Sunday, February 5, 2012

Ayah, Bulan dan Matahari...

"ayah...matahari tu besar mana?" tanya Aiman.

tengahari yang terik itu, Hazriq dan anaknya Aiman cuba berlawan untuk menentukan siapa yang lebih lama dapat melihat matahari, barangkali ia kerja gila dan satu contoh yang tidak baik untuk anak - anak, kerana melihat matahari terlalu lama boleh menjadikan sesiapa sahaja buta akibat sinaran tenaga dalam skala mikro yang tersembunyi disebalik jalur - jalur cahaya itu.

"cuba pegang dan tengok, besar mana" Hazriq memberi cadangan, lagi sekali, contoh yang tidak bagus dalam membimbing otak logik anak - anak.

"Besar...besar juga yah, tapi kenapa dia selalu terlepas?"

"sebab matahari tu kena selalu berjalan, macam kita"

"kenapa matahari kena selalu berjalan, dan kenapa macam kita?"

"sebab dia rindu, dia nak jumpa bulan pula, lagipun bulan dan matahari selalu tukar - tukar giliran untuk tengok bumi, anak diorang..."

"jadi bumi ni macam Aiman lah?"

"Ya" jawab Hazriq, dia bagai tahu soalan apa yang seterusnya datang dari anak kecil yang naif itu.

"Ayah?"

"Ayah...erm...Aiman rasa mana lagi gagah, matahari ke bulan?" tanya Hazriq, cuba untuk menceriakan suasana yang semakin kelam dalam terik matahari tengahari itu.

"Matahari la kot...sebab dia kuat, dia boleh bagi cahaya, macam otromen...zzzzzzzz" jawab Aiman sambil menunjukkan gaya superhero kegemarannya.

"tapi ayah, takkan ibu bulan pulak?"

"ya lah kot, dah ayah kan matahari" jawab Hazriq, dia meneka dia akan sakit sebentar lagi, dan cuba menahan ombak tsunami yang bakal menghempap hatinya yang kecil itu.

"tapi ayah cakap ibu kuat, kalau tak, ayah kata, Aiman tak lahirlah sebelum dia pergi pindah Amerika..."

Tuhan, jangan buka lagi mata hati anak aku ini untuk bertanya lanjut, Ya Allah, aku tak sanggup menghadapi kesakitan ini lagi...

"Ayah...bila ibu nak balik sini? Aiman rindu ibu, Aiman nak tengok muka ibu, tak pernah tengok dia dari Aiman lahir..."

dia tidak mampu lagi membuka corong telinganya untuk Aiman, biar dia buta memandang matahari, biar tangannya terbakar memegang matahari, dia tidak sanggup dibakar realiti pada ketika itu yang hanya dia tahu kebenarannya.

"Encik Aiman...kenapa awak baring sorang - sorang malam buta ni?" sapa Syuhadah perlahan.

"oh tak...saya sedang teringatkan anak saya Hazriq"

Aiman bingkas bangun lalu memasukkan kad Mykid palsu bernama "Aiman" dan "Hazriq" ke dalam koceknya sambil tersenyum.

Bulan tidak menipu malam itu...

No comments:

Post a Comment