Wednesday, February 23, 2011

Salah Siapa?

Assalamualaikum w.b.t,

terpanggil nak buat post ni, sebab ada kawan rasa geram sangat kat akhil hayy dalam kes pergolakan beliau dengan isteri beliau.

siapa bersalah sebenarnyer?

akhil?

atau maizawati?

walaupun kes ni dah basi, tapi aku still nak huraikan sket lah pandangan aku.

even maizawati pun dah mengandung skang pas kawen dengan suami baru dier, so sepatutnyer aku tak perlu panjang2kan, cuma aku mengulas tentang pendapat sesetengah yang menyokong maizawati atau akhil hayy.

aku secara peribadinya tak suker nak sokong mana2 pihak dalam satu permasalahan dan aku bersetuju dengan classmate aku ini. Sebab kiter tak ada hak pun nak cakap saper betul dalam satu permasalahan, yang ada cuma permasalahan, tuding menuding ni cuma perbuatan yang tak bertanggungjawab jer sebab nak lari dari tuduhan atau nak senang cerita, atau nak lari dari permasalahan yang meruncingkan.



senang, bila orang dah tuduh sorang lagi, tak yah lah nak concentrate yang tak bersalah tu kan?

tak perlu lah dipikirkan permasalahan, sebab dah ader yang tertuduh.

bagi aku tak sebegitu, bukan semudah itu kita menuding mana2 pihak, baik yang kita rasa bersalah atau tak bersalah.



situasi :

sorang laki ni main pompuan/pasang skandel kat luar.
sorang pompuan main laki/pasang skandel kat luar.

pandangan pertama : laki/pompuan tu memang lahanatlah kalau pasang skandel kan? dah terang2 salah, kalau nak pasang satu lagi bagi laki, boleh jer kawen satu lagi, kalau pompuan tu tak leh lah

pandangan kedua : pasangan dier mungkin sibuk sampai takder masa melayan diorang kat umah, kalau bini tu wat muker ketat jer biler suami balik, nak melayan dah ler jarang, tak ke laki tu bosan? kalau laki plak, malas melayan bini kat umah, takder penghargaan untuk penat lelah bini, joget2 ker sekali sekala dengan diorang secara romantik kat umah tu, memang takder, so leh ke blame diorang 100 % sebab diorang cari skandel?

pandangan ketiga : memang betul2 diorang sajer gatal setelah kiter korbankan semuanya untuk diorang, betulke semua? tak bertanya langsung perasaan diorang? aper yang kurang? aper yang korang leh buat untuk baiki perhubungan.

kesimpulan : masing2 ada cacat cela masing2, maka tengok sendiri dan cek diri masing2, ader tak salah silap kita? sebab tu kita ada perunding keluarga kat jabatan agama tu, supaya masing2 leh tengok mana salah silap, tapi kalau nak bercerai berai jugak, nak buat macamner, dah bukan jodoh kiter, mungkin itu yang terbaiknyer.


aku takleh nak komen sangat, sebab aku pun tak der bini, dan seorang yang gagal dalam relationship, tapi aku tengok sebagai peluang untuk aku tengok kembali, apa masalah2 aku, dan masalah2 dier, supaya taklah kita rasa nak marah kat satu2 pihak jer, sebab kita pun manusia gak, ada wat salah. tapi tak bermakna aku takleh bagi point of view langsung bukan?

cuma jangan terlalu menghukum segala2nya

manusia, diciptakan oleh Allah sangat unik, mereka tak bagi pandangan macam tu jer, sebabkan oleh isu yang mereka bawak, persekitaran yang membentuk mereka, maka kalau anda menghukum manusia sebegitu, adakah adil tanpa anda selidiki latar belakang mereka? kita marah, tapi marahlah pada perbuatan mereka, tapi JANGAN SALAHKAN MEREKA!


aku cukup tak setuju kalau ada alim ulama yang main cakap lepas dan menuduh orang yang sesat tu macam takleh nak bentuk, macam takder harapan, konpem masuk neraka, weh, kalau Rasulullah dulu macam kau, dah lamer Umar Al - Khattab tak masuk Islam tahu? kesabaran dan beriring doa diperlukan dalam situasi yang sebegitu, jangan biar emosi mengaburi judgement kiter sampai tak nampak kebenaran dalam permasalahan, BUKAN SAPA BENAR DAN SIAPA SALAH! siapa kita untuk menuduh sesat dan takder harapan nak bertobat sedangkan kita tak diuji sebegitu, layakke? kau tuhan ke nak hukum saper masuk neraka atau syurga? yang boleh kita buat adalah berdoa, kalau tegur pun dah takleh makan saman, macam yang dah disarankan oleh Rasulullah, kalau kita nampak ada kemungkaran depan mata, kan ada peringkat2nya? takder plak aku nampak dalam list tu SUMPAH SERANAH DAN CACI MAKI.

dan kalau kita masih marah kat orang tu, masih mengatakan yang dia tu tak betul, keji, dan rasa nak bunuh jer, AWAS! maknanya anda lah yang ada isu.

teringat plak ketika saidina Ali berperang, aku dengar dari ceramah ustaz Ismail Kamus, seorang musyrikin ni ludah kat muka Saidina Ali karamallahuwajhah, maka pedang yang dipegang saidina Ali disarungkan kembali atas sebab DIA TAK NAK MEMBUNUH MUSUHNYA DALAM KEADAAN MARAH.


maka kan Islam tu cantik molek?



kita berperang, sebab mempertahankan akidah, mempertahankan negara, bukannyer sebab marah kat orang tu, marah kat orang ni, macam AMERIKA YANG BOM HIROSHIMA NAGASAKI TU nampak sangat bacul, sebab dah langgar etika perang, kerana bom orang awam, masa 9/11 tu tahu pulak nak marah, masa dier bom kat hiroshima nagasaki tu tak rasa apa2 pulak?

maka secara kesimpulannya disini, bila kita berhadapan atau terlihat sesuatu konflik dan permasalahan yang dihadapi diri sendiri atau rakan taulan, maka tengoklah semua pandangan, dan cuba selesaikan masalah tu, kalau boleh, kalau kawan tu tak nak, maka tolonglah set dalam paler otak bahawa takder pihak yang salah, masing2 ada kesilapan sendiri yang perlu diperbaiki, sebagai manusia, kita tak sempurna, begitu juga dengan orang lain, jangan terlalu cepat menghukum sesiapa pun. Yang benar itu cuma hukum Allah, Al - Quran dan As - Sunnah yang tak boleh nak disangkal lagi kebenarannya. Dengarlah keluh kesah rakan kita dan bersamalah dengannya sampai dier sembuh dan sihat walafiat kembali, jangan ler plak pi mengapi dier cakap orang ni macam haram, orang ni tak betul, kang buat lagi tambah konflik, dosa pun dapat sebab mengumpat orang, menuduh, mencaci orang, maka baik diam2 saja, dan dengar jer masalah diorang, bantu mana patut.

maka siapa salah?

