Saturday, August 11, 2012

Kedai Kecik Yang Usang

hari ni aku pergi iftar (bukak poser) dengan bebudak TTS, sambil2 tu diorang adakan pertandingan teater 10 minit.

pertandingan ni bermula bila aku, usop dan doc tulis skrip untuk pertandingan short and sweet, sampai skarang skrip aku memang tak pernah masuk, too political kot.

to skip yang tak penting2. aku go straight to the point.

aku perhatikan banyak benda malam ni, sangat riuh, sangat kecoh, macam biasa, bebudak TTS, zaman aku pun dulu macam tu gak. But to know the fact that diorang ni agak lembap buat kerja, aku jadi sedih, tambah2 tengok bebudak junior yang incline to RM, aku lagi la sedih, in fact sebenarnya TTS perlukan orang yang macam tu, tapi taklah bermakna aku tolak bebudak yang tak der dalam RM, cuma aku harapkan TTS masih perjuangkan apa yang diorang nak perjuangkan, UNTUK DIA, DAN DIA SAHAJA. Macam biasa, aku dapat tercium bau yang bebudak incline ke RM akan lama2 slowly drifted away, dan lama2 diorang akan hilang macam tu je.

JANGAN PERGI WEYY!!!!!!

ARGH!!!!!!!!!!

bukanlah sekarang diorang tak buat benda tu, ada. Cuma kadang2 gerak kerja yang agak lembap, buat aku menangis dan berfikir, eh, ini ke apa yang dah jadik dengan TTS?

aku rasa, aku jer senior dari batch aku yang agak concern dengan TTS, sebab yang lain semua dah grad, ada life masing2, ada kerja, ada kerjaya yang perlu diorang fokuskan, tapi aku masih lagi takleh move on dari TTS, aku rasa yang TTS adalah comfort zone aku dan aku perlu berada di situ selalu. Aku tak ada masalah tentang itu, semua orang ada choice yang perlu diorang pilih, sama nak atau tak nak,itu terpulanglah. Dan aku memilih untuk berada dalam perjalanan seni, yang tak banyak orang gila macam aku ni nak jalan ke jalan tu. Takpe, itu pilihan masing2. semoga berjayalah hendaknya pada yang memilih jalan hidup mereka masing2.

cuma memikirkan kata2 doc yang nak membiarkan TTS jatuh perlahan2, menyedihkan aku, aku menangis semasa dalam perjalanan balik ke Teluk Intan tadi, memikirkan yang aku tengah berada dalam kapal yang dah nak tenggelam dan aku hanya tengok je dier tenggelam. Aku perasan yang takder sorang pun tahu yang kapal ni tengah tenggelam, semua sibuk nak berenjoy dan tangkap gambar.

jangan salah paham, aku appreciate effort diorang, cuma bagi aku, jalan kerja tu kena licin, ni makin lama makin teruk, tanpa pengawasan doc, makin jadi lagi teruk pengurusan diorang, lagi la aku sedih.


bila diorang tengah amek2 gamba atas pentas, aku teringin nak cakap sesuatu, tetapi bila memikirkan yang kata2 aku ni buat diorang ngantukdan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dalam hati aku terjerit2...

"Crap, just let it go, just let it go...let it sink..."

masa tu hati aku berdarah. dan takder sape tau kecuali Allah.

4 comments:

  1. SHARING the same sentiment. Tp, apakan daya. Kalo dah mmg musim slow. Hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengs wey, aku rasa ko adalah antara beberapa orang yang paham apa yang aku rasa. :')

      teruskan duk dalam TTS weh kalau kau percaya apa yang TTS perjuangkan.

      Delete
  2. melihatkan ada org baru yg mendpt jwtn masulah sementara di RM merapuhkan lg kepercayaan aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper, macam tu la politik dunia, ko teruskan buat apa yang kau percaya. dan pergi matikan semua anasir2 bangang.

      Delete