Saturday, September 3, 2011

AH!

Karut!

itu yang dapat aku carutkan dalam hati sepanjang on the way balik ke UTP dari syabu2, dah puas aku memuaskan nafsu perutku, kini dah tiba masanya aku puaskan nafsu amarah aku, syaitan yang telah terlepas dari belenggu bagai menanti - nanti aku yang lemah hatinya ini untuk terjun ke lembah hina dan memilih jalan mudah untuk melempiaskan kemarahan aku dengan mencarut dalam  hati.

tak guna,

ini semua gara - gara terdengar lagu 'samson - dan bila esok' yang diputarkan diradio perak 'aman jaya' fm. untuk kome jer tu,

dem dem dem


dalam hati cuma itu yang dapat aku carutkan, sepanjang dengar lagu tu yang turut diikutnyanyikan oleh rumate setia ku syawari yang memang dah tersedia suka dengar lagu2 indon ni membakar lagi jiwa aku yang dah lamer rentung dan berkulat dah ni,

ah, celaka

barangkali kalau nafsu yang dinamakan cinta aku ni dipuaskan, maka taklah aku semarah begini, heh, kenapa aku mengatakan cinta itu nafsu?

sebab cinta itu naluri dalam hati, yang lahir, maka ia perlu sesuatu untuk diisi macam cawan yang kosong, dan apa yang boleh dikatakan nafsu selain dari sesuatu yang perlu diisi?

makan

minum

buang air

nak sport car, PS3, Xbox 360

nak anak, bini semua bagai, kehendak, itu juga nafsu

ah, ha ha ha ha ha ha ha

dan aku cuma ketawa bila mengenangkan ex aku, dayah yang terlalu bergantung dengan hati demi mencari cinta, ya, aku juga begitu, dan ya, memang aku hipokrit pun bila berkata begitu,

sebab aku pun tak nak jadi engineer sebab hati aku nak jadi orang seni, nak merempat tepi jalan, walaupun aku tak lah segagah itu untuk merempat tepi jalan, dan aku tak kenal pun apa itu kesusahan, tapi aku rasa nak jadik macam tu sebab aku rasa benda tu cool dan best, dan juga untuk melempiaskan misi jari tengah aku kepada dunia,

NAH! PADAN MUKA KAU DUNIA!

dunia mahukan aku jadi seorang engineer, lalu aku hina dunia ini dengan berkata tidak pada nafsu kemahuannya, apa perlukah aku memenuhi nafsu kau bagai seorang hamba?

sebab tu aku ada isu dengan orang manja

kenapa perlu aku memuaskan nafsu manja kau?
permintaan kau?

aper aku ni sebuah patung yang perlu dipermainkan dan ditinggalkan selepas kau puas?

macam dildo yang sejuk dan beku terbiar tak berbasuh di atas katil usang kau?

nah, memang aku sedikit kasar dan terlalu kasar, barangkali amarahku tak dapat ditahan - tahan lagi.

sebab nasib aku macam tu dahulu dengan dia,

selepas puas dan selepas hatinya kosong kembali, dan dia kembali mencari yang lain bagi terus kekal memuaskan nafsu bernama cintanya, kah kah kah kah

barangkali hipokrasi ini akan membawa aku ke jalan yang sama nanti bila aku mengusha dan mengorat awek dan decide nak jadikan dia sebagai bini aku, ceh ceh ceh ceh

ingat aku suka permainkan isu2 begini dan menjadikan wanita sebagai alat buat aku hilang rasa geram?

aku sebenarnyer tak, tapi bila aku dipijak-dihina sedemekian rupa tanpa diendahkan rasa dan perasaan itu, ketika itu aku bangkit dan mengamuk dengan bulan yang diatas sana

KAU MEMANG CELAKA BULAN!

hari2 kau buat sang pungguk dan serigala terasa kesunyian dan kesejukan yang kau pancarkan, walhal, apa yang kau pancarkan asalnya dari matahari, kau meminjam kepanasan dan menukarkan kepada kesejukan, apa punya celaka kau ni?

kawen, kawen kawen kawen

soalan yang bagi aku akan jadi sedikit cliche dua tiga detik lagi bila saudara mara aku akan mula bertanya bila nak kawen, walaupun aku kelihatan macam fared ayam pun nanti, aku tak dapat lari dari soalan penuh celaka tu, apsal tak tanyer terus

bila kau nak puaskan nafsu cinta kau tu?

ah!