"DUA - DUA SKALI "


(aku pakai ayat dan pandangan cikgu cekgi kat sekolah rendah sultan abdul aziz dulu kalau ader budak2 yang berkelahi, dan juga pandangan bapak aku kalau aku gadoh dengan adik aku,  ho ho ho ho ho)




wassalam, moga kita dapat manfaat bersama, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk tu kelemahan diri aku sendiri ;)

Tuesday, February 22, 2011

Hari Hitam

Assalamualaikum w.b.t,


hari ni hari hitam buat aku, terbaca link yang dishare oleh kawan fb aku, bahawa hari ni ulang tahun yang ke berapa ntah, tentang pertempuran pihak polis dengan pengganas komunis.

lahir dan membesar di teluk intan, yang dulunya memang terkenal dan masuk dalam buku sejarah, antara kawasan yang kuat dan bermasalah sebab terjadinyer tragedi 13 may yang agak teruk disini, aku membesar dengan pegangan bahawa komunis ni memang jahat nak mampus, dan jangan percaya sangat kat cina, sebab ketegangan kaum kat sini agak kuat sampai la skang, tapi masalahnyer, cikgu2 tuisyen aku kebanyakannyer dari aku kecik sampai la sekolah menengah, banyak yang cina, so macamner tu?

"ada cina yang baik...."


kata ayah aku,

jadi memang tak salah gak la aku cakap, dalam melayu pun, ader yang baik dan jahat bukan? contohnya macam kes yang terjadi kat UM masa pilihanraya kampus diorang, gilo kau sampai main culik2, kalau loser sekali pun, toksah ler jadik macam tu, kalau desperate sekali pun jangan ler sampai macam tu, aku tak pasti sejauh mana konspirasi ni, dier sajer2 nak blackmail dengan sajer2 ilang ke, atau memang betul2 kena culik ke, wallahualam, korang sendiri lah nilaikan.

aku sedih bila ada saudara aku, bergaduh dengan saudara sendiri, beginilah lebih kurang aku bentangkan situasinya.

A : anda tak layak memimpin, kami lebih layak!
B : demi Allah, pemimpin korup seperti anda tak layak duduk disitu, demi Allah, kau akan aku  
      cantas dan keadilan akan ditegakkan!
A : apakah kau yakin dapat memimpin tanpa ada pengalaman?
B : Allah bersama kami, Rasulullah idola kami, Allahuakbar!


kadang2 aku rasa akan sampai satu masa, kita terpaksa sembelih saudara sendiri sebab kebenaran yang kita bawa, aku harap hari tu takkan berlaku,

wahai A, bukalah mata dan pandanglah kebenaran, semoga kalian melihat kesalahan kalian dan segera bertaubat.


wahai B, jangan menganggap dirimu suci, bukankah Allah menyatakan bahawa "adakah seseorang itu boleh mengaku beriman sedang dia tidak diuji" dan adakah anda pernah diuji imannya seperti A? layakkah anda berfikiran bahawa anda lebih suci murni dari A?


aku sangat sedih bila yang sorang tak reti2 nak tengok kecacatan diri dier, yang sorang lagi duk mengutuk yang sorang tu sesat, Ya Allah.

aku secara tak langsung berjuang atas namaNYA, dalam cara aku sendiri, mungkin perjuangan ini bukanlah direct macam yang diorang buat kat arena politik atau kat medan perang, tapi aku dengan cara aku, dan inilah yang termampu, pernah juga nak bergiat dalam jemaah dalam 3 tahun sudah, tapi aku tak mampu cara macam tu, Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan yang sesuai untuk aku berjuang.

dan hari ni bagaimana aku nak menggigit lidah aku?

walau sampai putus sekali pun, takkan berubah hakikat ini, bahawa Jebat dan Tuah punya pandangan sendiri dan masing2 ada kebenaran yang terselindung disebaliknya.

masa zaman komunis dulu, kalau anda jadi shamsiah fakeh dan Abdullah CD bagaimana?

rakan anda bertugas sebagai pegawai bawah pemerintahan british, yang menjajah anda. Anda pula cuba untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah secara radikal. Rakan anda yang satu lagi cuba membebaskan tanah air secara aman.

sukar, sukar, sukar

tak boleh aku bayangkan betapa sukarnya keadaan masa tu,bila kita kena bertarung dengan rakan sendiri demi ideologi.

YANG DIBANGKITKAN OLEH SIAPA?


pemikir2 yang sepenuh masanya berehat dibawah bambu dan memikirkan teori2 kemanusiaan yang baru? cara2 untuk meningkatkan taraf hidup manusia, yang kemudiannya diambil oleh seorang rakan baiknya, yang ada kuasa, dan kemudian ia diaplikasikan menggunakan kuasa tentera,

maka yang berada dibawah rantai makanan itu siapa???????



mereka yang bernama TENTERA!


SYSTEM OF A DOWN - SOLDIER SIDE


Dead man lying on the bottom of the grave
Wondering when Savior comes
Is he gonna be saved

Maybe you're a sinner into your alternate life
Maybe you're a joker maybe you deserve to die

They were crying when their sons left
God is wearing black
He's gone so far to find no hope
He's never coming back
They were crying when their sons left
All young men must go
He's come so far to find the truth
He's never going home

Young men standing on the top of their own graves
Wondering when Jesus comes
Are they gonna be saved

Cruelty to the winner, Bishop tells the King his lies
Maybe you're a mourner, maybe you deserve to die
They were crying when their sons left
God is wearing black
He's gone so far to find no hope
He's never coming back
They were crying when their sons left
All young men must go
He's come so far to find no truth
He's never going home

Welcome to the Soldier Side
Where there's no one here but me
People all grow up to die
There is no one here but me

Welcome to the Soldier Side
There is no one here but me
People on the soldier's side
There is no one here but me



(SERIUS LAGU NI PERLU ANDA DENGAR KERANA SANGAT PUITIS)


anak2 yang kehilangan ayah, isteri yang kehilangan suaminya, di dalam perang, akibat mempertahankan slogan2 anda yang hilang maknanya 2 atau 3 dekad kemudian. HASILNYA?

kerajaan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah, pelabur2 datang melabur dengan banyaknya, ekonomi semakin kukuh, dan mula lah ahli2 politik yang perjuangannya suci itu tadi tenggelam dan tersenyum melihat tangga gaji yang makin naik kian tahun, pembangunan yang dirancang tak dihirau keberkesanannya saban tahun.

DAN AKHIRNYA???


generasi2 yang makan tidur mengambil alih ayah ibu mereka dalam kerusi kerajaan, dan mereka pula yang tak pernah berjuang dan hanya melihat ayah ibu mereka berjuang di atas kerusi empuk hanya berkata

"hari ini kita memperingati mereka yang sudah tiada, mereka yang telah berjuang demi keamanan negara kita, yang telah bertungkus lumus memperjuangkan panji - panji kebenaran, supaya kita dapat hidup aman"


dan demi keamanan dan peringatan pada hari itu, ayam golek sebesar bakul sampah dihidangkan di atas meja, air2 tuak dan haram dinikmati bersama, dan bergembira, dan membazir

keluarga yang kematian ketua keluarga (Suami/ayah) akibat perang itu?

