Tuesday, March 27, 2012

HAH!

bila aku terasa malas, aku perlu mengangkat dan heret diri aku untuk terus rajin.
aku manusia
aku hamba Allah.
aku perlu
dan aku mahu
untuk berkhidmat DIA.

Saturday, March 24, 2012

Di waktu rehatku...

"dah la kau makin bulat"

cakap kak dayah (celaka apa nama macam ni wujud lagi dalam idup aku?)

aku memang macam tu, kalau stress, aku kurus, kalau lagi stress, aku gemuk.

petang yang hujan tiba - tiba ni, aku betul2 melankoli,
tentang masa depan,
tentang kawan yang hilang,

tentang cerita - cerita dulu.

tentang nadhirah dan nasik briyani basmathi mahalnya tu

tentang macam2.

aku duduk tadi dekat kedai mahbub sebelah cyber cafe, tempat yang aku update blog skang,

aku duduk dan memesan briyani ayam goreng yang harga 12.50, ceh, mahal gila, baik aku gi pelita jer tadi, baru 7.00, aper dah mamak ni, takder piawaian langsung makanannya, aih, takperlah, kempunan briyani punya pasal, gaji pun baru masuk takperlah. duduk punya duduk sementara menunggu briyani, aku terasa awkward, meja besar dan aku sorang duduk, dan keliling aku riuh dengan suasana, ada beberapa kumpulan manusia, keluarga, sahabat.

aku dah biasa makan sorang2, tapi petang penuh melankoli ni, hati aku jadi terusik untuk benda2 bangang macam tu, kalau nak ikut otak logik lah, entah kenapa dari tak dapat hadir ke majlis pelancaran travelog rabak, sampai di tegur berisi oleh kak dayah, aku jadi sentap, memang hari ni hari PMS aku ke?

gila haper, mungkin aku dah lama tak bercakap secara dekat dengan sesiapa, dengan adik aku pun aku tutup sebelah telinga, sebab kadang2 letih juga nak melayan dia cakap tak berhenti pasal muzik, memang salah aku pun, agaknya sebab tu orang bosan dengan aku kot? dan memang aku dengan adik aku rasanya ada persamaan macam tu.

teringat plak ada sorang kawan yang aku tersembur kat FB, hanya sebab dia keluarkan perkataan 'bosan' tu, memang aku hangin sket dengan perkataan tu, aku mula kenal perkataan tu tahun 2005, bila aku dengar kawan sekelas aku yang kawan dengan ex aku masa tu, amira, cerita yang amira cakap yang aku ni membosankan, masa tu tengah exam percubaan ke, exam spm betul, aku tak ingat, yang aku tau, stat dari situ aku ada bawak aura taik dengan sesiapa yang aku sembang, kadang2 rasa down nak mampus bila bercakap dengan orang yang mula tunjuk tanda bosan, menyebabkan aku rasa tak nak bercakap panjang dengan sesaper, dan aku pun malas nak dengar orang bercakap, hanya masa tertentu jer yang aku betul2 nak dengar, atau terpaksa dengar, ha ha ha ha.

dan bila aku teringat kisah aku dengan nadhirah (lebih kepada dengan mak dan ayahnya sebenarnya), aku teringat tentang kegagalan aku untuk jadi normal, sebab memang itu yang aku nak, untuk tak jadi normal, dan itu harga yang aku kena bayar, dan sekarang aku cuma mengagak - agak sendiri jer, bayangkan pulak situasi mereka yang benar - benar daring dan go further, macam seniman2 jalanan, atau graduan2 drama dari ASWARA dan yang lainnya, macamana keadaan mereka? mereka adalah benar - benar pejuang hidup, yang aku betul2 respek, ada yang tunduk dengan tuntutan kehidupan, ada yang tak, entahlah, kita cuma manusia, dan buat sehabis baik, yang penting buatlah apa2 pun keranaNYA, kalau buat untuk diri sendiri,pk2lah balik.

untuk sebuah depresi ini, aku cuma ingin tujukan dua lagu ni, tak pasti sapa tiru sapa, mungkin exist tiru lagu ni, aper2 pun dua2 lagu ni best. :)

p/s : alah, lagu megadeth - FFF pun tiru lagu metallica- motorbreath, apa ada hal?

Friday, March 23, 2012

Sedikit Nota : Pelacur Cinta

Aku.
Kau.
Kita.

dulu.

Kau.
Dia.
Berdua.

sekarang.

Janggal, untuk kesekian kali aku terasa janggal, bagaimana mungkin kau melupakan segalanya tentang kita dan bersama dia? tiada kesankah atau tiada tersisa? aku tahu kita dah buang jauh - jauh memori tu, dan segala dendam dan perasaan celaka kita simpan untuk perah darah hati jika perlu, hanya untuk tampar diri sendiri, dadah sakit itu perlu juga kadang - kadang.

cuma aku pada malam ini tertanya - tanya, sedikit soalan saintifik dan juga psikologi (dibawah minda separa sedar), bagaimana mungkin manusia melupakan memorinya dan terus bersama orang baru. Jika orang Islam, ada tempoh idahnya jika sudah bercerai selepas bernikah dengan sah, tapi cinta yang tak ada ikatan ni, bila - bila masa saja untuk buka dan tutup.

semalam kita putus,
hari ni kau ada orang baru,
aneh bukan?

seperti seorang pelacur.
semalam dengan datuk T.
hari ni dengan datuk S.

tak tersiatkah hati dan nurani berbuah begitu?

tak pelikkah hati aku, kau dan kita yang macam pelacur ni?
hari ni kita jatuh pada orang lain,
esok dengan orang lain,
kadang - kadang, bertubi - tubi jatuh itu datang.
tak aneh kah?
itu soalan aku pada kau,
mungkin juga kerana aku buta kehidupan,
maka mungkinkah majoriti kita ini pelacur?
pelacur cinta?

celaka.
aku juga begitu rupanya.

Wednesday, March 21, 2012

Terima Kasih Mak Abah. sayang kamu berdua sangat2!

shipping cost (sebabkan nak cepat untuk assignment aku) + kos buku = RM590.

"mak, kos dia dalam RM500 lebih, nanti kalau kad kredit abah terlebih ke aper ke, gitau la, liq boleh bayar skit"

mak : takper, duit tu semua untuk anak2, kamu belajar jer.

(T_________T)

kau tahu benda yang paling celaka adalah bila kau takut kau hampakan orang yang dah banyak berkorban untuk kau. mak ayah aku hensem2 belaka, dan dah banyak berkorban untuk aku, alhamdulillah, terima kasih Allah. aku sayang mereka.

bagitau aku, sapa yang ada buku tentang mime disini? tentang corporeal mime? memang susah nak jumpa, dan kalau ada sapa2 yang nak copy buku ni bila sampai nanti, gitau jer, setakat ni aku ada buku "be a mime", "Etienne Decroux" oleh Thomas Leabhart dan "Mime Book" oleh Claude Kipnis, sapa2 nakkan buku ilmiah tentang mime, gitau aku.

target pasni nak dapatkan Modern and Postmodern Mime (Modern Dramatists) oleh thomas leabhart.

Tuesday, March 20, 2012

BenJoned

(suatu tribute untuk Salleh Ben Joned)


ey celaka betul budak ben joned tu, ni celaka tahap celaka dah ni, bukan celaka tahap biasa.

ceritanya macam ni, aku buat exhibition art, conceptual art, biasalah, dah nama pun konsep, maka benda tu nampak asas dan tentulah untuk dikongsi konsep - konsep tu, tapi budak celaka ben joned ni yang jenis tak reti nak paham dan perangai bangsat, buat sesuatu yang bukan saja celaka, melanggar batas - batas seni dan seniman, tapi batas diri dia sendiri!

antara beberapa karya aku adalah 'Sarang Burung Pukul 10 Pagi' dan 'Bayang Kerusi Pukul 12' dan 'Ais Pukul 3 Petang'.

aku tahulah seni tu subjektif, tapi jangan macam ni punya celaka perangai tu, lahanat sungguh.

nak tahu apa yang aku marahkan sangat?

si Ben Joned ni PEGI KENCING EXHIBITION 'AIS PUKUL 3 PETANG' AKU!

aku tak nampak pun dia buat benda tu, dan nasib baik aku tak nampak, kalau tak, dah tentu aku pengsan dan terbayang hot dog dan air oren untuk beberapa bulan, tahun atau dekad. Maha dahsyat punya celaka budak Ben Joned ni, woi! apa dosa aku kau buat karya aku macamni? Tak setuju kau balik ja lah, apa susah?

Aku pun tak pernah pulak nak potong handbrake basikal kau masa kau kayuh basikal dari KL ke Penang semata - mata nak tengok pementasan 'Naga - naga dimana kau' oleh angkatan sasaran yang betul - betul amatur tu. Apa yang bestnya kau nak tengok pengarahan Tom Brullin dari Belgium tu? dah la datang Malaysia konon nak jadi tenaga pengajar, lepastu buat benda pelik - pelik dan mengajar benda bukan - bukan, celaka, kau dengan Brullin tu buat aku sakit ati je.

Tak kisahlah, Brullin tu pun entah Agnostic, entah Atheist, aku pun tak tau, tapi yang penting dia adalah golongan absurdist, dan pemikiran cam ni patut tak ada kat Malaysia yang tercinta ni, habis racun kau sembur dekat anak - anak kita, celaka apa?

ah, hari ni aku nak ambil batang besi dan aku sendiri nak bantai si Ben Joned ni sampai mampus, biar puas hati aku, orang yang tak hormat seni aku memang tak patut dihormati hak hidupnya, biar aku bantai kau sampai bersepai kepala otak, barulah kau merayu - rayu nak datang dekat aku mintak nyawa kau balik nanti.

"hmm...weh, sori apa yang aku dengar semalam pasal Salleh Ben Joned kencing kat exhibition kau tu, kesian juga aku tengok si Salleh tu, dia jadi macam tu pun sebab anak dia mati, masa dia nak undurkan kereta dia, dia terlanggar anak dia yang tengah main kat belakang kereta, kalau aku pun entah - entah dah jadi gila terus, kuat betul si Salleh tu, seorang ahli akademik, cuba kekal untuk waras, walaupun kadang - kadang wayar kepala dia putus"

......

......

......

Celaka kau Ben Joned, jangan nak mintak aku kasihankan kau boleh?
tak jadi nak hempuk budak tu.
lain kali la kot.


Nota : Salleh Ben Joned, aku baru kenal namanya tak berapa lama dulu, tapi tak rasa nak mengetahui dia sangat, dan baru tadi aku diterangkan ceritanya oleh sifu aku, Dr. Zainal Latiff, antara otai ahli akademik teater di Malaysia. cerita tentang dia kencing di khalayak ramai masa exhibition ni memang betul, begitu juga cerita dia mengayuh basikal dari KL ke Pulau Pinang untuk tengok latihan teater 'Naga - Naga dimana kau' yang diadakan sekitar tahun 73-74. Selama dua minggu si mangkuk yang genius ni ulang alik dari KL ke Pulau Pinang naik basikal untuk tengok latihan tu, seorang yang sangat kritis terhadap apa - apa saja pun, namun bila dia minat terhadap sesuatu benda, macam tu lah jadinya.

Tom Brullin pula adalah seorang tenaga pengajar asing yang boleh dikatakan genius, anda boleh search nama - nama insan genius ini di google. :)

Proses Mengenal Diri

Dear Graduates/Alumni,

It has been about  6 months since you left UTP campus after your Convocation on 16th October 2011, and  UTP still feels your presence through your legacy which still remain  on the campus, your involvement as alumni in UTP activities and your current employers’ commendable remarks on your performance. We would like to express our heartfelt gratitude to the roles that you have played in portraying   UTP as an esteemed higher learning institution that produces well-rounded graduates. We truly believe  that you are  genuine UTP graduate brand ambassadors to the world. One of the key roles of the brand ambassador is to ensure that UTP gets the due recognition, and you as a great asset to the employment world. After all, you are now alumni to an  Excellent   University (Tier 5) rated by Ministry of Higher Education (MoHE) in Malaysia. UTP will be achieving the Research University status soon and is aiming for the Outstanding University (Tier 6)  rating.

Kindly be informed that one of the measurement tools that is applied by  MoHE to rate universities is  the graduates employment within 6 months of completing studies, and their starting pay. We understand that you have completed the tracer study  before your convocation last October and wish to thank you for that.  However, due to the time frame (MOHE’s requirement - employment  within 6 month of completing studies) the result of  those who completed their studies in May and September was not taken into consideration during the survey (on employability ).  In view of this, we would really appreciate it if you could complete the ‘employability’ part of your survey and indicating the highest pay that you have received  within this 6 months (applicable if you have changed employment). To do so,  kindly visit MoHE website at  http://graduat.mohe.gov.my link which will be open from 19th March 2012 till 14th April 2012.

Your contribution will certainly ensure our aspiration in becoming an Outstanding University (Tier 6) becomes a reality. For any queries related to these matters, please do not hesitate to contact Pn. Suhana Albakri Abu Bakar (suhana_albakri@petronas.com.my/05-3688435/012-5050754) and En. Abdul Razak Osman(razakosman@petronas.com.my/05-3688439/0164113568).  Your utmost attention and kind cooperation is highly appreciated.

Thank you.


komen aku : alhamdulillah, UTP telah memberi ruang kepada pengkayaan budaya dengan memberi sokongan kepada aktiviti seni kepada pelajar, maksud aku kat sini, UTP sangat menyokong event2 dengan tidak banyak bunyi memberi sumbangan dan support dari segi kewangan, ini yang aku sangat terharu dengan UTP, walaupun dari segi pembudayaan menuntut ilmu itu kurang, tapi aku rasa ini datang dari pelajar UTP yang terlalu manja juga, terlalu manja dengan duit RM500 dan mahu lagi dan lagi, di kebanyakan universiti lain tidak begitu sangat.

dari aspek employability, aku bukanlah orang2 yang best untuk bercakap tentang itu, kerana sampai sekarang, aku masih ignorance tentang industri oil n gas, sebab aku tak boleh bayangkan diri aku dalam ruang itu.

maaf, aku tak dapat memarketkan diri aku sebagai mechanical engineer yang berjaya dan mantap serta berkualiti wah - wah - wah.

aku masih mencari identiti diri, yang sebetulnya sudah aku mula mencari sekitar 10 tahun sudah.

salah sendiri.

Sunday, March 18, 2012

Comel

Syakilanna.
berkulit putih.
bermata biru.
berbadan ramping.
tinggi.
comel.
ayu.
cantik.
Va-Va-Voom.
Oh la la.
Vanakem nandi Puyah - Puyah.
Gadis Melayu Kacuk.
Belanda dengan Minang.
Ber'Hana-Tajima'.

namun sedang sedih.

angin petang itu di starbucks tak seperti selalu yang dirasai oleh Syakilanna, ini semua gara - gara ayat berikut.

"Anna, saya nak putuskan hubungan kita"

Samad.
Lelaki Melayu. Kacuk Juga.
Bugis campur Jawa.
Hidung macam bawang besar.
Buncit tiga inci.
Berbaju Counter - Strike.
Berselipar Asadi.
Rambut kusut.
Seharian di CC.

Syakilanna hampir menangis ketika itu.
dia cuba tahan.
orang kata omputih ni ganas - ganas orangnya.
hati kering, macam biskut kering.
tapi...

"Anna, saya dah buat keputusan, dan saya takkan berganjak dari keputusan saya ni."
Samad begitu yakin sekali.

"tapi kenapa Mad? You know that i love you so much, and i would do anything to keep us close. You still rasa loser lagi ke dengan daddy I mintak you kawen cepat - cepat dengan I? Kalau you takde duit, I boleh support, heck, i'll pay everything for the marriage, sayang, please don't do this to me, not now, not at this moment, we are so close to happiness..."

Samad masih tetap bermuka separuh macho.
kalau tak pasal rambutnya kusut, sudah tentu dia ingat dirinya macho.

"Tak, Anna, bukan sebab tu...tapi...tapi..."

"Tapi kenapa baby? you are the only one for me, my baby, my heart, my love, my handsome prince, my joy, my life, my..."

"cukup! cukup Anna, saya tak boleh nak buat semua ni, saya tak boleh nak berpura - pura lagi. sebenarnya...sebenarnya..."

Anna tak mahu tengok.
dia tutup mukanya, mahu ditutup telinganya, tapi tak terdaya.
kalau kau sudah tergilakan Samad seperti Anna, kau mampu tutup telinga kau?

"sebenarnya, saya kapel dengan awak, sebab nak dekat dengan Bobby jer..."

"Bobby?"

"Ye, Bobby, kucing scottish fold awak yang comel tu, sebenarnya saya dah lama nak bela scottish fold dari kecik lagi, tapi saya takde duit, bila saya kenal awak, saya dapat bela Bobby bersama dengan awak, tapi tiba - tiba awak jatuh cinta, saya...saya serba salah, dan disebabkan tak mahu kehilangan Bobby, saya terima awak, untuk jadi kekasih pertama saya, tapi sekarang, sekarang Bobby dah mati..."

"Mad..."

"BOBBY DAH MAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Samad lari jauh - jauh.
dia tidak dapat tahan kesedihan kehilangan seorang comel.
Syakilanna kembali menutup muka.
tak sanggup menerima hakikat, putera kacaknya meninggalkan dia.

kan subjektif comel tu?

celaka-jimbit-kesumat-hadrat-lahanat-mangkuk-setiawan. ;oiadhpaoisdajkhsdfjkshdbkqwghlqrhlwjkerwkl.