Tuesday, February 21, 2012

Hybrid

"kalau boleh, untuk topik research, jangan ambil yang orang tak pernah buat, nanti susah, ambil apa yang orang dah buat, bukan saya nak jatuhkan semangat kamu, cuma ini ikut pengalaman saya..."

aku dengar sambil sakit,

corporeal mime,

takder saper pun yang bawak seni persembahan tu kat sini,

boleh aku katakan bahawa dalam satu malaysia sejahtera ni, mungkin aku sorang jer performer corporeal mime yang ada, gila rare kan? tu pun bukan aku perform fully corporeal, dan aku pun tak pernah belajar seni persembahan tu, apatah lagi belajar teater.

aku cuba bagi satu arguement, kenapa aku berpindah dari mechanical engineering, kepada seni persembahan...

"sebab sebelum ni saya masuk kelas prof ghulam, dia cerita macamana dia dari bahasa, masuk teater, kalau dia boleh macam tu, saya rasa, saya pun boleh, dan ia tak mustahil"

dan aku nampak satu senyuman sinis kat tuan said.

hati aku luluh,
depan ni orang yang sepatut membimbing aku, apatah lagi dalam kursus yang kena buat paper seminar dan bentang, satu benda yang susah untuk background engineering macam aku,

"saya bercakap ni jujur dan terus terang, sebab ini dari orang yang bodoh"

dia cakap dia bodoh dan low profile,
okeh, itu isu dia,

"prof ghulam tu genius, dia dapat biasiswa untuk sambung belajar"

aku terkedu, tengok kat diri aku, engineering pun aku lemah, apa peluang yang aku ada untuk teater?

dam,

dengan part time,
dengan jadi instructor untuk kakak aku,
dengan jadi penulis untuk OPSYEN,


izinkan aku menangis sekejap,

"takpa, saya bagi kamu shortcut, tengok buku ni, bla bla bla bla bla bla bla bla bla...."

aku salin, okeh, terima kasih, bantuan macam ni memang sangat aku perlukan.

memang dier tak maki, marah atau apa2,
tapi pandangan dier yang realist untuk aku yang idealist ni memang takleh masuk,
dan memang aku sebagai idealist ni susah nak hidup,
dan memang patut pun aku dalam kejahanaman ni,

aku dapat rasakan dunia aku bakal tunggang terbalik,
kalau aku tak dapat bantuan PTPTN nanti lagi tunggang terbalik,

sekarang rasa macam....



nak ambil masa 10 tahun duduk rumah makan tido dan gemuk serta menangis dengan nasib aku,
sebagai manusia hybrid, aku tak tau kemana, nak terjun bangunan atau jalan terus?

engineering memang aku dah takder passion,
arts pun macam susah dan jalan gagal tersedia untuk aku,
but then camner?
aper yang aku bagus ni sebenarnyer?
ke aku memang tak bagus langsung dalam apa2 sebenarnya?


"kita kalau jatuh, jangan jatuh terus bro, kita angkat diri kita balik, jangan biar terus jatuh"

tiba2 aku teringat kata2 wan ni,
seorang yang dikira kambing hitam dalam family,
dia ada mior kat nama dia,
dengan adik beradik yang sambung master, degree,
dengan keadaan dier tak dapat sambung kat mana2 tempat untuk belajar,
UiTM perlis kena tendang,
UM dier kena tendang (sebab kes ugut pensyarah jepun)


giler, aku dengar citer mamat ni memang giler,
dengan bini dier pregnant, bisnes kopitiam dier lingkup,
moto kereta terpaksa jual,
dan dia bangkit, jual barang2, jadi supplier untuk air barbrica tu,
sampai income 50-60K
pastu dier tak jadik,
sebab kes barbrica tu orang kata haram,
skang dier kejer kat secret recipe,
dan tengah nak belajar aper rahsia kerja2 macam ni,
pawer tak pawer mamat ni?
dalam keadaan dier suker merempit, racing kereta, dia langgar hidup ni tanpa takut,
skang dier ader anak sorang, dan ada bini,
bagi aku dia dah berjaya,


skang aku terkodok kat sini,
aku nak rebel,
tapi takder kawan nak rebel,
dan aku takut sorang2,
dan aku rasa memang hidup sorang2,
dalam keadaan orang selalu support aku,
entah kenapa, aku rasa sorang2,
sebab buat satu keputusan, aku rasa macam menyesal pun ada,

ya Allah, kau kuatkanlah hati aku ni,
kalau kau tak boleh kurangkan beban ni.
amin.


ya Allah, aku sedang lemah,
dan sakit,
bantu aku ya Allah.

1 comment:

  1. ngade la ko..

    tampo nak?

    saper cakap berjuang tu senang?
    saper cakap jihad tu mudah?

    ko faham apa maksud pengorbanan?

    ko rasa sorang?

    sebab ko pilih untuk fokus pada kesunyian dan keseorangan ko tu.

    cuba tunjuk jari ko... 10 tu. tutup 1 masalah, keseorangan. ko ada 9 orang support ko.

    bill gates, steven jobs, mark zuckerberg, adalah manusia yang tak stabil. bermula dengan hidup yang sakit dan perit. ditendang terajang, dikutuk, diperli... itu memang hidup dia orang. tapi daripada sakit itu mereka berjuang.

    itu tokoh yang baru.. tokoh2 yang lama? bukankah einstein pernah dibuang sekolah dan dituduh bodoh dan lembab?

    ada jugak tokoh yang dicop gila.

    kamon la....

    ko leh wat punyer.

    kena kuatkan semangat je.

    kalo ni jalan yang ko pilih... ko kena tekad... ko buat kerana Dia.

    di situ ko dapat cari kekuatan.

    kalo ko rasa lemah.. ko cas tenaga ko balik dari Dia.

    Dia tu sebenarnya bagi banyak bantuan kat ko.. tapi ko tak pasan. sbb ko fokus pada kesakitan dan kelemahan yang ko ada.

    bukak mata.

    bukak pemikiran.

    100 orang kata ko tak boleh?

    pedulikan!

    asalkan ko sendiri cakap ko boleh... ko boleh teruskan idup.

    kalo 100 orang kata ko boleh... ko cakap ko mengom... ko ingat ko boleh idup ker?

    tak jugak.

    pandangan kepada diri sendiri tu penting.

    good luck.

    ReplyDelete