Monday, June 4, 2012

Bersama. Bersama.


aku ingin kau tahu,
yang rindu ku sedang memelukmu,
tidak melepaskan kau pergi,
kau mungkin bernama kenangan,
yang terbang bersama awan - awan,
kau mungkin kekasih,
jika antara kita ada, masih,
kau mungkin ketakutan,
yang menjadi sahabat baik dan menjadi ikutan angan - anganku,
kau mungkin cuma perasaanku,
yang aku lakarkan buat satu penderitaan,

segala bentuk kau, aku terima,
asalkan kau mahu bersama ku,
menemani malam - malam,
yang penuh bintang yang berjejak,
selaput merah darah kering itu akan aku bersihkan,
andai kau sudi memeluk ku ketika yang ada padaku cuma tangisan,
ketika yang ada padaku cuma kesakitan,
ketika yang ada padaku cuma penderitaan,
ketika yang ada padaku cuma kenyataan,
ketika yang ada padaku cuma khayalan,
ketika yang ada padaku cuma gentian kehapusharapan,

aku mahu kau jejak sepoi angin ini bersamaku,
dengan mimpi gila yang tiada harapan,
sampai ajal memujukku,
untuk berjumpa dengan tuhan.

sudikah kau bersama ku?






1 comment: