Sunday, September 22, 2013

Jalan --- Mencari kesakitan yang pernah hilang

Aku tak tau kenapa aku tak suka sangat berjalan, mungkin sebab mak ayah aku tak bagi aku berjalan, keluar sangat, takut aku ni lupa daratan dan kawan dengan budak-budak jahat masa aku kecik-kecik dulu.

Entah.

Bila dah besar, aku tak suka sangat bersosial, cuma bersosial di laman sosial, menyorok balik skrin. Itu je lah yang aku mampu buat, nak bersembang bukan main susah lagi.

Tapi art dah jumpakan aku dengan benda yang aku dah lama hilang.

Aku pernah jadi budak yang outspoken, periang, sociable masa kecik-kecik, tapi benda tu hilang sebab kita kena telan dengan hakikat hidup. Isu yang berbelit masuk dalam life kita lama-kelamaan makan kita balik. Aku jadi takut untuk jadi adventurous dalam life.

Tapi art temukan balik aku dengan benda tu.

Lari dari bidang engineering selepas berjaya graduate seorang mechanical engineering dan sambung belajar dalam master in performing arts (drama) adalah antara travel terbesar yang aku buat dalam life aku. Dan selepas jumpa dengan kawan-kawan dari Projek Rabak, kolektif art kat Ipoh, entah kenapa travelling bawak banyak maksud dalam life aku.

Contohnya, untuk tesis, aku gatal cuba untuk research tentang Wayang Topeng di Jogjakarta, topik yang jarang dikaji untuk tesis master di universiti tempatan. Silap. Tak pernah ada!

Tapi aku go on jugak. Redah semua tu. Sebab aku nak seek knowledge. Dalam 2 minggu kat Indonesia. pergi balik antara Jogjakarta - Bandung dalam keadaan tak kenal sorang pun kecuali teman-teman yang di - add di Facebook, itu adalah pertama kali aku buat kerja gila.

Dan aku masih begitu.

Aku sentiasa seimbangkan antara nafsu introvert aku dan travelling - bertemu/kenal orang baru. Sebab aku memang begitu. Tahun demi tahun aku asah diri aku untuk jadi introvert adalah benda yang aku tak boleh nak buang. Tapi dalam masa yang sama, diri aku yang outgoing itu masih ada, menyorok. Cuma dapat ditengok bila aku push sampai separuh mati aura introvert aku keluar, hanya supaya aku dapat memenuhi objektif aku, sebagai contohnya, untuk buat tesis master.

Ah.

Aku secara jujurnya, bukanlah seorang yang perlu sentiasa 'keluar'. Bila letih, aku balik semula ke kepompong. Tapi aku rindukan suasana yang asing. Duduk di tempat asing, tengok pemandangan, dan lukiskan semua ni dalam kepala otak aku.

Semua ni mengingatkan aku kepada momen-momen aku dengan kawan aku di Bandung, minum susu dan mengadap langit sambil bercerita tentang masalah Indonesia-Malaysia yang tak habis-habis, cuba dimainkan oleh ahli-ahli politik.

SCREW THAT CRAP!

Orang Indonesia ada yang baik-baik juga. Kalau tak, tak adalah aku diberi tumpang tidur di rumah kawan aku, Wanggi dan diberi tempat untuk buat show pantomime bersama dengannya di Kedai Kopi Mata Angin, Jalan Laswi. Itu adalah satu perkara yang menggembirakan aku. To be part of that memories is such an honour. Aku tak boleh buang memori tu sampai mati.


Tapi dalam pada aku suka simpan dalam memori untuk semua tu. Aku suka berjalan supaya aku dapat merenung cerita-cerita kesakitan aku yang tak sudah-sudah. Memori yang aku kaut dan tengok balik, letak dan kaut semula, macam gambar-gambar lama. Pudah, ber-oren, terpalit dalam setiap gambar, tapi masih ada untuk ditengok sampai tembus. Perjalanan bagi aku macam-macam benda. Ada yang aku mahukan dan rindu, dan ada yang aku tak mahu, seperti contohnya kesunyian dalam ramai, berjalan di tengah kesibukan kota.

Jalan aku terasa tegar dan tak kekok ketika di Jogjakarta dulu, orangnya ramai dan ramah. Tapi kesunyian itu tetap ada. Separuh suka dan benci. Aku rasa, mungkin aku tak boleh hidup tanpa 'travel'.

Suka dan benci, itu masalah kita kan, manusia?