Wednesday, August 3, 2011

Happy Ending

kadang2 rasa nak mencarut pun ader tengok filem2 yang ada happy ending nih, in fact rasanya semua letak happy ending.

kehodohan yang tergambar dalam beauty and the beast pun, last2 beast tu tukar jadik orang yang hensem gak, takder plak dier kekal hodoh, cuma citer shrek tu jer yang aku respek, cuma masih happy ending sebab dier kawen gak dengan princess tu.

kadang2 buat aku terfikir

betul ke ader happy ending?
bagi aku, takrifan happy ending tu cuma ada bila syurga Allah kita dapat masuk.
selain dari tu?

banyak jer manusia yang mati dalam kesedihan keperitan hidup
tapi kita cuba tutup sebelah mata dan terus berangan dengan khayalan buatan tv dan filem

macam beauty and the beast
kita ingat akhir2 hidup kiter, kehodohan dan kecacatan kita nanti akan ada balasan baik.

mungkin dapat ganjaran atau jadik kaya misalannya walaupun kita hodoh atau cacat.

bagaimana kalau tidak?

yang aku rasa boleh diharapkan tu cuma ending kita;SYURGA.
tu pun kalau kita berusaha, kalau kita wat bodo jer, boleh dapat ke?
dan adakah SYURGA itu ukuran pengabdian kita kepada ALLAH?

macam, mengharapkan cekelat, tapi tak rasa enjoy pun tolong orang yang bagi cekelat tu, atau berbakti dengan dier.

kiter kena sedar dan berfikir, bahawa dunia bukan tempat untuk kita cari kesenangan, sebab yang paling utama adalah negara akhirat, itu pun aku tak suka nak berbincang pasal hal syurga, semacam tak ikhlas pulak jadi hamba Allah, semacam hipokrit.

baik kita betul2 beribadah kerana kasih dan cinta kita kepada tuhan yang menciptakan kita, bukan mengharapkan apa2, dengan penuh kasih sayang, kita berikan dan korbankan diri kita untuk cinta yang hakiki ni.


akhir kata?

tak perlu harapkan happy ending, harapkan kasih dan cinta Allah dalam diri kita takkan hilang.
kalau hilang, itu baru betul sad ending.
sekian.

1 comment:

  1. kakde rasa ko patut baca la buku yang kakde tengah baca ni..

    "happiness in hard times".

    walaupun penulis buku ni omputih, tetapi bila baca buku ni.. kakde rasa hidup ni penuh dengan kegembiraan.

    idup hanya akan stress bila kita mengharapkan banyak kat dunia ni, dan bila kita tak nak tu tak dapat.. kita akan tertekan.

    sebab tu dalam buku ni dia ajar camner nak redha bila sesuatu ujian melanda dalam hidup. macam mana nak positifkan pemikiran di saat2 kritikal dan sukar. bagaimana untuk terus berjuang di saat terasa diri terlalu lemah dan lelah dengan kesakitan yang mendatang.

    kalo dah abis baca nanti kakde bagi ko pulak yer? :D

    ReplyDelete