Wednesday, April 25, 2012

mencari kekuatan

aku tengah mencari kekuatan.
mencari kawan.
untuk pentaskan karya aku kat stor dbp.
mungkin under TQA, mungkin tak.
tapi skrip yang aku pakai adalah Bukan Cerita Palestinlah.

atau Rantai? entah.

idea Rantai tu macam absurd sket, cerita tentang beberapa watak yang di belenggu, dan ada sorang nak tahu, siapa yang belenggu diorang ni? yang merantai diorang ni?

last2...jeng2...
tu yang aku kata idea Rantai ni macam absurd sket, kalau salah bawak, orang salah tafsir, bahaya, silap2 kang ada yang murtad, tu yang aku takut tu, subteks dia boleh jadi deep.

tapi itulah antara ideanya....

ingat pas dapat PTPTN, aku nak berenti kerja, memang tak cukup sangat pun duit pinjaman tu, tapi aku cuba. aku cuba....

Review Ringkas BLA BLA BLA oleh Jay-z(uan)

Assalamualaikum w.b.t,

ini adalah review ringkas buku BLA BLA BLA oleh brader aku, mohd jayzuan.

aku tak perlu rasanya review untuk dari sudut artistik susun2 kata sebab aku rasa stail dan pembacaan aku tentang penulisan tak berapa nak banyak berbanding dengan Jay, tapi secara ringkas apa yang aku boleh katakan, yang buku ni ada dua stail...

stail satu - jujur
stail dua - seni

stail jujur ni adalah catatan2 yang ringkas dan direct maksudnya, yang boleh aku katakan memang tentang dia.

stail seni pulak adalah, masih berkenaan dengan diri dia, tapi diolah dengan baik dan halus maksudnya.

dan bagi aku, buku ni adalah satu lagi approach Jay untuk berintimasi dengan follower2 yang membaca buku2 dia sebelum ni, mungkin bagi outsider yang tak mengenali jay, susah nak terima tulisan dia, sebab tu aku cakap, buku dia kali ni lebih kepada approach untuk berintimasi dengan follower2 dia.

atau mungkin juga dia tutup buku lama, nak bukak buku baru, nak move on, mungkin lah pada hemat aku, sebab aku rasa 99.9 peratus buku ni adalah tentang kenangan lama dia, dan kalau kau jenis tak suka nak dengar luahan hati seorang kawan, atau seorang manusia, baik tak yah baca buku ni, sebab kau takkan paham pun nanti. lagipun jay cakap masa pelancaran yang dia keluarkan semua catatan2 lama dia dan letak dalam buku ni, itu yang membuatkan aku bagi kesimpulan macam tu.

secara kesimpulannya, bagi yang nak kenal Jay, mamat biasa dari simpang pulai, Ipoh. sila baca buku ni, atau yang nak kenal dan cuba kenal manusia ni, sila beli, itu menandakan anda prihatin terhadap orang2 sekeliling, dan anda adalah manusia prihatin. dan juga berseni.

buku ni adalah suara hati Jay.
nak dengar, dengar lah.
kalau tak dengar. dia peduli apa.
yang mengutuk.
teruskan BLA BLA BLA kau.
sebab macam hayat seekor lalat, hayat kutukan kau pun tak lama.

good job bro,
i feel you.

Tuesday, April 24, 2012

Ah. Lantaklah.

hari ni aku 'mengamuk' dalam fb dengan menyindir kaw2 dekat bebudak TTS (well, it was directly to them pun), aku sayang TTS, tapi tu masalahnya bebudak ni dah makin tak berminat nak buat teater, aku nak buat macamner kalau dah bukan minat diorang, tapi yang aku hangin adalah bila ada statement macam ni...

"eh, seronok nak buat bangsawan, nak buat bangsawan lah, jom buat bangsawan?"

eh kau ingat senang?
never been in a big production as in bangsawan before, masa bebudak ni buat, aku takder, tengah intern, dan syiok berchenta2 lagi, tapi hey...

tak cukup orang.
tak ada yang betul2 komited.

are seriously going to do bangsawan?

ok, mungkin aku terlebih paranoid, tapi are you sure?

untuk buat simple show macam bundle show yang BI ni pun tak ramai yang komited untuk datang training (even hujung minggu), tambah plak lagi nak buat show bangsawan yang kerjanya tersangatlah banyak.

dan skang doc nak letak jawatan sebagai advisor. dan bila aku cakap.

"doc nak TTS mati sendiri ke?"
doc jawab.

"pandai pun kau."

sekarang bebudak ni nak buat bangsawan, aku tak tau sebab nak hype ke aper ke, tapi kalau betul2 nak buat teater, cukuplah buat teater skrip baru dan tour kat KL dan tempat2 lain. tak perlu besar2 pun, buat biasa2 dah la, yang penting kerja mantap dan usaha ada. kalau nak harapkan idea jer gempak, orang yang nak buat takder, aku rasa, toksah la, banyak kerja lagi yang boleh dibuat selain dari tu.

jangan cakap aku tak sayang TTS, aku sayang.
mungkin kau tak paham sayang aku macamna, tu jer.

mungkin lepas status tu ada cakap2 tentang aku dalam TTS.
mungkin ada yang tak gemar.
tapi bagi bebudak TTS yang tahu akan wujudnya post ni, tolong sampaikan amanat2 aku.
AKU SAYANG TTS, dan AKU SAYANG BEBUDAK TTS.
IF YOU LOVE TTS, THEN SHOW ME THE EFFORT, THE RESULT.

kalau TTS mati.
heh.
aku dah agak dah pun ending tu.

Sunday, April 22, 2012

Review TTS Bundle Show

Assalamualaikum w.b.t,

dalam kesempatan yang tak berapa nak sempat, hampir pukul dua pagi di CC magic planet kat medan gopeng, sementara nak tunggu bas pukul 5, aku sediakan review pementasan yang baru selesai, sebelum ada hal esok petangnya, menemuramah encik zakaria ariffin untuk tugasan kelas dr. zainal, khas untuk sapa2 yang nak membaca, untuk yang senang terguris, aku harap, tak meneruskan pembabacaan, takut - takut nanti tak memasal termakan daging aku, ha ha ha.


Untuk mementaskan sebuah karya berbahasa asing, bukan bahasa ibunda, adalah satu cabaran sebenarnya, dari pengarah sampai pelakon semua kena bersedia dan memahami makna2 dalam setiap patah perkataan, kalau dalam bahasa ibunda pun ada masalah, kalau bahasa asing, lagi lah susah.

untuk pementasan professional, satu2nya pengalaman aku adalah menonton pementasan short eyes, karya asalnya miguel piero, yang diterjemahkan ke dalam bahasa melayu sebab pementasan Oleh RAT tu dilakukan oleh orang malaysia sendiri, dan skrip asalnya pun aku tak pasti adakah bahasa inggeris atau bahasa spanyol, maka penterjemahan perlu teliti, memang senang sikit untuk menterjemahkan, tapi perlulah kena dengan konteks bahasa tu sendiri, kalau tak salah aku, penterjemahan untuk short eyes ada kureng sikit, sebab ada masalah bahasa baku dalam teater tu, maka karekter jadi janggal melontarkan struktur bahasa kaku, dan menyelit carutan 'babi', 'pukimak' atau 'pantat' tu sedikit menganggu aku dari segi terjemahannya.

dan memandangkan itu adalah teater terjemahan aku yang pertama,maka janggal juga nak menonton orang kulit putih, kulit hitam, puerto rican yang berkulit melayu, barangkali bangsa tersebut hanya cukup digayakan pemakaiannya seperti mereka, tapi sukar juga untuk terima macam tu, maka itu yang susahnya teater berskrip terjemahan ni, kita perlu lihat adakah teater itu diterjemahkan dari sudut bahasa, atau budaya? dan direktor perlu berhati2 untuk itu.

pertama, biar aku sentuh tentang egg story.

nak ikutkan egg story ni nak dibawak ke bangkok punyer festival dulu, tentang seorang manusia yang dilahirkan ditelur dan dibesarkan oleh binatang2, last2 binatang2 tu dia bunuh dan makan daging diorang, disebabkan dia ni dah tak sedar diri dah.

Egg Story

dari segi story line, citer ni ada potensi, cuma mungkin tak digarap betul oleh doc sebab masa yang suntuk dengan bebanan kerja dia dipejabat, ditambahkan lagi dengan pengarahan yang kelam kabut, sebab buza handle pelakon katanya, dan pelakon pulak tak ada komitmen yang bagus, doc pulak mungkin dari segi idea dan artistik, so ada masalah kat situ lagi dah sebenarnya. Cuma aku tak berapa boleh nak relate dengan scene bercintah2 ala tanggang antara puteri dengan lelaki tu dan jugak idea makan buah epal dari pokok yang buat dia jadi jahat oleh gagak, mungkin ini simbol 'tree of knowledge', bukan ni dari bible ke? ha ha ha, entah, aku tak pastilah, tapi macam pernah dengar tree of knowledge ni. Gagak tu pun tak diestablishkan karektornya dengan betul, sampai tak nampak, apa tujuan dia menghasut. Pendek kata, dari hujung kaki sampai hujung rambut, egg story ni bermasalah, tapi sebenarnya masalah ni akan boleh diperbaiki, walaupun tak sepenuhnya, kalau pelakon paham apa yang dilontarkan, komitmen yang tinggi, direktor yang faham skrip dan tujuan ia ditulis. Props pulak aku tak paham kenapa motif hitam dan putih digunakan, ini mungkin idea dari doc, tapi masalahnya dalam line cerita dikatakan yang tempat ini diestablish sebagai 'wonderful world', maka kalau wonderful, seharusnya warna yang lebih ceria digunakan memandangkan mood cerita pada awal tu ceria, maka eloklah kalau diletakkan warna yang cerah, atau mungkin setelah mood bertukar, tempat tu boleh bertukar warna. Pacing pun ada masalah, sesetengah line yang pendek dan berbunyi bertanya tu patut dipercepatkan pacenya supaya cantik flow cerita tu, sebagai contoh, tengok video klip teater waiting for goddot pada awal2, line yang pendek dan pacing yang laju, lebih cantik macam tu. Aspek yang aku rasa menarik adalah bulan yang turun tu (walaupun kaver tutup hitam tu tak berapa efektif, sebab boleh nampak dari tempat penonton bulan tu) dan bangunan yang keluar tiba2. Pendek kata Egg story perlu banyak lagi rombakan dan pengarahan yang perlu dibuat, sebab konsep dan ceritanya masih kabur, skrip dan pengarahan mempengaruhi antara satu sama lain, maka kena ada kesinambungan kat situ.

rating : 1/5


Asylum

Asylum tak der masalah sangat sebenarnya, mungkin sebab banyak pelakon2 lama dan komitmen yang diberikan oleh mereka, lagi baik dari team Egg Story, dan memandangkan Asylum dah dipentaskan banyak kali, maka ia adalah karya yang dah firm dari segi konsep dan jalan cerita, sayangnya aku tak dapat tengok apa2 perubahan dalam segi pengarahan secara total, cuma aku kagum beberapa pelakon macam timmy yang berjaya membawak watak baby dengan membawa ke arah yang lain dari pacel dan acap buat, dan mungkin satu aspek yang lain adalah kali ni, pelakon asylum tak perlu botakkan kepala, itu lain sikit dari pengarahan yang sebelum ni. Aku rasa pelakon yang energetik untuk ruang pentas MPH memang kena, memandangkan penonton perlu sedikit mendongak ke atas, maka ruang pentas nampak lebih kecik, dan tenaga yang kuat dari setiap penonton memastikan yang persembahan diorang nampak dekat dengan penonton. Karekter Peto plak aku rasa macam tak kena, tapi lawak, tapi tak kena, apa2 pun lawak tu berjaya mengaburkan mata aku untuk menilai watak yang dibawak peto, mungkin masalah yang sama adalah dengan watak tera, iaitu attendan.

macam aku cakap, dalam penterjemahan, perlu firm yang terjemahan dibuat adalah terjemahan bahasa, bukan terjemahan budaya, sebab watak peto dan tera adalah macam terjemahan budaya, iaitu orang malaysia yang buat2 macam diorang ni orang putih, dan bukan orang malaysia yang memang cakap orang putih, sebab dalam terjemahan, perlu diingatkan bahawa, yang disebut dan diucapkan oleh pelakon adalah seperti bahasa itu bahasa ibunda watak tersebut, dan bukanlah macam yang aku cakap tadi, melayu yang cuba2 cakap english, watak tera ni terserlah kemelayuannya bila dia menyebut 'lah' dan cakap bahasa melayu. ini sebenarnya menganggu watak tersebut, yang boleh jadi keliru, apakah yang disebutnya itu bahasa ibundanya atau apa? kalau itu bukan bahasa ibundanya, maka macamana dengan watak2 lain?

ketidakkonsisten watak jugak berlaku untuk watak kisas, yang melakonkan watak penjual dadah, sebab awal2 sebelum majlis bermula, wataknya macam orang bodoh, bila nak bow, tiba2 jadi energetic, masuk balik ke pentas dengan watak yang semasa majlis berlangsung.

kat sini pengarah perlu paham yang Asylum sebenarnya menggunakan konsep cerita dalam cerita, teater tu sendiri mengisahkan orang yang nak buat teater, macam tu lah. maka perlu jelas, bila diorang dah mula berlakon, dan bila dia tak berlakon atau off character, sebab tu penting untuk keseluruhan aspek lakonan pelakon2 dalam pementasan tu, maka tak lah dia jadik macam keliru dengan wataknya sendiri hujung2 nanti.

energy pelakon2 bagus, cumanya kadang2 jadi macam cerita senario mingguan pun ada, melebih2 yang melampau2, ada certain time bagus, kadang2 sedikit menyampah pun ada, dan yang paling ketara adalah scene amar dengan kisas, aku sebenarnya terhibur dengan lakonan diorang, bersahaja dan sangat enjoy, itu adalah aspek yang aku kira patut diberi pujian, tapi masalahnya teater asylum ni penuh dengan aspek2 sindiran dalam lawak2 punchline nya. maka perlu ingat, kita bukan buat show lawak dan komedi sepenuhnya, tapi ada mesej sekali, dan perlulah mesej tu dihighlightkan juga supaya tak lari dari tujuan sebenar pementasan atau skrip ni ditulis dulu.

dari segi props, memang minimal, cuma susunan kerusi tu kena betul, jangan jauh sangat antara satu sama lain, sebab bila pelakon2 dah keluar stage, tinggal yang penting2 kat atas pentas tu, nampak ruang2 kosong tak berisi, ini bahaya, bila tak berisi maknanya penglihatan penonton lebih besar, dan tanpa lakonan yang besar, orang susah nak nampak dengan lebih dekat pementasan tu, sebab tenggelam dengan ruang stage yang besardan tak berisi.

kesimpulannya, aku berpuas hati dengan pementasan asylum ni, memang aku gelak tak henti2 dengan terjemahannya walaupun aku gelak pada part yang salah kadang2, cumanya aku rasa kesal sikitlah, sebab tak dapat nak tengok pengarahan yang lain dari yang doc buat, haiwan terlalu selalu dibuat, carilah konsep2 lain, explore possibility2 yang ada, mana tahu, nanti kita dapat tengok asylum ni dari sudut lain pulak? :)

rating : 3.5/5 (0.5 tu sebab lawak dia lain macam sket. ha ha ha)



aper2 pun, tahniah untuk usaha yang macam ni, cuma aku harap lebih banyak komitmen dari pelakon2 dan krew, sebab aku dengar TTS macam dah nak mati dah skang ni, dengan pengunduran doc sebagai advisor hujung tahun ni, maka ini akan jadi satu titik yang sukar buat TTS, sebab selalunya idea2 ni doc yang buat, maka bagaimana nanti?

dan satu lagi teguran aku adalah, lepas ni, biarlah make up lelaki, lelaki yang setelkan, kalau tak boleh, carilah lelaki lain make upkan, macam tu gak dengan pompuan, aku rasa aku tak perlu sebut kenapa, korang sendiri tahu kenapa aku menegur macam ni. :)

Friday, April 20, 2012

cerita.

terlalu banyak yang aku nak cerita sampai aku tak mampu nak bercerita dua tiga hari ni, komunikasi mulut aku kurang.

nanti2lah aku bebel...

Friday, April 13, 2012

sedikit otak logik untuk Ombak Rindu

-kenapa perlu Izzah bagi jam tangan dekat haris sedangkan Haris tu kaya gila babeng? (oh, mungkin bertukar hantaran, tapi dalam dialog as if dia bagi tu sebab takut haris takder jam tangan lain, kan ke haris tu kaya?)

-kenapa izzah pakai jam tangan lelaki? sebab ayah dia punya ke?

-apa jadah si haris mengamuk kat izzah yang mengandung, yang awak pi tidur dengan dia, memang sah2 la mengandung, agaknyer si haris ni tak belajar sains masa sekolah kot?

-apekejedinyer si izzah tak gitau kat haris yang dia tak bersalah? kenapa pas dah haris blah, dia kejar sampai gugur kandungan, baru nak pesan kat mak cik tu?

-mak jah plak asek suh sabar, sabar, tapi tak buat aper2 tindakan, takkan kena fitnah macam ni nak kena duk rilek jer?


ah. biarlah, barangkali aku jer yang gila sebenarnya mengutarakan soalan2 macam ni.

Thursday, April 12, 2012

Sakit

malam ni,
aku tertinggi suara dengan adik aku
hanya sebab sepatutnya dia amek 4 bijik buger
dan dia hanya amek 2
sebab voucher tak cakap 4 bijik, dier cakap 2 jer,
dan adik aku tak tau pun
dan ini bangang.
dan aku tengking sikit adik aku.
baru aku tau.
aku ni sakit sekarang ni...

sakit yang menakutkan aku adalah bila aku tak tau yang aku sakit.