Wednesday, January 30, 2013

Kendong ber erti.

masih ingat lagi strawberri masam yang aku berikan padamu?
aku lah jack the rippernya,

melihat kau meniti atas air dengan siulan angin merapi di bawah kinabalu,
ya,
barangkali si penipu berperan zeus dan palsu itu merencanakan tragedi kita,

tanya tuhan,
barangkali titisan berselerakan dijantungmu itu satu tanda,
yang aku sudah lama disitu.

cumanya aku tiada.
dan masih sirna, dibawah objek lampu kebuntuan nan tiada.

cik,
dampinglah dengan cinta.
ya? - senyumlah bersama.

melankolia selatan

aku ingin lakarkan dan conteng lukisan mimpi yang kau bisikkan pada aku semalam,
pensel dan berusku patah, malangnya, 
jangan,
jangan kutip jiwaku yang berselerakan ini,
kerna apa layaknya jika aku tak pernah mampu melukiskan mimpi itu.

mimpi kita.

sama.
wahai melankolia selatan yang didambakan.

Wednesday, January 23, 2013

Appresiasi

aku lepas sekolah menengah, aku jadi lone ranger, sering bertukar tempat belajar dimana takder kawan yang aku betul2 kenal buat aku jadi macam tu. tak kisah.

kisah aku dan TQA

Alhamdulillah, banyak mender dah setel kat jogja ni, dan hari tu, 19 januari 2013, aku berjaya buat show mime dengan kawan aku dari bandung, latihan dia memang tak sulit, tapi aku yang menyulitkan keadaan, repertoire corporeal mime aku mengenggam matahari dalam mimpi kejap je, 2 minit, tapi wanggi secara baiknya menyarankan untuk aku prektis dan extend sampai 10 minit. aku ingatkan nak tambah repertoire, dan masa show dah ready nak tambah, tapi wanggi kata terus proceed dengan show kolaborasi, ceh, aku salah berkomunikasi rupanya. Alhamdulillah, sambutan baik, tapi bukan itu yang aku nak cerita masa ni.

aku dan TQA.

untuk show wanggi, aku bawak nama TQA, since wanggi pun bring up the name, so aku rasa, aku patut ketengahkan nama tu walaupun hakikatnya TQA dah tak aktif sangat dah, tahun lepas takder show kot. tahun ni mereka merancang untuk buat ash in the ashes kat DFP, mesyuarat dah dibuat agaknya, sama dengan am, haf, ash dan mungkin beberapa teman yang lain.

aku cakap dengan doc terus terang, aku dah tak hepi dengan TQA, aku takleh nak berseronok dengan orang yang tak seronok nak kerja dengan aku. nak tau kenapa aku suka gila dengan projek rabak?

projek rabak adalah platform yang betul2 untuk aku ekspresikan diri, terus terang, material aku ada dan banyak yang tak best, tapi still diorang appreciate walaupun aku rasa benda tu tak best. Diorang adalah antara orang2 yang boleh appreciate art. dengan TQA tak, aku bekerja dengan orang yang nak lari dari rutin harian atas alasan gatal dah lama tak naik pentas. betul, aku tak kisah dengan tujuan, masing2 lah, tapi bila aku disindir dan dianggap seolah2 mat art yang poyo, aku jadi tak selesa. Aku tak kisah dengan approach doc yang lagi suka menghibur sambil instill message, tapi kenapa aku kena tindas macam ni?

in creative aspect, opinion aku tak diterima, sering diperlekeh dan jadi bahan ketawa. aku jadi tak selesa, kalau sekali dua aku tak kisah, tapi kalau selalu?

bayangkan aku kena sindir tiap2 kali aku ada opinion abstract ke aper ke, aku tak pernah kot nak kutuk creative idea bebudak TQA - TTS, aku bahkan menggalakkan, mungkin aku terlupa tapi seingat aku tak pernah lagi. macam dalam jerit jilid 1, aku kasi kisas yang tak pernah2 pentaskan satu karya untuk dia bawak apa yang dia pikir, sebab masa tu aku nak manage rather than berkarya.

entah, aku kadang2 tak paham apa pandangan diorang pada aku.

