Wednesday, August 31, 2011

Bini Raya

Assalamualaikum w.b.t,

kehadapan adinda yang sangat ku kasihi,
abang disini sihat2 sahaja bersama anak2 kita, Faizal sedang tidur nyenyak semasa abang menaip surat ni, Fatimah dan Aishah sedang seronok bermain bersama dengan Danish, faqihah, Aminuddin dan Suhaila jadi tak apa lah kan? ha ha ha ha ha, bukan aper, sat lagi kena baling selipar plak dengan orang tu.

camner kerja kat saner? ok tak? tentu penat kan? melayan dan memenuhi kewajipan kontrak pekerjaan yang sememangnya lumrah orang bekerja atau berkarier, tak macam abang yang merempat ni, ecececece, okeh, tak nak sembang sedih2, kang ader plak yang nangis sengsorang jauh dengan yang terchenta ini (padahal aku pun lebih kurang jer)

teringat plak hari raya pertama haritu, biler awak kejutkan saya sebelum subuh, malam tu dah nak pitam dah men game sampai ke pagi, ceh, tak guner tui kan? sempat lagi, adoi doi doi, bapaknyer ngalahkan anak2 lagi, ligat main game, mula2 main dengan danish, pastu aminuddin plak, pastu suhaila yang ligat tu leh tahan gak terer main game, tapi merempan ikut ayahnyer jugak, ha ha ha ha, ntah2 si faizal tu nanti cam sayer gak biler besar, adei, apo nak buek dak? Danish dah merengus2 sebab turn dier tak sampai2, dah tu sebelum tu sibuk main mercun sorang2, pastu tengok orang men, ngamuk plak dier, aduhai. pastu sayer bagi lah dier main, pun gitu gak, dier mermpan, aih, budak ni dari kecik lagi tak nak kalah, lama2 dier give up, dsayer la plak menyambungnyer sampai ler bebudak tu dah tido, ceh. sorilah malam tu tak tolong awak menolong memasak kat dapur dengan mak abah semua, tapi sayer menolong layan bebudak tu pun kira membantulah tu kan? :P


Alhamdulillah, dalam sibuk kita melayan hidup, diberikan juga masa untuk dating dengan DIA kan? kadang2 rasa ajaib gak sebenarnyer, tapi tu lah, masa tu takkan ada kalau kita nak cari, dan terima kasih kerana selalu ingatkan abang.


pagi raya plak cam bese, pas siapkan bebudak tu, gi masjid, sebelum tu kasi kucing makan dulu, ha ha ha ha, ye lah, dier pun nak beraya gak, balik masjid, beraya dengan mak abah dan semua orang, best sket tahun ni sebab semua balik serentak, dan 1 syawal begitu pantas berlalu dengan aktiviti2 lazim, dan yang jadi best sebab awak hadir dalam hidup saya untuk saya kongsikan semua ini, semua yang saya ada, dari rumah tempat saya membesar, kepada adik beradik saya, dan juga mak dan abah saya, mendengar cerita bodoh saya dari saya kecik sampai besar, melayan perangai bangang saya yang kadang2 ngalahkan anak2 kita lagi, dan yang terlalu penting bagi saya adalah awak menyokong setiap inci perjuangan saya, yang saya takkan dapat cari penggantinya, sebab saya rasa takkan ada siapa yang faham.

walaupun awak balik kejap menyambung kewajipan tuntutan kerja, namun hari2 kita bersama yang sedikit itu sangat saya hargai dan kenangi lagi, harap2 awak ada lagi lah datang pada tahun hadapannya, supaya dapat saya kongsikan lagi semua memori ini bersama awak.

terima kasih,


yang terus bermimpi,
yang terus menyayangi,

SEFA

1 comment: