Monday, February 27, 2012

Kadang - kadang

kadang - kadang aku rasa aku adalah orang yang paling susah nak berkomunikasi dalam dunia,
walaupun ada anggota badan yang sempurna
skill aku teruk
dan aku makin tension
setiap orang yang tak paham dengan apa yang aku nak sampaikan
atau mengamuk, marah, tak puas hati, atau hanya unresponsive pun aku jadi tension.
mungkin aku perlu berlawan halangan dalam paler otak dulu kot,
dan hara-kiri bukanlah penyelesaiannya...

Stress, tapi...

semalam yang bangang,
aku merempan depan kakak aku, depan orang
memang salah timing aku nak meletup pun,
hari ni hari bangang,
sebab aku screw up banyak benda,
salah punch info beli makanan,
lambat buat kopi,
tapi wan best, dier tegas masa kelam kabut tu, tapi pastu dier rilek2 balik,
tu sebab aku tak stress sangat, kalau tak, aku dah nangis kaw2 dah tadi.

memang aku lemah macam tu.

malam ni best, walaupun aku penat prektis dengan bebudak puisi ni,
tapi aku suka.
sebabnya,
aku jatuh chenta lagi,
lahanatnya aku ni sebab aku susah nak jumpa dan jadi professional dengan sapa2.
tapi macam biasa, simpan sajer, dan tak perlu keluarkan, kalau keluarkan pun aper pekdah ye dak?
dier tak tau, aku pun senang hati.

at least...

aku tak terpk pasal N dah pasni.




ceh.

Saturday, February 25, 2012

aku pikir balik

bila aku pk2 balik,
giler tul, memang aku takder life sebagai seorang pelajar engineering dulu,
dan aku terlalu sibuk dengan TTS sampaikan aku rasa belajar tu macam yang kurang penting berbanding teater,
macamner kalau aku ada kawan2 baik yang kamcing dalam kelas
dan kurang berteater?
aku selalu berpk tentang kemungkinan2 macam ni,
bak kata roald dahl

a road not taken.


tapi aku kat sini skang, seorang pelajar sarjana seni persembahan
ya,
tolong jangan tanya background pendidikan aku sebelum ni,
itu permintaan aku.

Perkongsian

aku rasa satu hari nanti macam nak tulis tentang perjalanan aku dari seorang bakal engineer kepada bakal entah aper2,

seorang yang susah nak bersosial,

seorang yang banyak cerita lama dan takder cerita baru,

patah kaki dan pernah terjun tempat tinggi,

ya, aku yakin tentu seronok bercerita tentang benda2 ni.

mungkin leh ajak seyn skali, brader aku kat projek rabak, sebab situasi dier lebih mencabar, dan dier lebih berani dari aku.

Tuesday, February 21, 2012

Hybrid

"kalau boleh, untuk topik research, jangan ambil yang orang tak pernah buat, nanti susah, ambil apa yang orang dah buat, bukan saya nak jatuhkan semangat kamu, cuma ini ikut pengalaman saya..."

aku dengar sambil sakit,

corporeal mime,

takder saper pun yang bawak seni persembahan tu kat sini,

boleh aku katakan bahawa dalam satu malaysia sejahtera ni, mungkin aku sorang jer performer corporeal mime yang ada, gila rare kan? tu pun bukan aku perform fully corporeal, dan aku pun tak pernah belajar seni persembahan tu, apatah lagi belajar teater.

aku cuba bagi satu arguement, kenapa aku berpindah dari mechanical engineering, kepada seni persembahan...

"sebab sebelum ni saya masuk kelas prof ghulam, dia cerita macamana dia dari bahasa, masuk teater, kalau dia boleh macam tu, saya rasa, saya pun boleh, dan ia tak mustahil"

dan aku nampak satu senyuman sinis kat tuan said.

hati aku luluh,
depan ni orang yang sepatut membimbing aku, apatah lagi dalam kursus yang kena buat paper seminar dan bentang, satu benda yang susah untuk background engineering macam aku,

"saya bercakap ni jujur dan terus terang, sebab ini dari orang yang bodoh"

dia cakap dia bodoh dan low profile,
okeh, itu isu dia,

"prof ghulam tu genius, dia dapat biasiswa untuk sambung belajar"

aku terkedu, tengok kat diri aku, engineering pun aku lemah, apa peluang yang aku ada untuk teater?

dam,

dengan part time,
dengan jadi instructor untuk kakak aku,
dengan jadi penulis untuk OPSYEN,


izinkan aku menangis sekejap,

"takpa, saya bagi kamu shortcut, tengok buku ni, bla bla bla bla bla bla bla bla bla...."

aku salin, okeh, terima kasih, bantuan macam ni memang sangat aku perlukan.

memang dier tak maki, marah atau apa2,
tapi pandangan dier yang realist untuk aku yang idealist ni memang takleh masuk,
dan memang aku sebagai idealist ni susah nak hidup,
dan memang patut pun aku dalam kejahanaman ni,

aku dapat rasakan dunia aku bakal tunggang terbalik,
kalau aku tak dapat bantuan PTPTN nanti lagi tunggang terbalik,

sekarang rasa macam....



nak ambil masa 10 tahun duduk rumah makan tido dan gemuk serta menangis dengan nasib aku,
sebagai manusia hybrid, aku tak tau kemana, nak terjun bangunan atau jalan terus?

engineering memang aku dah takder passion,
arts pun macam susah dan jalan gagal tersedia untuk aku,
but then camner?
aper yang aku bagus ni sebenarnyer?
ke aku memang tak bagus langsung dalam apa2 sebenarnya?


"kita kalau jatuh, jangan jatuh terus bro, kita angkat diri kita balik, jangan biar terus jatuh"

tiba2 aku teringat kata2 wan ni,
seorang yang dikira kambing hitam dalam family,
dia ada mior kat nama dia,
dengan adik beradik yang sambung master, degree,
dengan keadaan dier tak dapat sambung kat mana2 tempat untuk belajar,
UiTM perlis kena tendang,
UM dier kena tendang (sebab kes ugut pensyarah jepun)


giler, aku dengar citer mamat ni memang giler,
dengan bini dier pregnant, bisnes kopitiam dier lingkup,
moto kereta terpaksa jual,
dan dia bangkit, jual barang2, jadi supplier untuk air barbrica tu,
sampai income 50-60K
pastu dier tak jadik,
sebab kes barbrica tu orang kata haram,
skang dier kejer kat secret recipe,
dan tengah nak belajar aper rahsia kerja2 macam ni,
pawer tak pawer mamat ni?
dalam keadaan dier suker merempit, racing kereta, dia langgar hidup ni tanpa takut,
skang dier ader anak sorang, dan ada bini,
bagi aku dia dah berjaya,


skang aku terkodok kat sini,
aku nak rebel,
tapi takder kawan nak rebel,
dan aku takut sorang2,
dan aku rasa memang hidup sorang2,
dalam keadaan orang selalu support aku,
entah kenapa, aku rasa sorang2,
sebab buat satu keputusan, aku rasa macam menyesal pun ada,

ya Allah, kau kuatkanlah hati aku ni,
kalau kau tak boleh kurangkan beban ni.
amin.


ya Allah, aku sedang lemah,
dan sakit,
bantu aku ya Allah.

Monday, February 20, 2012

Jangan Bagi Alasan.

sekarang ni ada beberapa benda yang aku kena buat disamping benda lain,

kerja part time aku kat secret recipe lucky gardern,
alhamdulillah, suasana yang tak banyak orang dan senior2 yang best2 (dua orang jer pun yang full time kat situ),
buat aku rasa cam nak setia kerja kat situ sampai grad, :')

sekarang ada latihan untuk pertandingan puisi geng kolej 12,
baru stat latihan hari ni, masih lagi rough,
dan tak berapa selesa, sebab aku terpaksa argue untuk beberapa benda,
sebab tu aku tak suka in charge aper2, aku tak suka bila aku argue, aku tak berapa reti nak handle benda2 macam tu,
baru nak naik momentum, tak menang takper, at least aku nak tunjuk kat diorang, aper jalan alternative untuk penyampaian puisi,
bukan semua perlu DBP standard kan?
entah, aku bukan pendaftar bahasa atau sasaterawan negara,
tak ada nama, dan idea aku mungkin tak laku,
dem.
aku memang betul2 tak suka mengarah dalam keadaan aku terpaksa melawan arus,

sedang juga menghabiskan dua artikel untuk majalah OPSYEN,
dateline 29hb ni,
satu artikel kena pendek dan ringkaskan,
satu artikel tak siap lagi,

dan esok kelas untuk minggu kedua sebagai pelajar sarjana seni persembahan (drama)
ak memang tak tau aper2 pasal drama,
tak tau macamner nak berlapar sebab tak dapat cari rezeki dengan berlakon,
tak tau konsep2 dan teori2 lakonan,
tak tau feel dan gaya lakonan,
aku buat apa yang aku diajar oleh mazhab jerung,
dan aku pasti dan yakin yang aku kena banyak buat rujukan dan membaca,
sebab itu memang kerja dan jalan hidup aku,
dan aku suka dari duduk2 di pejabat berhawa dingin,

banyak benda aku kena buat,
tapi aku tak boleh bagi alasan
untuk tak buat semua benda tu,

UNTUK SLOW DOWN DAN HAVE A REST
UNTUK KATA TIDAK KEPADA HARAPAN DAN CITA2
UNTUK SEBUAH KEKUATAN KEPADA MASYARAKAT
TAK TAK TAK TAK TAK TAK TAK TAK

sebab tu aku tak nak jadi engineer,
sebab aku tak yakin bermain dengan mesin,
buat alat itu dan ini dan kaut duit untuk orang atasan akan banyak membantu masyarakat,
dan masyarakat makin parah dan resah setiap masa,
tanpa pengisian jiwa,
aku bukan ustaz, dan tak ada ilmu yang tinggi tentang agama,
tapi aku boleh belajar dan mengajar apa yang aku tau bersama2,
mungkin seorang yang bodoh aku ni,
tapi aku yakin, kita kena belajar dan mengajar pada masa yang sama,
atau sistem akan berhenti berputar, dan masyarakat akan mati,

aku rasa aku ada parkinson sekarang ni,
memori selalu hilang,
tangan aku terketar2 masa buar kerja,
walaupun masa aku bukan nervous,
entah,
harap2 ia bukan parkinson,


semua ini aku harus harung, dan tak boleh kata tidak. dan bagi alasan.

Sunday, February 19, 2012

Bukan satu fasa

Projek Rabak dan Tronoh Theatre Shop,

dua2 ni family aku, walaupun aku dah takleh involve secara direct dengan TTS, tapi untuk apa2 update, aku akan selalu ambik tau, sebab aku tak anggap TTS adalah satu fasa dalam hidup aku, kadang2 sedih gak ex TTSian yang dah terus senyap dan hilang macam tu, tapi itu life, ciet la vie kata orang perancis, kalau boleh, aku akan melangkau batas norma sosial aku, di mana norma aku adalah aku akan susah nak dekat dengan orang baru, tapi walaucamner pun aku dah tak kenal bebudak TTS yang generasi lepas2 ni yang baru, aku akan tetap ambik tau dan ambik peduli tentang progress2 diorang, sebab aku sayang sangat2 TTS ni, ni tempat aku kenal balik saper diri aku, seorang yang berjiwa seni dan tak mahu duduk setiap hari di pejabat pk pasal kerja2 piping dan segala macam jenis urusan kejuruteraan, bukan itu yang aku nak dalam hidup, bukan itu yang aku rasa wort it untuk aku habiskan masa hidup aku selain dari jadi hamba Allah.

bukan satu fasa,
bukan satu fasa,
bukan satu fasa,

untuk rabak, mungkin aku cuma orang baru, so takleh nak tegur2 atau cakap apa2 selagi tak dimintak bagi pendapat, sebab aku pun noob jer lagi dalam dunia ni, dan ramai yang lagi pawer dari aku dalam rabak ni,

tapi untuk TTS, sebagai orang yang pernah melalui 4 tahun hidup di universiti dalam TTS SAHAJA (baca : aku tak pernah involve dalam apa2 aktiviti atau persatuan lain, well, ada la, tapi boleh dibilang sangat sangat, serius.) aku rasa, aku boleh cakap sesuatu, tegur atau ambik tau, kenapa itu dan ini.

ah, mungkin aku terlalu depress sekarang ni.