Tuesday, January 31, 2012

Untuk...

malam yang bagi aku sangat stress,
bukak cerita (500) days of summer dan mula berfikir, "pebenda aku buat ni?"
tu nasib baik aku tak tengok lars and the real girl, kalau tak, lagilah stress.
entah.


hari ni memang aku rasa betul2 tak best,
kenapa?

mungkin sebab aku rasa helpless, aku rasa helpless, sebab aku rasa aku tak mampu angkat diri aku sendiri dalam keadaan orang sekeliling aku support kaw2, dengan mak aku support dari segi kewangan, dengan adik beradik aku, kakak2 aku, internet aku ader akses, nak ikutkan aku leh lemakkan diri lagi, tapi entah kenapa aku rasa helpless kaw2,

ni semua stat biler aku tension sebab bateri hp aku habis dan rosak memang tak leh nak on, aku jadi bengang, sebab aku nak tunggu kakak aku lagi, tang tu yang aku rasa loser tu, loser sebab mengharapkan kakak aku untuk menolong aku, aku rasa aku mengada giler, walhal leh go on jer terus, sebab memang takder harapan nak tunggu hp aku ok balik, tapi nasib baik kakak aku terjumpa aku balik kat LRT universiti, pastu terus gi flat untuk cek bilik, pastu tuan rumah plak macam toya tak nak bagi sewa sebab dier macam dah ada calon yang dier nak, so tup tup tap, aku pun kecewa sebab nak kena cari lagi rumah, walhal memang dah helpless sesangat pun, memang susah dah nak carik lagi tempat, unless aku ada kawan yang ramai.

kawan.

satu benda yang aku takder luxury tersebut.

memang salah aku pun.

jadi buat aper aku nak stress? so memang tak patut la kan? cuma memadankan diri aku sendiri jer sebab nak duduk dalam kepompong yang aku buat sendiri.

dan aku mula berfikir tentang diri sendiri, tentang kekuatan diri aku yang tak berapa nak ada, jumaat ni mendaftar, dan aku nampak tak langsung bersedia, tapi kalau aku melepak kat umah sampai 80 tahun pun aku rasa sama jer, so aku kena lawan benda ni.

entah.

kenapa aku rasa macam ni, mungkin zaman tu dah datang kot, memang dah lamer dah datang, tapi 24-27 ni antara masa kemuncak, sebelum back to 'i dun give a crap' nyer zaman.

bila aku tengok jay pun kesian gak dier masa itu hari, terdengar dier cakap...

"tu lah, tuhan dah suruh sayang kat dier 100% hang tak nak"

dier cakap untuk diri dier sendiri, masa tu aku tak rasa depresi sangat, so aku dengarkan jer, isu jay pun ader sikit sama dengan aku.

aper yang aku depresskan sangat ni sebab jalan yang aku pilih ni, dah memang akan menyakitkan pun, tak sangka aku adalah anak lelaki abah yang akan stay kat KL untuk beberapa ketika, dulu adik aku ader la, tapi rasanya mungkin aku akan jadi anak yang paling lama stay kat KL

sebab tu aku rasa mengada - ngada.
mak aku nanti nak masukkan aku 3000 dalam akaun.
yong dah bagi aku seratus untuk duit makan.
kakde plak kata nak support sket kalau aku takder duit.

tu yang aku jadi stress, sebab aku buat macam tak endah jer, walhal ini benda yang aku nak buat, nak buat sampai mati, jadi aku terpk balik, betul ke ini yang aku nak? ke aku mat poser yang sajer buat2 minat art?

aku balik ke jalan konpius, aper jadahnyer plak aku jadik dayah ni nak konpius2?
boleh plak aku sebak sebab berpisah dengan mak ayah aku jap, walhal aku dah 24 kot?
kalau aku masa matrik tu yela leh dimaafkan lagi, skang, waddehel?

pastu aku teringatkan Nadirah.
crap, orang tu langsung tak kenal aku kot.
dan aku pun tak kenal dier.
memikirkan betapa berjaya dan stabilnya dier,
dan betapa piece of crapnya aku.
that would never work

dan abah mengusik aku kengkadang,
tu membuatkan aku rasa...
"giler ah, kalau jadik, bapak loser aku ni, saper aku ni pun ntah, dengan belajar malas, takder motivasi, jadah pe, memang tak layak langsung kot."

malam ni patut aku tulis sumthing untuk proposal.
kalau esok aku tak stat, aku patut pergimatikan passion aku yang poyo tu, tak guna aku cakap passion kalau aku takder usaha.
bangang.
itu aku.
dan sekarang aku bangang dan depress.
itu lagi biol.
ceh.
dah, tido.

Monday, January 30, 2012

Tak Jauh

aku di subang bestari sekarang, mengejar passion
dalam lubang2 ilmu yang bakal aku tempuhi sedikit masa lagi
mula belajar macamana nak hidup sendiri
namun di dalam ketika 'ini'
aku di subang bestari
dekat dengan jiwa kamu
namun hanya mampu mengintai
untuk kau yang aku tak pernah pasti
adakah berkongsi masa hadapan dengan aku atau tidak
sekarang cuma dimulut saja.
ah.

aku tak mahu berangan.
balik ke dunia realiti.
sekali lagi, tanpa kamu.
ceh.