Wednesday, June 1, 2011

tolong beritahu tun teja

tolong beritahu tun teja bahawa jebat yang bunuh megat panji alam
tolong beritahu tun teja bahawa jebat sayangkan abangnya tuah
tolong beritahu tun teja bahawa jebat sengaja mengalah untuk abangnya tuah
tolong beritahu tun teja bahawa jebat menyayangi abangnya tuah melebihi keadilan yang dijuangkannya
tolong beritahu tun teja bahawa tuah tak pernah sayangkannya
tolong beritahu tun teja bahawa tuah tak pernah melihat kebenaran disebalik kesetiaannya
tolong beritahu tun teja bahawa tuah seringkali keliru bila menjalankan tanggungjawabnya
tolong beritahu tun teja bahawa tuah telah menyakiti hatinya kerana dia memang begitu
tolong beritahu tun teja bahawa kematian jebat ini tak bermakna jika tun teja masih lagi tidak sembuh dari pukau si tuah......
tolong beritahu tun teja bahawa tanggungjawabnya kepada suaminya, sultan melaka meski hatinya masih terpana dengan si tuah...
kerana disitu terletak syurga buatnya nanti, bukan pada tuah...

dari jebat,

yang dipijak rakyat setia,
yang disanjung oleh keadilan,
yang terhimpit oleh penyesalan,
kerana taat setianya pada saudaranya melebihi keadilan yang diperjuangkannya...


2 comments:

  1. mengapa perjuangan jebat sering tidak dilihat dan tuah juga yang sering diagungkan? :(

    ReplyDelete
  2. jebat tu sampah jer, saper la dier untuk diagungkan, ha ha ha ha

    ReplyDelete