Saturday, September 24, 2011

Jack n' Jill Roller Coster


"Nanti dekat duta you turun, aku dah tak nak tengok lagi muka korang semua"

abang berjaket hitam bermuka garang menuding jarinya tanpa segan silu macam bas tu harta pusaka turun temurun nenek moyangnya, atau bahasa kasarnya 'mak bapak dia punya'.

Aku yang dari tadi perasan akan kegarangan manusia ni yang tak kenal tempat mula cakap dalam hati 'apa jadah pulak la dia ni nak buat filem KL Gengster dalam bas ni?'

ah, pedulikan, aku, acap, Ash dan kisas sibuk nak cari tempat duduk yang nampaknya macam tak berapa nak ada, ni yang aku benci bas selain Transnasional dan Plusliner ni, bukan aku racist dengan bas macam ni, tapi memang macam tu lah hakikatnya, tak berani aku nak cuba bas - bas lain, nanti kena macam amoi nama Ong yang merupakan kenalan kakak sulung aku masa sekolah rendah dulu akibat mempunyai kakitangan yang tak mesra penumpang.

rogol dan bunuh.

apa dah habis akal ke diorang ni? macam la tak ada aktiviti sihat yang nak dibuat, lastik burung ke, main polis sentri ke, sabung kumbang tanduk ke, tak pun belek tahi anjing, mana tahu boleh mendatangkan keinsafan ke, hidayah Allah kan ada dimana - mana? Sebab aku pernah dengar dari cerita mira kawan kelab teater aku yang dulu ada orang terima hidayah sebab dia betul - betul rasa terseksa bila tahi di punggungnya terpaksa ditahan sementara nak balik ke apartmentnya yang berada di tingkat 15.

Abang berjaket hitam tadi mula menunjukkan muka garangnya tanpa segan silu seperti seorang 'flasher' yang suka menayangkan tayangan lucah kendiri kepada orang ramai, mukanya dihalakan kemana - mana, dalam hati aku yang sememangnya tersedia bangang dari awal aku hidup mula berkata 'ni kalau jadi suspek jenayah ni, kalau tambah misai dah tentu sempurna paras rupa'. Ah, pedulikan kata hati aku, duduk dan berdoalah agar dapat sampai ke Ipoh dengan selamat.

Sampai di tol Duta, bas dibawa berhampiran stesen minyak Shell. Muka - muka mat bangla tadi di tolak keluar oleh abang jaket hitam tanpa segan silu lagi, pemandu bas pun turut sekali dalam pesta menghina pendatang asing tu, untuk mengelakkan dicemuh orang kerana kurang sopan, pemandu bas yang aku rasa berasal dari utara menurut pertuturannya itu berkata kepada para penumpang seperti seorang pramugari yang ditolak seksi dan jelitanya yang sedang memberi pengumuman.

"Kuang hajaq sangat, kita duk panggil penang - butterworth, penang - butterworth, kita tanya dia nak pi mana, dia suh kita turun bertumbuk dengan dia, datang negara orang, buat kuang ajaq, tak guna"

dan barangkali dengan kata - kata tersebut para penumpang yang juga pelanggan syarikat tersebut akan merasa lega termasuk aku. TAIK!

kalau ya pun marah, kau carutkan sajalah pada mat - mat bangla tu, apa salah dia yang sampai kau tampar mukanya hingga berdarah? bagi aku "blood with blood" baru lah betul - betul lelaki sejati, ni baru cakap - cakap sikit dah naik darah, bagi aku itu samseng yang tak ada prinsip, tak ada etika, walaupun mat - mat bangla tu masih diberikan peluang untuk tumpang bas lain yang telah pun diaturkan oleh 'abang - abang kawasan' ni, tapi bagi aku itu tak menghalalkan perbuatan mereka yang sudah tentu menang dalam situasi ini, sebab mereka berada di 'home' dan bukan 'away' jika ia mahu disamakan dengan situasi perlawanan bola.

bas meluncur laju.
wayang porno dah bermula.
aku tonton cahaya merah seksi dari punggung Serena, Myvi, Volvo dan Camry di depan aku yang dilapiskan dengan kaca plastik buatan manusia.

koyak.
buka.

Jack n' Jill Roller Coaster perisa keju ini jugalah yang terbaik untuk malam begini.
aih~

1 comment: