Wednesday, April 25, 2012

mencari kekuatan

aku tengah mencari kekuatan.
mencari kawan.
untuk pentaskan karya aku kat stor dbp.
mungkin under TQA, mungkin tak.
tapi skrip yang aku pakai adalah Bukan Cerita Palestinlah.

atau Rantai? entah.

idea Rantai tu macam absurd sket, cerita tentang beberapa watak yang di belenggu, dan ada sorang nak tahu, siapa yang belenggu diorang ni? yang merantai diorang ni?

last2...jeng2...
tu yang aku kata idea Rantai ni macam absurd sket, kalau salah bawak, orang salah tafsir, bahaya, silap2 kang ada yang murtad, tu yang aku takut tu, subteks dia boleh jadi deep.

tapi itulah antara ideanya....

ingat pas dapat PTPTN, aku nak berenti kerja, memang tak cukup sangat pun duit pinjaman tu, tapi aku cuba. aku cuba....

Review Ringkas BLA BLA BLA oleh Jay-z(uan)

Assalamualaikum w.b.t,

ini adalah review ringkas buku BLA BLA BLA oleh brader aku, mohd jayzuan.

aku tak perlu rasanya review untuk dari sudut artistik susun2 kata sebab aku rasa stail dan pembacaan aku tentang penulisan tak berapa nak banyak berbanding dengan Jay, tapi secara ringkas apa yang aku boleh katakan, yang buku ni ada dua stail...

stail satu - jujur
stail dua - seni

stail jujur ni adalah catatan2 yang ringkas dan direct maksudnya, yang boleh aku katakan memang tentang dia.

stail seni pulak adalah, masih berkenaan dengan diri dia, tapi diolah dengan baik dan halus maksudnya.

dan bagi aku, buku ni adalah satu lagi approach Jay untuk berintimasi dengan follower2 yang membaca buku2 dia sebelum ni, mungkin bagi outsider yang tak mengenali jay, susah nak terima tulisan dia, sebab tu aku cakap, buku dia kali ni lebih kepada approach untuk berintimasi dengan follower2 dia.

atau mungkin juga dia tutup buku lama, nak bukak buku baru, nak move on, mungkin lah pada hemat aku, sebab aku rasa 99.9 peratus buku ni adalah tentang kenangan lama dia, dan kalau kau jenis tak suka nak dengar luahan hati seorang kawan, atau seorang manusia, baik tak yah baca buku ni, sebab kau takkan paham pun nanti. lagipun jay cakap masa pelancaran yang dia keluarkan semua catatan2 lama dia dan letak dalam buku ni, itu yang membuatkan aku bagi kesimpulan macam tu.

secara kesimpulannya, bagi yang nak kenal Jay, mamat biasa dari simpang pulai, Ipoh. sila baca buku ni, atau yang nak kenal dan cuba kenal manusia ni, sila beli, itu menandakan anda prihatin terhadap orang2 sekeliling, dan anda adalah manusia prihatin. dan juga berseni.

buku ni adalah suara hati Jay.
nak dengar, dengar lah.
kalau tak dengar. dia peduli apa.
yang mengutuk.
teruskan BLA BLA BLA kau.
sebab macam hayat seekor lalat, hayat kutukan kau pun tak lama.

good job bro,
i feel you.

Tuesday, April 24, 2012

Ah. Lantaklah.

hari ni aku 'mengamuk' dalam fb dengan menyindir kaw2 dekat bebudak TTS (well, it was directly to them pun), aku sayang TTS, tapi tu masalahnya bebudak ni dah makin tak berminat nak buat teater, aku nak buat macamner kalau dah bukan minat diorang, tapi yang aku hangin adalah bila ada statement macam ni...

"eh, seronok nak buat bangsawan, nak buat bangsawan lah, jom buat bangsawan?"

eh kau ingat senang?
never been in a big production as in bangsawan before, masa bebudak ni buat, aku takder, tengah intern, dan syiok berchenta2 lagi, tapi hey...

tak cukup orang.
tak ada yang betul2 komited.

are seriously going to do bangsawan?

ok, mungkin aku terlebih paranoid, tapi are you sure?

untuk buat simple show macam bundle show yang BI ni pun tak ramai yang komited untuk datang training (even hujung minggu), tambah plak lagi nak buat show bangsawan yang kerjanya tersangatlah banyak.

dan skang doc nak letak jawatan sebagai advisor. dan bila aku cakap.

"doc nak TTS mati sendiri ke?"
doc jawab.

"pandai pun kau."

sekarang bebudak ni nak buat bangsawan, aku tak tau sebab nak hype ke aper ke, tapi kalau betul2 nak buat teater, cukuplah buat teater skrip baru dan tour kat KL dan tempat2 lain. tak perlu besar2 pun, buat biasa2 dah la, yang penting kerja mantap dan usaha ada. kalau nak harapkan idea jer gempak, orang yang nak buat takder, aku rasa, toksah la, banyak kerja lagi yang boleh dibuat selain dari tu.

jangan cakap aku tak sayang TTS, aku sayang.
mungkin kau tak paham sayang aku macamna, tu jer.

mungkin lepas status tu ada cakap2 tentang aku dalam TTS.
mungkin ada yang tak gemar.
tapi bagi bebudak TTS yang tahu akan wujudnya post ni, tolong sampaikan amanat2 aku.
AKU SAYANG TTS, dan AKU SAYANG BEBUDAK TTS.
IF YOU LOVE TTS, THEN SHOW ME THE EFFORT, THE RESULT.

kalau TTS mati.
heh.
aku dah agak dah pun ending tu.

Sunday, April 22, 2012

Review TTS Bundle Show

Assalamualaikum w.b.t,

dalam kesempatan yang tak berapa nak sempat, hampir pukul dua pagi di CC magic planet kat medan gopeng, sementara nak tunggu bas pukul 5, aku sediakan review pementasan yang baru selesai, sebelum ada hal esok petangnya, menemuramah encik zakaria ariffin untuk tugasan kelas dr. zainal, khas untuk sapa2 yang nak membaca, untuk yang senang terguris, aku harap, tak meneruskan pembabacaan, takut - takut nanti tak memasal termakan daging aku, ha ha ha.


Untuk mementaskan sebuah karya berbahasa asing, bukan bahasa ibunda, adalah satu cabaran sebenarnya, dari pengarah sampai pelakon semua kena bersedia dan memahami makna2 dalam setiap patah perkataan, kalau dalam bahasa ibunda pun ada masalah, kalau bahasa asing, lagi lah susah.

untuk pementasan professional, satu2nya pengalaman aku adalah menonton pementasan short eyes, karya asalnya miguel piero, yang diterjemahkan ke dalam bahasa melayu sebab pementasan Oleh RAT tu dilakukan oleh orang malaysia sendiri, dan skrip asalnya pun aku tak pasti adakah bahasa inggeris atau bahasa spanyol, maka penterjemahan perlu teliti, memang senang sikit untuk menterjemahkan, tapi perlulah kena dengan konteks bahasa tu sendiri, kalau tak salah aku, penterjemahan untuk short eyes ada kureng sikit, sebab ada masalah bahasa baku dalam teater tu, maka karekter jadi janggal melontarkan struktur bahasa kaku, dan menyelit carutan 'babi', 'pukimak' atau 'pantat' tu sedikit menganggu aku dari segi terjemahannya.

dan memandangkan itu adalah teater terjemahan aku yang pertama,maka janggal juga nak menonton orang kulit putih, kulit hitam, puerto rican yang berkulit melayu, barangkali bangsa tersebut hanya cukup digayakan pemakaiannya seperti mereka, tapi sukar juga untuk terima macam tu, maka itu yang susahnya teater berskrip terjemahan ni, kita perlu lihat adakah teater itu diterjemahkan dari sudut bahasa, atau budaya? dan direktor perlu berhati2 untuk itu.

pertama, biar aku sentuh tentang egg story.

nak ikutkan egg story ni nak dibawak ke bangkok punyer festival dulu, tentang seorang manusia yang dilahirkan ditelur dan dibesarkan oleh binatang2, last2 binatang2 tu dia bunuh dan makan daging diorang, disebabkan dia ni dah tak sedar diri dah.

Egg Story

dari segi story line, citer ni ada potensi, cuma mungkin tak digarap betul oleh doc sebab masa yang suntuk dengan bebanan kerja dia dipejabat, ditambahkan lagi dengan pengarahan yang kelam kabut, sebab buza handle pelakon katanya, dan pelakon pulak tak ada komitmen yang bagus, doc pulak mungkin dari segi idea dan artistik, so ada masalah kat situ lagi dah sebenarnya. Cuma aku tak berapa boleh nak relate dengan scene bercintah2 ala tanggang antara puteri dengan lelaki tu dan jugak idea makan buah epal dari pokok yang buat dia jadi jahat oleh gagak, mungkin ini simbol 'tree of knowledge', bukan ni dari bible ke? ha ha ha, entah, aku tak pastilah, tapi macam pernah dengar tree of knowledge ni. Gagak tu pun tak diestablishkan karektornya dengan betul, sampai tak nampak, apa tujuan dia menghasut. Pendek kata, dari hujung kaki sampai hujung rambut, egg story ni bermasalah, tapi sebenarnya masalah ni akan boleh diperbaiki, walaupun tak sepenuhnya, kalau pelakon paham apa yang dilontarkan, komitmen yang tinggi, direktor yang faham skrip dan tujuan ia ditulis. Props pulak aku tak paham kenapa motif hitam dan putih digunakan, ini mungkin idea dari doc, tapi masalahnya dalam line cerita dikatakan yang tempat ini diestablish sebagai 'wonderful world', maka kalau wonderful, seharusnya warna yang lebih ceria digunakan memandangkan mood cerita pada awal tu ceria, maka eloklah kalau diletakkan warna yang cerah, atau mungkin setelah mood bertukar, tempat tu boleh bertukar warna. Pacing pun ada masalah, sesetengah line yang pendek dan berbunyi bertanya tu patut dipercepatkan pacenya supaya cantik flow cerita tu, sebagai contoh, tengok video klip teater waiting for goddot pada awal2, line yang pendek dan pacing yang laju, lebih cantik macam tu. Aspek yang aku rasa menarik adalah bulan yang turun tu (walaupun kaver tutup hitam tu tak berapa efektif, sebab boleh nampak dari tempat penonton bulan tu) dan bangunan yang keluar tiba2. Pendek kata Egg story perlu banyak lagi rombakan dan pengarahan yang perlu dibuat, sebab konsep dan ceritanya masih kabur, skrip dan pengarahan mempengaruhi antara satu sama lain, maka kena ada kesinambungan kat situ.

rating : 1/5


Asylum

Asylum tak der masalah sangat sebenarnya, mungkin sebab banyak pelakon2 lama dan komitmen yang diberikan oleh mereka, lagi baik dari team Egg Story, dan memandangkan Asylum dah dipentaskan banyak kali, maka ia adalah karya yang dah firm dari segi konsep dan jalan cerita, sayangnya aku tak dapat tengok apa2 perubahan dalam segi pengarahan secara total, cuma aku kagum beberapa pelakon macam timmy yang berjaya membawak watak baby dengan membawa ke arah yang lain dari pacel dan acap buat, dan mungkin satu aspek yang lain adalah kali ni, pelakon asylum tak perlu botakkan kepala, itu lain sikit dari pengarahan yang sebelum ni. Aku rasa pelakon yang energetik untuk ruang pentas MPH memang kena, memandangkan penonton perlu sedikit mendongak ke atas, maka ruang pentas nampak lebih kecik, dan tenaga yang kuat dari setiap penonton memastikan yang persembahan diorang nampak dekat dengan penonton. Karekter Peto plak aku rasa macam tak kena, tapi lawak, tapi tak kena, apa2 pun lawak tu berjaya mengaburkan mata aku untuk menilai watak yang dibawak peto, mungkin masalah yang sama adalah dengan watak tera, iaitu attendan.

macam aku cakap, dalam penterjemahan, perlu firm yang terjemahan dibuat adalah terjemahan bahasa, bukan terjemahan budaya, sebab watak peto dan tera adalah macam terjemahan budaya, iaitu orang malaysia yang buat2 macam diorang ni orang putih, dan bukan orang malaysia yang memang cakap orang putih, sebab dalam terjemahan, perlu diingatkan bahawa, yang disebut dan diucapkan oleh pelakon adalah seperti bahasa itu bahasa ibunda watak tersebut, dan bukanlah macam yang aku cakap tadi, melayu yang cuba2 cakap english, watak tera ni terserlah kemelayuannya bila dia menyebut 'lah' dan cakap bahasa melayu. ini sebenarnya menganggu watak tersebut, yang boleh jadi keliru, apakah yang disebutnya itu bahasa ibundanya atau apa? kalau itu bukan bahasa ibundanya, maka macamana dengan watak2 lain?

ketidakkonsisten watak jugak berlaku untuk watak kisas, yang melakonkan watak penjual dadah, sebab awal2 sebelum majlis bermula, wataknya macam orang bodoh, bila nak bow, tiba2 jadi energetic, masuk balik ke pentas dengan watak yang semasa majlis berlangsung.

kat sini pengarah perlu paham yang Asylum sebenarnya menggunakan konsep cerita dalam cerita, teater tu sendiri mengisahkan orang yang nak buat teater, macam tu lah. maka perlu jelas, bila diorang dah mula berlakon, dan bila dia tak berlakon atau off character, sebab tu penting untuk keseluruhan aspek lakonan pelakon2 dalam pementasan tu, maka tak lah dia jadik macam keliru dengan wataknya sendiri hujung2 nanti.

energy pelakon2 bagus, cumanya kadang2 jadi macam cerita senario mingguan pun ada, melebih2 yang melampau2, ada certain time bagus, kadang2 sedikit menyampah pun ada, dan yang paling ketara adalah scene amar dengan kisas, aku sebenarnya terhibur dengan lakonan diorang, bersahaja dan sangat enjoy, itu adalah aspek yang aku kira patut diberi pujian, tapi masalahnya teater asylum ni penuh dengan aspek2 sindiran dalam lawak2 punchline nya. maka perlu ingat, kita bukan buat show lawak dan komedi sepenuhnya, tapi ada mesej sekali, dan perlulah mesej tu dihighlightkan juga supaya tak lari dari tujuan sebenar pementasan atau skrip ni ditulis dulu.

dari segi props, memang minimal, cuma susunan kerusi tu kena betul, jangan jauh sangat antara satu sama lain, sebab bila pelakon2 dah keluar stage, tinggal yang penting2 kat atas pentas tu, nampak ruang2 kosong tak berisi, ini bahaya, bila tak berisi maknanya penglihatan penonton lebih besar, dan tanpa lakonan yang besar, orang susah nak nampak dengan lebih dekat pementasan tu, sebab tenggelam dengan ruang stage yang besardan tak berisi.

kesimpulannya, aku berpuas hati dengan pementasan asylum ni, memang aku gelak tak henti2 dengan terjemahannya walaupun aku gelak pada part yang salah kadang2, cumanya aku rasa kesal sikitlah, sebab tak dapat nak tengok pengarahan yang lain dari yang doc buat, haiwan terlalu selalu dibuat, carilah konsep2 lain, explore possibility2 yang ada, mana tahu, nanti kita dapat tengok asylum ni dari sudut lain pulak? :)

rating : 3.5/5 (0.5 tu sebab lawak dia lain macam sket. ha ha ha)



aper2 pun, tahniah untuk usaha yang macam ni, cuma aku harap lebih banyak komitmen dari pelakon2 dan krew, sebab aku dengar TTS macam dah nak mati dah skang ni, dengan pengunduran doc sebagai advisor hujung tahun ni, maka ini akan jadi satu titik yang sukar buat TTS, sebab selalunya idea2 ni doc yang buat, maka bagaimana nanti?

dan satu lagi teguran aku adalah, lepas ni, biarlah make up lelaki, lelaki yang setelkan, kalau tak boleh, carilah lelaki lain make upkan, macam tu gak dengan pompuan, aku rasa aku tak perlu sebut kenapa, korang sendiri tahu kenapa aku menegur macam ni. :)

Friday, April 20, 2012

cerita.

terlalu banyak yang aku nak cerita sampai aku tak mampu nak bercerita dua tiga hari ni, komunikasi mulut aku kurang.

nanti2lah aku bebel...

Friday, April 13, 2012

sedikit otak logik untuk Ombak Rindu

-kenapa perlu Izzah bagi jam tangan dekat haris sedangkan Haris tu kaya gila babeng? (oh, mungkin bertukar hantaran, tapi dalam dialog as if dia bagi tu sebab takut haris takder jam tangan lain, kan ke haris tu kaya?)

-kenapa izzah pakai jam tangan lelaki? sebab ayah dia punya ke?

-apa jadah si haris mengamuk kat izzah yang mengandung, yang awak pi tidur dengan dia, memang sah2 la mengandung, agaknyer si haris ni tak belajar sains masa sekolah kot?

-apekejedinyer si izzah tak gitau kat haris yang dia tak bersalah? kenapa pas dah haris blah, dia kejar sampai gugur kandungan, baru nak pesan kat mak cik tu?

-mak jah plak asek suh sabar, sabar, tapi tak buat aper2 tindakan, takkan kena fitnah macam ni nak kena duk rilek jer?


ah. biarlah, barangkali aku jer yang gila sebenarnya mengutarakan soalan2 macam ni.

Thursday, April 12, 2012

Sakit

malam ni,
aku tertinggi suara dengan adik aku
hanya sebab sepatutnya dia amek 4 bijik buger
dan dia hanya amek 2
sebab voucher tak cakap 4 bijik, dier cakap 2 jer,
dan adik aku tak tau pun
dan ini bangang.
dan aku tengking sikit adik aku.
baru aku tau.
aku ni sakit sekarang ni...

sakit yang menakutkan aku adalah bila aku tak tau yang aku sakit.

Tuesday, April 10, 2012

Sunday, April 8, 2012

Nak kena pukul?

"kan best kalau ada lelaki yang baik macam tu"
"kan best kalau lelaki buat macam tu kat aku"
"kan best kalau laki bla bla bla bla bla bla...."

itu antara kata2 perempuan yang aku dah muak nak dengar.

i've been that stupid-dishonest-romantic-crap before,
dan aku buat dekat salah tempat, should have done that with my own wife instead of wife-to -be-lah-konon.

akhirnya aku sakit, sebab satu, adalah aku tak ikhlas buat mender2 tu, kalau ikhlas, jadik aper2 pun kau tak komplen.

jadi pompuan, jangan risau, romantik, baik, jahat, syaitan, semua tu ada kat mana2 manusia dalam dunia ni, yang penting perbaiki diri dulu, dan kalau kau baik, kau akan jumpa orang yang baik dan akan berkahwin dengan orang yang baik.

itu yang Allah terangkan dalam Quran.

aku cuma ambek reference dari situ jer.

N dan Prof.

aku dapat SMS dari Yong semalam, yang katanya...

Professor itu (ayah Nadira), macam nak tanya kat aku tentang research (projek seni? ke research? entah, aku pun tak tau, yang aku tau yong cakap projek seni jer), pastu Yong cakap kalau dier nak mintak aku jadik RA dier jangan ler malu.

sebenarnya aku malu.

aku takut aku anggap benda tu lebih dari hubungan professional

dan memang aku cenderung ke arah tu

walhal dier mungkin nak build up connections dalam konteks professional kan?

dan aku jadi tak tentu arah kerana itu.

itulah nasib aku, the hopeless romantic man.

Pacak

wan ahmad fayshal.

aku respek giler kat mamat ni, dari dulu sampai sekarang, pernah dulu aku terasa macam nak terikut2 dengan rentak dier, konon2 nak jadi pandai, tapi bila pk2 balik...

nahhhhhhhh~

that's not me,
although i would love to hear some academic explanations on concepts or philosophies, but i'm not that deep to go into them.

dan usha2 facebook nampak macam dia dah bertunang, alhamdulillah, moga2 akan dibawak ke perkahwinan kemudian kekal bahagia hingga ditempat yang satu lagi, amin.

p/s : zaman awal2 tu aku mula terlibat dengan mender2 ilmiah macam ni, mula nak tengok, mula nak pk, apa aku nak jadi masa depan nanti, dan persoalan tu masih aku pkkan sampai skang...

aku dah nampak kawasan tempat aku berjalan, tapi aku tak nampak lagi papan tanda destinasi. masa depan, misteri bukan? ;)

Saturday, April 7, 2012

Boy's Talk

Assalamualaikum w.b.t,

haritu, dalam 3-4 hari lepas, jumpa mr rahmat, dah lama jugak la tak jumper, adala dalam 4-5 bulan macam tu, last time jumpa masa nak buat mahkamah lorong, dia datang ke UTP, bawak ole2, kali ni pun dia bawak ole2, dia bawak muffin dari australia, memang lemak gila muffin tu, serius, aku rasa beberapa hari ni badan aku naik pasal muffin tu kot.

sebenarnya aku pelik, sebab mr rahmat ni antara orang yang aku jarang sembang betul2, apatah lagi depan2, maksud aku, takder la selalu sembang one on one, jadi aku agak tak berapa biasa sangat bila bercakap dengan dia depan2, mungkin sebab dah lama tak sembang kot, ye lah, dia sambung PhD pastu aku plak sibuk itu ini, bila dia kata nak jumpa aku tu yang aku rasa pelik, apa yang buatkan dia nak jumpa aku sangat?

aku teringat satu insiden kat FB bila aku sentuh isu pasal 'our land', english play dier yang berkisar pasal orang cina bercinta dengan melayu, ala2 yasmin ahmad gitu, masa tu maria elena, one of the famous vlogger kat youtube tu berlakon (cuba search nama maria elena, konpem kau jumpa). aku just cakap yang play to ada kena mengena dengan life dia, dan memang dia ada bercinta kejap dengan gadis cina nama grace, but that didn't work out. Tetiber dia balas dengan private mesej aku kat FB, katanya aku paham dia, in a way, mungkin kot, sebab umur dia macam umur abang kedua aku, dan dalam family, masa aku membesar, aku lagi rapat dengan abang kedua aku, lagipun kitorang pun sama2 lahir dalam tahun naga, dan bila membesar, aku teringat adik beradik dengan mak aku bercerita pasal abang kedua aku, memangla dia problem zaman tu, tapi bila pk balik, dari kecik dia dah dibuat macam tu, dan bila family aku kadang2 semacam sisih dia, atau cakap2 belakang dia, aku cuma dengar dan senyum ja masa tu, aku tak ingat, mungkin masa tu aku sekolah rendah, dan dalam paler otak aku, aku cakap "aku jer yang paham dia".

mungkin kat situ start isolation aku dari masyarakat, dari society sebelum aku tak digeng dengan bebudak asrama masa tingkatan 1-3, it helps to build my character, it helps me to realize that all humans are unique, dan orang yang cuba2 nak jadi sama antara satu sama lain dengan bergeng2 adalah antara manusia yang tak kenal diri sendiri.

anyway.

Haritu aku ingat tak dapat jumpa mr rahmat, sebab KTM ada problem, biasalah tu, KTM memang selalu problem.

jumpa kat midvalley, kitorang sembang puas2.
dia plak belanja aku nasik lemak (aku nyesal gak sebenarnya, walaupun nasik lemak tu sedap, tapi petang tu aku ngantuk giler babeng, penangan nasik lemak punya pasal).
dan dia banyak tanya aku.
dan dah lama orang tak sembang macam tu dengan aku.
antara yang buat aku rasa nak sembang dengan orang adalah bila orang tu pun interested nak dengar cerita aku, maka secara tak langsung, aku pun seronok nak sembang dengan dia, dan pagi tu perbualan tu jadi sangat best, aku dah lama tak bercakap secara sihat macam tu, antara sesi2 yang boleh aku ingat adalah bila melepak dengan adam kat taman belakang rumah aku sebelum balik rumah, dah mak ayah aku plak marah takut aku kena culik dengan orang dadah (ya, masa tu aku tingkatan 5, dan aku juga seorang lelaki, duduk di teluk intan yang jarang2 dengar kes culik macam di KL, what are the odds eh?).
macam2 dia tanya tentang aku, tentang benda2 art aku, macamna aku nak sesuaikan diri, aku plak banyak tanya benda2 personal kat dia.

tapi tu yang jadi best tu, sebab tak dapat sembang lama, dia nak kena rush nak amek bini dia nak sampai airport, lepas salam dan peluk banyak2 kali, kitorang pun gerak. aku? crap, aku masuk kerja kul 1, skang baru nak dekat kul 11, lepak gi CC dekat lucky garden, lepas tu baru masuk kerja.

aku betul2 rasa puas bersembang masa tu, in a way, apa yang terbuku dalam hati aku tentang persepsi masyarakat terhadap apa yang aku buat, at least lepas gak, aku share.

"tu sebab saya kagum dengan syafiq"
"it's good that you inspire others"
"gua salute lu bro"
"hang bagi aku semangat pas hang cakap macam tu"

ni antara kata2 yang orang sekeliling aku cakap.
dan aku masih terfikir, apa yang aku buat sampai diorang salute, walhal semua tu perkara yang kecik dan tak besar mana pun, tapi kalau ada kebaikan yang diorang nampak, baguslah, aku cuma hamba DIA, dan semua ni diatur, aku cuma memainkan peranan aku jer. :')

status FB sendiri yang random.

aku ingat kenapa hati aku tak jatuh di depan kau hari ni, rupanya aku tertinggal hati tu kat sejadah dekat rumah.

biarlah.

Friday, April 6, 2012

walaupun dalam mimpi...

lepas subuh aku tido.
masa tido aku termimpi.
nadirah
dia terima pinangan aku.
dan part yang best adalah...
aku tau itu adalah mimpi
walaupun aku tengah tido.
dan ada beberapa imej dan aksi bangang dalam mimpi, macam biasa, mimpi selalunya tak logik.
dan aku dapat rasakan kesedihan yang dahsyat tu dalam mimpi
walaupun sebelum aku bangun
terasa yang mimpi tu real
dan kesakitan itu real
dan aku semacam jadi addicted dengan itu.
pain-addict.
that's me...

Wednesday, April 4, 2012

Hebbak. hebbak.

di sebuah petang.

A : woi, awek tu convent bukit nenas kot.
B : .... pegi mampos la, peduli apa aku.

p/s : tempat belajar yang best dan gah, tak ada kena mengena dengan manusia di dalamnya, kalau kau bangang tu bangang juga.

Tuesday, April 3, 2012

Kali kedua?

A : hello, saya dari petronas chemical, ni encik syafiq ya?
B : (oh what the crap, aku patut tak yah nak telefon tadi) ya.
A : saya nak tanya, encik syafiq sekarang bekerja ke?
B : er...ya, saya kerja part time.
A : kerja part time tu kerja part time permanent ke part time yang part time?
B : (WTF? am i not clear enough? oh well) er... part time, sebab saya tengah sambung belajar sekarang.
A : oh ye ke? master ye? dekat mana?
B : dekat UM.
A : oooo, sebab HR recommend, encik syafiq memang tak berminat ke?
B : saya sekarang ni tak berminat nak kerja engineering.
A : ooo, kalau bukan engineering?
B : (crap, why now? do i need to be straight again?) er...boleh...sebab sekarang ni saya lebih kepada performance art, sebab saya amek master in performance art in drama.
A : ooooo, so syafiq rasa tak ada relevant la macam tu?
B : ha ah.
A : ok ok ok, terima kasih ya.

- aku bertanya pada diri, apa aku ni valueble cam lahanat sangat ke sampai diorang tak nak lepaskan aku? atau sememangnya petronas perlukan ramai pekerja disaat ni? kalau korang tak tutup PPAG, dan ada group untuk manage benda2 macam tu, then yes, i am willing to serve Petronas, kalau tak, aku terpaksa tolak, but thanx for the attention, i really appreciate it, just give the opportunity to someone else, banyak kawan2 aku yang hebat2 even tak dipanggil ke interview, padahal aku rasa aku sux gila masa interivew dengan petronas aritu, panggil la balik Iraways Perosak tu, ada baiknya dari tepon aku dua tiga kali untuk benda yang sama.

(T____T)

Monday, April 2, 2012

Dalam pening, dalam tangis

dalam pening aku menaip assignment,
dalam otak sedang berputar ligat berkata logik,
dalam melankoli lagu faizal tahir - kasih tercipta di youtube,
dalam tangisan langit pada petang ini,
mungkin aku mahukan petikan piano dari mu,
atau cuma dua buah bicara kata saja,
dalam bingung aku cuba mencari antara duanya,
cuma satu jawapan untuk satu kebisuan yang aku pendam ini,
dalam jeritan yang hanya jiwaku memahami,
dalam kata yang tak terucap dalam bisuku,
maafkan aku, jika aku punya hati,
dan ditakdirkan tuhan utnuk ia jatuh,
maaf, barangkali aku perlu ada sebuah pemegang yang kuat agar ia tidak jatuh di hari yang lain.

