Monday, April 8, 2013

Si Laki dan Si Wanita

si laki dan si wanita

si wanita : mereka semua sanggup seberang lautan api untuk kekasih mereka kenapa tidak engkau?
si laki : mereka semua si bodoh.
si wanita : kenapa? bukankah kau perlu buktikan cinta kau pada ku?
si laki : tak perlu. aku ada di sini, di sebelah kau, mengapa perlu aku seberang lautan api supaya aku mati dan berpisah dengan kau? aku tak mahu.
si wanita : kalau aku berada diseberang sana? Dan kau perlu melintasnya?
si laki : itu lagi bangang.
si wanita : kenapa?
si laki : kalau aku selalu ada disisi kau, macam mana aku boleh terpisah dengan kau begitu jauh?

mata si wanita mula bergenang dan hampir jatuh air matanya, kecewa dengan jawapan - jawapan logik si laki.
si laki pandang, kucup dahi si wanita dan memegang tangannya yang terhias sebentuk cincin sebelum menyambung.

si laki : kau ingat tak janji aku semasa aku sarungkan cincin ini?
si wanita cuma memandang.

si laki : aku akan berada di sisi kau selalu, dan aku takkan biarkan kita berpisah walau seketika, biar aku mati dalam percubaan aku untuk tak berpisah dengan kau, walau susah macam mana pun, sekurangnya hati kita masih bertaut.

si wanita mula tersenyum gembira.

*kelekuk*

si laki ketuk kepala si wanita.

si wanita : kenapa? - tanya si wanita

si laki : tapi aku juga kawan terbaik kau, jadi jangan pikir yang bukan - bukan ya, kalau tak, aku campak kau dalam lautan api tu baru tahu, huh!

si laki mula memandang laut biru petang itu dengan muka yang konon macho.
si wanita tersenyum malu memandang si laki, dia tahu, itulah rakan dan kekasihnya yang akan menemaninya selalu.

-habis berangan-

Friday, April 5, 2013

Katakan.

Katakan.
Bahawa mata lebam itu tandanya kau pernah menangis.
Dan pernah sakit.

Katakan.lah.