Monday, February 27, 2012

Kadang - kadang

kadang - kadang aku rasa aku adalah orang yang paling susah nak berkomunikasi dalam dunia,
walaupun ada anggota badan yang sempurna
skill aku teruk
dan aku makin tension
setiap orang yang tak paham dengan apa yang aku nak sampaikan
atau mengamuk, marah, tak puas hati, atau hanya unresponsive pun aku jadi tension.
mungkin aku perlu berlawan halangan dalam paler otak dulu kot,
dan hara-kiri bukanlah penyelesaiannya...

Stress, tapi...

semalam yang bangang,
aku merempan depan kakak aku, depan orang
memang salah timing aku nak meletup pun,
hari ni hari bangang,
sebab aku screw up banyak benda,
salah punch info beli makanan,
lambat buat kopi,
tapi wan best, dier tegas masa kelam kabut tu, tapi pastu dier rilek2 balik,
tu sebab aku tak stress sangat, kalau tak, aku dah nangis kaw2 dah tadi.

memang aku lemah macam tu.

malam ni best, walaupun aku penat prektis dengan bebudak puisi ni,
tapi aku suka.
sebabnya,
aku jatuh chenta lagi,
lahanatnya aku ni sebab aku susah nak jumpa dan jadi professional dengan sapa2.
tapi macam biasa, simpan sajer, dan tak perlu keluarkan, kalau keluarkan pun aper pekdah ye dak?
dier tak tau, aku pun senang hati.

at least...

aku tak terpk pasal N dah pasni.




ceh.

Saturday, February 25, 2012

aku pikir balik

bila aku pk2 balik,
giler tul, memang aku takder life sebagai seorang pelajar engineering dulu,
dan aku terlalu sibuk dengan TTS sampaikan aku rasa belajar tu macam yang kurang penting berbanding teater,
macamner kalau aku ada kawan2 baik yang kamcing dalam kelas
dan kurang berteater?
aku selalu berpk tentang kemungkinan2 macam ni,
bak kata roald dahl

a road not taken.


tapi aku kat sini skang, seorang pelajar sarjana seni persembahan
ya,
tolong jangan tanya background pendidikan aku sebelum ni,
itu permintaan aku.

Perkongsian

aku rasa satu hari nanti macam nak tulis tentang perjalanan aku dari seorang bakal engineer kepada bakal entah aper2,

seorang yang susah nak bersosial,

seorang yang banyak cerita lama dan takder cerita baru,

patah kaki dan pernah terjun tempat tinggi,

ya, aku yakin tentu seronok bercerita tentang benda2 ni.

mungkin leh ajak seyn skali, brader aku kat projek rabak, sebab situasi dier lebih mencabar, dan dier lebih berani dari aku.

Tuesday, February 21, 2012

Hybrid

"kalau boleh, untuk topik research, jangan ambil yang orang tak pernah buat, nanti susah, ambil apa yang orang dah buat, bukan saya nak jatuhkan semangat kamu, cuma ini ikut pengalaman saya..."

aku dengar sambil sakit,

corporeal mime,

takder saper pun yang bawak seni persembahan tu kat sini,

boleh aku katakan bahawa dalam satu malaysia sejahtera ni, mungkin aku sorang jer performer corporeal mime yang ada, gila rare kan? tu pun bukan aku perform fully corporeal, dan aku pun tak pernah belajar seni persembahan tu, apatah lagi belajar teater.

aku cuba bagi satu arguement, kenapa aku berpindah dari mechanical engineering, kepada seni persembahan...

"sebab sebelum ni saya masuk kelas prof ghulam, dia cerita macamana dia dari bahasa, masuk teater, kalau dia boleh macam tu, saya rasa, saya pun boleh, dan ia tak mustahil"

dan aku nampak satu senyuman sinis kat tuan said.

hati aku luluh,
depan ni orang yang sepatut membimbing aku, apatah lagi dalam kursus yang kena buat paper seminar dan bentang, satu benda yang susah untuk background engineering macam aku,

"saya bercakap ni jujur dan terus terang, sebab ini dari orang yang bodoh"

dia cakap dia bodoh dan low profile,
okeh, itu isu dia,

"prof ghulam tu genius, dia dapat biasiswa untuk sambung belajar"

aku terkedu, tengok kat diri aku, engineering pun aku lemah, apa peluang yang aku ada untuk teater?

dam,

dengan part time,
dengan jadi instructor untuk kakak aku,
dengan jadi penulis untuk OPSYEN,


izinkan aku menangis sekejap,

"takpa, saya bagi kamu shortcut, tengok buku ni, bla bla bla bla bla bla bla bla bla...."

aku salin, okeh, terima kasih, bantuan macam ni memang sangat aku perlukan.

memang dier tak maki, marah atau apa2,
tapi pandangan dier yang realist untuk aku yang idealist ni memang takleh masuk,
dan memang aku sebagai idealist ni susah nak hidup,
dan memang patut pun aku dalam kejahanaman ni,

aku dapat rasakan dunia aku bakal tunggang terbalik,
kalau aku tak dapat bantuan PTPTN nanti lagi tunggang terbalik,

sekarang rasa macam....



nak ambil masa 10 tahun duduk rumah makan tido dan gemuk serta menangis dengan nasib aku,
sebagai manusia hybrid, aku tak tau kemana, nak terjun bangunan atau jalan terus?

engineering memang aku dah takder passion,
arts pun macam susah dan jalan gagal tersedia untuk aku,
but then camner?
aper yang aku bagus ni sebenarnyer?
ke aku memang tak bagus langsung dalam apa2 sebenarnya?


"kita kalau jatuh, jangan jatuh terus bro, kita angkat diri kita balik, jangan biar terus jatuh"

tiba2 aku teringat kata2 wan ni,
seorang yang dikira kambing hitam dalam family,
dia ada mior kat nama dia,
dengan adik beradik yang sambung master, degree,
dengan keadaan dier tak dapat sambung kat mana2 tempat untuk belajar,
UiTM perlis kena tendang,
UM dier kena tendang (sebab kes ugut pensyarah jepun)


giler, aku dengar citer mamat ni memang giler,
dengan bini dier pregnant, bisnes kopitiam dier lingkup,
moto kereta terpaksa jual,
dan dia bangkit, jual barang2, jadi supplier untuk air barbrica tu,
sampai income 50-60K
pastu dier tak jadik,
sebab kes barbrica tu orang kata haram,
skang dier kejer kat secret recipe,
dan tengah nak belajar aper rahsia kerja2 macam ni,
pawer tak pawer mamat ni?
dalam keadaan dier suker merempit, racing kereta, dia langgar hidup ni tanpa takut,
skang dier ader anak sorang, dan ada bini,
bagi aku dia dah berjaya,


skang aku terkodok kat sini,
aku nak rebel,
tapi takder kawan nak rebel,
dan aku takut sorang2,
dan aku rasa memang hidup sorang2,
dalam keadaan orang selalu support aku,
entah kenapa, aku rasa sorang2,
sebab buat satu keputusan, aku rasa macam menyesal pun ada,

ya Allah, kau kuatkanlah hati aku ni,
kalau kau tak boleh kurangkan beban ni.
amin.


ya Allah, aku sedang lemah,
dan sakit,
bantu aku ya Allah.

Monday, February 20, 2012

Jangan Bagi Alasan.

sekarang ni ada beberapa benda yang aku kena buat disamping benda lain,

kerja part time aku kat secret recipe lucky gardern,
alhamdulillah, suasana yang tak banyak orang dan senior2 yang best2 (dua orang jer pun yang full time kat situ),
buat aku rasa cam nak setia kerja kat situ sampai grad, :')

sekarang ada latihan untuk pertandingan puisi geng kolej 12,
baru stat latihan hari ni, masih lagi rough,
dan tak berapa selesa, sebab aku terpaksa argue untuk beberapa benda,
sebab tu aku tak suka in charge aper2, aku tak suka bila aku argue, aku tak berapa reti nak handle benda2 macam tu,
baru nak naik momentum, tak menang takper, at least aku nak tunjuk kat diorang, aper jalan alternative untuk penyampaian puisi,
bukan semua perlu DBP standard kan?
entah, aku bukan pendaftar bahasa atau sasaterawan negara,
tak ada nama, dan idea aku mungkin tak laku,
dem.
aku memang betul2 tak suka mengarah dalam keadaan aku terpaksa melawan arus,

sedang juga menghabiskan dua artikel untuk majalah OPSYEN,
dateline 29hb ni,
satu artikel kena pendek dan ringkaskan,
satu artikel tak siap lagi,

dan esok kelas untuk minggu kedua sebagai pelajar sarjana seni persembahan (drama)
ak memang tak tau aper2 pasal drama,
tak tau macamner nak berlapar sebab tak dapat cari rezeki dengan berlakon,
tak tau konsep2 dan teori2 lakonan,
tak tau feel dan gaya lakonan,
aku buat apa yang aku diajar oleh mazhab jerung,
dan aku pasti dan yakin yang aku kena banyak buat rujukan dan membaca,
sebab itu memang kerja dan jalan hidup aku,
dan aku suka dari duduk2 di pejabat berhawa dingin,

banyak benda aku kena buat,
tapi aku tak boleh bagi alasan
untuk tak buat semua benda tu,

UNTUK SLOW DOWN DAN HAVE A REST
UNTUK KATA TIDAK KEPADA HARAPAN DAN CITA2
UNTUK SEBUAH KEKUATAN KEPADA MASYARAKAT
TAK TAK TAK TAK TAK TAK TAK TAK

sebab tu aku tak nak jadi engineer,
sebab aku tak yakin bermain dengan mesin,
buat alat itu dan ini dan kaut duit untuk orang atasan akan banyak membantu masyarakat,
dan masyarakat makin parah dan resah setiap masa,
tanpa pengisian jiwa,
aku bukan ustaz, dan tak ada ilmu yang tinggi tentang agama,
tapi aku boleh belajar dan mengajar apa yang aku tau bersama2,
mungkin seorang yang bodoh aku ni,
tapi aku yakin, kita kena belajar dan mengajar pada masa yang sama,
atau sistem akan berhenti berputar, dan masyarakat akan mati,

aku rasa aku ada parkinson sekarang ni,
memori selalu hilang,
tangan aku terketar2 masa buar kerja,
walaupun masa aku bukan nervous,
entah,
harap2 ia bukan parkinson,


semua ini aku harus harung, dan tak boleh kata tidak. dan bagi alasan.

Sunday, February 19, 2012

Bukan satu fasa

Projek Rabak dan Tronoh Theatre Shop,

dua2 ni family aku, walaupun aku dah takleh involve secara direct dengan TTS, tapi untuk apa2 update, aku akan selalu ambik tau, sebab aku tak anggap TTS adalah satu fasa dalam hidup aku, kadang2 sedih gak ex TTSian yang dah terus senyap dan hilang macam tu, tapi itu life, ciet la vie kata orang perancis, kalau boleh, aku akan melangkau batas norma sosial aku, di mana norma aku adalah aku akan susah nak dekat dengan orang baru, tapi walaucamner pun aku dah tak kenal bebudak TTS yang generasi lepas2 ni yang baru, aku akan tetap ambik tau dan ambik peduli tentang progress2 diorang, sebab aku sayang sangat2 TTS ni, ni tempat aku kenal balik saper diri aku, seorang yang berjiwa seni dan tak mahu duduk setiap hari di pejabat pk pasal kerja2 piping dan segala macam jenis urusan kejuruteraan, bukan itu yang aku nak dalam hidup, bukan itu yang aku rasa wort it untuk aku habiskan masa hidup aku selain dari jadi hamba Allah.

bukan satu fasa,
bukan satu fasa,
bukan satu fasa,

untuk rabak, mungkin aku cuma orang baru, so takleh nak tegur2 atau cakap apa2 selagi tak dimintak bagi pendapat, sebab aku pun noob jer lagi dalam dunia ni, dan ramai yang lagi pawer dari aku dalam rabak ni,

tapi untuk TTS, sebagai orang yang pernah melalui 4 tahun hidup di universiti dalam TTS SAHAJA (baca : aku tak pernah involve dalam apa2 aktiviti atau persatuan lain, well, ada la, tapi boleh dibilang sangat sangat, serius.) aku rasa, aku boleh cakap sesuatu, tegur atau ambik tau, kenapa itu dan ini.

ah, mungkin aku terlalu depress sekarang ni.

Monday, February 13, 2012

hidup baru...

bila join rabak, belum terasa hidup baru,
bila tolong projek rabak, belum rasa hidup baru,
bila aku cakap kat blog aku yang aku nak let go ex aku, belum rasa hidup baru,
bila aku dapat tawaran masuk UM amek master in performing arts (Drama), belum rasa hidup baru,
bila tengah buat artikel untuk next volum OPSYEN, belum rasa hidup baru,
tapi bila esoknya hari pertama kelas aku di UM, aku termenung dan terfikir nasib aku,
apakah aku berjaya?
apakah aku bahagia?
apkah aku derita?

dan post ni keluar...

http://doubleudiary.blogspot.com/2012/02/selamat-maju-jaya-f.html

aku jadi terharu dan tak tahu camner nak respon,
aku terharu sesiapa yang cakap dier support apa yang aku buat,
kakak aku, adik aku, kawan aku, saper2 jer,
aku rasa aku tak pernah berseorangan,
tapi bila diorang cakap diorang support,
aku selalu jadi sebak, as if macam aku selalu berseorangan,
entahlah, mungkin aku cuma mengada2.


esok aku kena kontek mr patrick untuk lubang kerja kosong di secret recipe bangsar south,
kalau tak ada, aku kena try kat ipoh old town white coffee sebelahnyer
bagi yang dah ada pengalaman, mungkin takder aper2,
tapi bagi aku baru terjaga dan baru bangun dari dunia selesa aku,
agak takut juga,
tu pun ada adik aku teman, dan kat carrefour tadi banyak dier yang tanyer kerja kosong,
kalau tak aku jadi segan,
entah,
mungkin terasa loser
bilamana kawan2 aku bergaji besar jadi engineer, sedangkan aku masih terkedek2 cari peluang kerja kosong macam pendatang,
mungkin juga aku rasa malu untuk meminta2 sedangkan aku ada bachelor's degree in mechanical engineering,
ego,
ya,
aku rasa itu sebabnya,
aku kena faham dan terima keadaan aku sekarang,
ya lah, even orang dari bangladesh yang ada degree pun kerja kuli dekat sini,
sapa aku untuk meminta2 hidup lebih senang dari tu?
aku rasa ini masanya untuk aku bangun dari tidur,
bukak dan lapangkan hati untuk terima cabaran dunia,
bila lagi nak mengadap semua tu?
sebab nanti aku nak bagitau semua ni dekat anak2 aku,
dan bagitau kat dier macamner nak hidup jadi manusia,
dan berhadapan dengan cabaran2 dier.

abah dengan mak yakin dengan kekuatan aku,
kakak - kakak aku tak putus2 bagi support,
adik beradik aku, kawan2 aku, semua macam tu,
cuma aku kena yakin dengan kekuatan aku,
aku kena yakin aku boleh terbang sendiri
i believe i can fly,
memang macam lawak, tapi tidak, untuk saat2 begini,
aku rasa aku perlu yakin.

dan  sekarang aku rasa dah hidup dalam dunia baru,
tinggalkan jauh sejarah2 aku,
dan juga kau,
yang dulu pernah aku ucap sayang dan cinta.
moga dendam ini hilang sedikit masa lagi.
amin.

Sunday, February 5, 2012

Ayah, Bulan dan Matahari...

"ayah...matahari tu besar mana?" tanya Aiman.

tengahari yang terik itu, Hazriq dan anaknya Aiman cuba berlawan untuk menentukan siapa yang lebih lama dapat melihat matahari, barangkali ia kerja gila dan satu contoh yang tidak baik untuk anak - anak, kerana melihat matahari terlalu lama boleh menjadikan sesiapa sahaja buta akibat sinaran tenaga dalam skala mikro yang tersembunyi disebalik jalur - jalur cahaya itu.

"cuba pegang dan tengok, besar mana" Hazriq memberi cadangan, lagi sekali, contoh yang tidak bagus dalam membimbing otak logik anak - anak.

"Besar...besar juga yah, tapi kenapa dia selalu terlepas?"

"sebab matahari tu kena selalu berjalan, macam kita"

"kenapa matahari kena selalu berjalan, dan kenapa macam kita?"

"sebab dia rindu, dia nak jumpa bulan pula, lagipun bulan dan matahari selalu tukar - tukar giliran untuk tengok bumi, anak diorang..."

"jadi bumi ni macam Aiman lah?"

"Ya" jawab Hazriq, dia bagai tahu soalan apa yang seterusnya datang dari anak kecil yang naif itu.

"Ayah?"

"Ayah...erm...Aiman rasa mana lagi gagah, matahari ke bulan?" tanya Hazriq, cuba untuk menceriakan suasana yang semakin kelam dalam terik matahari tengahari itu.

"Matahari la kot...sebab dia kuat, dia boleh bagi cahaya, macam otromen...zzzzzzzz" jawab Aiman sambil menunjukkan gaya superhero kegemarannya.

