Monday, November 21, 2011

Dier...

Assalamualaikum w.b.t,

malaysia menang final sukan sea acara bola sepak lawan dengan indonesia.
good game.
dah, jangan gadoh2 sesama penyokong.
sudah, tak nak ulas panjang.


semalam harinya.
aku berjumpa sekali lagi dengan professor serta isterinya, kawan sekerja dengan kakak sulung aku.
terus terang, aku segan.

aku ni aper jer masa tu, pakai baju domo, seluar jeans dan rambut panjang.
dan dia keluar bersalaman dengan mak serta kakak aku.
aku makin segan.
dan aku terkujat terdiam disitu, dan berharap segalanya ini adalah mimpi,
kalau mimpi, aku takder hal nak menikmatinya,
kalau bukan mimpi, aku rasa aku sangat2 tak layak menerimanya.
Allah sangat baik dengan aku, dan aku? selalu sangka tak baik dengan menganggap segala ujian yang datang adalah bala, walhal ujian itu adalah anugerah, untuk dia test kiter, tengok kita kuat atau tak, dan untuk memperkuatkan kiter.

terus terang, aku lemah, teramat lemah sangat2, nak nangis pun ada, serius.

masa tu aku hanya seorang domo yang mulutnya terbuka, berhadapan dengan seorang wonder woman berwarna ungu putih.
seorang lawyer, dan aku?
kerja aku skang adalah busking, busking, dan busking.
buat show, buat show, dan buat show.
sibuknyer kadang2 ngalahkan seorang artis.
loser?
mungkin kot
tapi ni jalan aku, dan aku mengharapkan agar aku diterima masuk ke UM, belajar dan dapat mengakhiri pembelajaran aku di peringkat master dalam bidang performing arts.

katanya petang tu diorang dah menunggu dari kul 4.30 petang, dan aku terkial2 menghabiskan audisi aku untuk pilih kasih musim ketiga kat terminal 1 seremban, kalau tau aku dah bertolak terus dah pagi tu ke rumah yong, takder nak tunggu2 lagi.

prof ajak aku tambah makan, dan entah kenapa aku kurang berselera dalam erti kata lain, aku tak tambah makan, dan yang pelik tu sebab aku bagi alasan, nak jaga badan, selalu aku main bedal jer makanan, nasik basmathi kot, bagus beras dier, leh plak aku wat bodo jer. aduhai.

nampaknya diorang macam bersungguh, dan aku makin takut, takut aku bukanlah seperti orang yang diorang nak.
dengan diri aku yang kelam kabut.
aku banyak lagi kelemahan, dan pas aku frust itu hari, rasa nak shut out from apa benda kat sekeliling aku, nasib baik ada projek rabak, ada aktiviti TTS, kalau tak, aku dah betul2 makan tido jer kat rumah tu.

aku harap sangat, kalau betullah dia jodoh aku, biarlah aku dapat perjuangkan apa yang aku nak juangkan, dalam dunia seni, aku kalau boleh, tak nak jadi seorang pensyarah (kalau aku lepas master in performing arts) yang tak hands on, tak buat benda2 arts, hanya bukak buku dan research dan research dan research.

aku harap nanti taklah begitu.
nampak jer muka dier, aku betul2 mati akal.
dalam hati aku, Ya Allah, jika ini takdir aku, aku rasa betul2 rendah diri.
sebab aku rasa Allah terlalu baik pada aku, walau aper yang aku dah buat selama ni.

Ya Allah, jika itu orangnya, maka beritahulah aku, supaya dapat aku memberikan seluruh jiwa dan raga aku, untuk binaan kekal di syurgaMU, bersama - sama. amin.



p/s : sayang, aku masih tak nampak lagi wajah di sebalik hijab yang menutupi muka mu, dan jika benar kau wujud, dan yang dihadapan aku itu ialah kau, maka aku harap, dapat kita sama2 kongsikan hati dan rahsia bersama. dan kita bina sama2 rumah di tempatNYA yang kekal, syurgaNYA. amin.

1 comment: