Thursday, June 14, 2012

Mengada

bila mereka  bertanya

"kenapa kau tak amek jer offer petronas tu? rugi tau, gaji banyak tu"

aku cuma tersenyum.
ya.
salah aku kerana tak cukup matang menghadapi kenyataan dan mengorbankan diri untuk masa depan.

mungkin kalau aku ambil offer tu, aku sedang mengumpul duit untuk meminang anak professor itu.

tapi...

jika aku begitu.

aku tak mahu.

sebab aku tak ada bekal yang mampu aku kongsikan untuk anakku.

secebis realiti yang aku gigit kuat untuk bekalan dia apabila besar.
bukan sahaja tentang Islam. namun tentang realiti seorang muslim, dalam dunia Islam, dalam dunia mencabar.
aku tak mahu dia sering menyorok dibawah katil kami sehingga besar.
aku mahu menangis melihat dari jauh bila dia merangkak berjalan seorang diri.
tabah dan berani seperti seorang manusia.

sayang.
maafkan ayah kalau terlalu kejam ketika itu.
maafkan ayah ya.


dan bila aku tertarik dek realiti kembali.
izinkan aku senyum sebanyak mungkin.

"aku mengada - ngada"

barangkali itu adalah jawapan terbaik buat soalan tu.

No comments:

Post a Comment