Sinopsis
Buai mengisahkan seorang lelaki tua bernama Pak Kadar, Tukang perabot yang setia dengan kerja - kerja di bengkelnya seharian tanpa ada rasa jemu. Prinsip hidupnya adalah ikhlas, amanah dan jujur semasa bekerja. Di bengkelnya terdapat bermacam perabot termasuklah sebuah BUAI antik yang sangat cantik tetapi masih belum dituntut oleh pemiliknya sekian lama. Mat Kael yang selalu datang ke bengkel Pak Kadar mencadangkan BUAI tersebut dijual sahaja.
Disebabkan rasa amanah dan tanggungjawab, Pak Kadar enggan menjual buai tersebut pada orang lain walaupun ditawar dengan harga yang berganda. Baginya BUAI tersebut hanya boleh dimiliki oleh pemilik atau waris pemilik yang berhak sahaja. Dia tetap menunggu kehadiran pemilik mutlaknya yang dikatakan milik seorang wanita cantik memakai jilbab (Niqab/purdah).
Pak Kadar meminta Mat Kael membantunya membuatkan wasiat untuk Buai tersebut. Siapakah Mat Kael dan apa kaitan Mat Kael dengan Pak Kadar? Siapa pula yang hadir untuk mendapatkan Buai tersebut? Dan siapa pula wanita berjilbab yang menjadi pemilik Buai tersebut? Apakah kaitan semua ini dengan hidup Pak Kadar?
Buai - Perlambangan yang kuat dengan subteks yang santun
"Harta orang tu, jangan duduk, berdosa"
itu adalah antara ayat yang diulang - ulang oleh Pak Kadar. Pada awal pementasan, kita dapat melihat Pak Kadar seperti orang gila bercakap seorang dengan kerusi tersebut, namun persoalan ini kemudiannya dibiarkan mati dan akan terjawab pada penghujung cerita setelah watak anak Pak Kadar, Sa'diah muncul dan menceritakan bagaimana dia dibesarkan dalam keluarga yang kuat penerapan agamanya, namun Pak Kadar tidak membenarkan dia berkawan dengan sesiapa kecuali Leha, pembantu Pak Kadar di bengkel perabotnya. Sa'diah yang meminati gurindam dan seni warisan melayu yang lain seperti sajak, nazam seperti tidak disukai oleh Pak Kadar sendiri, disebabkan Pak Kadar ini berasal dari Kelantan, semacam satu stereotaip oleh penulis kepada orang Kelantan yang kuat pegangan agamanya. Dari segi perwatakan Sa'diah, terdapat semacam watak idealisme yang digambarkan oleh penulis skrip, kerana Sa'diah digambarkan seperti seorang wanita melayu yang sangat sempurna, pandai bersyair, bernazam, berpuisi dan kuat pegangan agamanya, namun yang menyebabkan aku sedikit terganggu adalah ketika perbuatannya (dalam dialog) yang sedikit menunjuk - nunjuk, seperti terlalu ingin menunjuk bahawa dia adalah seorang muslimah. Seketika itu aku teringat akan watak Altha al funnisia dalam ketika cinta bertasbih oleh Pak Habiburrahman, watak anna itu dan kebanyakan watak Habiburrahman (aku hanya menilainya menerusi filem, bukan novel) yang diciptakan, tidak tertonjol idealismenya dan tidak pula terlalu menunjuk - nunjuk, dia berjaya menghidupkan watak itu dengan meletakkan konflik dalam watak itu, anna, walaupun seorang wanita solehah yang patuh kepada ajaran agamanya, namun apabila dalam situasi konflik, dia sering terlalu beremosi sehingga lupa akan realiti dan bagaimana sebetulnya dia berfikir secara logik dan menenangkan dirinya menyebabkan dia sering membuat keputusan secara terburu - buru. Dalam Buai pula, terdapat dua ekstrem, satu adalah watak Sa'diah dan satu adalah watak Leha, keduanya adalah titik ekstrem di dalam cerita ini, dimana Sa'diah adalah perempuan yang mematuhi agamanya manakala Leha pula seperti bangga dengan dirinya berdosa dan menunjuk - nunjuk betapa dia adalah seorang yang banyak dosa. Mungkin penulis sengaja membuat watak tersebut kerana Sa'diah memakai jubah putih dan kostum Leha pula berwarna merah, dua warna yang menjadi tema kepada pementasan ini. Namun aku lebih mengharapkan Leha dan Sa'diah menunjukkan ciri - ciri manusia dan tidak terlalu idealistik keadaannya, maka mungkin keduanya akan nampak lebih hidup.
Apa yang menjadikan skrip ini adalah skrip yang baik adalah bagaimana setiap satu isu dan persoalan dikupas dan lontarkan kepada penonton sedikit demi sedikit, membiarkan aku untuk berfikir sebab dan akibat mengapa persoalan - persoalan yang ditimbulkan baik dari props atau setting, dan juga dialog - dialognya yang begitu subtle namun kuat. Suntikan halus ini yang membuatkan hati aku berbolak balik. Antaranya...
1.Tentang obsesi Pak Kadar kepada Buai sehingga membunuh orang hingga orang yang dia sayang.
2.Tentang kejujuran Mat Kael dan lurus bendulnya namun ditolak pinangannya oleh Pak Kadar meskipun Sa'diah amat mencintainya.
3.Tentang prinsip Pak Kadar yang terlalu ingin menyimpan buai untuk diberikan kepada pembelinya, walhal dia tidak mengenali pembeli tersebut dan walaupun ada orang yang mampu membelinya dengan harga yang tinggi namun ditolak.
Banyak lagi yang bermain di minda aku ketika menonton pementasan ini, dan antara yang lain adalah status Kelantan dan isu royalti minyak, terdapat perkaitan antara pementasan ini dengan isu tersebut. Sisi Paranoid orang melayu terhadap sesuatu yang berunsur peribadi (adat, agama dan tanah) juga dapat aku kaitkan dalam pementasan ini.
Namun satu - satunya elemen yang membuatkan pementasan ini nampak hidup adalah kerana adanya hubungan Pak Kadar - Mat Kael yang berkembang ketika di atas pentas, pelakon yang melakonkan watak Mat Kael mempunyai harapan untuk dapat anguerah pelakon pembantu lelaki terbaik untuk festival ini (walaupun aku tidak menonton dua lagi persembahan dari dua kumpulan yang lain). Perwatakan yang tidak terlalu dibuat - buat dan lakonan yang semulajadi mengimbangkan suasana pentas tenaga pada babak tersebut. Babak ini kemudiannya agak draggy dan sedikit meletihkan namun berjaya di sambut baik pada babak tersebut. Hubungan antara Mat Kael dan Sa'diah digambarkan dengan baik sekali tatkala Mat Kael duduk di buai tersebut seketika, ini menimbulkan suasana yang mengharukan akibat cinta yang tidak kesampaian memandangkan penonton (termasuk aku) akan kesiankan watak Mat Kael tu atas perwatakannya yang bodoh - bodoh alang.
Namun aku ditampar dan menyedari bahawa apa yang mahu disampaikan oleh penulis pada babak akhir cerita adalah cerita tentang pembunuhan, aku telah dilupakan untuk meneka pengakhiran tersebut dengan pace dan moment yang mengesankan dalam pementasan. Sedikit hampa dan kecewa dengan pengakhiran yang cliche, namun aku harus berikan satu penghormatan kepada krew produksi dan penulis yang betul - betul telah membuatkan aku terus ingin duduk. Pada awalnya aku tidak mengharapkan ia pementasan yang baik memandangkan permulaannya yang agak draggy oleh lakonan watak Sa'diah, namun kehadiran Mat Kael berjaya menyelamatkan segala - galanya.
Teknikaliti
selain dari lakonan yang pada keseluruhannya tinggi sedikit dari biasa, pementasan ini juga mempunyai lighting yang agak tidak berkesan, kerana terlalu menggunakan lampu berwarna, lampu profile tidak digunakan sepenuhnya menyebabkan wajah pelakon tidak diberikan pencahayaan yang baik ketika dalam lakonan dan menganggu aku sebagai penonton. Beberapa usaha harus aku puji antaranya ialah dimana lampu warna dimainkan untuk menggantikan watak pelanggan 'invincible' di dalam babak Leha melayan pelanggan yang datang.
Kesimpulan
Kesimpulannya Buai menjanjikan satu kelainan dalam keempat - empat malam (dari selasa hingga jumaat) pementasan. Kumpulan ini berkemungkinan mendapat tempat tiga teratas di dalam keputusan festival nanti kerana lakonan dan skrip yang mantap dan berjaya memperdayakan dan mengalihkan pandangan aku sebagai seorang penonoton dan menarik aku kedunia mereka buat sementara dan menikmati sedikit pemikiran dan idea yang telah dilontarkan. Tahniah kepada krew produksi Majlis Teater Selangor!
Saturday, October 6, 2012
Thursday, October 4, 2012
Review Teater Mencari Ricka : Di mana?
Bismillahirrahmanirrahim.
Malam tadi baru lepas menonton Teater Mencari Ricka oleh Grup G-Tel UMS. Berikut adalah reviewnya.
Sinopsis
Sememangnya takdir kebahagiaan bukanlah milik manusia secara hakiki. Sesekali hidup dikejutkan oleh duri semalu dan adakalanya senja yang kelam datang bertamu. Demikianlah kehidupan Ricka yang dirundung malang ekoran daripada kematian emak dan kecacatan bapanya sekaligus membawa kepada bebanan kakaknya Rionum yang bertali - tali. Kebahagiaan Ricka itu dirampas sekelip mata oleh Undang - undang manusia yang bolos dan pincang. Bermulalah tragedi - tragedi berdarah, tragedi - tragedi tragis dalam hidup Ricka. Tragedi yang diakibatkan oleh hak tanah, penderitaan bapa dan kematian kakak, kerakusan Magiri serta ketamakan pemegang kuasa sekaligus membawa kesemuat Ricka yang dalam. Keharu biruan hidupnya itu dirakamkan Ricka di dalam cerita -ceritanya. Kelaraan takdir yang merundung dirinya itu menyebabkan berlaku kekacauan personaliti dalam dirinya yang akhirnya membawa kepada dendam kesumatnya yang tidak pernah terpadam. Kerana terlalu obses kepada dendamnya, Ricka akhirnya menemui satu titik karma, titik karma yang memadam segalanya.
Mencari Ricka - bermula dimana?
Dari sinopsis pun aku dah tahu yang skrip ni menggunakan kata - kata yang cukup indah dan berpuitis, ini tidak menghairankan, kerana skrip ini pada asalnya adalah sebuah karya untuk pertandingan DEKON MAKUM! namun terdapat beberapa kelemahan yang timbul kesan daripada pengadaptasian/perubahan medium ini. Pertama, dari segi pembahagian skrip ia adalah tidak seimbang, kerana watak RICKA terlalu banyak melontarkan dialog menyebabkan ianya sedikit melelahkan, meskipun kata - katanya indah, namun haruslah penulis tahu bahawa penyampaian DEKON dan TEATER adalah sesuatu yang berbeza, berdasarkan komen dari Tuan Said, pensyarah aku yang turut menonton sebagai satu agenda perbincangan di dalam kelas, Tuan Said mengatakan bahawa ia adalah seolah - olah monodrama dengan sedikit penambahan pelakon, kerana Ricka terlalu lama bermonolog dan hubungannya dengan watak - watak lain seolah - olah tenggelam dan watak tersebut hanya hidup untuk 'melakonkan' babak tersebut. Ya, semestinya kerana ia adalah satu bentuk Flashback, namun ia harus dihidupkan dan dengan mengurangkan monolog Ricka yang terlalu panjang itu dan menambahkan lagi interaksi antara watak Ricka dan yang lain adalah salah satu kaedah yang mungkin boleh digunapakai. Kostum yang dipakai oleh Ricka ini juga sama di dalam flashback dan juga ketika dia di bandar, adakah ini disengajakan oleh pengarah untuk memberikan interpretasi yang berbeza? jika tidak, seharusnya pengarah membezakan watak Ricka ini dengan interpretasi yang berbeza, seperti pelakon yang berlainan atau pelakon menukarkan bajunya ketika berada di dalam bahagian flashback. Penggunaan shadow projection di setting kawasan bandar juga menimbulkan tanda tanya tentang di mana peristiwa itu berlaku. Dari segi lakonan juga tidaklah begitu memberangsangkan, dilihat watak Ricka itu hidup, namun akibat kurangnya interaksi dengan watak yang lain, maka peranannya dalam setiap babak kelihatan superficial dan bersifat sementara sahaja.
Dari segi Isu yang mahu disampaikan, ia bukanlah sesuatu yang baru, isu tanah, pembunuhan, pondan dan dendam seringkali digunakan dan MENCARI RICKA tidak menjanjikan apa - apa yang baru. Persoalan yang dilontarkan juga tidak dapat dikenalpasti kerana lontaran vokal yang terlalu perlahan oleh pelakon, memandangkan kebanyakan dialog yang digunakan adalah di dalam dialek sabah, maka ia menyukarkan lagi penonton untuk memahami dan mendengari dengan jelas setiap dialog. Salah satu babak yang boleh tertanam dalam ingatan aku adalah ketika Rionum diubat dengan cara tradisional, ketika hantu - hantu keluar dengan konsep "glow in the dark".
Secara kesimpulannya, teater "Mencari Ricka" menjanjikan sesuatu, namun tidak terjumpa seperti kaburnya pencarian kita terhadap Ricka yang hanyut dalam falsafah hidup yang penuh dendam dan amarah. Barangkali penulis skrip ini memerlukan lebih masa untuk menggarapkan penceritaan yang baik untuk menghasilkan pementasan yang lebih bermutu. Apa - apa pun, terima kasih di ucapkan kepada team produksi Grup Teater G-Tel.

Wednesday, October 3, 2012
Review Pelantaq - Sex (?), Drugs (?) and Theory of Cultural Evolution...
Assalamualaikum w.b.t,
Bismillahirrahmanirrahim,
Semalam baru selesai menonton Pelantaq, pementasan yang dilakukan oleh Persatuan Penggerak Warisan Budaya (AKRAB), berikut adalah reviewnya.
Sinopsis :
Pelantaq mengisahkan tentang seorang anak muda iaitu Bahtiar yang ingin membebaskan diri dan keluarganya dari kemelut kemiskinan. Diselubungi kehidupan di sebuah perkampungan nelayan di mana Bahtiar tinggal bersama emaknya yang sakit dan ditinggalkan ayahnya yang mengejar kemewahan hidup. Bahtiar bekerja dengan Taukeh Lim di pelantar ikan dan dalam masa yang sama dia melakukakn kerja - kerja penyeludupan haram demi menampung kos rawatan emaknya.
Tragedi kematian emaknya telah mengubah dirinya dan di situlah dia bertemu dengan seorang gadis bernama Nani. Siapakah Nani? Dapatkah Bahtiar membebaskan dirinya daripada kemiskinan? Siapakah Taukeh Lim yang sebenarnya? Dapatkah Bahtiar bertemu ayah kandungnya?
Hubungkait Tiga Elemen
Interpretasi berikut adalah menggunakan teknik perlambangan menerusi pendekatan psikologi Freud dan Psikoanalisis Lacan (mungkin dari segi perlambangan sahaja).
Teater ini dimulakan dengan bahagian pengakhiran, dimana Bahtiar telah ditikam oleh joho, atau Zakaria, ayahnya sendiri, kerana melarikan Nani, ketika babak Flashback dimainkan, beberapa korus, berpakaian seperti badut telah keluar dan mereka sebenarnya mewakili permainan akal fikiran yang dialami oleh Bahtiar sendiri. Perasaan resah, gelisah, takut, suka dan semunya diwakili oleh mereka. Terdapat dua kumpulan korus, Kumpulan A - berpakaian badut, Kumpulan B - Berjubah. Namun sayangnya kumpulan B hanya digunakan sekali, dan ini adalah sangat merugikan kerana tidak di gunakan dengan sebaiknya, menyebabkan ianya sedikit membazir. Daripada segi penggunaan korus, aku tidak begitu gemar akan penggunaan mereka ini yang tidak begitu efektif, barangkali idea untuk korus ini diwujudkan untuk membantu menggerakkan platform Pelantaq untuk 'menghalalkan' keberadaan mereka semasa berada di pentas dan aku sedikit terganggu dengan lakonan mereka yang tidak begitu meyakinkan, dari segi tenaga dan karekter korus itu tidak dilakukan dengan baik, tenaganya rendah, dan badutnya tidak cukup ceria, malah tidak perlu rasanya untuk mereka berbisik - bisik melainkan jika kostum mereka itu berjubah dan menampakkan misteri. Disini memperlihatkan penggunaan korus yang tidak efisien bagi aku. Seharusnya Kumpulan A dan B memperlihatkan perbezaan, namun ia tidak begitu.
Salah satu elemen terbaik pementasan ini adalah Platform yang digunakan untuk menggambarkan tiga latar, iaitu di Pelantar, Di rumah, dan juga di Kelab Malam. Aku sangat - sangat menghormati kesanggupan mereka meluangkan masa untuk membina sebuah platform yang begitu baik sekali dengan artistik aspek yang cukup mendalam bagi pementasan ini. Sudah tentu masa yang digunakan untuk membina atau merekanya adalah agak lama, dan sewajarnya jika terdapat anugerah tatarias pentas, mereka wajib memenangi kerana kekeratifan dan usaha gigih mereka.
Daripada segi Jalan cerita, tidak ada apa - apa yang baru, di sini aku sedikit kecewa dengan perjalanan ceritanya, aku terlalu terganggu dengan jalan ceritanya yang teramat tipikal. Ia seolah - olah mengulangi penceritaan drama - drama TV atau jalan cerita matderihkolarperlih oleh NAMRON, dan memandangkan keduanya adalah dari bahagian utara semenanjung Malaysia, maka aku kira karya ini sangat - sangat rapat dengan penulisnya. Maka memandangkan ianya sangat rapat, boleh dikatakan bahawa ianya mewakili resah gelisah yang dihadapi oleh penulis tentang isu - isu orang melayu sendiri.
aku memandang Taukeh Lim, Bahtiar, Ibu Bahtiar dan Joho (Zakaria) mewakili elemen iaitu isu orang melayu sendiri iaitu.
Taukeh Lim (Unsur Luar)
Bahtiar (Rakyat Bawahan)
Ibu Bahtiar (Tradisi)
Joho (Golongan Atasan)
daripada unsur latar juga begitu.
Kelab Malam (unsur negatif/Unsur luar)
Rumah (Jati diri)
Pelantaq (Unsur luar - persimpangan negatif dan positif)
Bahtiar sanggup untuk melakukan kerja - karja haram, demi merawat sakit ibunya, dari segi interpretasi aku menggunakan elemen - elemen yang telah dinyatakan tadi, jelas menunjukkan bahawa, Bahtiar ingin melakukan sesuatu yang diluar daripada tradisi dan apatah lagi ditegah oleh ibunya tentang Taukeh Lim yang mempunyai aktiviti haram. Maka persoalan aku disini adalah, mengapa unsur luar itu semestinya haram dan tidak boleh digunakan? menggunakan watak Taukeh Lim, ia seolah - oleh memberi gambaran tentang bangsa lain itu hanya berniat untuk menguntungkan diri mereka sendiri tanpa mengira kawasan privasi dan jati diri bangsa lain. Perwatakan Taukeh Lim tidak diberikan justifikasi dan pengadilan yang kuat menyebabkan ianya menjadi watak yang stereotaip dan tidak dinamik. Berbalik kepada persoalan aku tadi, adakah unsur luar itu semestinya haram? Dan tidak boleh dilakukan? Jika kita menyebut soal Islam pula, boleh dikatakan bahawa unsur luar itu sendiri adalah Al-Quran dan As - Sunnah, dimana keduanya tidak menerima elemen atau unsur mistik, tahyul atau animisme yang diamalkan oleh sesetengah kita (orang melayu) sejak zaman berzaman iaitu tradisi yang diturunkan sejak begitu lama. Daripada segi adat budaya seperti persembahan budaya contohnya, apakah perubahan yang dilakukan (penggunaan unsur luar) itu adalah tidak benar dan tidak tulen? walhal sebenarnya semangat tradisi itu adalah berubah mengikut peredaran masa mengikut rentak dan tari bangsa yang memegang tradisi itu.
Contohnya, jika terdapat pengamal tradisi wayang kulit sejak tahun 1960an mengatakan unsur luar itu adalah tidak betul, maka apakah pengamal wayang kuli pada 200 atau 300 tahun dahulu mengatakan pengamal pada tahun 1960an itu betul? Sudah tentu terdapat beberapa elemen atau unsur yang dibuang atau diubahsuai dari generasi ke generasi, memandangkan pewarisan tradisi itu dilakukan secara lisan dan tidak pernah tertulis sejak dahulu lagi. Maka penolakan unsur luar itu akan terjadi jika perubahan tidak dilakukan secara parallel seperti menggunakan gitar dalam muzik wayang kulit, namun perubahan itu menjadi parallel dan tidak ditentang habis - habisan jika ianya hanya sedikit, seperti durasi persembahan wayang kulit yang dipotong menjadi pendek. Ini adalah sedikit idea dan pendapat aku tentang Teori Evolusi Budaya yang berlaku. Ingatlah bahawa bangsawan yang kita hargai itu bermula dengan perubahan daripada wayang parsi, maka perubahan itu tidak salah seratus peratus!
disini aku mengatakan bahawa Taukeh Lim, iaitu unsur luar tidak diberikan justifikasi dan pengadilan dengan betul kerana tidak menggambarkan dengan baik unsur luar itu sebetulnya.
Penderitaan yang dialami oleh Bahtiar sendiri adalah berpunca daripada diri sendirinya juga, ini kerana boleh dilihat (mungkin disebabkan lakonan yang tidak begitu baik ataupun tidak, saya tidak dapat menilainya, mungkin disengajakan oleh pengarah) wataknya yang begitu lemah dalam menangkis unsur luar, jika dia benar - benar dididik dengan jati diri yang tinggi, maka dia seharusnya mampu menangkis anasir luar seperti terlibat dalam aktiviti haram oleh Taukeh Lim dan juga dapat mengelak diri dari pergi ke kelab malam. Secara interpretasinya pula, dapat dilihat Bahtiar (rakyat golongan bawahan) sangat lemah dalam menghadapi anasir luar mengakibatkan kematian tradisi itu sendiri dan akhirnya dia mempersoalkan kehadiran watak ayah (Joho - Zakaria) sebagai punca dan penyebab kematian ibunya sendiri (tradisi).
Dapat kita lihat bahawa secara kolektif, budaya dan persembahan seni tradisional berkait rapat dengan golongan istana yang banyak membantu dalam perkembangannya, namun penurunan sokongan istana kepada seni tradisional ini menyebabkan ianya hampir luput dan pupus dan ini menyebabkan beberapa pihak tidak puas hati (yakni penggiat seni tradisional itu sendiri) kerana tidak mendapat sokongan dari segi dana untuk membuat persembahan. Faktor ini mungkin ada kaitannya, namun permasalahan sekarang adalah jati diri rakyat itu sendiri (Bahtiar) tidak cukup kuat untuk menolak anasir luar, meskipun tidak menolak, namun seharusnya mereka menanamkan budaya apresiasi terhadap seni tradisional (ibu bahtiar) yang tinggi demi mengelakkannya daripada mati dan pupus.
Namun ikhtiar Bahtiar untuk membebaskan Nina yang senasib dengannya adalah ikhtiar yang patut dipuji, walaupun pada akhirnya Nina mati ditembak oleh Joho pada akhirnya, ini menunjukkan Bahtiar (rakyat golongan bawahan) masih lagi mahu membebaskan rakan senasib dari penderitaan yang mereka alami namun pada akhirnya telah tertembak, dibunuh oleh golongan atasan (Joho - Zakaria).
Ada beberapa elemen yang membuatkan aku tidak selesa di dalam pementasan ini, salah satunya...
1. Pengunaan pelakon perempuan kecil untuk babak rogol
-seni hanyalah satu medium semata - mata, namun seharusnya bagi kita yang berada di Malaysia dan apatah lagi beragama Islam, seharusnya perkara ini haruslah dielakkan, kerana ini seperti mengajar sesuatu yang tidak baik kepada anak - anak kerana mendedahkan mereka dengan perkara sebegini diwaktu muda, hanya apabila pengarah memberitahu tentang keadaan seperti perlunya mereka menjaga maruah mereka walaupun dicabuli oleh ayah mereka sendiri ketika sesi latihan, barulah ianya wajar menggunakan anak kecil. Medan seni di Malaysia haruslah dijadikan tempat untuk mendidik anak - anak untuk menghargai seni dan yang terutama sekali agama dan adat yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As - Sunnah.
2. Pelacur, Kelab Malam.
-Ini adalah adegan - adegan yang membuatkan aku rasa sedikit terganggu, kerana isu "bukannya aku nak, tapi dah terpaksa" sudah terlalu lama dijulang dan ditayang di mana mana baik di drama, radio ataupun panggung wayang. Maka apakah penyelesaiannya? Aku merasakan bahawa orang ramai sudah tahu tentang hakikat ini dan seharusnya kita bergerak untuk lebih progresif ke arah penyelesaian dan bukannya menayang - nayangkan dosa. Ia mengingatkan aku kepada karya - karya NAMRON dan karya Ismail Kassan "Dejavu seorang perempuan" serta beberapa karya lain yang menggunakan tema yang sama. BERUBAH, BERUBAH, BERUBAH, dan CUBA BERUBAH, kita mampu melakukannya, Insyaallah.
Teknikaliti
Daripada teknikaliti persembahan, Akrab hampir berjaya melakukan persembahan yang baik, dengan permainan lampu yang menarik serta tatarias pentas (termasuklah Platform) dapat memberikan pengalaman menonton yang bagus, cuma akibat beberapa masalah teknikal (teknikal ini termasuklah aspek lakonan) menyebabkan ianya menjadi persembahan yang tidak kesampaian kerana kurangnya elemen dramatik walaupun ia hampir mencapai tahap yang sepatutnya.
Beberapa aspek teknikal seperti props (baju yang dibuang tidak sampai ke belakang pentas, dapat dilihat oleh penonton) dan lakonan yang kurang memberi impak yang menjatuhkan pementasan ini ke tahap yang sepatutnya. Props seperti baju yang tidak berada di luar pentas, Air botol tumpah diatas pentas (meskipun berjaya diangkat dengan berjaya) mencacatkan sedikit persembahan. Lakonan pula adalah penyumbang utama kepada kekurangan aspek dramatik pementasan ini, kerana babak kematian ibu bahtiar adalah babak yang terpenting sekali di dalam pementasan ini, akibat pacing yang terlampau cepat dan lakonan yang tidak begitu meyakinkan, maka kuranglah dari segi aspek dramatik menyebabkan penonton terkapai - kapai, tidak tahu sama ada untuk bersimpati kepada Bahtiar atau membiarkan sahaja dia bersama mayat ibunya di atas pentas.
Persoalan yang ditimbulkan oleh korus dalam setiap kali pertukaran set (Platform) menyebabkan beberapa watak tidak dapat berkembang dengan baik kerana setiap kali pertukaran berlaku, ia akan memakan masa yang agak lama. Maka apa yang boleh dilihat menerusi hubungan Bahtiar dan rakan - rakannya di Pelantar? Ini mungkin kerana AKRAB mahu menghormati masa yang telah ditetapkan oleh penganjur pertandingan, kerana sudah pasti dengan perkembangan yang meliputi bukan sahaja antara hubungan Bahtiar dan Taukeh Lim serta Ibunya, pasti jalan ceritanya tidak terlalu meleret dan watak dapat dikembangkan dengan baik, namun permasalahannya adalah - Siapa yang akan menggerakkan platform tersebut? Ini mungkin seperti soalan siapa yang lahir dulu, ayam atau telur ayam? Maka perkaitan antara teks dan teknikal harus difikirkan sebaiknya oleh pengarah dan jika diberikan pada aku teks ini, aku juga akan pening kepala untuk memikirkan aspek teknikal demi tidak mencacatkan aspek dramatik pementasan.
Kesimpulannya
Kesimpulan yang dapat aku simpulkan disini adalah, Kumpulan Teater AKRAB telah menjalankan tugas mereka dengan baik sekali terutama dalam pembinaan Pelantaq/Platform yang menjadi objek utama dan terpenting dalam pementasan, sayangnya kandungan cerita yang ditulis adalah sudah agak lama, dan perbahasan mengenainya sudah agak lapuk untuk dibincangkan, seharusnya suatu gerakan penyelesaian harus dilakukan untuk memberi makna kepada tradisi dan pewarisan baru ini untuk terus bergerak, jika tidak, ianya akan mendatangkan keburukan kepada masyarakat yang terlalu lama bermuram seperti Bahtiar kerana kematian ibunya (tradisi). Tidak seharusnya sesuatu masyarakat dan bangsa itu harus bermuram kerana kematian tradisi, namun memegang semangat tradisi itu penting, iaitu meneruskan apa yang diketahui di tangan dan sentiasa membawa ianya bersama dengan idea - idea inovatif dan kreatif sambil menjulang dan menjunjung akhirat iaitu Islam berdasarkan Al-Quran dan As- Sunnah. Kita tidak mahu lagi menjadi seperti Nani yang terperangkap namun semakin putus harapan untuk keluar daripada perangkap Joho - Zakaria, dan sentiasalah penuh harapan dalam sedikit kesedaran seperti Bahtiar.
Syabas kepada kumpulan AKRAB di atas pementasan yang menarik itu!

Sunday, September 30, 2012
Review Putera Sangkar Maut
Assalamualaikum w.b.t,
baru selesai pulang dari menonton persembahan orang - orang di kedai tua tempat aku lahir, 'Tronoh Theatre Shop'. Berikut adalah reviewnya.
Sinopsis
Putera Sangkar Maut adalah sambungan daripada cerita 'Maharaja Beruk', anak haram Maharaja yang bernama Azad telah di besarkan oleh Pak Baem dan Mak Uda. Pak Baem dan Mak Uda juga mempunyai anak sendiri, iaitu Uda. Azad telah menjadi seorang pemuda yang suka berfoya - foya, tidak seperti Uda yang lebih matang dalam tindakan dan kata - kata. Rosnah yang telah bertunang dengan Andak telah menaruh hati terhadap Uda, namun Uda lebih mencintai Aminah. Azad pula menaruh hati terhadap Aminah namun cintanya tak pernah terbalas. Semua berubah apabila Datuk Bendahara dan Datuk Temenggung datang ke rumah Pak Baem dan Mak Uda selepas mereka telah dapat mencari pewaris takhta maharaja iaitu Azad. Azad yang masih keliru memohon untuk diberikan masa supaya dapat berfikir. Dalam pada itu, dia telah merogol Aminah ketika dia pulang berseorangan. Mendengar Azad telah menjadi Maharaja, Rosnah telah mencari helah untuk memutuskan pertunangannya dengan Andak dan berkahwin dengan Azad melalui pertolongan sihir Nyai Temah. Azad yang telah menjadi maharaja bertindak kejam terhadap rakyat dan telah menjadi korup kerana terlalu mengikuti kata - kata Rosnah dan hasutan Datuk Temenggung meskipun Datuk Bendahara tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Andak juga telah dinaikkan pangkat dan menjadi orang istana, namun Rosnah dan Andak masih menaruh hati antara satu sama lain, perkara ini telah digunakan oleh Datuk Temenggung sebagai peluang untuknya meraih keuntungan dengan mengugut akan memberitahunya kepada marahaja. Aminah pula telah mati dibunuh oleh Datuk Temenggung ketika dia mengadu telah mengandung anak luar nikah Azad. Uda, Pak Baem, dan Mak Uda yang telah menunjuk protes di taman larangan telah di serang oleh pihak kerajaan dibawah perintah Azad. Mendengarkan kematian Aminah, Uda meluru dan telah membunuh Datuk Temenggung yang sedang berada di dalam gua bersama maharaja Azad dan Rosnah untuk melihat sangkar tempat kelahiran Azad. Azad telah mengugut untuk membunuh Pak Baem dan kesempatan ini telah digunakan untuk mencederakan Uda dan seterusnya membunuh Pak Baem. Gempa Bumi kemudian berlaku dan Azad telah ditelan bumi sementara Rosnah pula gila akibat kematian Azad.
Ala - ala yang bukan ala-mak
Dahulu TTS pernah membuat satu pementasan Bangsawan Tuah Hang Jebat. Ketika itu, dibawah program semarak bangsawan, TTS telah mementaskan karya yang aku anggap diberi permaknaan yang baru namun sedikit janggal akibat tidak digarap dengan baik dihujung cerita. Aku sebenarnya bukanlah seorang yang terlalu tradiotionalist, atau terlalu avant - garde. Cuma aku suka untuk buat kerja avant - garde bila aku nak buat kerja avant - garde. Bila aku perlu untuk melakukan sesuatu yang tradisional, aku akan lakukannya demi menghormati bentuk yang telah sekian lama dicorakkan oleh orang yang terdahulu. Bangsawan sebenarnya bermula daripada wayang parsi yang dibawa oleh pedagang - pedangang india di sekitar Pulau Pinang. Setelah mereka pulang, elemen ini telah digunapakai oleh orang tempatan, maka lahirlah bangsawan yang membawakan cerita yang berbagai - bagai, dari Shakespeare, hingga hikayat dan dongengan melayu. Dr.Shark sengaja memilih untuk meletakkan 'ala - ala bangsawan' kerana dia sendiri mahu begitu, lari dari konsep asal bangsawan, namun hanya memakai elemennya sahaja. Aku sendiri yang tidak pernah menonton bangsawan asli yang dilakonkan oleh orang - orang bangsawan, sudah pasti tidak dapat membezakan apakah satu bangsawan itu asli atau tidak? Ini bukanlah tempat aku untuk menentukannya, namun atas penghormatan Dr.Shark untuk tidak meletakkan ianya sebagai satu pementasan bangsawan, adalah sangat aku puji. Namun harus dinilai semula, apakah dengan tidak mengkontemporarikan seni komersial itu adalah tidak tradisional? bahkan bangsawan itu sendiri lahir dari wayang parsi yang diubah cara pementasannya, sesuai dengan selera tempatan? Apakah mak yong itu tidak lagi mak yong apabila dialek kelantan tidak digunakan? Ia adalah satu soalan dan pertembungan pemikiran yang dari dahulu lagi berlegar dikotak fikiran aku, dan biarlah aku mengatakan disini bahawa, aku selesa dengan perubahan yang sedikit - sedikit itu dan sesuai dengan zaman, kerana itu adalah semangat tradisional, hanya apabila zaman tradisional dan masa beredar secara tidak selari atau parallel, maka tradisional itu akan tenggelam dan sebarang perubahan akan dipandang oleh aktivisnya sebagai tidak tradisional.
Dan Dr.Shark seperti selalu, lebih selesa menjadi wira dipanggung sendiri, dikhalayak sendiri, dengan teknik sendiri dan cara sendiri, jika dia tidak diserang penyakit jantung dan berjaya mencapai apa yang dia mahu capai sebagai seorang pengarah, itu adalah perkara yang menggembirakan buat aku. Oleh itu, 'Ala - ala bangsawan' adalah terma yang selesa digunapakai olehnya tanpa perlu pening kepala dikritik oleh traditionalist. Memang ego-centric, tapi bukankah aktivis seni dan pengkarya perlu mempunyai perasaan begitu untuk kekal kreatif dengan cara sendiri? aku juga begitu.
'Manusia itu berbagai - bagai' kata Tuhan.
'Supaya kamu saling kenal - mengenal' Kata Tuhan lagi.
maka terimalah idea dan bertukarlah idea dengan aman dan harmoni serta menghormati setiap pengkarya dengan sebaik mungkin.
Satu Tribute untuk Filem 60an
Pernah aku tanyakan kepada Dr.Shark, mengapa dia mengambil tajuk tersebut, dan adalah kerana dia nak gunapakai tajuk filem 60an, dan selang brapa lama selepas itu, aku berbual dengan dia lagi, dan telah membuat kesimpulan yang doc sendiri setuju bahawa pementasan kali ni adalah satu tribute untuk filem - filem 60an yang dia suka. Maka tak hairanlah jalan ceritanya hampir sama dengan 'stock' karekter yang sering ada dalam filem - filem 60an. Elemen - elemen 'anak luar nikah', 'cinta tiga segi', 'anak derhaka' adalah tema - tema yang sering digunapakai dalam filem - filem 60an, kesan daripada pengaruh filem di India yang baru meningkat naik ketika itu. Harus diingatkan bahawa kebanyakan pengarah ketika itu juga adalah berbangsa India dan syarikat perfileman pula dikuasai oleh orang cina (contoh : Shaw Brothers).
Bahasa ala 60an telah digunakan untuk memberikan suntikan kelainan kepada pementasan teater ini, namun sayangnya, para pelakon yang kurang memberi tumpuan terhadap pengucapan dialog ini membuatkan ia menjadi satu ciri yang tenggelam di akhir cerita dan seolah - olah ia menjadi satu pengucapan dialog yang biasa. Para pelakon seharusnya membuat homework sendiri dengan menonton dan berlatih untuk bertutur seperti pelakon filem 60an, dan jika ia berjaya di lakukan, sudah tentu ia akan menjadikan pengalaman menonton sebagai satu pengalaman nostalgik.
Seperti biasa, Dr.Shark tidak akan gagal untuk tidak menyelitkan unsur politikal, dan keseluruhan pementasan ini adalah tentang suasana politik di pihak kerajaan. Satu kritikan yang jelas dilontarkan dan sudah tentu penonton akan dapat menangkap dengan mudah. Teknik didaktik suka dilakukan oleh Dr.Shark ketika pementasan, ia tidaklah terlalu jelas, dan tidaklah terlalu tenggelam unsurnya, menyebabkan aku sendiri sering bertekak dengan dia atas hal ini. Aku pula suka untuk menggunakan pendekatan Dialektik atau teknik bertolt brecht yang berdasarkan Marxism, mengajak penonton untuk bebas berfikir dan tidak menjadi penonton yang tidur ketika pementasan dengan elemen alienation effect. Namun pada akhirnya tidak lah menjadi kesalahan kepada pengarah untuk memilih mana - mana stail, kerana ia sudah tentu berpadanan dengan jiwa pengarah tersebut. Didaktik atau Dialektik, pada akhirnya respon penonton dan objektif pengarahlah yang harus digunakan untuk menimbang tara sebagai outcome result. Tentang elemen politikal ini pula, aku agak terkejut dengan adanya watak Datuk Bendahara yang tidak bersetuju dengan tindakan dan arahan Maharaja serta pembesar istana yang korup. Pada sebelum ini, aku sendiri tidak pernah melihat keseimbangan kritikan doc terhadap arena politik, mungkin dia masih berharap agar orang baik itu ada dimana - mana, tidak kira parti politik.
Apa yang membuatkan aku lebih tertarik pada pementasan kali ini adalah elemen percintaan yang sudah agak lama tidak disuntik oleh Dr.Shark. Ini menjadikan beberapa karekter menjadi mangsa keadaan, seperti Azad, yang menjadi korban antara cinta dan masalah keluarga, dirinya yang telah diketahui anak haram kepada maharaja. Meskipun Azad dan Uda membesar dengan keadaan dan suasana yang harmoni, namun atas perkara - perkara ini telah meretakkan hubungan mereka adik beradik dan seterusnya antara rakan - rakan mereka iaitu Ujang dan Andak. Sememangya elemen ini tidak sempat untuk mengolah sebab dan kenapa watak - watak ini berubah dengan begitu cepat perwatakannya, tetapi cukuplah jika aku mengatakan bahawa takdir tuhan memungkinkan segalanya.
aku tidak pasti apakah doc sedar atau tidak yang dia telah menggunakan elemen 'Malaysia' dalam busana para pelakon, dengan elemen cina dan India digunakan, namun aku pasti ianya secara sedar atau tidak, adalah untuk mencerminkan suasana di Malaysia yang bermacam budaya.
pada struktur cerita pula, bagi aku, perkembangan watak tidak sempat ditekankan sangat, dan terlalu tergesa - gesa, menyebabkan Doc terpaksa menghabiskan cerita dengan pengakhiran yang cukup aku tak berkenan, sebab dah berulang kali dibuat. Gempa bumi, aku rasa kerana terlalu dipaksa untuk menghabiskan skrip oleh krew produksi dan pelakon, maka dia tidak dapat mengembangkan cerita dengan baik, apatah lagi memberikan pengakhiran cerita yang baik.
tolong jangan paksa doc siapkan skrip lagi. Atau dia akan berikan kepada penonton pengakhiran yang sama, aku sebagai penonton pula mungkin terpaksa muntah satu baldi sebab terlalu lama sangat menonton pengakhiran yang begitu, sebab aku tahu, kapasiti kreativiti doc adalah lebih dari itu. dan jauh daripada itu.
aku masih lagi menantikan sebuah lagi masterpiece yang dapat menandingi naskhah Cinta Sang Arnab. walaupun bukan cerita cinta, namun aku masih lagi menunggu. Ya, dan Asylum tidak lagi mencapai tahap Cinta Sang Arnab, rasanya sebagai peminat karya Doc, aku juga perlu demand bukan? ha ha ha.
Teknikaliti Produksi
Aku rasa pada peringkat ini, aku tidak perlu lagi memberi komen terhadap lakonan dan teknikaliti produksi, kerana tanggungjawab itu sudah dipegang oleh Dr.Shark, biarlah aku sebagai penonton kekal di kerusi aku sebagai penonton. Cuma secara keseluruhannya belum mencapai tahap tertinggi TTS, sebagai seorang TTSian, itu adalah tahap yang perlu dicapai jika mahu pergi ke tahap seterusnya. Pacing, Lontaran vokal, penghayatan (nampak natural), postur adalah antara isu - isu yang dapat aku kutip semasa menonton.Kalau betul - betul mahu perbaiki mutu lakonan atau sedikit teknikaliti, boleh PM aku diFB bila - bila masa.
wallahualam.
p/s : sentiasa berjuang dan melakukan apa2 pun atas nama Allah, jika kita tidak bersungguh, maka siapa lagi yang dapat kita harap dan sandarkan?

Monday, September 24, 2012
Jus Pisang Ceroi
Petang yang tak berapa nak petang tu aku ke kantin kolej, setelah penat melampiaskan nafsu untuk bersukan bagi menguruskan badan yang dah semakin barai dan boroi. Dekat Universiti ni ada berbelas - belas kolej, masing - masing akan tinggi dengan semangat kekolejannya bila bercakap pasal kolej, cerita tentang kemenangan karnival sukan secara total 40 tahun dulu selalu diulang-pekik seolah - olah ia penemuan satu agama baru yang harus dibangga - banggakan. Mungkin benar juga mereka jumpa 'agama' baru, 'agama' kekolejan, yang menganjurkan supaya satu kolej bertungkus - lumus untuk kasi tapau kolej lain dalam apa jua acara, dari anugerah tandas terbersih sehingga anugerah manusia paling celaka.
Hebat tak assabiah kita yang punya pawer ni?
Mungkin sebab itu negara kita punya nak bersaing dengan negara lain sampai masa sambutan merdeka sanggup warnakan beras dan buat bendera paling besar menggunakan beras.
Menangis anak somalia mendengar pembaziran dan kebodohan ini.
Apa yang membuatkan aku ke kantin kolej ini adalah sebab kantin ini satu - satunya kantin yang ada jual jus pisang. Jus Pisang Tahu!!!! Ya, jus pisang. Tak ada kolej lain lagi yang menjual air jus pisang di Universiti ni, bayangkan, dalam beribu - ribu manusia dan beratus orang penjual, semua orang tak pernah terfikir nak jual jus pisang. Aku pun tak faham kenapa mereka tak pernah terfikir nak jual jus pisang. Mungkin atas dasar kemanusiaanlah jus pisang hanya dijual disini, atau mungkin sebenarnya mereka terlebih pisang untuk dijual? Ah, malas fikir, sekarang hanya pisang yang bermain - main di kepala aku.
selepas jenuh bermain di ruang lingkup astaka pemikiran aku yang sering membebel tak tentu pasal, aku memesan dua gelas jus pisang dengan harapan bahawa aku adalah orang paling 'pisang' dekat kantin masa tu. Special la maknanya tu.
Pisang ni sebenarnya adalah buah yang paling Underrated dalam Malaysia, macam Unsong heroes, walhal ia amat popular di negara - negara beriklim tropika. Ada macam - macam jenis pisang, pisang tanduk, pisang abu, pisang awak (?), pisang tanduk, dan entah apa - apa lagi nama pisang yang aku terlupa atau tak tahu. Macam - macam jenis masakan yang boleh dibuat dengan pisang, termasuklah yang paling popular - Pisang Goreng, tapi kenapa nama pisang tak dijulang macam strawberi yang masam atau buah oren yang mat salleh sangat tu???
Dekat masjid pulak selalu letak pisang. Ada yang berniat untuk nazar, ada yang berniat untuk suka - suka bersedekah, ada yang sebab nak tengok manusia jadi beruk lepas semayang jumaat (kes tak ikhlas la tu) dan macam - macam lagi. Tak cukup lagi bukti bahawa pisang adalah raja segala buah dekat Malaysia ni? Apahal pulak dengan durian tu yang ditabalkan sebagai raja? kau dah hilang akal? ada orang buat Durian Goreng ke dengan durian tu? atau jus durian? ada???
Penat bercakap dengan pemikiran sendiri, aku masih menunggu sepi. Pisang tak sampai - sampai lagi, batang pisang pun aku tak nampak, apatah lagi jusnya yang pekat dan menggiurkan tu.
"PEN!!! PENN! PENN!!! PENN!!! PENN!!!!!!!!"
Ni dah apa pulak ni.
oh, manusia - manusia berhati waja menebalkan muka meraih undi dengan hon - hon yang menjerit - jerit dari setiap jenis kenderaan yang ada, dari basikal sampai ke lori. Ada pilihanraya kampus esoknya, maka mungkin mereka - mereka ni datang untuk buat last push sebelum diangkat ke langit menjadi politikus muda setelah menang. Lawak.
Kakak - kakak dan adik - adik bertudung labuh serta berkopiah semacam band punk pulak nak kasi bingitkan susasana aman di Universiti, tinggal lagi tak ada chaos je. Kalau tak, memang dah jadi macam suasana anarki dah ni.
'Sebelah' sana pun apa kurangnya, ye dak?
Aku tak berminat dengan politik, idea politik tu pun dah buat aku nak muntah, makan dan muntah balik muntah aku tu. Maka aku amat hairan dengan keberanian mereka ni yang sampai bermusuh - musuh pulak sesama manusia, dilatih begitu oleh 'abang - abang' besar berbaju kot, berseluar yankee dan berotak ayam.
Scene politik kampus lah adalah tempat dimana bakal - bakal pemimpin negara lahir, sama ada dia memerintah menggunakan ketiaknya atau otaknya, aku pun dah malas nak ambil tahu, barangkali masyarakat kita ni perlukan satu penghapusan total macam Rha's Al Ghul nak buat dalam Batman Begins untuk betulkan balik sistem masyarakat yang berkecamuk dengan isu - isu remeh dan bodoh.
Ketika rancak otak aku membebel, kumpulan separa anarkis ni lalu di depan aku yang duduk di meja hujung. Masa tiba - tiba berhenti dan aku cuma menoleh kanan dan kiri atas kiamat kecil yang berlaku. Aku tak suka bila keadaan ini berlaku, kerana aku bakal menyambut sesuatu menggunakan hati kecil ini.
Cinta. Terjatuh.
PUI!
Senyum.
Adeh.
Senyumannya terbang ke muka aku, bertudung labuh dalam suasana yang beku dan tak bergerak. Dia tersenyum dari dalam kereta. Dalam keadaan posisi kosong, aku tak mampu untuk mengorek sebuah senyuman dan melayangkannya satu balasan, dan aku terus tegak disitu dan tak tahu nak rasa apa untuk kiamat kecil dalam beberapa saat itu.
"UNDI KAMI YA!!!"
dia jerit kat aku. kata - kata yang tak ikhlas tu, kalau masuk dalam ruang beku berkiamat kecil macam ni, adalah macam bunga ros merah yang dilemparkan. Berbau wangi, dan tanpa duri. Bila sampai dekat dengan kau, baru kau terasa tajamnya duri - duri api tu.
-DENG~
bunyi masa digerakkan cepat kembali oleh Tuhan, bila dah berumur pertengahan dua pulohan, kau tak mampu untuk mengelak perasaan itu. Perasaan itulah. Itu. Terlalu banyak kali aku merasa sampai jadi jemu nak cakap. Sebab aku lagi suka bercakap tentang beruk yang ditindas diluar negara serta siput yang diancam kepupusan dari bercakap tentang keadaan semula jadi aku yang sedang terseksa menunggu umur 30-an.
Tapi kalau aku berjaya tunggu sampai takat umur 30-an pun. Masih ada kecelakaan lain yang menunggu kan?
"Bang, ni dia Jus Pisang. Dua kan?"
"Ha ah, mekasih"
berlalu pergi. Apa punya manusia la, aku serahkan kasih elok - elok, dia tak nak pulak.
Hirup. Feel.
Tak ada.
Jus Pisang Ceroi. Pembunuh segala selera. YA. SEGALA selera. Baik Untok anda.
Celaka punya jus. Mungkin ni sebabnya kot orang lain tak buat jus pisang ni.
Tuesday, September 4, 2012
Aku - Trainer.
entah kenapa aku cukup hangin bila orang ada yang menyebut...
"kalau ko tak nak bertanding, jangan ajar bebudak tu, ajar macamana cara nak menang jer"
itu samalah macam.
"belajar, tak yah penuh emosi, belajar sebab nak dapat markah tinggi dan score jer, apresiasi ilmu tu buang masa, so tak yah"
aku menyampah gila bila dipaksa dengan benda macamtu, in case kalau orang dah tak nak aku jadi coach puisi atau yang sewaktu dengannya, TAKDE HAL.
approach aku untuk pertandingan puisi orientasi ni adalah untuk diorang appreciate puisi dan art, aku bagi diorang peluang untuk bagitau kat semua orang apa itu seni dan apa yang diorang nak.
Kalau menang, itu adalah satu bonus, bagus, tapi kalau tak menang, aku mintak maaf, aku bukan Tuhan untuk menentukan kemenangan sesiapa, bila kita terlalu nak menang, aku akan nampak, benda tu jadik macam ni...
bila sorang wat stail hantu, semua buat stail hantu.
itu yang jadi lagi bangang tu!!!
apa jadik dengan kreativiti? baik tak yah buat art kalau tak mampu nak kreatif, tak berani nak mencuba benda baru, salah takper, kalah takper, interpretasi manusia berbeza, mungkin kita tak cukup bagus dalam menterjemahkan puisi ke atas pentas, atau orang tu ada idea yang lain, takder masalah pun, kalau kalah, kalah lah, aku takder masalah.
petang ni, dengan gaya yang biasa, aku tak pasti boleh menang ke tak, tapi kita cuba.
selainnya, berserah pada Allah.
untuk 3 hari punya latihan puisi, aku rasa ni kira baguslah dapat buat macamtu.
even aku gunakan budak cina untuk deklamasi sajak.
PUI! Bahasa tu bukan untuk bangsa, bahasa itu untuk dikongsi bersama, kalau omputih tu tak bagi kau belajar bahasa diorang, dah terkayak dah korang nak speaking.
so let's be open minded and be creative, daring, and brave to try new things.
after all, isn't that is what art is all about?

Sunday, September 2, 2012
Okupai Masjid : I Love You
nikmat pergi ke masjid semakin terasa, moga Allah memberikan aku kekuatan untuk terus istiqamah berkejar ke masjid bila masuk waktu.
Alhamdulillah, sekarang aku ada kekuatan balik.
alhamdulillah.
memang nikmat.
i guess i just miss Masjid a lot.
:')

Subscribe to:
Posts (Atom)