(pistol di kepala, bom di hati, lalu kemana aku akhirnya?)

Immortal Belovedku - Syuhada

Haritu memang aku wasted, biasalah, lepas bertungkus lumus buat projek atau kerja berat - berat, aku akan penat ya amat, dan akan ambil masa yang lama untuk aku dapatkan balik momentum aku, dan ketika tu aku hanya duduk bersandar pada kerusi malas yang disediakan untuk orang - orang malas macam aku. Rancangan kat TV masa tu pun bukannya best mana pun, tapi sebab aku tak tau nak buat apa, aku paksakan diri untuk tengok; satu perangai aku yang bangang dan elok untuk diceritakan agar orang lain juga tak bangang sama.

"krek..."

ha, sapa pulak tu?

"Assalamualaikum..."

oh, Syuhada, bini aku.

sambung tengok TV balik. Aneh kan? atau sememangnya normal untuk orang macam aku ni tak rasa apa - apa bila bini sendiri balik rumah dan berpenat lelah beli barang - barang dapur untuk makan tengahari dan malam? Bukankah sepatutnya aku peluk dan kucup dahinya untuk menandakan aku sayang dan menghargai penat lelah melayan aku, manusia yang malas sekarang ni yang sedang duduk di kerusi malas?

Kitorang baru je kahwin sebenarnya, dua bulan lepas, masa aku tengah sibuk dengan projek aku yang entah apa - apa tu, pening kepala, tapi sebab nak melayankan nafsu orang atas ni, aku ikutkan je, last - last, kreativiti aku terbantut, aku pun jadi tak seronok nak kerja dah, takperlah, projek lepas ni biar aku yang set up sendiri, guna orang atas untuk support, boleh jadi tak best gak, terutama bila dia yang taja duit untuk buat projek tu. aih~

Honeymoon?

ceh. tak sempat aku nak buat, tapi bila difikirkan balik, kalau aku berkesempatan pun, aku takkan buat pun, sebab aku tahu, honeymoon tu adalah perkara yang membazirkan duit, terutama bila kau boleh pakai duit tu untuk benda yang lebih penting, macam makanan ke, tapi tu lah masalahnya, aku terlalu serius dalam banyak perkara dalam hidup sampai aku terlupa nak sedut sikit nikmat yang tak berapa nak ada ni. Kadang - kadang perlu juga menghargai orang yang tersayang dengan cara begitu kan?

dan sampai sekarang aku masih lagi belum nak tunjukkan apa - apa yang berbau romantik untuk Syuhada.

eh?

sedap pulak, sapa pasang lagu Beethoven Moonlight Sonata ni, macam dekat je bunyinya, takkan orang sebelah kot, ah, tak kisahlah, biarlah, sedap jugak layan lagu Beethoven tengahari macam ni.

....

ha? ni apa pulak ni? tak pernah dengar piece ni, dah tukar ke, er...jap...

aku menderu lari, pergi ke lokasi dimana aku letakkan piano yang aku bawak dari rumah abah, ya lah, kalau tak dibawak, sapa jer yang nak main? Kakak aku dah ada piano sendiri, yang lain tak main dah, aku jer lah yang masih berharap dapat main piano tu, walaupun aku tak berapa reti sangatlah nak main.

ha?

masa tu aku nampak Syuhada, masih memakai tudung labuhnya dan bermain piano.
dia pandang aku.
dia senyum.

what the...

kejap, ini memang satu perasaan yang aku tak boleh nak gambarkan, bila masa pulak dia reti main piano?Beethoven? Moonlight Sonata? DAN TAK PANDANG NOTE????????????????? ni kejadah apa ni??????

aku pandang tak berkelip.

dia berhenti main.

"kenapa bang? tak sedap ke saya main? he he he, sorilah, second movement Moonlight Sonata ni saya tak berapa familiar sangat. hik hik"

"er...tak, mainlah, sambung main, sedap jer bunyinya..."

dan aku mula merapati Syuhada, aku nak pegang dan peluk dia sebab terlalu terharu dengan suasana masa tu, tapi aku tak boleh nak peluk, sebab nanti terganggu lah permainan dia kan? aku dengar, dan tenggelam dalam alunan irama tu. Kamu tahu, dulu piece Moonlight Sonata atau dulunya dipanggil Piano Sonata No. 14 in C-sharp minor "Quasi una fantasia" ni ditujukan oleh Beethoven kepada anak muridnya Julie ("Giulietta") Guicciardi, nak ikutkan banyak jer yang Beethoven minat, tapi piece ni antara yang popular, sampai Beethoven sendiri muak dah nak dengar, biasalah, antara keluhan orang seni adalah bila karyanya yang bagus tu diangkat berkali - kali sampai dia sendiri nak muntah mendengarnya.

Syuhada terus menyambung main piano, sampai nak masuk movement ketiga, aku menangis, aneh, sebab movement kedua dan movement ketiga ni movement yang rancak, dan aku terus tegak dan terlopong dalam dunia kosong aku, dan tak ada kata - kata yang dapat aku ucapkan tentangnya.

"kenapa awak pandang saya macam tu, takutlah, scary gila..."
"eh, er...dah habis ke?"
"ha ah, mesti awak tak familiar jugak kan movement yang ketiga tu?"
"ha ah, memang pun, selalu saya layan movement pertama jer..."
"he he he, kan? personally saya pun suka movement pertama tu lagi"
"sebab dia melankoli dan sedih, tapi popular sangat sampai Beethoven sendiri tak larat dah nak dengar"
"ye lah, hmm...awak memang suka lagu - lagu sedih je ke?"
"eh, tak lah, saya layan gak lagu - lagu yang tak sedih, macam anuar zain, ha ha ha"
"ha ha ha ha, ye lah tu, tipulah anuar zain, bukan awak cakap dengan saya, awak tak suka ke cara dia nyanyi"
"eh, er... oh, tu, ha ha ha, memang lah cara nyanyi dia tak best, tapi ada jer lagu - lagu dia yang saya minat"
"ooo, hmm, naper suka lagu sedih ni? are you not happy with me?"

Syuhada buat muka kesian kat aku, ah sudah, aku tau ni akan jadi perbualan yang mendalam dan panjang.

"eh, tak lah, awak ni, saya seronok jer sejak kawen dengan awak..."
"then? why so sad? is it me?"
"no...sayang, no, it's not you, it's me..."
"you?"
"ye lah, sebenarnya, i don't think that i am qualified to be your husband, until now..."
"why?"

oh ini soalan yang agak mencabar dan general.

"sebab...well, i don't seem to treat you right..."
"saya tak rasa pun macam tu, awak ni..." Syuhada usap rambut aku, belai dan main sikit, hati aku lagi hancur dan luluh, air mata aku mengalir.
"nak tahu kenapa saya rasa macam tu? dua tiga hari ni saya wasted gila, duduk depan TV, tak buat apa, rasa macam loser ya amat, i should do something, i can do it, but i'm too lazy to even move my arms and do it, and i've been neglecting you ever since we got married, saya sibuk dengan projek bodoh tu, dan bila awak terus jaga makan minum saya, dan hari ni awak romantik - romantik pulak dengan saya, saya jadi malu dan dalam masa yang sama saya terharu sangat - sangat, i'm so sorry love, i can't be the man i should be...dah lama jugak kita tak tahajjud sama - sama, baca Quran sama - sama, i miss that..."

"if you become the man you should be, i can't love you anymore, because you're not yourself..."

"but what good i am if i'm not the person that i should be?"

"sayang, i don't have the answers, i'm so sorry, but you know what? I love you Adam Nasruddin for who you are, saya pun tak perfect sangat, but we'll keep on trying ok? dengar awak cakap macam ni pun saya bersyukur, at least you know that you are trying to be better..."

Syuhada mula menangis dan mengeluarkan air mata, kata - katanya sikit tersekat, tapi dia teruskan jugak, dia Srikandi ku, sahabat dan cinta hati ku yang tabah orangnya.

"so jangan sedih -sedih ok? kita jadi lebih baik sama - sama, kita tegur satu sama lain, and we keep on loving each other until we can't anymore..." sambung Syuhada.

"tak nak lah sayang sampai habis terus..."

"we don't know what's going to happen in the future kan? and nobody controls it except HIM, so cherish the moment, and you know that i'll always be at your side..."

"Syu... how can i love anybody after you... you are the best woman in my hear..."

"isk...awak, janganlah cakap macam tu, mak awak? opah awak?"

"ha ha ha...diorang ada kat bahagian lain dalam hati saya, awak lain..."

"pandai jer awak ni...sorry, i'm not used to calling you abang yet...forgive me?"

"tak ader aper lah awak ni, tak de hal lah..."

"thanx honey..."

Syuhada salam dan cium tangan aku, terasa basah kelopak mata dia.

"bang...panggil saya Syuhada boleh? saya rindu nak dengar orang panggil nama penuh saya, lagipun tak elok juga pendekkan nama kan?"

"boleh, Syuhadaku yang tercinta, boleh..."

"mekasih, cayang awak sangat - sangat tau..."

"cayang awak juge, he he he..."

"bang, nak sekali lagi tak moonlight sonata?"

"boleh gak, Syuhada..."

"okeh, Moonlight Sonata SATU!" gurau Syuhada, memang macam kanak - kanak ribena dia ni kadang - kadang, beza sungguh dengan aku yang selalu gloomy ni.

"oh before that.." Syuhada pegang tangan aku, erat, aku faham maksudnya, dan dia menyambung kembali bicara.

"Forever Thine..."
aku balas,
"Forever Mine..."
dan kami ucapkan bersama,
"Forever ours"

itu tulisan Beethoven dalam suratnya kepada seorang gadis misteri yang dia gelar "Immortal Beloved", untuk aku, tiada misteri lagi, dialah "Immortal Beloved" ku, Syuhada.

Tenghari tu aku kenyangkan jiwa aku dengan alunan Moonlight Sonata, sebelum pergi ke Fur Elise, juga dari komposer yang sama, Beethoven, dan masuk zohor, kami berjemaah bersama sebelum mengaji dua muka, kerana lapar sangat, aku melantak tiga pinggan petang tu, Syuhada tersenyum tengok aku macam nak termuntah makan banyak sangat, dan hati aku terlompat gembira untuk capai momentum kerja bagi keesekokan harinya.

tak fair langsung!

ayah heroin werewolf
dia nak heroin ikut dia jadi werewolf
heroin tak nak
so heroin dengan hero bunuh ayah heroin
dalam pergelutan, hero kena gigit dengan ayah heroin
ayah heroin mati dalam pergelutan
hero yang hidup akan jadi werewolf sebab kena gigit dengan ayah heroin
dan heroin tak nak bunuh pun hero yang jadi werewolf tu.

tak fair kan?
bangang.

-blood is thicker than water, and your BF is that water, you douche.

Sunday, April 1, 2012

untuk indah, untuk bidadari.

terbanglah bidadari, terbang!
kerana bila celaka datang, bukan kau yang aku cari,
tapi tuhan yang tersayang.

Lari lah indah, lari lah rindu,
kerana bila senang bertandang, bukan kau yang mahu,
cuma cinta tuhanku.

Minami kotaro

Mari sini aku ceritakan sikit tentang mamat nama Minami Kotaro.

jangan tertipu dengan rancangan 'Suria Baja Hitam' atau 'Kamen Rider Black' sekitar awal 90-an dulu, tu gimik jer, ni aku nak bagitau cerita sebenarnya.

sebenarnya Minami Kotaro ni adalah orang biasa - biasa jer, dia teringin nak jadi Mat Rempit, tapi sifat narsistiknya buat dia malas nak melampaui batas - batas diri dia sendiri, ye lah, nak jadi mat rempit kena ada kawan rempit, kena ada bohsia seketul atas motor, kena ada dadah, kena ada duit untuk berlumba, kena ada itu dan ini, mana mampu dia buat semua tu?

Tapi yang bagusnya dia tu, tiap - tiap malam dia tolong orang. Itu jer lah kerja yang dia tahu buat.

sebenarnya dari 9 pagi sampai 10 malam, dia bekerja di restoran yang biasa - biasa tu, dah nama pun mamat biasa - biasa, takkan nak kerja restoran lima bintang kan? Tapi kat sini aku tak nak cerita kisah dia pukul orang jahat tu semua, tu semua korang boleh tengok kat dalam tivi siaran tahun 90-an dulu - dulu tu, atau beli jer koleksi DVD harga RM30.00 tu atau pau saja kawan, macam tak biasa jer ye dak?

Al-kisahnya si Minami Kotaro ni kerja macam biasa, nak cari makan, lawan orang jahat mana dapat duit? kalau dapat pun si bangang ni pergi tolak atas alasan dia buat kerja ikhlas, Pui. Lepas tu mula lah cari overtime kat tempat kerja takut tak cukup duit sara hidup, lahanat punya mamat.
Hari tu macam biasa dia buat kerja dia, tak ada apa yang menarik pun, tapi tiba - tiba dalam masa 30 minit tu, hidup dia jadi menarik, sebab ada dua orang, lelaki dan perempuan, kapel la tu, datang dan makan kat restoran tu.

Mula - mula si Minami ni rasa tak ada apa - apa yang best pun pasal diorang, biasalah, kapel datang restoran dan makan, tapi ada satu yang tak kena, dia usha si perempuan tu, macam kenal, entah kenapa kepala otak dia terpusing kat zaman masa kecik - kecik dulu.

"i want to marry you Minami"

bayang - bayang budak kecik 5 tahun yang cakap bahasa omputih terbayang dalam kepala hotaknya, dia keliru lagi, tapi dia buat - buat cool dan terus memberikan servisnya sebagai seorang pelayan terhormat, mantap dan va va voom.

masa nak sediakan sudu dan garfu untuk makanan yang akan dihidangkan, dari ekor matanya, dia perasan yang perempuan ni mengusha tanda nama 'Minami Kotaro'nya, ah sudah, dia nak melacur cinta ke? apa tak puas cinta yang dibagi oleh lelaki kat sebelah dia tu?

Minami Kotaro buat - buat tak tahu dan buat - buat macho.

Dia cuba kuatkan daya pendengarannya, dah nama pun superhero kan?

dan si gadis awek ni pun bercerita tentang dulu dia ada berkawan dengan budak kecik lelaki yang selalu mandi bogel depan kolam renang mudah alih dekat sebelah rumahnya, dia dengan adik dia memang minat kat budak tu, mungkin terpengaruh dengan cerita - cerita Disney yang selalu diorang tengok, dan lepas tu diorang pun berkawanlah, berkawan punya berkawan, sekali terpisah, dan lepas tu diorang pun dah lama tak berhubung.

6 tahun lepas tu diorang berjumpa, si gadis awek ni memang dah tak berapa nak kenal dah dengan budak lelaki ni, si lelaki yang masih berhingus (ye lah, baru umur 11 tahun) pun cuba bercakap dengan dia, tapi dia buat- buat tak dengar, maklumlah, si gadis awek tu budak PTS, seorang genius, dia masa tu dah dalam darjah enam, mana main cakap - cakap dengan budak lelaki yang bangang macam dia.

selepas dia buat bodoh dengan si lelaki ni pun, si budak lelaki ni pun tinggalkanlah dia, tapi dengan muka marah dia cakap...

"aku benci kau, kau baliklah bodoh!"

dengan air mata yang mengalir dengan hingus, dia berlari tinggalkan si gadis awek ni, dan dia masih membatu dan tak ada perasaan, apa jadah aku nak kesah kan?

habis kisah cerita masa lalu.

Minami Kotaro terus kemas - kemas meja yang ditinggalkan pasangan tu, diorang dah keluar, dia bawak makanan tu ke dapur, tengok kiri kanan dan makan.

"hoi, kau lalu makan lebihan orang? kalau aku geli nak sentuh" kata muthu, kawan sekerjanya.
"ey bangang, makanan macam ni kalau kau campak kat orang somalia, berebut diorang nak makan, tu namanya kau tak menghargai rezeki tuhan, peduli apa aku kau rasa macamana, ini khidmat masyarakat aku tau tak, dengan tak membazir makanan." jawab Minami.

sambil makan, Minami teringat kisah si gadis awek tu tadi.

dan dia terus makan dan tersenyum.

"hoi, makan tu makan jer la, tak yah la nak nangis - nangis, tak paham aku budak ni" cakap si Muthu.

"aku gembira sebab dapat berkhidmat untuk masyarakat la bangang, tak reti - reti lagi?"
balas si Minami balik.

Hari tu dia kerja sampai pukul 9 malam saja, perlu cepat balik, sebab nak jadi Superhero lagi, tukar baju pun makan masa tahu?

sebenarnya aku ceritakan semua ni cuma nak bagitahu kamu, yang si Minami ni dah lama tak bayar duit sewa kostum yang dia pinjam nak jadi superhero tu, kalau jumpa dia, tolong sampaikan pesanan mintak dia bayar duit sewa 7 bulan yang tertunggak tu. Aku pun nak makan nasik juga buat bisnes ni.