for sure aku jarang lepak minum makan kat ameeth dengan diorang.
for sure aku jarang nak gi enjoy main air terjun.

fine, aku tak build chemistry dengan benda2 macam tu, tapi aku seronok bila dapat prektis skali, dapat share ketawa dengan kejadian2 bangang, sebab masa tu mana nak pikir kita suka atau tak dengan orang yang kita kerja tu? semua enjoy kot.

sekarang ni aku cuma cuba untuk support apa yang diorang buat, kalau ada show, aku kata gud lak atau tersenyum (smiley), aku sangat2 harap yang show ash in the ashes kat DFP tu berjaya, sebab aku tau ash reti menghibur dengan pantomime.

aku?

aku tak hebat kot mender2 macam tu. show kat bandung pun kebetulan aku gi indonesia untuk tesis. selama ni aku just buat kot apa yang aku nak buat.

aku rasa aku dah bukan dibawah kawalan aku, aku tak leh nak ubah perspesi orang tentang seni yang aku buat, yang aku pikir. Aku tak leh buat doc berhenti ridicule aku sebab tu memang dah perangai sejak zaman berzaman, tapi, aku harap kehadiran aku dihormati, bukan dengan cakap - cakap belakang, mengejek aku dalam diam.

secara jujur, aku jarang dapat support dari TTSian tentang apa yang aku buat selama aku grad. mungkin ada, tapi jarang. sebab tu aku lagi senang dengan projek rabak, sebab apamender yang aku buat, bodoh macam mana pun bagi aku, still diorang support, tak ridicule aku, kalau ada benda yang aku buat diorang tak berkenan pun, still diorang senyapkan jugak, cuma kadang2 keluar sikit2, tapi, apa alasan kau untuk tak suka sindiran orang yang dah terlalu banyak buat kerja, even lagi rajin dari kau?

susah aku nak mengaku TQA sekarang, sebab aku tak rasa aku TQA, aku rabakers, tapi aku cuba2 nak bawak TQA, even show bandung tu pun aku main bagi jer kat wanggi untuk letak TQA dalam tu tanpa consent pacel atau saper2.

ah, malas aku nak berlawan dengan persepsi manusia, kita takkan pernah menang.
lantakla apa orang nak cakap, aku tetap buat dengan apa yang aku nak buat.

tapi aku still lagi nak bawak nama TQA, aku still lagi cakap yang TQA ada buat mime semua.
susah ke nak appreciate, susah ke nak cakap tahniah?
padahal semua pernah gelak sama2 kot, apa yang tak pernah dibuat kat TTS dulu sama2?
aku rasa kenal bebudak rabak yang tak la sampai 3-4 taun, tapi lagi fun dengan diorang dari bebudak TQA.

serius.

agaknya orang mesia dah lupa nak give a damn kot?

aku just teringat mender ni sebab doc ada post kat grup TTS tentang berita bandungnews tentang show mime aku dengan wanggi, aku tau banyak yang membaca atau tau, tapi rasanya aku sorang je like, even event page yang aku share, saper je TQA yang klik like atau share? sedih kot.

walhal aku bawak nama TQA kot?
aku patut bawak nama projek rabak jer.

WAH.

event projek rabak share gambar aku kat bandung dan cakap rabak's mimers sefa.

walhal aku start dengan TTS dan kerja2 mime aku selalunya dengan TQA.

apa dah jadi woi?

dan sekarang ni aku tak dipanggil untuk DFP, aku tak kisahm, sebab aku pun sibuk dengan benda2 research dan kerja2 aku nanti, takper lah, kalau nak macam tu.


aku just terasa penat sebab tak diberi ruang hormat yang sepatutnya dalam TQA - TTS, walhal kalau aku sindir ke aper ke sebab ada yang tak buat kerja kot, bukan aku kutuk kaw2 tentang idea kreatif diorang (doc tu aku kutuk dia kekadang sebab dia pun kutuk karya aku gak, mana tahan asek kena sindir je).

kadang2 tak perlu jauh memandang racism, cukuplah dengan kawan2 sendiri, ada tak yang korang 'tindas' secara tak sengaja?