"tapi ayah, takkan ibu bulan pulak?"

"ya lah kot, dah ayah kan matahari" jawab Hazriq, dia meneka dia akan sakit sebentar lagi, dan cuba menahan ombak tsunami yang bakal menghempap hatinya yang kecil itu.

"tapi ayah cakap ibu kuat, kalau tak, ayah kata, Aiman tak lahirlah sebelum dia pergi pindah Amerika..."

Tuhan, jangan buka lagi mata hati anak aku ini untuk bertanya lanjut, Ya Allah, aku tak sanggup menghadapi kesakitan ini lagi...

"Ayah...bila ibu nak balik sini? Aiman rindu ibu, Aiman nak tengok muka ibu, tak pernah tengok dia dari Aiman lahir..."

dia tidak mampu lagi membuka corong telinganya untuk Aiman, biar dia buta memandang matahari, biar tangannya terbakar memegang matahari, dia tidak sanggup dibakar realiti pada ketika itu yang hanya dia tahu kebenarannya.

"Encik Aiman...kenapa awak baring sorang - sorang malam buta ni?" sapa Syuhadah perlahan.

"oh tak...saya sedang teringatkan anak saya Hazriq"

Aiman bingkas bangun lalu memasukkan kad Mykid palsu bernama "Aiman" dan "Hazriq" ke dalam koceknya sambil tersenyum.

Bulan tidak menipu malam itu...

hanya...

hanya jika kau tahu...

Kasih

Petang itu sangat indah untuk sebuah mata yang sedang memandang satu sama lain, kelam, penuh dendam, namun tak terucap. satu kimia (chemistry) yang tak terucap untuk orang yang tak pernah merasainya, tak pernah merasai cinta atau forever alone, tapi itulah hakikatnya,

Adam, seorang yang agak alim
Suraya, seorang yang tak alim
dan entah apa jadah yang menemukan mereka berdua, hanya tuhan yang tahu, tapi pada petang itu, seperti sebuah cerekarama yang baru ditukar nama kepada Lestary, dengan cerita cliche'nya yang masih tak berubah sejak zaman berzaman, mana taknya, dah masyarakat yang sama yang mengubahnya, melainkan kalau ada alien datang bertandang, memusnahkan peradaban, dan menukar kepada sesuatu yang baru, barangkali masa itu barulah berbeza ceritanya.

baiklah, berbalik kepada realiti rekaan.

Adam yang bersongkok pada petang itu seperti biasa, cuma memandang sayu seperti dalam hatinya berkata...

"nak menyesal dan nak balik kat aku lettew"

memandangkan suasana agak separa romantik, dengan mak ayah serta keluarga Adam yang dah bersedia untuk blah dan menuju ke perbatasan dunia atau "horizon" yang tak pasti entah apa next scenenya, mereka hanya menunggu, ayah Adam pula yang sudah berniat nak bertolak awal untuk makan di RnR kegemarannya demi mengenyit sepam dua dekat anak gadis di restoran yang menjual nasi lemak murah dan tak sedap makin jadi tak sabar, namun dia harus tunggu, barangkali ada sesuatu yang menarik bakal terjadi dalam suasana yang sesak, separa romantis dan sungguh murni agaknyalahtu.

"awak dah nak bertolak ke?" tanya Suraya.
entah kenapa dia bertanya soalan retorik yang obvious ni, hanya dirinya saja yang tahu, mungkin nak memulakan perbualan sebuah drama yang cliche.

"iye, dah nak bertolak dah..." jawap Adam.
mungkin dah tak reti nak jawap apa.

"kenapa tak bagitau saya awal - awal?"

"perluke saya bagitau?"

"erm...bagitaulah, sebab...sebenarnya, ada benda yang saya nak cakap"

"ya, saya mendengarnya" dengan suara seperti seorang Remy Ishak, Adam cuba untuk tidak menjatuhkan martabatnya sebagai watak tumpuan pada petang itu, bukan senang tahu untuk berlagak jadi watak utama dalam suasana separa romantis begini, dan ya, buat keempat kalinya perkataan separa romantis ini disebut buat mereka yang tak faham - faham.

"sebenarnya saya nak bagitau...saya, nak berterima kasih sebab sedarkan saya, kalau awak tak ada masa saya kat ICU itu hari, mungkin saya tak sedar kesilapan saya pada awak, saya sedar, saya bersalah, dan kesungguhan awak untuk duduk dan menjaga saya, membuka minda saya, untuk melihat dosa - dosa saya yang lampau..."

"Alhamdulillah, baguslah macam tu, sebenarnya, ada benda yang saya nak bagitau..."

"apa dia?"

mereka bertentang mata, dan hanya 3 inci saja lagi sebelum hidung mereka bertemu, dan...oh tidak, muka Adam melepasi hidung suraya dan menuju ke telinganya, cuba membisikkan sesuatu.

"sebenarnya saya nak ambil PSP yang adik awak pinjam, benda tu terselit bawah badan awak masa duk kat ICU itu hari, saya nak ambil, tapi segan nak bagitau family awak"


DAM!


entah dari mana sebuah Sweet Chin Music rekaan Shawn Michaels dan kemudian diikut dengan sebuah Stone Cold Stunner diberikan secara percuma tanpa ragu - ragu oleh emak Adam yang sudah lama memerhati sejak dari tadi.

"terima kasih sebab buat anak mak cik gila dan terencat akal lepas kau reject dia, kau ingat dunia ni penuh happy ending seperti yang kau nak?"


Wrestling.
kadang - kadang perlu untuk menceriakan suasana separa romantis.
OWNED!

Si fashionable, ya, kamu.

Assalamualaikum w.b.t,

sehari dua ni aku sedikit wasted, hanya duduk di dalam bilik dan baca buku mustaine : a life in metal, mungkin sebab cerita2 kehidupan awal dave mustaine yang wasted, maka aku pun skali wasted, duduk di dalam bilik dan terperuk tak buat apa2, cuma hari semalam aku mula menaip artikel untuk majalah OPSYEN edisi kedua,

what? edisi kedua?

ye.

edisi pertama dah keluar dah pun, dan aku tak sempat pun baca habis, ada kat umah dan mak ak pegang, dan aku tengok mak aku rindu kat aku sangat sampai dier kata tulisan aku lagi best dari kakak aku, walhal aku rasa writing aku takder la hebat maner pun, dari segi pengalaman, aku rasa kakak aku lagi banyak pengalaman, dan pembacaan dier lagi luas, walhal aku cuma baca komik dan majalah ujang dan apo? masa aku kecik2 dulu, aku cuba gak baca benda2 ilmiah, cuba jadik macam pacak, buat benda2 yang lebih nampak intelligent, tapi tak jadik, aku bukan macam tu, entah, aku lebih suka cerita2 yang membuka kepala otak kreatif aku, cerita fairy tale, dan ya, memang aku kuat berangan, sebab tu aku mat jiwang, sebab aku lebih banyak berangan untuk dapatkan sebuah relationship yang romantik.


dan aku tak pernah dapat.
mungkin Allah nak ajar aku untuk lebih menghargai setiap perhubungan yang aku ada, even dengan family pun, aku banyak withdrawal, entah kenapa aku rasakan yang aku ni tak main peranan sangat dalam family aku sejak akhir2 ni, entah kenapa aku lebih suka menyendiri, fear of intimacy mungkin, kesan kena tipu walaupun skali tu memang mendalam, bagi aku memang satu benda yang faggot dalam diri aku untuk duduk sedih kerana benda tu lama2 macam ni, dah lebih setaun dier dengan aku dah berpisah dan tak mau ambik tau diri memasing, kenapa aku kena terus ambik tau pun aku tak pasti, mungkin jawapan dier sebab aku ni

"forever alone"

ha ha ha, yes, i have to admit it, nak wat caner, memang lifestyle aku camni, dah lama aku jadik camni, mungkin sebab insecurity kot, dan ia bermula masa umur aku 12-13 tahun, dan yang paling teruk masa aku 13 tahun dan masuk 14 tahun, aku jadi insecure, aku adalah antara orang yang pelik kat skolah, antara label yang aku dapat adalah aku seorang yang poyo, beria dan syok sendiri, label2 macam tu kena dengan aku sebab aku adalah manusia yang penuh dengan energy, macam bebudak yang terlebih minum redbull, sebab tu masa perform atas pentas, aku jadik over, sebab aku just nak lepaskan segala2nya kat atas pentas, aku lebih intimate dan jujur dari aku kat luar pentas, aku yang luar pentas adalah sangat susah nak approach, even dengan TTS pun ambek masa, bila dah lama2 aku prektis dengan diorang, then aku leh jadi gila macam dulu, kalau dah lama tak prektis, ambek masa gak sebelum aku dapat momentum tu balik.

dan kemana aku melalut ni?

ya, wasted,


kalau tak kerana aku ada kakak2 yang osem, aku tentu dah jadik wasted sampai bila2, kakde seorang yang sangat supportive untuk apa yang aku buat, kalau tak sebab dia push aku, takder aku nak buat apa2 langsung dalam dua tiga hari ni, mungkin aku mengada2, atau mungkin sebab aku perlu ada orang support, ada orang puji apa yang aku buat, dan bila dapat pujian, aku tak tau nak react, kan mengada2 tu? ha ha ha ha.


dan aku akan memulakan pengambaraan aku di UM, dua tahun, entah, mungkin tiga, mungkin empat, aku tak pasti, tapi harap2 by umur 26, aku dah grad, entahlah, cam tak cayer aku dah sampai stage ni, untuk informasi kamu2 semua, aku selalu dapat apa yang aku nak, kadang2 tu yang buat aku menangis, aku harap2 ini bukan istidraj, dan aku takut kalau benda tu betul, bila Allah bagi kita semua yang kita nak, kita makin jauh dari dia, itu yang buat aku takut, dan aku sangat bersyukur apa yang aku dapat skang, cuma aku tak puas hati kenapa aku tak stat2 lagi nak puasa nazar tiga bulan aku, aih, kena buat cepat ni, tu janji aku kat Allah.

dan mak abah gurau dengan aku...

"jangan nanti kau kawen dengan nadirah tu kau gi puasa tiga bulan lagi"

hampeh ('''''''-_-)

haiya.

cakap pasal nadirah (nadira? entah, aku tak pernah tahu ejaan dier), dalam keter nak ke PD sini, Yong citer pasal dier lagi, katanya dia ni macam jenis fesyen2 sket (duh~ pompuan kot), dan dier pernah pakai kontek lens yang ada kaler2 kat mater tu, last2 mak ayah dier support buat laser treatment yang mungkin dalam RM4K atau lebih, pergh, hambek kau, dan aku takleh blah adalah dier seorang yang berfesyen.

okeh,
biar aku emphasize atau exaggerate,
dia seorang yang CANTEK dan BERFESYEN
dan aku cuma seorang yang loser,
baru belajar master kat UM,
dan dapat wang ehsan dari mak abah untuk belajar,
adoila~



kadang2 nak jer cakap,
"weh, tunggu jap, aku tengah belajar, nanti pas aku habis, aku kumpul duit dan kawen dengan kau"
tapi aku rasa dalam tahap ni, aku rasa aku tak ikhlas dengan dia,
aku rasa aku cuma angaukan dier sebab dier lawa,
dan bukan sebab kualiti2 dier yang lain,
aku pun serabut serabai lagi hidup, dengan kadang2 (atau selalu?) memang jenis pemalas tahap cipan,
dan aku tak rasa aku masih lagi tahap penyayang yang melayakkan aku untuk ada anak,
aku takut nanti bila ada anak, aku tak dapat nak sayang dier,
well, intimacy punyer issue lagi la tu,


gila kau, kalau aku dah habis belajar, dier 27, dan aku 26, kakak abang aku dah kawen dah umur2 macam tu, or at least bertunang. aku?

pernah dulu aku bermimpi aku kawen awal, tapi biler pk balik skang, er...tak, aku rasa aku tak layak lagi, ke sebab aku depress dengan dayah menyebabkan aku surpress bahagian penyayang aku sampai aku jadik "i dun give a damn about the world" dan on the rampage dan revenge tour.

entah dan entah dan entah.

skang aku jadik blur serta streben tuen, bila kakak aku cakap itu dan ini, aku jadik tak der respon sangat, adoi, entah ler, terlalu banyak sangat yang berubah dalam idup aku, dalam kata aku tak prepare untuk masuk UM, aku gagahkan gak, sebab mula2 ingat aku tak dapat, tapi bila diorang bagi aku masuk, aku rasa itu harapan, dan diorang mungkin nampak potential serta passion aku dalam arts, atau mungkin sebab tak banyak orang apply, entah, aku harap yang awal2 tu lah.


 dalam sibuk, dalam rabak, ada sesuatu yang membunga dalam diri aku,
dan aku tak suka, sebab itu bukan yang utama sekarang, N...kau buat aku tak tentu arah. crap.