Tuesday, October 18, 2011

Cerita Kenangan Untuk Petang ni.


  • terkorek, terjumpa benda ni, nasib baik aku tak buang lagi, ha ha ha, maknanya....
    kau tahulah maksudnya... :)
    nah, untuk petang2 begini...
    kadang2 aku pun tak tau macamana aku berada dalam situasi kat bawah ni...
    takperlah, kalau ada diciptakan untuk aku, akan datang juga nanti.
    kalau tak ada, Allah lebih tahu yang terbaik untuk aku...yang penting redhaNYA, rahmatNYA yang perlu dicari.
    yang lain tu letak ketepi...








    • okeh, masih ada, alamak, tak dapat lagi....

  • January 13, 2010
    B
    • wassalam
  • Dya Ilham
    June 29, 2010
    A
    • wek!
      hai ;)

      bye :)


      p/s : i ♥ u

  • June 29, 2010
    B
    • i luv u too, ish2 ngader nyer, tak pueh kat chatting, sini plak, adoi....
  • Dya Ilham
    June 29, 2010
    A
    • wekkkk!!!!!!

      ♥ u too three four five six seven eight nine ten
      zzzzz :D

  • June 29, 2010
    B
    • wek!!! ececececece
  • Dya Ilham
    July 4, 2010
    A
    • ...
      Dear B,

      I really love you...

      With ♥ ,
      A.

  • July 5, 2010
    B
    • dear A

      i love u too, sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo much,

      with love (1 billion),

      B
  • Dya Ilham
    August 2, 2010
    A
    • Salam...
      B...pertama sekali..
      nak minta maaf...
      kalau kau tak suka ape yang aku nak mintak ni.
      heeee...
      sebenanrnya..aku nak mintak...
      ko tuka prof pic tu je.heee....
      tapi kalau ko taknak takpe :)
      heee..bukan aku cakap letak gambar tu haram or tak baik..
      cuma tak berapa sedap mata memandang je.
      heee..lagi2 aku selalu bukak profile ko...ngeee..
      minta maaf sgt2 kalau tak suka tau...
      sekadar sebuah permintaan je :)

  • August 2, 2010
    B
    • ho ho ho, takper, masuk grup aku yang aku ajak join tu, dan ko tau kenapa aku wat macam tu.....
  • Dya Ilham
    August 2, 2010
    A
    • tak...Islam memang tak suruh pun kita membenci dua2 haiwan ni. malah kalau dalam keadaan yang sangat mudarat.kt boleh makan sikikt sekadar mengalas perut haiwan ni.hm..tapi....B....hukum... tetap hukum......just hormati sensitivi orang Islam...orang Melayu....
      sensitiviti....itu yang kita kena faham dalam kehidupan bermasyarakat ni.

  • August 2, 2010
    B
    • tak, masyarakat kena tahu, mana yang haram, mana yang tak, haram itu memegang anjing dalam keadaan basah, hinggakan satu tahap, boleh dibela anjing2, untuk mengelakkan kecurian, macam aku cakap, tak ada nas mengatakan kita perlu benci mereka, yang aku pelik, anjing takut sangat, haram katanya, buat kerja tak amanah, makan gaji haram, tak apa pulak? oh tak apa, sebab kau tak tunjuk yang kau buat macam tu, begitu? aku nak ko paham pendirian aku, tu jer....
  • Dya Ilham
    August 2, 2010
    A
    • ok.good.i'm proud of u....aku faham kau ada pendirian dan mesej yang sangat baik dan positif...tapi sayangku...can u just respect other Muslims' sensitivity? especially the picture.if u want to join the group...it's ok..it's ur personal opinion..dan aku tahu....itu pendirian kau...cuma...gambar tu.....menunjukkan kau tak hormat sensitiviti kita as Muslim...

  • August 2, 2010
    B
    • ho ho ho, tak aperlah, aku tak nak panjang lebar, nanti ak untagged balik semua nama, kecuali aku, sensitiviti itu hanyalah persepsi buatan manusia yang nak lari dari hakikat sebenar bahawa mereka pun banyak buat salah, cuma tak mengaku.....
  • Dya Ilham
    August 2, 2010
    A
    • it's up to u.just my personal opinion....ingat...kalau kita nak orang lain terima pendapat kita...sometimes..kita juga kena terima dan dengar pendapat orang.k.salam

  • August 2, 2010
    B
    • ho ho ho, aku terima gak ni, cuma sekarang, aku nak kau hormat pendapat aku jer, terima tak semestinya kita ikut, hormati pandangan itu penting, kalau tak, sampai bila sunni dengan syiah berbunuh2?

