Saturday, September 3, 2011

Lubang Dendam


petang yang tak berapa nak hening tu, topek membuat keputusan untuk duduk saja dibilik yang serba kurang dari segi roh cinta dan kasih sayang kerana itu sudah menjadi lumrah duduk bujang dan apatah lagi berjauhan dari keluarga walaupun jarak dari universiti ke rumahnya tu hanya beberapa kangkang kera, itu pun kera tersebut hanya berumur beberapa tahun saja.

setelah siap segala persiapan maka nasi ditanak menggunakan periuk nasi kebanggaannya, ya lah, itulah antara beberapa harta miliknya yang boleh dipanggil 'harta', yang lain kebanyakannya ditaja oleh ayah dan ibu, bukanlah berniat untuk menolak atau tidak bersyukur dengan pemberian orang tuanya, cuma dengan memiliki sesuatu hasil titik peluh zaman bujangnya dengan menyimpan duit yang tak berapa nak  ada itu bagai satu kejayaan seperti menawan gunung everest yang diidam-idamkan oleh lautan manusia secara amnya.

petang itu pada awalnya dia ingin melengkapkan kewajipan untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi ujian duniawi yang akan datang pada lapan haribulan ini, tapi macam biasalah, dengan jiwa yang memberontak dan masih mentah ini, dendamnya yang meluap - luap sejak matanya tercelik tengahari tadi menyebabkan dia tidak jadi untuk menelaah, perutnya yang sejak dari tadi meronta - ronta dipenuhkan kehendaknya terpaksa dilayan, ah! ia tak seharusnya ditahan - tahan lagi.

siap

ceduk

lebih

kikis

licin

semua dalam pinggan.

apa yang nak ku pasang semasa mengisi perut ni?

seleksi petang : filem "Ketika Cinta Bertasbih" yang tak habis ditonton.

file yang telah lama disedut dari rakan yang kini sebilik dengannya sudah lama terperap selama 2 tahun, ah, barangkali aku habiskan saja petang ini,biar dendam ku terjawab nanti.


scene : kawan si khairul azam, Fadhil yang kecewa dengan tindakannya sendiri membiarkan sahabat baiknya (nama tak dapat dikenalpasti) sendiri meminang dan mengahwini perempuan yang dia cintai yang juga mencintainya.

reaksi : nasi tiba - tiba habis dengan begitu pantas, bagai mencapai sepuntung rokok, jari telunjuk mula mencari lubang yang dapat melepaskan nafsu,

Nah!

nikmatnya tak terkata, habis satu dendam.


scene : althafunisia mentakrifkan pengertian cinta

reaksi : liang - liang dan batang folikel mula diterjah dengan rakus sekali, argh! kali ni lebih dalam dendamnya, mungkin melepasi selaput dermis dan epidermis, namun ia harus dihapuskan bagi memberi ruang untuk kekuatan cinta menyelaput kembali hati yang hitam dari tadi.


scene : althafunisia sedikit keliru untuk memilih antara dua jejaka yang telah melamarnya kerana dia masih lagi dilamun cinta selepas kejadian diselamatkan oleh seorang jejaka bernama Abdullah (Khairul Azam).

reaksi : kali ini ikatan - ikatan protein yang begitu kuat mencengkam jiran - jiran mereka sudah hampir terputus akibat kekuatan asakan yang begitu kuat oleh kalsium dari hujung jari, jika satu unit protein itu pandai berkata - kata, sudah tentu mereka akan bercakap - cakap sesama sendiri bahawa "hari ini memang hari celaka kita". Cecair mukus yang menyeliputi folikel rerambut sudah mula dibasahi cecair pekat berwarna merah, namun dendam masih lagi tidak terurai.


scene : Althafunisia memberi syarat sebagai mahar perkahwinan antaranya dengan Furqan bahawa selagi dia mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, selagi itu dia tidak mahu Furqan mengahwini wanita lain, dan dia mempertahankan hujahnya bahawa syaratnya itu tidak bermaksud bahawa dia menolak poligami berdasarkan sebuah buku rujukan karangan ulama - ulama' hasil perbincangan dan perbahasan sesama mereka.


reaksi : kali ini dendamnya tak dapat dibendung lagi, dengan hatinya yang telah lama berkulat dengan janji - janji manis seorang dari golongan hawa yang mematahkan semangatnya untuk jadi sang setia dan pencinta, petang itu dia mengambil parang dan mengamuk dikampung hatinya, meriam sebesar pokok kelapa dijadikan sandara pemuas nafsu serakah amukannya dan 18 das tembakan diarahkan pada lubang dendam itu dan ianya berkecai, terurailah segala sejarah, baik warnanya biru, merah, putih atau jingga, dan jalinan - jalinan folikel kurniaan tuhan tadi telah pun barai diserangnya, 

PUAS!

PUAS!

PUAS!

PUAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

HA HA HA HA HA HA HA HA!!!!!!!


................



disebalik hilaian ketawa, dalam kabus yang beransur hilang itu, terdapat satu cebis daging yang masih terselamat dari serangan penuh dendam itu,

HATI, yang penuh dendam itu, yang menjadi puncanya, maka kata - kata sesalan mula bermain di bahagian yang telah berkecai, otak, kepala, badan, ketiak, jari dan semuanya, bahawa dendamnya pada petang itu jadi sia - sia, kerana akar dan punca permasalahan kerosakan jiwanya masih terselamat dan bakal disejukbekukan dan didermakan pada yang memerlukan, dan ia bakal menjangkiti manusia yang lain.

dan virus dendam akan terus tersebar dan bakal menghancurkan umat manusia

"CELAKA.
ini betul - betul buat aku rasa loser"
-Topek- 

No comments:

Post a Comment