Sunday, December 19, 2010

Kereta atau Hantaran?

Assalamualaikum w.b.t,

hari ni mak ayah aku jenuh pujuk aku suh beli keter, ngajak aku gi keluar tengok keter la aper la, malas aku, bukan target aku skang nak beli keter, habiskan kumpul duit untuk hantaran kawen, ya, aku akui, memang takder calon lagi, tapi buatnyer calon aku dah jumper, kan senang tak perlu terkial2?

target aku skang 20 K, tapi target masa habis belajar, kalau dapat hampir 10 K pun dah cukup bagus, tinggal lagi separuh, aku cuber dapatkan masa kerja nanti, dengan betul2 ikat perut, dapat bertahan 10 bulan jadilah, sebulan 1 K, begitulah plan aku, kalau tak jadi tak pa, mungkin Allah lebih tahu yang terbaik kan? :)


bukan apa, tujuan aku nak kumpul duit dulu, adalah tak nak bapak aku nanti susah2 jer cover duit kenduri, kalau boleh, biarlah duit kenduri pun aku cover, perjalanan pun samer gak, buatnyer nanti bakal bini aku duk kat terengganu ke, pahang ke, kelantan ke, perlis ke, mana la tahu kan? jadi kena lah bersedia, at least biler dah tiba masanya, tak perlulah bapak aku mengeluh2 dapat orang jauh la aper lah, sebab aku dah cover semua duit, dan tak nyusahkan dier, kalau dier nak mengeluh gak, riso gak, aku leh buat aper, tapi yang pasti, jarak tu, bukan satu masalah bagi aku, lantak lah dapat bini orang jepun skali pun (berangan) aku rasa takder masalah, cumer tinggal sanggup atau tak jer nak mengadap kesukaran tu, dan aku pasti itu yang mak ayah aku risau kan........


abang aku, yang, plak duk nyokong2, beli keter lah, beli keter lah, aku pun naik fed up gak tadi, tapi kalau buat muka toya, diam jer, lamer2 diorang diam juger, sampai biler nak cakap mender macam tu kan? ho ho ho ho....


tambah skang plak aku nak sambung blaja ke UM, masters in drama, tak tau ler leh dapat atau tak, tapi aku harap, leh buat part time sambil2 nak blaja tu kan, lagilah lambat aku nak kumpul duit untuk hantaran, jadi tu sebab aku kena kumpul at least separuh dari total yang aku perlukan, supaya tak lah nanti terkejar2, biler dah jumper calon, esok pun aku leh terus nikah, kui3........benda baik, takleh nak dilambat2kan, tul tak? :)


kalau dah ader bajet nak beli keter pun, biarlah keter kancil jer, nak besar sket, biarlah saga atau iswara, yang range dalam 9-5 K sebijik, senang , tak yah hutang lelamer, in fact, kalau nak kumpul dulu duit untuk beli keter pun bagus juger, tak yah ler nanti hutang2, kang bayar bunga, dah bayar riba, haram tu, ho ho ho ho.......


aku harap biarlah berkeluarga nanti, aku masih bersederhana, macam abah gak, tak mahu rumah 2 tingkat, keter 8 bijik, aku tak nak, sebab semua tu patutnyer leh bagi kat anak2 yatim, fakir miskin, buat aper nak lebih dari yang sepatutnyer kan?


sayangku, awal2 kawen nanti ni jer lah keter kiter ye? nanti dah masuk anak sepuluh nanti, barulah tukar yang besar, lori pun abang belikan tau, kiter bersederhana lah ye sayangku? :) lagipun kan nampak comel tau bawak keter ni berdua dua, heee......



Kenen

mak ayah aku dah stat kenen2kan balik dengan anak orang lain, aduhai, bukan aku tak nak, leh jer, takder hal, tapi tak best la kan? tak adventure la macam tu, lagipun aku tak nak nyusahkan mak ayah aku, dah cukup2 ler kecik2 nyusahkan diorang takkan dah besar, cari jodoh pun nak mintak mak abah gak, dan diorang anggap kawen ni macam orang dulu gak, leh jer tak bercinta, aduh, bukan aku tak nak macam tu, leh jer, cumer bagi aku, aku memerlukan pengalaman tu untuk anak2 aku nanti, kalau aku ader pengalaman, senang la aku nak sembang dengan diorang nanti, kalau tak nanti macamner?

jerit perih, biar aku sendiri tanggung, biar aku belajar sumthing dari perjalanan ni, lagipun aku dah janji dengan dua orang abang aku yang aku akan kawen dengan pilihan aku sendiri, dan usaha aku sendiri, bukan atas cadangan mak abah, (tapi kalau dengan anak cikgu azimah tu leh jer kan, tu kire pilihan aku gak la kan? sebab aku main politik sket, kui3, berangan la lu beb, ho ho ho ho)



nanti kalau hantaran, jangan ler awak letak sampai 99 999 ye? at least dalam 15 K, larat le sayer lagi, ho ho ho, bersederhana ya sayangku?

Berdamailah

Assalamualaikum w.b.t,

setelah post sebelum ni, aku rasa tenang sangat, alhamdulillah, barangkali ini ketenangan yang aku cari, dan aku tahu, tiada apa yang kekal, termasuk ketenangan ini, kerana hanya DIA yang kekal akhirnya nanti, tetapi apa yang aku lebih bersyukur bukan sahaja ketenangan, tetapi pengalaman yang aku dapat, kebenaran yang aku perolehi, maka jika anda resah dan gelisah, mohonlah padaNYA kerana dia lah yang bertanggungjawab membolak balikkan hati, dan semestinya ada hikmah disebaliknya, begitulah pesan Murabbi ku dulu, 2 tahun lepas.... :)


apa yang aku nak kongsikan kat sini, adalah perdamaian dalam diri, jika sebelum ini, aku memperkatakan perdamaian antara kita dan bekas kekasih, ex, atau apa2 sahaja yang anda nak gelarkan, maka kali ini, berdamailah dengan diri sendiri, jangan mempersalahkan apa yang berlaku, kerana segalanya telah ditakdirkan Allah, dan pasti mempunyai sebab yang tersendiri, ya, kerana dari dahulu, aku memang suka mengutuk diri sendiri, mempersalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku, dan anda sendiri boleh baca, bagaimana aku menyalahkan diri atas apa yang terjadi berdasarkan post sebelum ini bukan?


aku terpanggil untuk berbicara tentang isu ini, sebab aku terbaca buku komik naruto, chapter ke berapa aku dah lupa, tapi dalam kisah tersebut, Naruto perlu memaafkan dirinya, supaya dia dapat mengalahkan kegelapan dalam dirinya, supaya dia dapat jadi lebih kuat dengan mempelajari ilmu ninja yang baru.

barangkali orang tertanya, ko ni macam budak2 lah baca naruto

kenapa? adakah kita tak layak untuk mengambil pengajaran dari komik naruto? apakah berdosa besar kita mengambil pengajaran dan menghargai seni orang lain?

jangan terlalu mudah menghukum, kita boleh mengambil pengajaran dari apa2 pun, dari mana2 pun, bukan semestinya dengan melihat tape2 atau cd, dvd ceramah agama saja, malah cerita wonderpet sekalipun kita boleh mengambil pengajaran, jika kita membuka hati dan melihat kebenaran disebaliknya, bukankah segalanya itu ilham dari Allah jua? :)

 aku memang minat naruto, sampaikan biler nak study jer masa matrik, mesti pakai bandana ni, sebenarnyer, memang dari sekolah menengah lagi aku suker pakai, bayangkan main bola sepak pakai menatang ni, tak kena maki dengan cikgu? ho ho ho

aku cukup tak setuju kalau ada yang mengatakan, kata2 seorang budak kecil yang tiada pengalaman tidak boleh diterima, atau kata2 seorang yang tiada pengalaman dalam sesuatu perkara itu tidak boleh diterima pakai, sehinggalah dia punya pengalaman, apakah langsung kata2nya tidak boleh ditimbal dan difikirkan? jawablah pada diri sendiri.....


berbalik pada perbincangan tadi, naruto akhirnya dapat mengatasi kebencian dalam dirinya, dan segala sifat negatif, dengan memaafkan dirinya, pendek kata, dia menerima dirinya sendiri, dia mengakui, tanpa bahagian tersebut, dia juga tak mampu berdiri teguh, kuat seperti sekarang, maka dia berterima kasih, dan sudah tiba masanya dia bersatu dengan dirinya tersebut dan memaafkan dirinya.


ya, rakan2, hanya dengan memaafkan diri kita, kita mampu mengorak langkah dengan lebih jauh, tanpa sekatan, insyaallah, aku pun sedikit demi sedikit, menimbal dan menerima kekuarangan aku sebagai satu kelebihan aku, kerana tanpa kekurangan tersebut, kita samalah seperti insan yang lain, kekurangan diri kita menyebabkan diri kita itu unik dari yang lain, bukan sekadar rupa paras membezakan diri kita dengan rakan2 yang lain, tapi itu tidak bermaksud kita tidak seharusnya memperbaiki diri kita, pembaikan itu perlu, demi menjadi lebih baik, bukan sekadar untuk diri, untuk orang lain juga, bayangkan jika kita menjadi ketua keluarga, atau orang yang penting, bukankah kita perlu berubah demi kebaikan bersama?

namun harus diingatkan, jika kita gagal dalam percubaan kita, maka cuba lah lagi, kita akan jatuh banyak kali dan gagal, namun itu bukan satu sebab untuk kita terus jatuh dan bermuram durja, aku teringat kata2 dr.bubbles....

"dalam dunia clown, kegagalan adalah perkara yang diraikan"




memang takder kaitan, tapi sajer kasi korang gelak jap baca post ni, ho ho ho ho, ni abang ad, technician yang sangat macho masa aku training kat Sony EMCS dulu, kat bandar baru bangi
 
namun aku pasti, mime juga meraikan kegagalan, kerana dari kegagalan itulah timbulnya konflik dan menjadi idea bagi satu mime piece yang cantik :)

ya, benar, maka raikanlah kegagalan anda, dan kekurangan anda, dan adakan perdamaian dengan diri anda sendiri,

kalau dulu, mungkin mood aku begini....

Seether - The Gift
Hold me now I need to feel relief
Like I never wanted anything
I suppose I'll let this go and find a reason I'll hold on to
I'm so ashamed of defeat
And I'm out of reason to believe in me
I'm out of trying to get by

I'm so afraid of the gift you give me
I don't belong here and I'm not well
I'm so ashamed of the lie I'm living
right on the wrong side of it all

I can't face myself when I wake up
And look inside a mirror
I'm so ashamed of that thing
I suppose I'll let it go
till I have something more to say for me
I'm so afraid of defeat
And I'm out of reason to believe in me
I'm out of trying to defy

I'm so afraid of the gift you give me
I don't belong here and I'm not well
I'm so ashamed of the lie I'm living
right on the wrong side of it all

Hold me now I need to feel complete
Like I matter to the one I need

I'm so afraid of the gift you give me
I don't belong here and I'm not well
I'm so ashamed of the lie I'm living

right on the wrong side of it all

Now I'm ashamed of this
I Am So Ashamed Of This
Now I'm so ashamed of me
I Am So Ashamed Of Me

sebab aku malu dengan anugerah yang diberi Allah, sebab aku tak gunerkan dengan betul, kaki, tangan, badan, segalanya lah.....

dan setelah aku berdepan dengan diri, beginilah mood ku....

Seether - fine again

It seems like every day’s the same
and I’m left to discover on my own
It seems like everything is gray
and there’s no color to behold
They say it’s over and I’m fine again, yeah
Try to stay sober feels like I’m dying here

And I am aware now of how
everything’s gonna be fine one day
Too late, I’m in hell I am prepared now,
seems everyone’s gonna be fine
One day too late, just as well

I feel the dream in me expire
and there’s no one left to blame it on
I hear you label me a liar
‘cause I can’t seem to get this through
You say it’s over, I can sigh again, yeah
Why try to stay sober when I’m dying here

And I am aware now of how
everything’s gonna be fine one day
Too late, I’m in hell
I am prepared now,
seems everyone’s gonna be fine
One day too late; just as well

And I’m not scared now.
I must assure you,
you’re never gonna get away
And I’m not scared now.
And I’m not scared now. No…

I am aware now of how
everything’s gonna be fine one day
Too late, I’m in hell
I am prepared now
seems everyone’s gonna be fine
One day too late, just as well
I am prepared now,
seems everything’s gonna be fine for me
For me; for myself.
For me, for me, for myself
For me, for me, for myself
I am prepared now, for myself
I am prepared now
and I am fine again

and alhamdulillah, i'm fine again...... :')


mungkin begini rupa aku tido, tapi aku harap begini jugaklah bila aku dipengakhiran hayat :')


wassalam......

Saturday, December 18, 2010

AyatMU

"memang saya nak sayang awak, tapi saya tak boleh"

petang tu aku rasa badan aku lain macam, ya, bila amira datang jer, badan aku jadi sejuk, walaupun masa tu panas, sebab aku ada isu dengan dia, yang datang sekejap dan hilang, kenapa aku mengharapkan begitu? walhal Amira memang dah takder aper2 dengan aku dah, kenapa aku tak tolong dier sebagai kawan biler dier susah? malah aku maki dier,

beberapa tahun sebelum tu.....

bila aku dengar dier dah ader sum1, aku ungkit pengorbanan aku kat dier, dan dier tetap sayang kat mamat tu, aku jadi marah, aper yang dier dah buat yang aku kurang?

"saya sayang kat dier" kata amira
 
dan aku cakap kat dier.....

"dan awak akan cakap lagi dengan 100 lelaki lain lepas ni"

masa tu aku marah sangat, gila2 punya marah, aku tak leh bayangkan macamana dier yang sayang aku satu hari tetiber mintak putus, dalam hati aku cakap


"Lahanat KeJEDI aper semua ni?"

tapi aku lagi satu bodoh, aku yang paksa dia untuk terima aku, dan last skali dier terima aku, dan dier terpaksa lepaskan aku, sebab hati dia tak ada kat aku, dia memaksa diri dier untuk mencintai aku....

"adakah awak masih menyayangi saya seperti dulu?"

dalam surat dia tulis macam tu, dan diakhiri dengan "Selamat Hari Lahir"

Hati

ya, benda yang susah kau nak rely, itu dari pengalaman aku, sebagai lelaki, aku mungkin boleh mencintai seseorang tanpa perlu peduli dengan soal hati, samada aku betul2 mencintai dia atau tidak, walaupun sebenarnyer aku pun tolak 2 cinta orang lain sebab aku memilih sangat.....

S1 - sebab badan dier berisi dan tak lawa, aku tolak pasal tu, kejam kan aku?
S2 - sebab dier pernah dating pegang2 tangan depan aku, aku tengok dier ni macam tak suci jer, ha ha ha ha ha, habis tu aku ni baik sangat ke?

lalu aku renung tepat2 kenapa aku ditolak cinta aku empat kali sepanjang aku hidup ni, kerana hati juga, ya, kerana hati,

aku tak pasti kenapa aku memilih amira, mungkin sebab dier budak yang aku rasa paling lawa kat skolah masa tu, ha ha ha ha ha, gila memilih aku kan?  dan sebab masa tu dier berkapel dengan budak yang aku rasa memang tak leh blah, budak tu kena buang asrama sebab ader kes keluar tak gitau warden, wah, macam aku ni baik sangat kan? persepsi aku ni yang buat aku jahat sebenaryer

dan aku terus memarahi Amira, aku teringat masa tu nak amek mak ke kakak aku kat stesen komuter tapah...

"i dun give a f*** about ur life, i got enough problem of my own, both of my grandmother is in coma"

macam tu lah bunyi nya sms aku, sebab dier cakap aku terlalu sibuk dengan life dier.

beberapa tahun pastu, dier tegur aku, pasal aku macam ader problem, kat ym, sebab rasanya sebab nampak dier online kat ym masa tu, dan aku terus herdik dier dan maki dier kenapa datang balik, hanya sebab kebodohan aku sendiri yang memang bangang ....

dan Amira aku dengar cerita baru break, aku tak pasti kenapa, mungkin tak ada keserasian, ader sekali, sorang mamat ni, dier cakap, muler2 ok, pastu ader problem, bila dah ader problem tu tetiber cinta pada orang tu pudar, tengok orang tu tak hensem la aper la........

Hati

sekarang ni aku belajar, dari dua pengalaman aku, yang aku tak boleh jatuh cinta kerana hati, betul, hati itu penting untuk mengeratkan hubungan, tapi rakan2, bila kita dilanda ombak yang sama bila dah berkahwin, adakah kita mampu mempertahankan hubungan suami isteri nanti? bila isteri, atau suami ko main skandal, pernah tak kita fikirkan semua itu? jadi atas landasan apa kita mencintai manusia lain?

mungkin ini yang Allah nak tunjukkan kat aku, nak aku belajar hakikat percintaan dua manusia ini bagaimana

kita boleh cakap, kita tak ada hati dengan orang ni, sebab tak ada tarikan pada dia, dan sebagainya, tapi bagaimana jika Allah, pemegang segala HATI didunia ini mengurniakan perasaan pada orang yang kita benci?

kita boleh cakap kita mahu jodoh seperti ini, seperti ini, jadi kalau Allah bagi kita perasaan walaupun orang tu tak memenuhi kriteria kita bagaimana?

Jodoh

ya, itu kemungkinan lain juga, tetapi, kadangkala, Allah bagi kita perasaan pada seseorang, mungkin ada sebab tertentu, mungkin bukan kerana orang itu jodoh kita, namun orang itu penting, untuk kita bertemu dengan jodoh kita, untuk jadikan kita kuat

dan kali ini aku mengharapkan cinta yang kuat, sebab aku yakin, cinta itu ada, hati itu ada, namun, bila Allah menarik kembali semuanya, apa alasan logik lagi yang boleh kau lontarkan? jawab cepat wahai rakan2?

tak, aku bukan nak memarahi, memerli, atau menyalahkan sesiapa yang mencari cinta menggunakan kayu ukur hati, bagi aku, cinta dari hati itu juga perlu ada, namun, apa yang aku nak katakan disini, adalah, jangan terlalu bergantung pada hati, macam yang aku dah buat sebelum2 ni.......

aku tak nak marah kat saper2
aku tak nak benci kat saper2

Alhamdulillah, Amira dah lama maafkan aku, aku dapat tau masa sms semalam, aku lega, yang dia dah takder dendam kat aku, kesalahan aku pada dia, dia dah maafkan, dan aku maafkan juga kesalahan dia, jika ada, dan aku berdoa, Amira dipertemukan insan yang terbaik untuk dirinya, insyaallah, awak jangan risau, teruskan pencarian, insyaallah, jodoh awak akan sampai juga nanti, jangan lupa sandarkan pencarian awak itu padaNYA, kerana dialah yang maha mengetahui....

Ya Allah, betapa aku sangat berdosa kerana tidak meletakkan segalanya padaMU

dalam petang yang sunyi di Taman Seri Setia ini

Allah bukakan hati aku untuk melihat cintaNYA

yang lebih luas dan dalam

Betapa dia mahu aku kuat

dan aku tak pasti untuk siapa, adakah untuk jodohku? anak2ku? wallahualam, aku tak pasti, sebab aku tak nampak lagi adakah aku ada jodoh atau pun tak, aku serahkan padaNYA untuk menentukan,

sekali lagi, pada pembaca semua, jika anda terlalu bergantung pada hati untuk mencintaiNYA, maka bila cinta itu hilang, apakah yang dapat anda lakukan?

jika si isteri tidak lagi mencintai suaminya
atau suami tidak lagi mencintai isterinya
atau bila anak tidak lagi mencintai ibu dan ayahnya

apa yang dapat anda lakukan?
buang mereka?

jika anda serahkan cinta anda pada Allah, dan Allah mengurniakan cinta kepada mereka, maka bila Allah tarik kembali, anda tidak akan mudah melatah, dengan rasionalnya, anda akan bertindak lebih tenang dalam mengawal situasi, menyelamatkan rumahtangga dan keluarga, insyaallah, mungkin sebab tu sapa yang kawen muda, berkemungkinan besar untuk bercerai, mungkin saja, aku tak cakap semua, mungkin mereka terlalu meletakkan harapan pada hati, sebab tu dalam Islam, bagi lelaki, sebab utama untuk berkahwin, adalah kerana agamaNYA, dan maksud tu dalam, maka kaitkanlah dengan entri aku ni ya?

bila aku memilih mencari isteri, aku mengharapkan aku lakukannya hanya keranaNYA, aku mencintai hanya keranaNYA, aku mengasihi hanya keranaNYA, aku bina keluarga dengannya hanya keranaNYA

syukur, syukur, syukur ya Allah, aku semakin pulih, dan aku melihat cintaMU dalam hati ku, di petang ini, aku melihatMU dalam hatiku, kehadiranMU dirasai dalam hatiku, dan linangan air mata ku petang ini, hanyalah kerana terlihatkan keindahan cintaMU, aku sayang padaMU ya Rabb, terima kasih atas ayat - ayatMU

korban cinta aku yang pertama aku genggam semat, begitu juga dengan korban kedua, kerana pengorbanan ini mendekatkan aku dengan DIA, menguatkan aku demi jodohku, anak2ku, insyaallah, kalau diciptakan untukku, kalau tiada, dia lebih mengetahui, apa yang terbaik....

ni adalah memento yang takkan aku buang sampai bila2, bukan kerana aku tak move on, sebab ia mengingatkan aku cinta mereka, yang didatangkan oleh Allah untuk menunjukkan betapa Allah menyayangi aku, cinta mereka, adalah simbol cinta dariNYA

encik globe dari Amira, hadiah 7 tahun lepas, yang aku tak boleh buang, sebab kalau aku buang, maknanya aku buang rasa untuk mengingatiNYA


Encik Pensel dari Hidayah, dapat masa raya tahun ni, akan aku pegang sampai aku dah kawen, dan aku akan turunkan kat anak aku, supaya dia tahu cerita aku, adalah cerita dia juga, kerana dia anakku, darah daging aku, sebahagian diri aku.....


cinta mereka, cinta datang dari Allah, menguji aku, untuk aku lihat cinta disebalik cinta, iaitu cinta DIA, ia sebenarnyer adalah cinta yang terselindung, dan dapat diketahui, bagi mereka yang berfikir

kepada mereka, seperti selalu yang aku ucapkan ketika mengakhirkan sesi SMS......

May Allah bless ur days ahead, may He always be with u.....

petang ini, aku jatuh hati lagi, jatuh hati kepadaNYA......

terima kasih ya Rabb.... :')




nah dengar lagu yang best ni.....


Rossa - Ayat Ayat Cinta

Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

(chorus)
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud... (Last x2)


(back to second line)



rakan2, mari mencintaiNYA, dan mencintai keranaNYA, bukankah kita telah berjanji setiap hari bahawa "solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untukMU ya Allah"

Pantun

Assalamualaikum w.b.t,

teringat aku dengan pantun yang brader ujang tulis dalam majalah 'aku budak minang - ujang'

yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang bodoh itu saya

selepas brader ujang kena tipu banyak kali, hak cipta yang dier kena amek, anak didik dier yang wat bodo dengan dier, brader ujang masih macho berdiri dengan kaki sendiri, tegar sebagai seorang ahli seni, barangkali aku harus mencontohi dia sebagai role model insan seni, yang tak putus2 dengan cabaran dan dugaan, bagaimana dunia mahu memahami kami dan cara kami; INSAN SENI


respek giler kat lu bro!

Rumah Baru!

Assalamualaikum w.b.t,

Bismilllahirrahmanirrahim........

dengan ini aku merasmikan rumah baru aku dengan post pertama aku, ho ho ho ho
insyaallah, akan di update dari masa ke semasa, gua pun terkedek2 nak blaja buat mender alah ni, demmit, ho ho ho

tujuan buat rumah baru ni sajer je, takder plak pasal nak bukak nafas baru ke aper ke, sebab aku rasa blogger ni ader banyak function yang best, jadi barulah ada hubungan dua hala dengan pembaca aku, kalau ader lah diorang tu kan, takder la aku bosan2 melihat sekitar blog aku dan terpaksalah refresh banyak kali sampai bosan

first impression aku untuk blogger?
PENING KEPALA AKU!
ho ho ho ho
tapi takperlah, nak buat menatang super cool ni, kena la celik IT sket kan? kalau semua kat ujung jari jer, payah ler woi, ho ho ho ho
maka selamat datang kat rumah baru aku ni

dan untuk menyambut korang, aku letak gamba aku yang memang ceria ni

:)

p/s : gamba ni masa aku baru nak masuk bilik aku masa pendaftaran kat matrik perak 4 tahun dulu, ironik kan?