  • August 5, 2010
    A
    • info menarik.....
      Suhaila Muhamad August 5 at 12:17am Report
      I am sorry for what you have to go through with one of UTP lecturers. Indeed, that was such a surprising respond from a person whom we thought as educated.

      That is basically what we go through everyday with people. When I volunteer at PAWS by walking the caged dogs, I get shouted and honked at. Ada sekali siap jerit;"Tak der benda lain ke nak bela".. you see how dangerous people are when they speak without knowledge; they spread fitnah!

      1) I tak bela pun anjing-anjing tu
      2) If bela pun, mana tahu I bela for the purposes yang Allah izinkan; guard dog, security etc.

      From my side, as your muslim sister, I encourage you to read many opinions of the scholars on dogs as najis. kalau tak nak learn from imam (maliki, hanbali, hanafi), learn from hadith sahih; Bukhari and Muslim. Wallahi, takkan ada satu pun yang akan cakap tentang kenajisan anjing kecuali air liur nyer. Ketiga-tiga imam yang saya sebut itu semua mengikut hadith nabi yang anjing tidak najis, kecuali air liurnya sahaja. Cuma Imam shafie' (yang sangatlah berhati-hati) mengatakan anjing basah najis. Dan pendapat Imam Shafie' ini tidak dapat disokong oleh nas-nas dari al-Quran dah hadith (yusuf al-qaradawi). Pada Imam Shafie', bulu kucing yang telah gugur pun dianggap najis, dan tak sah solah kalau ada bulu kucing kat baju. begitulah strict nyer imam shafie', tetapi kita tahu kucing itu binatang kesayangan rasul yang memang duduk dalam isi rumah.

      Pada saya, tentang issue anjing ini, elok kita sendiri baca, susah nak terima kalau orang yang cakap. That was how I learned the tru fiqah of dogs. Masa dulu penah samak pegang anjing, bila org ajar tentang hadith-hadith yg anjing itu tak kotor memang susah nak terima, tapi bila sendiri yang belajar cari kebenaran, inshaAllah, hati kita sendiri akan faham.

      for a start, tengok video ni sebagai starting point in your research on dogs.

      May Allah protect us all from the danger of taqlid (following a madhhab blindly). And as Muhammad s.a.w is the best of Imam, why not we follow him rather than other imams which are not pure from sins and mistakes. =)
      PIDATO PERDANA S16 : Keluasan Feqah, Anjing & Khinzir
      www.youtube.com
      DR ASRI, Pidato Perdana Bertajuk : Ketegasan Aqidah Keluasan Feqah, Masjid Wilayah 9 Jun 2009

    • www.youtube.com
      YouTube is a place to discover, watch, upload and share videos.
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • Lahai..patutlah.. [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • sob3....uwaaa....caner nak bangun subuh ni!!!
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • Hp r0sak ea? Huhu.. [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • ha ah, tensen tul, petang tadi macam dah nak rosak dah, tapi ok lagi, malam ni terus tak boleh on, adoi....
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • S0b.s0b.pttla xdpt msg..ad jam l0ceng x kat blik? [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • itu yang tensen tu, aku pakai henset jer nak bangun, mana ada jam loceng, rumate aku pun takder
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • Rumate ad hp? S0h die knci.. [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • nanti aku cakap kat dier
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • Hee..alaa.cdhla xblh msg.s0b3 [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • UWAAAAA!!!! SEDIHNYER!!!!
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • 2la :( [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • takper, aku cuber hantar kedai esok, kalau tak bley gak, aku trade dengan henpon murah jer la kot...
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • Heee.yeayy :) [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • ecececece, sonok ler tu, ho ho ho, adoi, aku pun bukan ader duit sangat ni, bukan takder duit, tapi overbudget bulan ni, adoi, harap2 leh survive la sampai hujung bulan ni...
  • Dya Ilham
    August 11, 2010
    A
    • Oh..cm2 xpla.tgu la financial ok dl br btlkn hp. [via Celcom SMS]

  • August 11, 2010
    B
    • ho ho ho, takperlah, nanti tak bley nak kontek kawan2 plak...
  • Dya Ilham
    August 12, 2010
    A
    • oh.takpe.kengkwn kan kat utp gak.dtg je bilik dorang.hee

  • August 12, 2010
    B
    • cet, bilik diorang pun aku tak tau lah, adoi....
  • Dya Ilham
    August 12, 2010
    A
    • heheheh......ops...susah sket la cm2.hee

  • August 12, 2010
    B
    • tu lah, ho ho ho

  • November 3, 2010
    B
    • :))
      Assalamualaikum w.b.t,

      A! hee, takder aper, sajer je nak cakap, sejak akhir2 ni ko macam takut2 jer nak berinteraksi secara berkesan dengan aku, ho ho ho, takder aper lah yang ko nak takutkan, aku dah letak kat belakang semua tu, aku pun nak mulakan semuanya semula, jadi jangan ler ko rasa bersalah ke aper ke, aku nak kiter jadi kawan macam muler2 dulu, aku rasa masa tu lagi best, ho ho ho, pengurus yang kat dalam blog tu C la kan? (entah betul entah idak namanya ni, aku main bantai jer) ho ho ho, kalau ko rasa ko dengan C dah ok, go on jer, ho ho ho, awat nak tunggu2, aper ko ingat ni macam race ke nak tunggu wisel baru nak muler, aku takder la reti sangat bab2 ni, tapi kalau ko nak aku tolong ko ngorat ke aper ke, tanyer jer la aku, kan aku lelaki? (eh ye ke?) ho ho ho


      macam aku cakap tadi, jangan ler takut2 nak kontek aku, rasa nak komen, komen ler, rasa nak sms, sms ler, ko dengan aku bukannyer orang asing, dah nak dekat setahun kiter kenal, tak best ler nak putus2 ni, dah macam tali dah aku rasa, leh putus2 lak, ho ho ho, aku nak ko hepi dan bahagia, dan aku harap ko leh hepi dengan pengurus ko tu, hee, t aper2 perkembangan, kongsi ler dengan aku, korang macam dah rajin kontek mengontek jer, ho ho ho, aku teka jer....


      wassalam


      p/s : kalau ko tetakut2 lagi, stalk2 FB aku, aku cubit ko dengan tangan robot aku nanti, ho ho ho






Bayaran Kegembiraan


Wajah orang tua itu sayu melihat pemandangan potret latar belakang yang indah walaupun palsu, harapannya untuk menggapai senyuman petang itu tidak tercapai memandangkan poket yang indah itu lah yang dikejar manusia, tanpa sebarang rasa manusia sedikit pun, yang tidak berpoket, koyak, hancur, semuanya diletak ketepi untuk memberi laluan kepada yang riak dan gembira ruang seluar di kiri dan kanan.

"mak, jom lah mak, kita balik, nanti takut sampai rumah lewat pula"

Zam menyapa dan cuba mengingatkan ibunya untuk pulang ke rumah, sudah puas dia merasa kepalsuan hari yang konon gilang gemilang, hari yang dirasakan seperti neraka, apabila ibunya terpaksa berhempas pulas menghasilkan pisang goreng yang jumlahnya dua kali ganda untuk membayar kegembiraan palsu hari itu. Hari palsu ciptaan masyarakat barat itu dinamakan "hari graduasi", dan Zamri hanya mampu menggetap bibir tanda marah kerana ibunya dibuli.

Zamri merenung wajah ibunya, dan dia mengerti.

"mak, jom balik mak"
"jom..."

Dia cuba menahan perasaan marah ketika itu, dia tahu ibunya mengharapkan gambar untuk dipampang luas - luas di dinding rumah buruk mereka itu, sebagai tanda bahawa mereka juga mampu untuk gembira, mereka juga mampu untuk meraikan, dan kejayaan dunia ini tidak ada kena mengena dengan taraf hidup dan semua dapat menikmatinya, tapi sayang, gambar yang dipertuan agong itu tak mampu dimiliki oleh semua orang meskipun dicetak berkali - kali, apatah lagi bagi anak nelayan sepertinya, hanya hanyir laut yang sudi menerima insan seperti mereka.

Zamri meninggalkan hilai ketawa dan pesta gembira di dewan ketika itu, manusia beratur untuk merakam kegembiraan hari graduasi di studio mudah alih itu ditinggalkannya jauh - jauh, sejauh mungkin di dalam hatinya. Hati itu sudah parah berdarah, dia tidak mampu menanggungnya lagi, dengan kekuatan yang masih ada, banjir di matanya ditahan, agar si ibu tidak terluka, namun setitis jatuh di bucu mata.ah, apakan daya, dia cuma manusia.

****

"HA! kenapa mahal sangat?"
"nak buat macamana, semua ini dah ditetapkan oleh pihak universiti, kami terpaksa ikut"

kedengaran rungutan oleh para pelajar ketika beratur mengambil gambar.

RM1000 untuk hari graduasi
RM1500 untuk set gambar
RM2000 untuk sijil

itu dasar universiti yang baru yang terpaksa dijalankan dibawah akta Universiti, pindaan 2021 yang menyatakan bahawa para pelajar yang mempunyai keluarga berpendapatan tinggi akan dikenakan cas tambahan bagi hari graduasi dan sesi fotografi, sesi fotografi sekitar kawasan universiti dilarang sama sekali. Para pelajar yang mempunyai keluarga berpendapatan rendah akan diberi percuma untuk hari graduasi dan sesi fotografi.

Petang itu ramai yang mogok tidak mahu mengambil gambar dan bergraduasi, ada yang sedang membuat pakatan untuk menentang dasar baru ini yang dikatakan tidak adil

Petang itu ada Datuk yang tersenyum lebar.
sekarang mereka tahu erti susah bagi yang memegang potret yang dipertuan agong itu.

"ibu, jangan menangis lagi..." 

Saturday, October 1, 2011

Musafir Sang Seni : Malam Tanpa Suara

"Sefa, bosanlah kau ni"

begitulah kata - kata yang terpacul dari salah seorang rakan aku, bila ada yang sebut benda- benda macam ni, makin malas aku nak layan hati aku yang entah apa - apa tu, aku hormat pandangan dia, dan aku tak cakap pulak yang aku ni tak macam tu, tapi jangan cakap yang aku ni tak bosan, tak perlu ambil hati aku, aku tahu siapa diri aku, pembawakan diri aku, dan sememangnya memang begitu.

tadi baru jer bebudak yang gi KL sama dengan aku untuk kerja mime promote annick goutal punyer perfume di pavillion ajak keluar, kesian juga ada yang beriya - riya ajak aku keluar, masalahnyer duit aku tak berapa nak ada, bila minum2, dah tentu perut aku mintak nak makan gak, bila tak dapat makan kenyang tu yang aku kecewa, baik aku balik rumah, dapat makan makanan yang mak abah masak pepuas.

aku jadi tak selesa gak kadang2, bila ada orang ajak aku bila tak banyak orang yang ada sekali masa tu, macam tak ikhlas plak nak ajak keluar, macam saja nak bagi meriah suasana tu, kalau ada orang lain dah tentu tak diajaknya aku, jadi buat apa aku saja jadi filler? kadang2 aku bentak juga kemahuan yang sebegini, seolah2 mempergunakan, ya, itu isu aku, entah mana aku dapat isu tu, aku pun tak tahu, mungkin masa sekolah menengah dulu kot.

sebenarnya dah dua hari aku ada kat KL, untuk jadi mime, promote minyak wangi mahal dari perancis, annick goutal, seronok, mula2 memang segan, tapi lama2 jadi tak kisah, walaupun flyers orang tak nak ambil atau ada budak2 kecik yang menangis sebab terkejut tengok muka aku.

dan aku menari - nari macam orang gila memegang belon dan kertas disembur minyak wangi, macam badan aku tengah terbang, kemudian bagi belon pada kanak2 yang lalu lalang, satu, dua, tak sampai eskalator tempat ash, acap dan kisas tengah buat promosi, dan aku begerak lagi, balik ke booth annick goutal untuk ambil lagi belon.

masa aku pegang belon tu, aku rasa aku A.Noisef, aku dapat menyelam isi hatinya ketika itu, ya, memang dia personaliti aku yang satu lagi yang aku ciptakan semasa aku mula belajar seni lakonan tanpa suara, mime, aku rasa mungkin korang akan lebih kenal kalau skrip Pelangi Bisu aku dipentaskan nanti, KALAU, ya, KALAU.

dalam sibuk orang ramai, aku macam tak pedulikan resah hati aku, sedih silam aku, aku cuma menari dan terus menari, aku terlupa yang diri aku pernah dilukai, aku lupa yang dayah sakitkan hati aku, amira juga, dan beberapa orang yang lain, yang ada masa dan ketika itu adalah aku dan kegembiraan, macam feeling kotak kosong jugaklah, namun ia lebih kepada penghibur jalanan, senang cerita, macam A.Noisef lah, persona dalam lagu Kotak Kosong tu lain sikit.

tak terucap kesayuan waktu tu, nak menangis pun ada, gembira pun ada, hanya Allah yang tahu.

sebab tu malam ini aku cuma senyap
aku mahu menikmati kegembiraan sebegini
menikmati kasih dan cinta sebegini
yang hanya Allah dan aku jer yang tahu.


wallahualam.