Friday, June 10, 2011

Subhanallah.....

Assalamualaikum w.b.t,

penat.


itu perkataan yang sesuai untuk semalam.

kecewa.

itu perasaan yang menggambarkan cerita semalam.

dendam.

itu tenaga negatif yang ada pada aku semalam.

cinta.

itu perkara yang aku bencikan semalam.






apa yang dah terjadi?


1.Gagal satu subjek dan besar kemungkinan aku repeat subjek tu semester ni.
2.Roadtax moto aku ilang, mungkin masa berkemas dari dompet aku yang koyak untuk dipindah barang ke dompet baru aku.
3.keypad henpon aku rosak, sekarang aku pakai henpon kedai yang aku hantar repair.
4.komputer aku tetiber jahanam tanpa alasan munasabah yang tak dapat dicari lagi (mungkin sebab dah seminggu lebih tak tutup2)
5.kad matrik aku ilang, lepas jumper pegawai kat exam unit, mungkin kena beli kad matrik baru dengan harga RM30.


benda2 ni berlaku dalam masa 2 hari, dan kebanyakannya terjadi pada hari semalam, hari jumaat penuh barakah, cuma mungkin aku ni yang kotor dan banyak dosa, tak dapat barakah tu, dan diberikan ujian yang sebegini.

seriously aku menangis semalam dan ketawa, ketawa sebab aku rasa macam dalam cerita filem yang ditulis penulis skrip yang tersohor di hollywood, menangis sebab watak utama yang malang dalam filem tu adalah aku.

MALANG

barangkali perkataan ni sesuai bagi aku, aku rasa dalam banyak anak2 mak ayah aku, aku lah yang paling malang, takrifan malang yang aku bincangkan ni adalah sebab perkara yang bukan langsung dalam kawalan aku, macam laptop dan moto RXZ aku kena curi, kasut aku kena curi, awek2 aku semua lari (EH? - Babo sungguh perkataan ni, jangan perasan ya wahai diri yang mangkuk!). Namun itu watak yang Allah beri pada aku, mahu atau tak mahu, aku kena terima, Insyaallah, lama2 dah biasa, takder hal lah tu. Kadang2 bila ilang, aku jadi pasrah jer, malas nak dok mencari2, sebab dah biasa dah, ilang tak jumper2, macam hati kau dah ilang, memang susah lah nak jumper, apertah lagi kalau hati tu memang dah sedia ilang awal2 lagi kan? dah2, jangan stat merapu, buang dendam kau tu sekejap ya? cis.


hati ini jadi gelap.

aku rasa sikit lagi aku jadi anakin skywalker.

cuma masalahnyer aku lagi loser dari anakin, sebab anakin jadik jahat sebab nak selamatkan bini dia, aku nih bukan ader bini, apertah lagi ader anak.

dalam jatuh tersungkur, aku merangkak2 mencari tuhan, Allah, Rabbul 'Izzati, yang juga maha pemurah lagi masa mengasihani.

aku rindukan diri aku 3 tahun dulu, memang macam hipokrit, tapi berada dalam keadaan sebegitu sedikit sebanyak hati aku memang tenang, taklah rasa loser sangat, sebab kau rasa lebih dekat dengan DIA.

sekarang ni?

rasa lagi lingkup dan rungkup.

aku cuma pengemis yang mengais sisa2 kehidupan yang ada pada diri aku, dan terus mengemis sampai aku rasa dah cukup hebat untuk mati kebuluran.

berjayakah aku untuk bangkit lagi dan lagi?

kadang2 rasa penat juga.

tapi ini perjuangan menentang kebatilan diri, maka ia juga satu jihad yang tak seharusnya berhenti, ini misi yang terhebat buat diri kau, at least kau ada misi, takder merewang pasal cinta yang tak kesudahan, okeh, sekarang dengan sedikit dendam, aku mengatakan, yang mengejar cinta manusia, mengisi kekosongan jiwa itu adalah LOSER! ha ha ha ha ha, terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku dalam kelab LOSER ni, ha ha ha ha.

kerana hidup ini bukan harus diletakkan pada misi yang sebegitu. hidup ini tentang DIA. tentang ALLAH. biar hipokrit macamner pun ayat aku nih, aku tetap katakan, akan aku rebut rahmatNYA, cintaNYA, biar sampai mati hati aku untuk berkata2 syahdu. bibir hati aku tetap rindu untuk mencari DIA.

tuhan.

tolonglah aku.

kalau aku tak bangun esok pagi, moga2 KAU ampunilah aku akan dosaku, ia kerana kelalaian diriku sendiri, ampunkanlah hambaMU yang hina dina ini...........


wassalam

SEFA the loser

p/s : saper terasa hati dengan post aku ni, aku kasik amaran, JANGAN BACA KALAU TAK NAK SAKIT HATI! jangan stalk aku lagi kalau tak nak sakit hati, kalau nak baca gak lagi, read at ur own risk. papai~

2 comments:

  1. nak baca gak.. tak kire tak kire nak baca gak!

    (ahli kelab looser)

    ReplyDelete
  2. huhu.
    anggap saja Allah nak ampunkan dosa2 lalu,jadi diberi satu demi satu dugaan sbgai ganti..
    smoga tabah ya....
    dekatkan diri kpd ALLAH selalu, Dia rindu mndgr tangis dan rayu anda tuhh..:)

    ReplyDelete