.30 petang, dan aku terkial2 menghabiskan audisi aku untuk pilih kasih musim ketiga kat terminal 1 seremban, kalau tau aku dah bertolak terus dah pagi tu ke rumah yong, takder nak tunggu2 lagi.

prof ajak aku tambah makan, dan entah kenapa aku kurang berselera dalam erti kata lain, aku tak tambah makan, dan yang pelik tu sebab aku bagi alasan, nak jaga badan, selalu aku main bedal jer makanan, nasik basmathi kot, bagus beras dier, leh plak aku wat bodo jer. aduhai.

nampaknya diorang macam bersungguh, dan aku makin takut, takut aku bukanlah seperti orang yang diorang nak.
dengan diri aku yang kelam kabut.
aku banyak lagi kelemahan, dan pas aku frust itu hari, rasa nak shut out from apa benda kat sekeliling aku, nasib baik ada projek rabak, ada aktiviti TTS, kalau tak, aku dah betul2 makan tido jer kat rumah tu.

aku harap sangat, kalau betullah dia jodoh aku, biarlah aku dapat perjuangkan apa yang aku nak juangkan, dalam dunia seni, aku kalau boleh, tak nak jadi seorang pensyarah (kalau aku lepas master in performing arts) yang tak hands on, tak buat benda2 arts, hanya bukak buku dan research dan research dan research.

aku harap nanti taklah begitu.
nampak jer muka dier, aku betul2 mati akal.
dalam hati aku, Ya Allah, jika ini takdir aku, aku rasa betul2 rendah diri.
sebab aku rasa Allah terlalu baik pada aku, walau aper yang aku dah buat selama ni.

Ya Allah, jika itu orangnya, maka beritahulah aku, supaya dapat aku memberikan seluruh jiwa dan raga aku, untuk binaan kekal di syurgaMU, bersama - sama. amin.



p/s : sayang, aku masih tak nampak lagi wajah di sebalik hijab yang menutupi muka mu, dan jika benar kau wujud, dan yang dihadapan aku itu ialah kau, maka aku harap, dapat kita sama2 kongsikan hati dan rahsia bersama. dan kita bina sama2 rumah di tempatNYA yang kekal, syurgaNYA. amin.

Friday, November 18, 2011

Ape Bende?

Assalamualaikum w.b.t,

perasaan apa yang lebih loser daripada seorang anak yang tak dapat menggembirakan hati ibu bapanya, nampak macam tak adil kan? kalau nak ikut kata anak2 muda masa kini, tapi masa dulu takder plak bila nak mintak susu banyak kali, bila kali ke seratus tu mak kau buang kau campak jejauh dengan alasan, "mana aci, asek nak penuhkan keinginan dier jer, keinginan kiter camner?"

maka mana letak kepala lutut kau macam tu?

aih, kalau tak cakap pasal mak ayah, atau famili, kita cakap pasal awek pakwe, giler bosan aku, terbaca buku chuck taylor itu hari, terasa aku betul2 loser, sebab aku macam mamat tu, tak habis2 bercerita dendam aku yang aku nak perah sampai habis, sampai aku luper misi sebetul aku patutnyer apa, masa kakak aku perah isu aku kaw2 itu hari, aku dah dapat agak dah, sebab aku ada self analytic, cam robocop yang dapat menganalisa diri dier sakit kat maner, dan yang paling lahanat tu sebab kau tau masalah kau aper, tu yang lagi berbulu dibuatnya tu. cisdel sungguh.

dan mamat dalam cerita tu macam bebudak remaja yang lain, sangkut kat benda2 chenta ni, walhal benda yang lagi besar, FAMILY tu tak pernah nak diambil kira, kalau nak ikutkan, kan mudah soal kawen ni, describe spesifikasi yang kau nak, dan pastu cari jer, tup tup, dapat dah, kawen terus, setel, tapi Allah ni punyer terer, dier kasi kau rasa dulu sakit perit idup kat dunia, kalau kau terselamat dalam ujian tu, at the end of the day, kau terjumpa DIA balik, kalau tak, say bye bye lah kat kehidupan kau, dan aku terasa idup aku makin hanyut, dan aku rasa aku kena recover balik, aku pun tak nak amek agama ni sebagai hype atau sebab orang sekeliling aku buat sebab tu aku buat, macam tiga tahun lepas, kalau boleh, aku nak sujud dengan sebenar - benar sujud, sebab perasaan cinta aku pada Allah, yang bagi aku rezeki dan famili serta kawan2 yang best2.

entah kenapa aku rasa masalah idup aku taklah besar sangat sebenarnya, balik2 citer pasal awek, awek, awek, awek, kadang2 rasa nak muntah pun ader, giler mengada gak jiwa remaja aku ni,cam takder topik lain yang nak dibincangkan, bek citer pasal masalah dunia ke, masalah kemiskinan, kemaslahatan ummah, dari stuck kat cerita cinta sampai tua, sampai umur 50 tahun pun cerita pasal depresi tak dapat add awek cun kat fb, aperkeJEDI semua tu?

dan sekarang aku cam biasa, jadi anak dan abang yang lahanat, duduk di rumah goyang kaki dan tangan dan bermalasan, sambil menjadi gamers amatur yang tak pernah masuk competition, ngabiskan harta mak bapak dengan main game PS2 habis2an. Adik aku dah rerajin pergi mintak kerja kat PWTC sana, aku?

pffttt~

terus terang aku katakan, yang aku memang tak sedia nak jadi engineer, aku tak nak hari2 aku dipenuhi dengan kerja yang aku rasa takder soul, bagi kengkawan yang rasa engineering tu kerja yang best, go ahead, aku? aku tak nak tipu diri sendiri, walaucamner pun, aku nak gak gi ke bidang seni, kalau2 aku rasa nak apply engineering, aku akan apply, tapi buat masa ni, cukuplah, aku tak sanggup lagi, masalah yang aku kena hadapi skang yang paling teruk adalah tahap cipan kemalasan aku ni yang lagi teruk dari cipan. Kadang2 rasa cam amazing pun ader biler si etienne decroux sanggup habiskan masa berpuluh - puluh tahun untuk melengkapkan seni corporeal mime, aku? pergh, nak siapkan artikel corporeal mime pun payah, adoi lah...

dan esok aku ada 'interview' lagi.

hm...