TERUS MENDERITA, TERUS TERTEKAN, TERUS DITINDAS NASIB DAN MASA DEPANNYA




hanya sebab kami memperjuangkan ideologi anda.

para politikus




adakah anda gembira hari ini?
bila sang pejuang terkandas di sebuah bangunan usang
berbekalkan peluru yang tinggal beberapa butir
beberapa batallion askar yang menuju kearahnya
yang kamu anggap sebagai pengganas melebihi label saudara yang tuhan berikan
dan dia memikirkan adakah syurga atau neraka bakal dihidangkan padanya
atau kau yang sekarang bermandikan syurga dunia ini
dan dia memikirkan adakah pada akhir nanti, semuanya akan selesai
dan  anda akan puas hati
bila pelabur2 melabur telaga emas hitam yang tempatnya anda tawan
bila duit2 yang kabur memenuhi ruang poket anda
bila anak2 anda bermandi darah pejuang dalam sauna yang serba cantik bertaraf dunia



aku tak suka memikirkannya
bila mereka mahukan kita berID untuk berjumpa
bila terlalu banyak birokrasi untuk berjumpa dengan saudara yang dahulunya disokong dan dilambung tinggi ke udara
kadang2 disuruh merasmikan hari kemecerlangan sekolah pun dia tak mahu
hanya atas alasan sibuk
sibuk pergi ke oversea bermandi judi dan haram
yang peliknya dahulu dia memperjuangkan islam
dia memperjuangkan kebenaran
dia buang kebatilan didalam sistem
dia membenci sang politikus korup
dahulunya dia berkopiah dan mengembangkan sayap kebenaran
itu dululah
katanyalah
alasannya lah
sekarang perlu professional
sekarang perlu berblazer kesana sini
perlu nampak segak bergaya dan ada pangkat
kain pelikat diletak ketepi
itu hanya untuk mandi sahaja
itupun berdekad sekali diguna
apa dia lupa Saidin Umar yang sangat merendah diri?
oh tak apa, itu kempen dahulu
sekarang kita sudah berjaya buat kerajaan
maka perlulah nampak superior
katanyalah
alasannyalah



dan hari hitam ini terus berlalu
bermandikan darah sang pejuang yang kau heretkan menggunakan slogan revolusi kau
hari ini kami mengingati mereka
dan hari ini kami ketuk pintu anda dan beritahu

JANGAN SESEKALI TERSENYUM BILA ANDA BERADA DI ATAS SANA MEMIJAK MAYAT2 KAMI YANG PERJUANGKAN PEMIKIRAN ANDA, ANDA SEPERTI KAMI JUGA, DAN PERLU DIINGAT SENTIASA, JIKA TIDAK, KAMI LEMPARKAN BATU, KAYU DAN SEGALANYA DI ISTANA MEWAH ANDA UNTUK MENGINGATI ANDA TENTANG HAKIKAT INI!


P/S : sayang, kalau abang tak ada, berbanggalah kerana abang berjuang untukNYA, dan Insyaallah, doakan kita ditempatkan disana bersama ya? jangan lupa bawa sekali aiman dan aliff serta sarah yang baru lahir itu sekali ya? :') (kata sang pejuang meninggalkan rumahnya, syurga dunianya yang tercinta)


P/P/S : aku bukan menngapikan ketidaktenteraman,sekadar mengingatkan para pendita, politikus, supaya meningati mereka yang berada dibawah ini, yang hilang ditelan ombak zaman. dan menjadi ombak peringatan.

why so serious?

"kenapa muka garang sangat?"


"SEFA macam garang jer"

aku tak ada respon atau komen tentang itu kalau semua orang tanya macam tu, sebab dah muka aku macam tu, nak buat macamana, aku cuba nak senyum dulu ada satu hari kat matrik, sebab hari tu betul2 aku happy, rasa tenang ya amat, dah kata aku macam orang gila plak senyum2, aku tak reti buat muka biasa, sebab muka biasa aku muka garang, dan aku tak reti nak ikut muka macam orang lain yang dikatakan tak garang tu, mungkin sebab aku dilahirkan sebagai mat thrasher kot, ntah ler.

dari segi karya dan penulisan, dan kadang2 nyanyian sekali pun, kawan aku leh nampak kemarahan aku, ya, aku dilahirkan sebagai seorang yang short temper, tapi tu dulu, sekarang aku tak mengamuk tak tentu pasal, unless kalau betul2 ganggu privasi aku, maka awas, selebih tu, kau nak buat apa, kau buatlah, aku tak dapek nak larang pun.

aku tak reti nak tulis yang hepi2, yang lawak2, kalau dalam skrip aku selalunya yang nak jadi hepi atau lawak tu, akan jadi tragedi yang maha dahsyat endingnya, sebab tu aku tak boleh nak perform mime, dan biler aku keluar pun, orang dah nampak keseriusan muka aku, susah aku nak establish antara aku dengan penonton dengan baik,  dan aku sangat bangga dan tabik sampai terbalik pada member2 mimers yang lain, ash, haf, acap, sebab diorang memang pandai establishkan diri diorang dengan baik dengan penonton. mungkin ke pasal makeup aku? tak juga, sebab marcel marceau pun make  up hitam dan putih, so mime yang hitam putih make upnya, bukan alasan untuk tak dapat establishkan diri diorang dengan penonton.

maka bila ditanyakan,

"apasal orang suka watak gagak yang aku lakonkan?"



tu sebab penulis skrip, dr.shark, terima kasih pada dia, watak gagak tu ramai orang suka, aku hanya lakonkan saja, kalau aku berdiri di atas pentas sebagai aku, dah tentu rasanya tak sama, kau tengok sajalah gamba kat kad matrik aku yang diambil 4 tahun lepas ni.


yer, memang macam ni lah muka aku kalau gi kelas, memang mamat macam ni kalau muncul depan kau, kalau kau pelajar engineering, memang kau larilah kan, sebab nampak pelik, dan aku pun tak kisah pun, sebab dah tahu risikonya kalau aku buat macam tu, baju tuck in, seluar slack, pakai boot, memang ini imej clark kent aku lah kiranya. tapi aku still pakai sampai 4 tahun kat UTP ni, pakai songkok, sebab aku nak tunjukkan bahawa tak salah pun kalau pakai songkok, sebab aku melayu, sebab tu aku pakai songkok, kalau boleh, tiap2 hari aku nak pakai baju melayu dan kain pelikat pergi kelas, tapi tu dah melampau sangat lah kan.

dan ini pula gamba selepas aku transform jadi gagak itu hari.


sesetengah orang mungkin rasa aku nampak lain sket, terutama bila kat pentas


sebelah aku tu kucing kurap, yang sangat comel, ho ho ho, aka ayie lah tu,



ho ho ho, sajer nak masukkan gamba ayie yang ni, sangat kelaka, comel giler, aku suker sangat kot, ho ho ho ho...

comel?

aku susah nak terima hakikat yang aku boleh dikaitkan dengan perkataan tu, jadi kalau sapa2 puji aku macam tu, memang aku rasa nak terbalik buat terjun tiruk, sebab aku tak leh nak percaya mender macam tu, sebab aku tak percaya langsung kat kecomelan itu, sebab tu aku takleh buat mime, sebab aku tak percaya sistem berjenaka di atas pentas dan buat orang ketawa, dan itu barrier aku, mungkin sama macam usop, sebab tu dier memang takkan naik pentas buat mime, sebab dia rasa loser, dan aku juga mungkin ada isu yang sama macam dier.

dan sebab tu aku takleh nak buat karya2 yang maha lawak, macam yang doc buat, kalau doc dah takder, mungkin tronoh theater shop akan berkubur, kalau tak ada sesiapa yang leh buat karya yang lawak macam dier, kalau hidup, mungkin hidup segan mati tak mahu jer nanti, movement TTS bakal jadi movement grup2 teater yang lain, dull, bosan, abstrak, kan semua mender2 tu orang tak suker?

ayie mengada dan bergurau dengan aku pasal skrip "kau bawaklah" yang dipakai masa mahkamah lorong dulu....

"SEFA aku tak paham doh skrip kau ni...."


doc plak cakap

"untuk skrip, er.....no komen..."


dan aku takleh wat aper pun, sebab aku memang macam tu, takkan satu hari tetiber aku nak berubah dan mampu buat skrip2 yang sangat kelakar dan mencuit hati, aku ada dua mode sajer.

1.membosankan
2.hyper/poyo/ss


pilih salah satu, dan kau akan tetap lari dari aku, sebab tu aku dah biasa dah dengan perkataan2 macam...

"dia tu bosan lah....


"SEFA, tukar topiklah, tajuk kau ni bosanlah nak sembang"


kalau nak cari orang yang fun going, seronok2, aku bukanlah orang itu, sebab aku tak reti nak berlakon jadi crowd pleaser depan orang, unless kalau watak yang aku lakonkan macam tu, tu pun tengok juger, selalunyer tak menjadi.




ni gamba masa rantai-art itu hari, party crasher lah aku masa tu, sebab kasi tukar mood penonton tengah happy kepada sedih dengan piece 'teardrop' ni, aku tak ada kostum rasmi mime, ada lah, satu jer kot, dan aku tak suker nak tetapkan kostum aku, bagi aku, tu semua tak penting, yang penting, persembahan kau, kalau bagus, orang akan suka, kalau tak, sebaliknya lah, dan masa ni mesti ada yang mengantuk ya amat sampai tertido, sebab tak paham......

"aku tak faham karya SEFA"


"bosan"


terngiang2 perkataan2 tu dalam paler otak aku, jawapan aku cuma satu...

"OREWA OREDATTE" (aku, akulah jua)




kadang2 sampai tak reti nak balas aper2 dah, aku cuma tersenyum dan terdiam sekejap masa tu, sebab kalau aku bagi respon, konpem2 jadi pelik, kang orang makin tak suka.


anda leh tahan dengan kebosanan diri aku?
leh terima aku yang kadang2 poyo ni?


tahniah! anda memang hebat, sebab tak ramai yang begitu, percayalah, aku jarang jumper orang yang leh tahan dengan kebosanan diri aku nih, kalau leh tahan pun sekejap jer, mungkin aura aku sangat repulsive sampai orang pun larikan diri dari aku selalu, kah kah kah.


LAGI SEKALI NAK CAKAP SAYANG KAT UITM MERBOK SANGAT2 SEBAB ANDA TERHIBUR DENGAN LAKONAN SAYA TEMPOH HARI, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP TTS! ;) SAYANG ANDA SANGAT2!


p/s : mak dan abah, serta seluruh family serta rakan taulan, terima kasih sebab masih terima diri aku yang membosankan ini..... 

Sunday, February 20, 2011

Saya (HATI) UiTM Merbok lah Part 2

bersambung..........


pas show malam tu, kitorang wat kojo giler, menapak sat gi kedai burger depan umah homestay, acap dengan berkain pelikat nyer menapak bersama kitorang, ho ho ho ho, giler kelaka, aku dengan ayie order burger oblong double special, tapi burger oblong dah habis la plak dagingnya, maka.....

"takperlah, SEFA, ko amek la burger oblong double tu, aku tak makan banyak sangat..."


ho ho ho, tu pun selepas dah blur banyak kali tak tawu saper nak amek yang double special tu, last skali ayie kasi aku, ho ho ho, aku semenjak dua menjak ni suker melantak bebanyak, tapi pastu aku makan sket la, biasalah diet harimau aku memang macam tu dari dulu lagi, cumer masa nak show dan trening2 ni, supper aku dengan makanan yang membumbung memang banyak la ya amat.

pas tunggu burger yang dipesan, dengan buza nyer, dengan bunkface nyer, dengan najmi, hissam, ramai2 jalan2 cari air, sebab ada yang ngadu tak sedap plak melantak burger yang sedap begitu takder air, pastu dengan comelnyer masing2 bergerak sekali cari restoran yang berhampiran, acap yang berkain pelikat serius nampak comel berjalan bersama, pastu dah sampai, melantaklah kami dengan burger2 yang ada, giler serius, aku sorang jer yang struggle nak makan, sebab memang heaven burger oblong dier, jadi terpaksa la makan satu2, roti dulu, daging dulu, pastu roti bawah plak, adoi adoi adoi,  ho ho ho ho, dah habis kami pun baliklah ke homestay, gilos, kul tiga dah pastu, maka kami pun tido lah, aiyak! tempat dah macam takder dah untuk tido, last2 diadakan gak tempat tersebut, dalam keadaan separuh tersepit, aku pun tidolah skali dengan acap dengan ayie, dan juger hisham budak baru tu, gilo budak nih, leh rela plak tido atas meja depan laptop dari tido kat bawah, tu pun dah suh dier tido kat bawah dah, pagi tu dier tido balik kat atas, ish2.......

"ayie, bangun ayie........" (wat sore pompuan)




doc dengan sangat intimatenyer menggerakkan ayie yang sedang tido, masa tu aku dah sembahyang subuh dah awal2, magik plak aku leh bangun dalam keadaan yang sangat memenatkan malam sebelum tu, tup tap, tup tap....


"uih, dah ader komen dah kat dalam FB...."


takder saper yang cakap tapi sajer je nak menunjukkan situasi masa tu, berbekalkan broadband hisham budak baru, maka FB TTS diterjah, wow, dah ader 2 komen masa tu.....




ho ho ho, ni beberapa hari yang sudah aku amek, bukan ler masa terjumper 2 komen tu, tapi memang ni first time TTS nyer show, komen lepas tu penuh satu page, memang support yang sangat2 best dari UiTM merbok...


"jatuh cinta sama kurap dengan gagak...."


aiyak, first time dapat komen sebegitu dari penonton, aku pun tersipu2 malu keseorangan, ayie macam bese jer, dier pun segan gak tu, cumer aku lah yang terlebih sket, sebab jarang dapat perhatian yang sebegitu rupa dari penonton,  ho ho ho ho, alhamdulillah, aku seronok sangat2 biler penonton2 seronok dengan watak aku yang aku mainkan, dengan teater yang dipentaskan, mana tak seronok bila penonton berpuas hati kan?

pagi tu macam bese lah, dah tido kul 3 pagi pas show, konpem2 pas subuh tido balik kan? nak amek tenaga katanya, padahal bukan aku yang drive balik ke perak, ho ho ho ho, dalam kul 11 macam tu, kitorang keluar, tapi bukanlah semua, mana yang ader jer, ader yang dah makan dah pagi tu, melahap roti canai, ader yang dah makan, pastu tido balik, kui3......

so yang keluar masa tu hanyalah aku, acap, buza, ammar, pompuan plak diikuti dengan hasomy, atul dan nuzul, biler dah sampai kedai, roti canai dah habis, so aku tak ingat saper, tapi mostly pompuan2 amek nasik, alang2 dah lapau ya amat kan.

pasangan romantis (baju kaler samer) on the way nak balik masa kitorang baru nak bertolak gi makan, dari kiri timmy dan najmi

Joe Jambul Buza dengan 2 orang bini dier, nuzul (kiri) dan hasomy (kanan) 


macam ni la gayer mat thrasher gi breakfast, kui3......perhatikan baju slayer yang gua baru beli nih


tup tup tup dah pun nak dekat pukul 12, setelah diperambat semua jantan2 bujang nih untuk ke bilik air oleh doc, makanya kami pun dengan segera mandi, oh ya,aku dah mandi awal dah masa nih, yang selebihnya la tu yang tak mandi, mungkin geng2 yang tak gi breakfast tadi, kui3....

masa ni semua dah tertanya2, 

"nak gi mana pasni?"
"air terjun"
"lubuk tupah"
"oi, situ tempat tak elok tu.."
"weh, kiter bukan nak rakam 3gp"
"aha, lagi bagus rakam 3gp, asek wat filem pendek tak jadi2 jer"
"bukan lah, tak elok sebab situ ada kes virus kencing tikus"
"mak aih, hutan2 macam tu pun ader kencing tikus ke?"
"bala tuhan nak bagi ler tu, banyak sangat buat maksiat"
"alahai skang ni nak gi mana nih?"


"AHA! APA KATA KITA GI MAKAN IKAN BAWAL KAT JURU? SEDAP BAWAL KAT SANA!"
che mad bagi cadangan, doc mula buat muker pelik dah. maka perjalanan yang beberapa jam tu, maka sampailah kami ke juru, ops, sebelum tu, aku hampir2 terlupa nak bawak balik henpon aku, tertinggal kat umah sana, naseb baik teringat, masuk balik homestay dan amek, biler dah masuk ayie plak cakap....

"alamak, bantal angin aku tertinggal lah, ah takperlah, murah jer tu...."
"bantal kelab kembara ke?" tanya aku
"ha ah..."

teringat plak aku si ayie gi tiup bantal2 tu sebelum tido semalam, nampak sangat comel, ho ho ho ho.....

"konpem ke sini best?" tanya doc
"sini kira nombor dua lah, nombor satu tempat lain...." jawab che mad
"......." tensi doc


lepastu apa lagi, mula lah aksi2 yang menggiurkan, melapah, mengorek, memotong, menghirup, makanan2 yang ada masa tu, aku pun tak paham gak aper yang bestnyer ikan bawal tu, sebab ikan bawal tu ikan bawal goreng jer pun, bukan masak aper2, tapi timmy leh cakap ikan bawal tu ader pedas2 sket, eh,biar betul mungkin pasal sambal kot, eh tak, dier cakap memang bawal tu pedas, mak aih, terkejut gak aku.


"ye cik puan, sayer tolong tuangkan ye" ujar doc
"cepat la sket, tuang air pun lambat sangat ke?" balas atul
"hamba bangang puan" balas doc lagi


mira tengah nak memikir aper la yang dier nak sembangkan lagi pasni, anis dengan hasomy tak tau tengok aper 


memang tak sabau dah budak dua ekoq ni




Ayie dengan comelnyer tengah ketensenan "apahai? apa yang bestnya ikan bawal ni? aper yang bestnyaaaaaa????" 


GG dengan Farah yang post dengan seksi, aouuuuuuuuiiii "uols merempan la puas2, yang penting pose mesti stail maut ala2 tyra banks ye?" 



selepas masing2 kenyang dan ketensionan dengan ikan bawal terbaik nombor dua oleh che mad ni, masing2 pun pulang lah, tetapi, jika che mad berada dalam rombongan, sudah pastilah perjalanan takkan terhenti begitu sahaja, mampuih, kalau tour sem depan dari penang - KL - Johor, memang beribu2 kali berhenti lah nanti dibuatnyer. Tapi keter doc dengan hasomy semua balik awal, sebab masing2 ada hal.

muka kanak2 riang sebelum ditahan dek abang polis macho, ho ho ho, sapa suruh bawak keter pink yang hot sangat kan? :P



dimana budak2 yang lain singgah? tentulah ke taiping! bantai plak rojak dengan cendol, pergh, gilos diorang nih, perut gajah tui, ho ho ho ho.....



entah hutan banat mana lah diorang redah 


 bila kau sorang jer manusia dengan melelahkan badan dalam keter, dikelilingi manusia abnormal, macam ni lah jadinya, ho ho ho ho, dari kiri ammar, acap dan bunkface



takpa2, kali ni hari sabtu, tak kena tangkap dengan mak gad sebab tak semayang jumaat, ho ho ho ho




oleh kerana hari masih muda, dan esoknya pulak ahad, malam tu ader plak wat idea giler, GI KAROK!!!!!!!! pergh, dah la melalut kat lumut plak tu, giler jauh, sedikit hampa, sebab takleh nak mengarut sampai 3 jam, dapat dalam sejam setengah jer macam tu, adeh, padahal ingatkan malam tu nak kasi penat ya amat sampai pitam ho ho ho ho, macam2 lagu lah keluar masa tu, naseb tak keluar lagu negaraku jer macam karok dengan budak2 ni dulu, ho ho ho ho, since ni kali kedua aku gi karok dengan budak2 TTS, terasa sweet sket la kan, disamping menghilangkan stress dalam badan, terharu plak biler si najmi cakap...

"suara SEFA sedap......"

dan satu lagi

"kalau SEFA pun ikut, aku pun ikut la...."

mekasih, terasa diri dihargai sesangat, ho ho ho ho....

walaupun sedikit hampa, sebab tak banyak lagu, tapi oklah, kitorang masih lagi puas, pas habis karok, melalut gi McD lak, aiyo, aku nih pantang sket jumper McD, jarang sesangat aku makan sana, tapi nak respek member2, aku makan gak la saner, walhal aku tak braper suker sangat ejen2 yahud nih, leh plak sebelum nak bertolak tu, ader segerombolan muda mudi maner ntah, yang bercampur laki pompuan, skali aku plak kena ngorat masa nak stat enjen kereta, ader awek lambai kat aku, pergh, pantang aku siot kena ngorat, tambah plak tengah pakai baju slayer lagi masa tu, giler ah, bertambah2 la aku hangin, tak ganas siot, sier2 jer aku pakai baju ni, gua mat thrash ok, jangan ngorat gua tau! kalau tak, gua thrash paler hotak lu, kui3......


aku dengan mengantuknyer, pas balik McD, drive bebudak ni balik, dengan harapan, takder la jumper mender2 yang menakutkan kat tengah jalan tu, ammar, buza dengan najmi sumer dah terlentang kat belakang keter, ammar plak pas nih, dier kena decide, nak gi teluk batik ke nak gi selangor, gilos, tak penat ke si ammar ni? patut la lapa jer kejernyer, ho ho ho ho, pas balik aku pun tup tap tup tap, sambung berkomunikasi dengan DIA dan main tenet jap, pas subuh aku tidoq, dan hari2 selepas itu adalah hari yang menggembirakan buat aku, kerana?


BUDAK2! UITM MERBOK MEMANG SANGAT2! AWESOME! SEBAB TAK PERNAH DALAM SEJARAH HIDUP AKU YANG PENONTON SANGAT MENGGILAKAN PERSEMBAHAN DARI KAMI! TAK TERUCAP DAN TAKLEH NAK DESCRIBE MACAMNER PERASAAN AKU NIH, YANG PENTING AKU NAK CAKAP, SANGAT2 SAYANG KAT KORANG, DAN KALAU BOLEH NAK PERFORM DEPAN KORANG LAGI LAH PASNI! MOGA BERJUMPER LAGI PENONTON2! YANG AWESOME DARI UITM MERBOK!




TEKNIKAL KREW YANG AWESOME! DARI KIRI FIRST ROW ATAS : PETO, GG DAN HAIKAL, SECOND ROW BAWAH, DARI KIRI : HISHAM, ACAP, TIRAH, DAN MEKOT (PENGADIL BIDAN TERJUN DAN JURU GAMBAR MALAM TU)




TIRAH DENGAN GAYA RIMAUNYA (JANGAN MARAH AKU PETO LETAK GAMBA DIER, HOHO HOHOHO)


dua orang budak nakal amek gamba dengan peminat, si kurap dengan si gagak 


BERSAMA KREW2 LAW FIESTA 2011 YANG SANGAT2 AWESOME LAH! :P




TIMER KASIH PADA SEMUA KREW2 MAHKAMAH LORONG, YE, SAYA JUGA SANGAT SAYANGKAN KAMU SEMUA SANGAT2! WALAUPUN SEMUA KEPALA SENGET2 BELAKA MACAM AKU GAK,  :P WE DID IT AWESOMELY ALHAMDULILLAH........



Sunday, February 13, 2011

Saya (HATI) UiTM Merbok lah!

Assalamualaikum w.b.t,



alhamdulillah.....

YEAY!!!!!!

barangkali itu yang aku mampu katakan masa ni, tak terkata, segala penat dan lelah trening untuk mahkamah lorong ni memang betul2 berbaloi sebab dapat penonton yang sempoi2 belaka kat UiTM merbok, mula2 kami memang cuak habis dalam seminggu sebelum pementasan, sebab banyak yang nak kena cover, banyak yang tak braper ok, dan kena polish tahap cipan, dan memang sampai sekarang masih lagi banyak kurang, tak mencapai tahap yang di ingini, tapi buat masa sekarang ni, biarlah aku katakan yang aku sangat2 bersyukur dengan adanya audience macam kat UiTM merbok, sempoi ya amat wa cakap lu, aaakkkk!!! aaaakkk!!!!
L bermaksud Love ye, bukan Loser :P


dah 4 tahun aku duk dalam TTS, ni pertama kali aku jumper crowd yang memang happening ya amat, memang sangat2 best lah aku cakap, tak terucap, aih, tak tau nak citer aper dah, memang tak expect macam ni punyer reaction, meh aku citerkan kisah2 kami behind the scene ya?


 Ada Ayie, ada Atul, tambah perasa Acap dan XiXi, maka sesi trening akan jadi seperti pembelajaran di tadika ye? dengan lompat2 bintang tahap gaban :P


untuk minggu pertama, memang cuak wa cakap lu, sebab skrip baru, dan tambah plak watak2 binatang, secara jujurnya, memang watak binatang ni susah, sebab nak kena wat gaya binatang kena betul2 jadi hyper, ramai yang cakap aku nih jenis hyper, so buleh lah, tapi aku rasa kalau hyper tanpa ada gaya yang betul2, pun tak kena gak, the timing, the movement, the lines, it must all conjived with each other, meroyan tak tentu pasal tanpa ada movement pun susah, nanti jadi macam gilo, lines terlalu laju sampai orang tak dapat tangkap aper yang kiter cakap, jadi ia akan membunuh watak kiter, sebab orang tak paham aper yang kita nak sampaikan, energy perlu seimbang dengan cara kita tekankan pada patah2 perkataan yang betul, supaya jelas maksudnya, tak ada movement plak akan menyebabkan orag konfius dengan watak kiter,

ni gagak ke orang mabuk/high nih?

 Ni lah booth kami kat UTP masa Minggu Mesra Kampus, tantek tak? :P


 Kesian brader Hisyam ni, memang gua respek giler kat dier sebab leh catch up dengan pace TTS walaupun baru jer masuk beberapa bulan, respek respek bradah!, eh, makan fish sandwich lima hengget? cian..... :P


so takleh gak, jadi kena ada titik penyatuan atara2 perkara2 ini supaya dapatlah watak yang best dan menyengat hati, sampai sekarang pun susah juger untuk aku nak bawak watak gagak ni, sebab nak kena letak juger bunyi

"aaakkk!!! aaakkkk!!!"

 aiyak, farah si parsi leh gelak plak masa post mortem latihan, serius2! :P


dan patah perkataan ni pun nak kena juger dengan mood line tu, kalau marah, kena la nampak marah, kalau sedih, kena la nampak sedih, takleh ler nampak gembira atau takder feeling kat line2 tersebut, maka practice makes perfect okeh? dan itu yang kami buat sepanjang seminggu dua nih, prektis prektis dan prektis, hu hu hu........

