Friday, February 8, 2013

Review Album Terbaru Space Gambus Experiment

Assalamualaikum w.b.t,


kali ni aku nak reviu album terbaru space gambus experiment. Aku bukanlah orang yang benar2 layak untuk review secara lengkap album ni sebab aku bukan dari background music yang betul - betul teknikal (ye lah, amek ujian ABRSM piano pun sampai gred 5 je, tak habeh, ha ha ha). Tapi aku akan banyakkan komen dari segi estetik bunyi yang SGE cuba sampaikan.

track pertama album ni dah buat kau rasa nak dengar lagi dan lagi, iaitu The Earth is Not My Home, I'm Just Passing By. Melihatkan tajuk - tajuk album ni, Kamal Sabran cuba nak tapau Iron Maiden yang terkenal dengan track - track panjangnya, tapi Kamal Sabran buat tajuk panjang - panjang plak, ha ha ha. Dengan beberapa elemen yang sedikit prominent yang ditambah dalam album ni macam suara digital (yang aku tak reti sebut istilah teknikalnya) lagu ni berjaya bagi satu mood untuk starting mendengar, lagu pertama ni dah buat aku rasa nak dengar banyak kali, progression yang menarik dan melodi yang sedikit sayu, betul - betul terasa macam kau ada kat angkasa lepas dan sekarang melalui bumi.

track kedua, At The Touch of Love, Everyone becomes a poet, adalah lagu dengan mid tempo, tak terlalu laju dan tak terlalu cepat. terasa seolah - olah kau tengah mellow dan psychadelic sket. Penggunaan audio suara orang baca puisi buatkan track ni macam stail2 retro sket, boleh dikatakan lagu ni tak terlepas dari signature SGE untuk album kali ni, iaitu bunyi recording tape yang sangat2 vintage soudnya. Irama eerie dari track pertama dibawak masuk dan feel space masih lagi digunakan untuk menyedapkan rasa.

track ketiga, Follow your moonlight, don't hide the madness sedikit pantas lagunya dan rancak, sound kali ni lebih kepada beat dan sangat jelas sound dram yang ditonjolkan. Sedikit dark dan masih lagi psychadelic, permainan rolling snare dan cymbal seolah - olah sekarang ni ada watak dalam satu movie tengah lost dan cuba mencari, nah, berikan lagu ni kepada sesiapa untuk diteka tajuknya, sudah tentu mereka akan teka macam aku. ha ha ha.

track keempat, Dalam gelap kenal cahaya, sekali lagi amat tepat tajuknya, dengan lagu yang menimbulkan kesan - kesan optimis, sound gambus kedengaran dengan sangat prominent sepanjang track dijalankan dan ditambahkan pula dengan suara - suara merapu bagi menambah perisa unsur mistik. terasa macam kat dalam ritual orang - orang aborigins pun ada, ha ha ha. Buat kau terasa macam ada kat afrika.

Track keempat agak pendek, berdurasi hampir tiga minit, iaitu Living is easy with eyes closed, lagu ni agak catchy dan dark sikit tapi agak kuat beatnya, dan rancak. Pertembungan antara beat, sound digital dan efek berselirat antara satu sama lain, as if berada di puncak sesuatu, mungkin sebenarnya lagu ni menyambung progression track yang sebelumnya? disini juga kedengaran suara orang membacakan puisi.

Track kelima yang bertajuk Inner search, healing school sekali lagi menggunakan suara digital diubahsui, namun penggunaannya sangat prominent disini, lagu ni tidak meneruskan kemuncak track yang sebelumnya namun lebih kepada peleraian dari bunyi - bunyian yang agak keras dalam track yang sebelumnya, lagu ni bagi aku agak sweet la jugak, aku cadangkan lagu ini kau letak la masa nak propose awek untuk dibuat bini ke aper ke, atau kasi kat bini ke, tapi hati - hati sket, sebab kat penghujung lagu ni agak bingit sket, but nonetheless lagu ni antara track yang menarik dan mungkin 'kawan' kepada pulang kekanda bulan dalam album yang sebelumnya.

track keenam pulak berbunyi agak cuak dan kelam kabut, macam dikejar sesuatu, mana taknya, lagu dia bertajuk What you seek is seeking you. Aku boleh kategorikan lagu ni sebagai top three lah dalam album ni.dengan bunyian snare serta cymbal awal - awal tadi yang menambahkan kesa- kesan cuak, pada pertengahan lagu ni berubah jadi mid tempo dan kemudian kembali kepada bunyian cuak yang awal - awal tadi dengan penambahan bunyi terompet sebagai unsur eksperimental yang diletak sebagai perisa dalam lagu ni. lagu ni ditutup dengan beat yang sangat mencuakkan dan sangat serabut, wah, korang kena try dengar dan hayati komposisi lagu ni.

track ketujuh aku pernah review dulu, boleh cek kat link sini, aku tak sure adakah terdapat perubahan dalam track yang aku dengar sebelum ni? itu, korang kena cek sendiri, ha ha ha.

track kelapan aku tak sure adakah sama dengan track pengembara cahaya yang ada dalam album dulu, sebab makna tajuknya sama, the light traveller untuk album kali ni. Sekali lagi suara digital menjadi unsur prominent dalam album kali ni, dengan penambahan sound dram yang agak kuat dan juga suntikan dari gamelan menjadikan lagu ni seolah - olah macam techno sket. kali ni ada suara jepun ler pulok dan pada penghujung track sound dia ubah seolah - olah unsur epic dan timur tengah - hindustan tu bergabung ler pulok, mungkin   pengunaan key minor yang agak kuat kot kat sini.

track sembilan bertajuk the wound is a place where the light enters you, lagu ni agak hepi dan tekno sket. Beat dan suara digital sekali lagi menjadi unsur penting dalam track kali ni, kiranya lagu ni boleh buat joget ler jugok, disebabkan keteknoannya tu. ha ha ha. dan sekali lagi sound eerie (stail filem2 scary lelama) dimasukkan menambahkan lagi kekayaan track ni.

track terakhir iaitu track ke sepuluh yang bertajuk one day i will find the right words and they will be simple ni agak rancak juga bunyinya, namun agak slow pada tengah dan kemudian progress kepada sound yang lebih berat dan heavy dengan bunyian gitar (kot), aku yakin itu sound distortion gitar. Sound gambus pula terpaksa menyorok dalam distortion gitar tu, mungkin nak mengingatkan kepada pendengar yang ini adalah band space gambus experiment. Lagu ini adalah pilihan yang terbaik untuk menutup album ni.

komen terakhir aku mengenai album baru space gambus ni, elemen2 tekno tu mungkin lebih menyerlah berbanding dengan album dulu, seolah - olah aku macam tengah mendengar album kedua serj tankian. Namun sound yang lebih oriental, lebih traditional agak kuat dalam album kali ni, memberikan perasa yang lain, terutama dalam beberapa track macam track pertama, track enam dan tujuh. Dan track - track ini juga antara track yang aku syorkan untuk korang dengar, jadi jangan lupa dengar ok?

go buy diz album when it's out!!!!!
it's freakin inspiring, plus, it's fun to listen too. :)

Sunday, February 3, 2013

Eksentrik dan kekasih

aku rasa aku agak poser dengan menjadi eksentrik dan menganggap seni tu kekasih dan keluarga aku, jadi jangan cobak - cobak dan mengapa - apakan seni, walaupun secara faktanya kadang2 aku wat bodo jer dengan art, tapi once kalau orang dah cross that line, aku jadi bengang.


ah, the eksentrik me.