Monday, September 5, 2011

Pejuang


bibirnya tertutup rapat menahan sedih dan pahit hakikat lontaran fakta yang terkeluar dari mulut insan yang sangat disayanginya itu, zaharah, nama yang tidak begitu asing bagi dirinya sejak dua tahun terkandas di kampung. Dia masih mengingati peristiwa dimana dia dijumpai oleh orang - orang kampung dalam keadaan nyawa - nyawa ikan setelah diserang askar musuh di sebuah berek tidak jauh dari kampung tersebut, mereka menjumpainya dalam perjalanan balik dari dusun mereka, begitulah kental sekali jiwa orang - orang kampung tersebut yang harus mencari sebutir dua rezeki tuhan walaupun keadaan darurat telah mencengkam nyawa mereka sekian lama.

kental.

ya, itulah yang diharapkan oleh Ahmad Syahidi, prebet kelas dua kumpulan beta kepada Zaharah, dia mengharapkan gadis berkulit kuning langsat itu untuk memahami perjuangannya menentang musuh negara meskipun dia tahu takkan ada pejuang yang akan terselamat menentang ribuan musuh seorang diri meskipun begitu tinggi kemahirannya dalam medan peperangan.

"Abang harus pergi, tak lama lagi akan ada satu kumpulan askar fascist yang akan lalu dekat simpang ke rumah pak cik talib sana, takkan abang nak biarkan mereka merogol hak - hak orang kampung ni?" jelas Syahidi dengan tegas

"kita tak ada pilihan bang, kita boleh pergi dari sini sebelum mereka datang, kita boleh bina hidup baru ditempat lain, lagipun....."

"lagipun apa? Tok ulong, pak cik rashid, mak su tijah, dan beberapa orang kampung yang lain terlalu uzur untuk bergerak ke kampung seterusnya, 20 batu perjalanan dengan kaki mereka yang uzur tu boleh sampai mana saja? belum sempat mereka nak sampai, mungkin akan ditangkap musuh"

"saya tahu bang, tapi kita tak ada kudrat nak menentang puluhan orang dengan apa yang kita ada, kita tak ada senjata bang, abang pun cuma ada rifle buruk tu saja, dah bertahun ia tak digunakan, mana mungkin kita dapat menentang mereka dengan keadaan begini?"

"jadi awak nak saya lari? begitu? seperti pengecut? kebanyakan dari orang - orang kampung di sini mahu tinggal dan menentang mereka, kenapa abang harus lari seperti seekor tikus? kalau begitu tak ada guna abang menyertai askar 3 tahun sudah" Syahidi mula meninggikan suaranya apabila melihat begitu lemah sekali semangat tunangnya itu,

ya, mereka akan dinikahkan 5 hari sahaja lagi, hari bahagia sudah menjelma di depan mereka, namun perkabaran buruk yang mengatakan kompeni edward schutzer akan melalui kampung mereka dalam 4 jam  sahaja lagi memusnahkan sama sekali hari - hari bahagia mereka, 

kenapa?

kenapa begitu tegar sekali Syahidi ingin menentang askar - askar tersebut? adakah kerana egonya tercabar melihat begitu ramai orang  - orang yang sudah uzur umurnya bersedia mengangkat parang, cangkul dan keris berkarat untuk menentang musuh yang menggunakan pelbagai kelengkapan canggih?

mengapa?

harus bagaimana lagi dia dapat meyakinkan Syahidi untuk melupakan sahaja niatnya itu demi mencapai kebahagiaan mereka, mencipta syurga, menikmati sisa - sisa kehidupan yang kabur keindahannya bagi Zaharah yang dibesarkan dalam kesempitan ruang hidup oleh pak cik seman dan mak cik che' nurbiah.

degum!

sebentuk cincin jatuh mencium lantai dan melantun ke sisi pinggang Zaharah

"sekarang, awak ambil cincin ni, dengan ini saya putuskan pertunangan kita, kalau bahagia yang plastik itu yang awak cari, pergi, saya bukan orangnya, saya tak dibesarkan untuk meraih kebahagiaan yang sementara ini,  PERGI! saya dah tak nak tengok muka awak lagi, lemahnya hati awak ni buat saya rasa mual dan benci, PERGI!"

.....

.....

.....

.....


bagaimana seorang wanita selemahnya untuk menghadapi situasi sukar begini? dunianya gelap, hatinya muntah mengeluarkan darah - darah kehampaan yang hitam pekat, tak terkata kesakitan yang timbul di dalam hatinya, hanya tuhan sahaja tahu betapa peritnya dia menerima satu tamparan yang sebegitu hebat dalam beberapa detik ini dan kehampaan itu disambut oleh satu kilatan gelap yang muncul didepan matanya, dunianya tidak berwarna, dan hanya hampa menyambut dirinya pada ketika itu.

satu genggaman kesakitan terpancar dari tangan Syahidi, dia tak mahu berkata begitu, namun dia harus lakukannya, dia harus melepaskan Zaharah dari terus sakit mengenang dirinya yang tidak mempunyai harapan mencapai bahagia bersamanya.

hampa dalam kegelapan.

tik tik
dup dup
....
tik tik tik
dup dup dup

"Alhamdulillah, syukur Zaharah, awak dah bangun rupanya, kenapa boleh jadi macam ni?"

suara itu tidak asing bagi dirinya, Syahidi?

"Syahidi? Syahidi??? abang jangan tinggalkan saya, saya sanggup tunggu abang, tak apa, kalau abang nak lawan mereka, saya sanggup berada disisi abang menentang mereka, tolong jangan tinggalkan saya, saya tak mahu sendiri!!!!" jerit Zaharah yang baru tersedar.

"Ya Allah, sabar Zaharah, sabar, saya bukan Syahidi, saya nizam, nizam, awak tak kenal lagi saya ke?" jelas suara tersebut.

Zaharah mula melihat tepat ke mata insan dihadapannya, matanya berkelip berkali - kali untuk mengesahkan imej yang dilihatnya, ya, dia Nizam, bukan Syahidi yang disayanginya itu.

"Nizam, mana Syahidi saya? mana? dia cakap dia putuskan pertunangan kami, saya tak nak dia tinggalkan saya, saya tak nak seorang diri lagi, tolonglah, tolong carikan Syahidi saya"

Zaharah mula memegang erat bahu Nizam dan membuatkannya sedikit tidak selesa, namun dia layankan sahaja kehendak Zaharah dan terus bersabar, kerana itu sudah menjadi tugasnya.

"lah, awak yang tinggalkan Syahidi, kan dia ada kat sini, nah ni dia, saya jumpa kat luar tadi, awak tu yang tinggalkan dia, kenapa lah awak tinggalkan dia, kesian dia menangis nak jumpa awak tadi" jawab Nizam sambil mengeluarkan sebuah patung askar kecil dari koceknya yang lebar pada baju kot putihnya yang panjang itu.

"Syahidi!!!!!!!!!!!! saya minta maaf, saya tak tinggalkan awak lagi, saya janji saya tak tinggalkan awak, tolong maafkan saya ya? maafkan saya awak............kalau awak tak maafkan saya, dengan siapa saya nak minta maaf lagi? awakkkkkk.........." esakan Zaharah semakin kuat dan kehadiran Nizam tidak langsung diendahkannya lagi.


Nizam tersenyum puas, Alhamdulillah, pesakitnya itu tidak mengalami apa - apa kecederaan, cuma emosinya kurang stabil sebentar tadi, mungkin kerana peristiwa traumanya yang dahulu. Hari itu Zaharah bahagia buat beberapa ketika, menikmati kasih dan sayang dari sebuah patung askar bernama Syahidi, esok mungkin dia akan berkasih dengan leman, atau Zubairi si jurutera tersohor itu. Kasih siapa lagi yang dapat dia tagih setelah hidup membesar diasingkan dari masyarakat kerana label 'anak tak sah taraf', dirinya menjadi satu aib buat kedua ibu bapanya, dan tatkala dirinya di sunting orang, bakal suaminya telah terlibat dalam kemalangan, selang seminggu selepas itu kedua orang ibu bapanya pula terbunuh dalam satu rompakan ketika ingin ke pasar membeli keperluan rumah.

hanya patung - patung tempat dia berkasih

hanya patung - patung tempat dia mengaduh nasib

hanya patung - patung mewarnai hidupnya yang sukar itu

barangkali mungkin esok ada yang meminangnya, ya, barangkali esok mungkin hari bahagianya, mungkin sahaja...... 

1 comment: