Sunday, February 5, 2012

Si fashionable, ya, kamu.

Assalamualaikum w.b.t,

sehari dua ni aku sedikit wasted, hanya duduk di dalam bilik dan baca buku mustaine : a life in metal, mungkin sebab cerita2 kehidupan awal dave mustaine yang wasted, maka aku pun skali wasted, duduk di dalam bilik dan terperuk tak buat apa2, cuma hari semalam aku mula menaip artikel untuk majalah OPSYEN edisi kedua,

what? edisi kedua?

ye.

edisi pertama dah keluar dah pun, dan aku tak sempat pun baca habis, ada kat umah dan mak ak pegang, dan aku tengok mak aku rindu kat aku sangat sampai dier kata tulisan aku lagi best dari kakak aku, walhal aku rasa writing aku takder la hebat maner pun, dari segi pengalaman, aku rasa kakak aku lagi banyak pengalaman, dan pembacaan dier lagi luas, walhal aku cuma baca komik dan majalah ujang dan apo? masa aku kecik2 dulu, aku cuba gak baca benda2 ilmiah, cuba jadik macam pacak, buat benda2 yang lebih nampak intelligent, tapi tak jadik, aku bukan macam tu, entah, aku lebih suka cerita2 yang membuka kepala otak kreatif aku, cerita fairy tale, dan ya, memang aku kuat berangan, sebab tu aku mat jiwang, sebab aku lebih banyak berangan untuk dapatkan sebuah relationship yang romantik.


dan aku tak pernah dapat.
mungkin Allah nak ajar aku untuk lebih menghargai setiap perhubungan yang aku ada, even dengan family pun, aku banyak withdrawal, entah kenapa aku rasakan yang aku ni tak main peranan sangat dalam family aku sejak akhir2 ni, entah kenapa aku lebih suka menyendiri, fear of intimacy mungkin, kesan kena tipu walaupun skali tu memang mendalam, bagi aku memang satu benda yang faggot dalam diri aku untuk duduk sedih kerana benda tu lama2 macam ni, dah lebih setaun dier dengan aku dah berpisah dan tak mau ambik tau diri memasing, kenapa aku kena terus ambik tau pun aku tak pasti, mungkin jawapan dier sebab aku ni

"forever alone"

ha ha ha, yes, i have to admit it, nak wat caner, memang lifestyle aku camni, dah lama aku jadik camni, mungkin sebab insecurity kot, dan ia bermula masa umur aku 12-13 tahun, dan yang paling teruk masa aku 13 tahun dan masuk 14 tahun, aku jadi insecure, aku adalah antara orang yang pelik kat skolah, antara label yang aku dapat adalah aku seorang yang poyo, beria dan syok sendiri, label2 macam tu kena dengan aku sebab aku adalah manusia yang penuh dengan energy, macam bebudak yang terlebih minum redbull, sebab tu masa perform atas pentas, aku jadik over, sebab aku just nak lepaskan segala2nya kat atas pentas, aku lebih intimate dan jujur dari aku kat luar pentas, aku yang luar pentas adalah sangat susah nak approach, even dengan TTS pun ambek masa, bila dah lama2 aku prektis dengan diorang, then aku leh jadi gila macam dulu, kalau dah lama tak prektis, ambek masa gak sebelum aku dapat momentum tu balik.

dan kemana aku melalut ni?

ya, wasted,


kalau tak kerana aku ada kakak2 yang osem, aku tentu dah jadik wasted sampai bila2, kakde seorang yang sangat supportive untuk apa yang aku buat, kalau tak sebab dia push aku, takder aku nak buat apa2 langsung dalam dua tiga hari ni, mungkin aku mengada2, atau mungkin sebab aku perlu ada orang support, ada orang puji apa yang aku buat, dan bila dapat pujian, aku tak tau nak react, kan mengada2 tu? ha ha ha ha.


dan aku akan memulakan pengambaraan aku di UM, dua tahun, entah, mungkin tiga, mungkin empat, aku tak pasti, tapi harap2 by umur 26, aku dah grad, entahlah, cam tak cayer aku dah sampai stage ni, untuk informasi kamu2 semua, aku selalu dapat apa yang aku nak, kadang2 tu yang buat aku menangis, aku harap2 ini bukan istidraj, dan aku takut kalau benda tu betul, bila Allah bagi kita semua yang kita nak, kita makin jauh dari dia, itu yang buat aku takut, dan aku sangat bersyukur apa yang aku dapat skang, cuma aku tak puas hati kenapa aku tak stat2 lagi nak puasa nazar tiga bulan aku, aih, kena buat cepat ni, tu janji aku kat Allah.

dan mak abah gurau dengan aku...

"jangan nanti kau kawen dengan nadirah tu kau gi puasa tiga bulan lagi"

hampeh ('''''''-_-)

haiya.

cakap pasal nadirah (nadira? entah, aku tak pernah tahu ejaan dier), dalam keter nak ke PD sini, Yong citer pasal dier lagi, katanya dia ni macam jenis fesyen2 sket (duh~ pompuan kot), dan dier pernah pakai kontek lens yang ada kaler2 kat mater tu, last2 mak ayah dier support buat laser treatment yang mungkin dalam RM4K atau lebih, pergh, hambek kau, dan aku takleh blah adalah dier seorang yang berfesyen.

okeh,
biar aku emphasize atau exaggerate,
dia seorang yang CANTEK dan BERFESYEN
dan aku cuma seorang yang loser,
baru belajar master kat UM,
dan dapat wang ehsan dari mak abah untuk belajar,
adoila~



kadang2 nak jer cakap,
"weh, tunggu jap, aku tengah belajar, nanti pas aku habis, aku kumpul duit dan kawen dengan kau"
tapi aku rasa dalam tahap ni, aku rasa aku tak ikhlas dengan dia,
aku rasa aku cuma angaukan dier sebab dier lawa,
dan bukan sebab kualiti2 dier yang lain,
aku pun serabut serabai lagi hidup, dengan kadang2 (atau selalu?) memang jenis pemalas tahap cipan,
dan aku tak rasa aku masih lagi tahap penyayang yang melayakkan aku untuk ada anak,
aku takut nanti bila ada anak, aku tak dapat nak sayang dier,
well, intimacy punyer issue lagi la tu,


gila kau, kalau aku dah habis belajar, dier 27, dan aku 26, kakak abang aku dah kawen dah umur2 macam tu, or at least bertunang. aku?

pernah dulu aku bermimpi aku kawen awal, tapi biler pk balik skang, er...tak, aku rasa aku tak layak lagi, ke sebab aku depress dengan dayah menyebabkan aku surpress bahagian penyayang aku sampai aku jadik "i dun give a damn about the world" dan on the rampage dan revenge tour.

entah dan entah dan entah.

skang aku jadik blur serta streben tuen, bila kakak aku cakap itu dan ini, aku jadik tak der respon sangat, adoi, entah ler, terlalu banyak sangat yang berubah dalam idup aku, dalam kata aku tak prepare untuk masuk UM, aku gagahkan gak, sebab mula2 ingat aku tak dapat, tapi bila diorang bagi aku masuk, aku rasa itu harapan, dan diorang mungkin nampak potential serta passion aku dalam arts, atau mungkin sebab tak banyak orang apply, entah, aku harap yang awal2 tu lah.


 dalam sibuk, dalam rabak, ada sesuatu yang membunga dalam diri aku,
dan aku tak suka, sebab itu bukan yang utama sekarang, N...kau buat aku tak tentu arah. crap.

No comments:

Post a Comment