 Orang kuat belakang tabir kali untuk pementasan kali nih, Ahmad Hissamuddin, sebelah tu awek dier, kantoi pasal pasang dua la tu :P

banyak sebenarnyer yang kami takutkan masa nak pentaskan mahkamah lorong nih, secara peribadi, aku tak expect sangat pun nak berlakon citer ni seawal semester ni, sebab aku tengah takder mood gak nak berlakon, sebab nak fokus pada show JERIT! Jilid 1 : Untukmu Palestin yang banyak mender nak kena buat, dengan tempahan dewan, tempahan alatan, surat2 VIP, collaboration dengan aqsa syarif, nak manage peserta, uih, mati wooo, dah aku yang gatal nak wat show nih, maka kena lah bertanggungjawab sepenuhnya ye tak? moga2 ader lah hasil yang memberansangkan untuk saudara2 palestin kita disana, amin....... :)

Timmy yang cute dengan kawan2nya masa MMK

berbalik pada show yang sangat2 best di UiTM merbok, perjalanan bermula pada pukul 9.30, bayangkan aku ader lab demo plak masa tu, kul 8, tunggu punyer tunggu, stat masa nak dekat kul 9, pergh, memang semat lah i tell u, tapi terpaksa lari, dan memang takder attendance pun, so selamat lah sikit kan? biler dah menyusup keluar, aku gi kat tandas, tukar baju yang 'tak skema' ku iaitu baju band 'slayer' yang memang dah lamer aku nak pakai dari dulu lagi, ironi nyer baju ni ader lambang burung sket, memang feeling habislah biler pakai, dah ler warna hitam, memancar aura2 gagak ku sampai tersembul2, kui3.....

 Latihan malam sebelum bertolak, gua memang dah risau ya amat dah, adoi, leh ke buat nih, leh ke buat ni?

keter hasomi plak terpaksa bertolak lambat kerana beberapa orang ahli ader lab2 dan kelas2 yang takleh nak dibuang begitu sahaja, makanya terpaksa jugaklah diorang bertolak lambat, apa yang kitorang risaukan adalah technical run nanti macamana? sebab dewan UiTM ni memang kitorang tak tawu macamana, dari segi susunan, pencahayaan, akustik, jadi memang kami tak tahu aper yang boleh kami gunakan untuk mengelakkan dari persembahan yang malap dan tak bertenaga akibat dari tidak mengambil kira kemudahan2 yang ada pada dewan tersebut, bak kata orang, kalau tak kenal maka tak cinta lah kan? maka untuk bercinta dengan dewan ni, kena lah tahu apa yang ada, masa tu lah kita boleh gunakan dengan seratus peratus supaya masa persembahan nanti, mood yang sama dapat dikekalkan.

 Mira Si Mak Ayam dah gusar dah untuk show esok, tapi yang peliknya Farah, si Parsi masih leh tersenyum, ish2.....
 Sesi Bermain Lampu profile light kat atas stage

 Aih, bebudak bertiga ni, Farah, Mira dan Anis, kalau dapat jer kamera, memang tak lepas ler, adoi.... :P
lepas jer dah masukkan semua peralatan, platform, dan kostum serta segala2nya, maka kami pun bertolak lah pergi ke destinasi kami - UITM MERBOK, dalam hati masing2 risau, aper lah nak jadi nanti, cuak dan memang cuak sebab kabarnya dewan UiTM nanti besar ya amat, macam main hall kami, dan masalah main hall di UTP, akustiknya tak berapa elok, susah nak dengar, jadi kalau persembahan kami nanti orang tak dengar, tak best lah kan? serupa macam tengok tv takder suara, kan ke tak best tu? :P dan sampai sekarang, kami lebih suka wat show kat MPH kami, yang mana akustiknya lebih sedap dan kalau berlakon pun orang akan senang dengar suara2 kami yang tak berapa merdu ni, kui3.... :P


 XiXi sedang buat catwalk sementara  nak tunggu budak2 lain ready untuk bertolak, kui3 :P


alhamdulillah, beruntung sangat2 sebab bebudak TTS ni ramai yang suka berjalan2, makanya dah hapal lah segala jalan kat mesia ni, :P , makanya biler dah sampai, kami pun menunggu lah dengan penuh sabar, sebab katanya budak2 UiTM nak jemput kami untuk bawak ke homestay dulu, tempat rehat kami, aku jenis tak kisah aper tempat pun untuk rehat nanti, janji leh landing nak tido, udah ler, doc plak tak habis2 nak duk kat hotel biasalah, show2 kami sebelum ni jarang yang ada kat luar KL, so selalunyer memang lepak kat hotel jer lah, dengar dier mengomel2 dalam keter, ha ha ha ha ha, memang kelako, tapi tu lah dr.shark kami, mengomel2 macam ner pun, dier tak lah bermaksud macam tu pun, biasalah tu, mulut orang pompuan, eh? :P
(macam laki tak cakap banyak jer kan? dah tu aku taip pepanjang ni pemender?)

 Ha....kantoi luper line lah tu ayie ooiii....


pastu kami pun ader cadangan, kalau kater tempat nih tak jauh dari tol, aper kater kami jer bertolak ke sana? kan senang dan tak nyusahkan diorang? cian diorang nanti penat datang nak jemput kitorang, ho ho ho, maka kami pun bertolaklah, dan sampai lah berjumpa dengan bebudak UiTM tersebut, salah seorang bernama Aisyah kalau tak silap, bukan esah kitorang ye, ni Aisyah UiTM merbok tau :P





lepas jer melanding2 kat homestay, letak2 barang, aku pun siap tukar baju melayu, yer lah, kau nak bawak baju slayer gi masjid? nak mampos? mahu dimaki nyer imam kat masjid tu dari atas mimbar nanti, kui3, aku bawak beg skali, sebab memang dari tadika lagi aku takleh nak berpisah dengan beg, mesti ada bersama daku tau, maka segala baju2 dan peralatan2 diri pun dibawak bersama, iaitu buku conteng, dan pensel, manalah tau kot2 nanti ader idea nak wat skrip atau sajak atau lirik kan? eh tapi UiTM dah ader lagu tema dah, takkan nak wat jugak kot? :P

pas dah sampai kat UiTM, kami terpandang dewan diorang, aiyooo, memang macam main hall lah, dah cuak rasa di hati nih, will it work? will it work?

YEAY! dah sampai kat homestay! muka doc dah penat ya amat dah nak amek gamba


sampai2 jer, diorang nak gi makan pulak, padahal dah kul 1.20 petang dah, skit lagi jer nak masuk zohor, maka tibalah masa untuk semayang jumaat kan?

diketuai oleh che mad, primadiva make up artis yang khas datang dari hollywood, mereka pun pergi makan2 kat dewan makan, tinggallah daku dengan dr.shark yang gi semayang dulu, sebab dah siap dengan kopiah dengan songkok bagai, ho ho ho ho

lepas jer abeh jumaat, kitorang gi makan sat, pastu menunggu untuk wat technical run, adoi, dah pulak katernya lecturer pakai untuk LDK kat dewan tu, adoi, terpaksa la tunggu sampai kul 5, dalam hati aku cakap
Bump in, si athirah ni plak wat aksi mari menelan lalat, adoi.....



"kena wat betul2 nih technical run nih, kang tak pasal2 kena maki dengan doc, adoi, takutnyer aku"

 "APA? camano korang leh tak tau ni?" ujar doc separa garang


sebab masa technical run lah kitorang akan rajin dimaki oleh doc sebab tak wat betul2, memang betul pun, sebab kalau tak buat betul2 memang hancor ler show jadinyer biler technical lari, show pun kurang ummpphhh sket.

 "alamak, mampuih den, problem bosa ni..." kata doc semasa bercakap dengan akak hana tajima nih :P


banyak gak problem yang kitorang kena pk untuk selesaikannya, terutama kat bahagian sistem bunyi, sebab takut nanti penonton tak dengar, kitorang ader bawak boom mic yang dipinjam dari UTP, tapi takleh pasang lak kat sana, tak pasti sebab apa, tak compatible ke? wallahualam, memang dah cuak dah masa tu, so skang yang pakai mic tu cuma parsi dan kangaroo jer lah, yang lain kena betul2 lontarkan suara, kalau tak, memang tak dengarlah sampai sudah, dan akan jadi hampeh nanti, adoi adoi adoi...cuak wooo.....

 Somy Pelik, tengah2 orang tension nih, leh plak Farah tersenyum gembira, huiiii, susah tuuu.....


 berehat jap setelah kepenatan menunggu turn untuk technical run....dari kiri timmy dan acap


petang tu wajah masing2 dah letih, tapi masih lagi perlu diteruskan untuk menjanjikan persembahan yang terbaik buat penonton2 yang berabis duit datang ke show malam tu nanti.

 Ammar, dari Angelina Jolie, ke Anjing paling ganas di malaya lepas make up

dalam paler tertanyer2, leh ke buat mender ni? dan persoalan tu kami bawak sampai ler berehat sekejap kat umah homestay, pergh, memang penat lah, dapat mandi kejap pun ok lah kan, dapat buang sket kepenatan tu, krew teknikal tunggu sekejap, sebab nak uruskan bahagian teknikal, tinggal pelakon2 jer yang sampai kat umah dulu, tak lama pastu team teknikal plak menyusul, dan kul 8.30 macam tu kitorang bertolak balik ke UiTM merbok dengan harapan harap2 show malam ni tak lah kena boo dengan penonton.

 Serius gua dari dulu lagi nak make up macam ni pas tengok muvi the crow yang dilakonkan oleh mendiang brandon lee, yahoooo! :)


malam tu aku sangat2 gembira, sebab dapat make up macam brandon lee dalam citer the crow, terkejut gak biler che mad suh make up macam tu, aku pun aper lagi, menggunakan kesempatan yang ader lah untuk make up gilo2 sebijik mungkin kan?

 Make Up Artist kami yang sangat2 hot, Che Mad Harris, kalau takder dier, memang make up2 kami fail lah, dan takder lah kami dapat berjalan merata tempat, eh? :P
The Girls yang tengah melepak sebelum naik stage, ha ha ha ha, anis memang nampak cute lah, serius! :P


.....

tup2

show stat, pergh, dengar suara crowd dok bersorak bawah pentas, macam happening jer crowd malam neh, petanda baik nih, tapi kalau tak dapat match dengan persembahan2 sebelumnyer, akan jadi bala kat kitorang, sebab bunyi boo nyer akan bertambah besarlah dengan crowd yang macam tu.

 Takde mamat ni dari dulu, memang tak geraklah publication and promotion TTS, memang dialah yang tukang buat poster dan design dalam tempoh 4-5 tahun ni, TQ Mr.Acap, oh ya, abaikan rambut itu, itu rambut cari makan ya?


tapi sangkaan aku meleset biler keluar jer masa lagu bangau oh bangau, dahler aku nyanyi terlaju, pastu berjoget plak dengan ayie tu tertarik plak baju dier, adoi adoi adoi, tapi yang bestnyer crowd menjerit macam dalam konsert the beatles, aih, memang naik tocanglah aku pastu dengan ad-lib2 yang bakal menyusul....


"binatang mati? binatang mati? mana? mana?"

itu line pertama aku malam tu, dan line2 seterusnyer memang aku cuber sehabis baik untuk up kan energy show malam tu, ye lah, biler kau ada energy terlebih2, kenalah sedekah sikit kat orang, tapi seriously time nak berjoget lagu bolechudiyan tu memang aku dah nak rebah dah, sebab penat sangat, tapi aku joget gak lagi, dan cuber gak berlakon, sebab aku tak mahu hampakan crowd malam tu, dan alhamdulillah, memang diorang sangat2 suker dengan watak2 malam tu.


 Serius gua struggle gila masa belajar step tarian dalam scene ni, penat woooo.....


biler time curtain call, memang banyak yang sorak biler disebutkan nama2 yang ada, aku terkejut gak biler diorang sorak nama aku? aper best sangat ke watak aku malam tu? ntah ler, mungkin skripnyer menarik kot, sebab sebelum ni, aku rasa takder lah kena sorak macam tu walaupun aku berlakon watak lain2.

Parsi yang seksi meksi dengan mikrofon ala2 michael jacksonnya :P
 
dan biler nama ayie disebutkan, memang ramai yang menjerit dan bersorak, giler gempak kot diorang nih, pergh....
Skali gua kena ludah gak ngan Parsi, mana tak hangin wehhhhhh!!!!!! AAKKKK!!!!!!



selesai jer curtain call, gi backstage, semua dah congratz masing2 dah, sebab wat sepenuh hati malam tu walaupun masing2 tahu masing2 penat ya amat.

 Apa DOSA AKU WEHHH!!!!!!!


pastu diorang nak sampaikan cenderahati kat kitorang untuk show malam tu, diorang tanyer maner hissam? maner hissam? pastu macam takder respon dari crew diorang, so diorang cadangkan aku keluar balik untuk
amek hadiah, biler aku keluar, crowd bising sorakkan aku, giler malu aku masa tu, macam dah jadi artis dah...

Kami gagak dan kurap, budak - budak nakal malam tu, ho ho ho ho, dah lama tak rasa macam tu, last time rasa macam tu masa sekolah rendah jer, ho ho ho........



MC lak menyebut.

"ha, gagak dah keluar dah!"

aiyooo, memang sogan den masa tu, adoi adoi adoi.

pas habis jer show, ramai yang nak amek gamba, aku duk dendiam jer kat belakang tu, biasalah, aku ader inferiority complex dari dulu lagi kalau apa2 show, memang aku sogan sket nak amek gamba, selalu aku dulu yang paling awal bukak make up. tapi kali ni memang gilo, makan pas habis show pun tak bukak2 gak lagi, memang terharu sangat2 time makan tu, sebab bebudak krew law fiesta leh plak tunggu kitorang makan, dan tolong isikan air biler habis, pergh, giler ah, memang aku terharu sangat2 dengan layanan diorang yang betul2 baik nih, tak nah lagi aku jumper layanan macam neh, walaupun rasa macam hina sangat diri ini sebab berlakon binatang kat lorong, tapi still rasa manusia sebab dilayan sebegitu baik, terima kasih krew law fiesta, anda memang best ya amat! :')

biler dah bukak make up, ader yang dah bertanya : ni saper ek?

adoi, memang takleh wat pa lah, sebab makeup aku betul2 cover satu muka, so tak perasanlah biler dah bukak makeup, tapi diorang dapat teka gak.....

"ni gagak ea?"

ho ho ho, sonok sesangat, pastu kitorang balik la dengan kepuasan hati...........

end of part 1







































(banyak benor nak menaip nyer, esok2 lah sambung balik ye?) :P