Wednesday, June 15, 2011

If U Dun Belong....

Assalamualaikum w.b.t,


lately aku rasa down gila2

mungkin down sebab komen2 yang buat aku terasa, aku memang suka terasa, sebab aku sensitif, orang kata aku gila sebab aku suka sangat terasa, bahkan ini antara menyebabkan kadang2 kengkawan susah nak rapat dengan aku, sebab kadang2 aku terasa tahap cimpanzi, even pernah tak bertegur dengan rumate aku sebab dier kalahkan aku main fifa banyak kali, masa tu gila ah, perang dingin, macam pondan pun ader, macam budak kecik pun ader, bangang giler, tapi rumate tu lah yang bertahan duk dengan aku sampai skang, alhamdulillah, rasanya kalau dier takder, terkayak gak aku duk UTP ni, sebab dier nih jenis mcgyver, semua bender dier reti repair, ho ho ho.


sekarang aku masih lagi terasa dengan doc, yang bengang dengan aku dan bebudak TTS yang baru sebab tak jaga barang betul2, sebab malas nak simpan barang2 kat belakang stage ke tempat store, aku gitau dier masa tu, aku akan kemaskan, ajak bebudak lain, aku ader problem dengan ex aku yang menyebabkan aku rasa semangat juang aku nak idup betul2 dah takder, tetiber doc mengamuk2 suh juger kemaskan belakang pentas, aku akui aku salah, sebab lembab nak mampus nak setelkan bender tu, memang betul pun generasi2 baru TTS ni agak lemah sket berbanding yang dulu2 yang sangat mendengar kata dan berdisiplin, dan generasi masa kitorang yang memang tak amek peduli pun tentang persembahan TTS, yang lebih manja dan mengada2, terutama aku, ha ha ha ha.....

terus terang aku katakan, aku tak bersedia untuk Qum, walaupun diorang dah popular camner pun nanti, aku tetap tak bersedia, aku insecure untuk berada dengan Qum, aku dapat rasakan kata2 ejekan buat aku didalam environment Qum, kalau nak mintak aku tolong, aku takder hal nak tolong, tapi kalau ada orang lain, biarlah orang lain dulu, kalau betul2 takder, baru aku tolong, aku betul2 insecure, aura doc yang sering mengejek2 interest dan pandangan aku kepada dunia seni buat aku rasa tak tenang walaupun berada dalam Qum, sebab aku tahu, bebudak Qum adalah bebudak yang taat dengan doc, memang akan ada bangkangan kepada idea2 dier, tapi tak seteruk aku, aku suka wat kepala sendiri senang cerita, dan biarlah kesalahan dan ketakutan akibat kesalahan aku nih, aku tanggung sendiri, buat apa aku nak menipu diri sendiri dan terus berpura2 macam takder aper yang berlaku?

kadang2 aku bertanya, kenapa aku wat semua bender ni?

kenapa aku masih berada dengan mereka?

nak datang tengok show diorang pun aku segan, aku segan nak berjumper dengan diorang bukan sebab apa, seolah2 aku dapat membaca muka diorang yang hipokrit mengata aku kat belakang, tapi aku tahu, itu cumalah perasaan aku yang terlalu paranoid dengan gesture2 diorang, dalam kumpulan manusia pelik yang suka berteater iaitu TTS-TQA, aku boleh dikategorikan sebagai antara yang paling pelik kat dalam grup nih...


aku sayangkan TTS-TQA,
aku sayangkan ahli2nya
tapi aku rasa aku tak mampu untuk membantu usop dan rakan2 yang lain lepas grad UTP nanti
aku terlalu insecure untuk berada di TQA
maafkanlah aku....



adakah aku akan tamatkan cita2 aku untuk terus begiat dalam bidang seni sampai mati?
tidak!
aku nak tebus dosa2 aku iaitu tidak pergi menuntut ilmu tentang seni sejak sekolah lagi,
dan aku tahu, ia takkan terbayar sampai bila2.....

p/s : dia cakap teruskan perjuangan seni, aku cuma ketawa mendengarnya, nah, sapa kata dibelakang kejayaan seorang lelaki itu ada wanita? dia cuma perlukan TUHAN yakni ALLAH untuk melakukan apa2 sahaja yang bernama kejayaan :)

1 comment:

  1. biasalah.. nasib tak diterima dek alam.

    kadang2 elok gak sensorang. kalo orang mintak tolong, insya Allah kita tolong.

    but to be in group..

    mmg tak reti..

    adeh..

    (-_____-)

    ReplyDelete