Thursday, September 15, 2011

Tolan anak bugis


"tak guna, mana ada kat singapura lanun bangsa cina masa tu? ngarut!" 

remote control yang berjenama SONY itu di lemparkan jauh - jauh seperti seketul batu yang tak bernyawa, ah, biarkan, biar puas hatinya yang merah bengkak berdarah pada petang itu, Tolan sungguh geram, satu penghinaan bagi dirinya apabila watak yang dimainkan oleh pelakon Hongkong yang terkenal, Chow Yun Fatt, mengucapkan selamat datang ke Singapura kepada lanun - lanun caribbean yang menjadi tetamunya pada malam itu. Mana mungkin zaman itu bangsa cina menguasai laut dikawasan Asia tenggara? kawasan Singapura pada ketika itu dipenuhi dengan lanun - lanun berkulit sawo matang, bukannya kuning langsat, nak nak pula dirinya berketurunan bugis yang sangat mahsyur dengan kegiatan lanun sejak zaman berzaman, jika dia memohon untuk menjadi ahli persatuan lanun, sudah tentu bangsa bugisnya dipampang luas - luas di dalam resumenya, biar semua tahu.

"bos! bos!"



kedengaran suara yang sangat tidak asing buat dirinya; Joned Jipang si bapuk ni lagi. Memang sengaja dia menggelarkan semua anak - anak kapalnya dengan nama yang sangat brutal  seperti Mael Gore, Ujang ganas, Ah SengKiller oleh kerana semua anak - anak kapalnya itu lembut - lembut belaka, manakan tidak, ke semua anak - anak kapalnya itu dikutip dari Thailand, di sebuah kelab yang terkenal dengan pelacur - pelacur mak nyah, baginya satu tanggungjawab kepada masyarakat untuk menyelamatkan mereka dari terus terjebak ke dalam aktiviti yang kurang sihat bagi seorang lelaki, dan kegiatan lanun adalah penawar untuk penyakit - penyakit mereka mengikut pemahaman yang kurang cerdik dari akal darjah duanya.

"apa kau nak Joned Jipang, tak nampak aku tengah layan filem ni?"

"Ala~ bos niiiii~~~~~~~ takkan itu pun tak boleh berhenti sekejapp~~~~" kata Joned separuh lembut,


"Joned, kau jangan nak mengada, aku sungkit perut kau sampai terkeluar tali pusat baru kau tahu, cakap melayu tu betul - betul la sikit, kau bukan duduk siam lagi, aku mengadu kat cikgu tatabahasa kau karang baru tahu,"

"baik bos~~~ ehem, ehem, bos. Ni ada masalaaaaah sikit" balas Joned yang cuba mengawal pertuturannya untuk berbunyi lebih 'melayu'.

"masalah apa? apa guna aku bagi kau jadi ketua kalau masalah macam ni pun kau tak boleh selesaikan?"

"bukan, ini masalah layar tu oiiii bosss~ ehem, ehem, budak baru tu dah pasang layar tu terbalik"

"ha? budak mana? mana aku ingat semua anak - anak buah aku? siapa? Milo? Johnny? Brutal Killer?"

"bukan, ini budak nama Prawatani"

"ceh, budak tu ke, bawak dier masuk, biar aku basuh sket budak baru tu, tak guna betul"

"baik boss~~"

"oi, jaga tatabahasa tu"

Joned keluar dengan senyuman tersipu - sipu, pening kepalanya melayan karenah budak - budak ni, selalu orang - orang tua kata, biarlah melentur buluh dari rebungnya, masalahnya anak - anak kapalnya tu sudah terlebih lentur, dan sekarang dia perlu cari jalan untuk mengeraskan setiap urat yang ada, biar badan yang seperti getah itu dikimpalkan setiap sel - sel biar jadi besi padu yang kuat dan utuh, jika tidak, bagaimana dia ingin merompak kapal - kapal besar di sekita perairan itu? bukan sedikit kerja yang mereka perlu lakukan, mengangkut barang- barang berharga, mengugut, mengacu parang, menembak pistol. Tolan tidaklah seganas lanun - lanun yang lain, membunuh tanpa kasihan, dia cuma ingin mengambil barang - barang berharga kapal - kapal mewah yang mengangkut pelancong - pelancong asing atau tempatan di kawasan itu, menurutnya, dia ingin menjadi hero rakyat ala - ala robin hood, barang - barang berharga tersebut diberikan kepada anak - anak yatim yang memerlukan, terutama masyarakat pribumi yang semakin dihimpit oleh arus kapitalis mutakhir ini.

Bagi menjamah sesuap nasi, mereka akan bekerja seperti orang biasa, membuka gerai di pasar - pasar malam sekitar kawasan pelabuhan, Tolan amat mahir membuat nasi ayam singapura, dan sambal tempenya juga dipuji orang, dengan duit itulah dia membiayai tidur-makan-berak-kencing anak - anak kapalnya, mungkin satu hari nanti dia dapat meluaskan empayar nasi ayam singapuranya. Apa yang keji perbuatan sebegitu? Bukankah kapitalis yang hidup dengan duit riba itu jauh lebih keji dan hina dari lanun separuh masa sepertinya?