aku takkan kawen selagi aku masih menganggap cinta itu nafsu

selagi aku penuh dendam dan amarah yang mencurah2

kerana jauh disudut hatiku (cey wah) aku masih tetap menganggap bahawa cinta itu memerlukan pengiktirafan sebuah keikhlasan, kau mencintai tanpa perlu dicintai kembali, dan kau terus memberi dan memberi dengan setia, dengan penuh kasih sayang, bagi aku ITU TAKRIF CINTA!

dari cinta, kau zahirkan melalui perbuatan kau,

kau berada disisi yang tersayang disaat mereka memerlukan

bukan semata2 ayat seperti abang cayang, adik manja, intan payung dan segala macam kata2 plastik ciptaan manusia yang dinampakkan indah tapi penuh dusta tu.

cinta itu diciptakan tuhan adalah murni, yang hadir dari seorang bernama lelaki kepada wanita, ia harus ikhlas dan benar2 suci dari perasaan kesangapan yang amat sangat, kesangapan maksud aku adalah kesunyian dan kejadah yang sewaktu dengannya, dan cinta yang hadir akan membawa kata2 begini dalam hati...

"aku ingin mencintainya dan buat dia bahagia"

bukan semata2 nak puaskan nafsu kau sorang jer

dah tu biler kawen, nak2 pulak suami kau buat skandel, padan muker, kalau tak nak suami tu skandel, buat camni macam alfathunisia dalam ketika cinta bertasbih, dier bagi syarat, kalau nak kawen dengan dier, jangan kawen dengan orang lain, selagi dia dapat menjalankan tugas sebagai seorang isteri dengan sempurna,

bila kau rasa kawen dan cinta sebab nak puaskan nafsu kesunyian dan kekosongan kau, mulalah, bila dah bosan, kau cari lain, sebab kau sertakan nafsu dalam cinta,

ITU MEMANG CELAKA!

aku tak boleh nak cakap sangat, sebab takut2 nanti aku buat benda yang sama, dalam darah aku ada darah yang macam tu, tapi aku cakap gak, untuk mengingatkan diri aku, at least kalau aku tak sedar diri nanti ada orang tolong tamparkan aku dan kejutkan aku dengan ayat2 aku sendiri.

heh, cinta?

setulus mana orang yang mencintai kau?
dan setulus mana kau mencintai orang?

awek lawa, pakwe muka pecah, takkan takder kot nafsu terselit kat situ?

ah, memang aku pun tak dapat lari dari persoalan nih, dan aku pun bakal buat kesilapan yang sama, dan manusia, ciptaan sempurna ini terlalu banyak ketidaksempurnaannya apatah lagi aku nih.

dan pada malam ni aku buat pengakuan

aku dah jadi terlalu sakit, hati aku terlalu parah lukanya dan parutnya lagi besar dari parut eksiden masa intern itu hari, dan kau puncanya dayah, ya, dendam aku ni pada kau, sekarang tinggal aku dan dendam aku untuk aku sembuhkan sebelum ianya makin parah, kau ingat aku suka jadi sakit macam ni? sakit pasal hati yang tak sudah2 menipu aku dan masa depan aku?

kau ingat aku suka tiap2 hari rasa sakit?

kau dah selesai dekat sana, tahniah aku ucapkan, dan aku terlentang mati kat sini tak bernyawa tiap - tiap hari, mungkin aku tak redha dengan ketentuannya, tapi macam yang aku cakapkan tadi, untuk luka yang bangsatnya besar macam yang kau tinggalkan ambil lama untuk pulih, mungkin 10 tahun tak tentu terawat semuanya, dan aku macam puntung rokok yang dibiarkan setelah puas kau menghisap segala kandungannya, ceh ceh ceh ceh


tapi aku masih tak mahu menganggap seorang wanita itu pemuas nafsu lelaki, aku naif, mungkin tak sekejam kau, tapi aku penuh dendam!


p/s : kadang2 benda bodoh macam ni manusia berkira2, kenapa tak pernah bersyukur dengan segala nikmat yang ada?

p/p/s : selamat bersemadi kenangan lama, aishita hareru kana yang kau tinggalkan dalam diri aku memang betul2 buat aku rasa loser. kah kah kah kah.


p/p/p/s : don't bother commenting, saper suh baca, sakit? ada aku suruh kau baca? sendiri tanggung la der.....

p/p/p/p/s : another side of me wish that this hatred will not resurface again and again, i wish i dun own this hatred coz it hurts.


2 comments:

  1. nak komen jugak. perh. susah untuk manusia menjadi jujur, sejujur-jujurnya tentang hati dan perasaan, dan jika ini tulisan yang sejujur-jujurnya tentang hati dan perasaan. maka aku kagum.

    ReplyDelete
  2. mekasih kerana membaca huda, jangan jadi cam aku, aku terlalu jujur :P

    ReplyDelete