Projek Rabak dan Tronoh Theatre Shop,
dua2 ni family aku, walaupun aku dah takleh involve secara direct dengan TTS, tapi untuk apa2 update, aku akan selalu ambik tau, sebab aku tak anggap TTS adalah satu fasa dalam hidup aku, kadang2 sedih gak ex TTSian yang dah terus senyap dan hilang macam tu, tapi itu life, ciet la vie kata orang perancis, kalau boleh, aku akan melangkau batas norma sosial aku, di mana norma aku adalah aku akan susah nak dekat dengan orang baru, tapi walaucamner pun aku dah tak kenal bebudak TTS yang generasi lepas2 ni yang baru, aku akan tetap ambik tau dan ambik peduli tentang progress2 diorang, sebab aku sayang sangat2 TTS ni, ni tempat aku kenal balik saper diri aku, seorang yang berjiwa seni dan tak mahu duduk setiap hari di pejabat pk pasal kerja2 piping dan segala macam jenis urusan kejuruteraan, bukan itu yang aku nak dalam hidup, bukan itu yang aku rasa wort it untuk aku habiskan masa hidup aku selain dari jadi hamba Allah.
bukan satu fasa,
bukan satu fasa,
bukan satu fasa,
untuk rabak, mungkin aku cuma orang baru, so takleh nak tegur2 atau cakap apa2 selagi tak dimintak bagi pendapat, sebab aku pun noob jer lagi dalam dunia ni, dan ramai yang lagi pawer dari aku dalam rabak ni,
tapi untuk TTS, sebagai orang yang pernah melalui 4 tahun hidup di universiti dalam TTS SAHAJA (baca : aku tak pernah involve dalam apa2 aktiviti atau persatuan lain, well, ada la, tapi boleh dibilang sangat sangat, serius.) aku rasa, aku boleh cakap sesuatu, tegur atau ambik tau, kenapa itu dan ini.
ah, mungkin aku terlalu depress sekarang ni.
No comments:
Post a Comment