"tok tok tok" bunyi pintu diketuk,

 lamunan Tolan terhenti,

"masuk"

pintu dibuka, dihadapan Tolan sekarang adalah tubuh satu - satunya jantan perkasa di kapal yang diberi nama "K.A.B - Kami Anak Bugis" itu, namun masalah budak baru ini adalah dia seringkali melakukan kesilapan yang baginya tidak boleh dimaafkan, mana mungkin seorang lelaki memasang layar kapal seteruk begini?

ah, sudahlah, barangkali dia cuma budak bebal yang susah diajar.

"aih, masalah lah kau ni, wataniah...."

"Prawatani bos,"

"ye lah, aku sebut Petani tadi kan?"

"Prawatani bos,"

"betullah aku sebut Perawan tadi kan? dah, dah, jangan nak tunjuk pandai dengan aku, sekarang ni kita ada masalah, dah dua hari tersadai kat laut ni sebab tiap - tiap hari kau buat masalah, baru gerak dua tiga kilometer, kau salah pasang layar lah, salah ikat tali lah, aku ingat gagah macam kau ni boleh lah jadi contoh sikit kat sotong - sotong luar sana tu, ini tidak..."

"Tak, bos, sebenarnya saya..."

"Nanti lah dulu, aku tak habis cakap lagi, lahanat betul kau ni, orang cakap dengarlah dulu, pastu nak bangkang tu bangkang lah," suara Tolan ketika ini sedikit tinggi dari sebelumnya.

"Kita ada dua hari sebelum pasar malam yang seterusnya, macamana? kalau lambat nanti habis rugi aku bayar sewa tiap - tiap bulan, kalau rugi nanti, kau orang nak makan apa? lagipun barang - barang kemas tu nanti nak jual kat kedai Poh Tong sana sebelum bagi duit tu kat anak - anak yatim Kampung Jenderata, lepas tu..."

"Bos, apa kata..."

"HOI AKU KATA JANGAN MENYAMPUK BILA AKU CAKAP!" Tolan dengan rakus mencengkam baju Prawatani, buku lalinya sudah tersedia rapi untuk dilepaskan, biar hinggap tanpa tali ke muka jantan gagah itu, namun, ada sesuatu yang tak kena dengan jantan gagah ini, sesuatu yang sangat - sangat tidak diduga oleh Tolan pada petang itu,

dadanya...

dadanya...

dadanya...

mempunyai nisbah dimensi yang lebih dari lelaki biasa, 

seperti...

seperti...

seperti...

seorang...PEREMPUAN!

Ketika itu masa terhenti, dan mata Prawatani dan Tolan terpaku bersama, seperti ada arus bersaiz 1000 TeraVolt yang menyerbu ke dadanya ketika itu, jika dihitung - hitung kekuatan arus elektrik sebegitu, sudah tentu dia mempunyai tenaga yang kuat untuk membina pengkalan roket buat ekspedisi ke bulan, malah mungkin mampu mencecah Pluto sekali pun.

Tolan cuma mampu meneguk air liur yang sudah kering kontang di padang pasir mulutnya, 

ah sudah, 

pasir tersebut sudah mula mengalir ke jantungnya, dan kemudian akan sampai ke laman hatinya, mungkin membengkak, 

Sial,

Sial,

Sial,

APA NI WOI?

dengan gagah berani, Tolan mula berkata...

"Kau...dada kau...tangan aku...er...apa kata...betul tak...dada kau...dada kau..."

"Bos...sebelum tu boleh tak bos lepaskan tangan bos dulu? saya dah mula rasa tak selesa..."

oh ya, tangannya, yang mencengkam bagai harimau belang menangkap rusa ke bajunya tadi dilepaskan dengan sepantas kilat.

"Oh, minta maaf..."

...

beberapa saat masa bagai terhenti dan akan berputar ke belakang kembali, dan keadaan kekok sebegini akan menjadi bertambah beku dan mungkin melebihi -273 Kelvin, ya, sejuk sebegitu menurut pendapat ahli saintis, memungkinkan jisim - jisim manusia hilang begitu sahaja, bagai ditembak senjata laser yang canggih ciptaan Brain, seekor tikus Genius dalam rancangan animasi "The Pinky and The Brain".

dia harus menguatkan dirinya untuk berkata - kata pada ketika itu...

"Bos...sebenarnya...sebenarnya...yyyaa..yyaang, ssaaya nak cakap tadi tu, sebenarnya saya...yang saya..."

"CAKAPLAH SEBELUM AKU KAKIKAN KAU NANTI!"

"SEBENARNYA SAYA NAK MINTAK TUKAR KE BAHAGIAN DAPUR, DAPAT SAYA TOLONG BOS MASAK NANTI!"

terkedu,

mana pernah ada sesiapa yang meminta untuk dipindahkan ke bahagian dapur kapal, itu adalah nyawa Tolan, dan tiada siapa yang pernah berkongsi Passion dengannya, hatta Joned sekalipun cuba mengelak apabila diminta untuk menyiang ayam di dapur kapal tersebut.

"er...dd...daah...dah...kau keluar dulu, nanti aku fikirkan boleh atau tak..." kata Tolan dengan tersekat - sekat melodi suara di halkumnya.

Prawatani keluar.

Tinggal Tolan bersama perasaannya ketika itu, dia mengambil nafas, dia cuba menghembus perlahan - lahan, biar dia dapat melihat kembali dunia yang makin kabur di hadapan matanya...

seketika kemudian...dia...

pengsan.

hatinya yang masih hidup berkata.

"Celaka, cinta dah mengetuk pintu aku"

2 comments: