Sunday, August 7, 2011

Of Nobita, Shizuka and Hana

kau pernah baca komik doraemon?
aku ada buku complete doraemon, sampai jilid post-work fujiko pun aku ada, siri tu namanya doraemon plus, seronok aku baca, komik tu adalah dunia luar aku masa aku sekolah rendah, dan hiburan aku masa aku menghadapi depresi remaja masa sekolah menengah, dan aku selalu anggap aku ni dia

nobita, yang pemalas, suker tido siang dan lembab dalam belajar, aku takder lah lembab sangat, tapi aku rasa aku taklah pandai sangat, maka aku lebih suka anggap diri aku ni tak pandai, atau lembab, disebabkan kelemahan2 ni, memang payahlah aku nak compete dengan tekisugi nak ngorat shizuka, sebab shizuka tu cantek dan pandai, tahu main violin, ah, dier memang wanita idaman lah kiranya. tapi cam bese, dier lah hero utama komik ni, bak kata gian "kenapa dalam cerita panjang doraemon, nobita selalu jadi kuat?"

sebab dia watak utama kot? ha ha ha ha.

tapi takder saper pernah tahu, bahawa sebenarnyer hana, adik giant tu adalah jodoh nobita kalau doraemon tak datang bantu dier


ni lah hana, dier tak lawa, dier gemuk, tapi dia pandai melukis, dan dia tak henti2 berusaha nak jadi pelukis komik yang terkenal walaupun banyak kali kena rejek, semangat ni yang aku sangat2 suka dalam diri hana, malangnya fujiko dah mati, dan tak der lah dier melukis cerita masa depan hana ni, aku nak sangat tengok dier jadi pelukis yang terkenal.


 ini shizuka, heroin cerita ni, macam aku cakap tadi, dier ni memang lawa, pandai main violin dan lagi pandai dari nobita, aku tak berapa nak gemar nobita kawen dengan dier, sebab jadik cliche ceritanya, tapi apa yang aku suka dalam watak shizuka ni adalah dier sayang nobita seadanya, walaupun nobita ni loser ya amat, tak pandai, gagal dalam semua hal, sukan pun lembik, tapi dier terima nobita, mungkin itu namanya cinta kot? atau atau itu namanya jodoh?

kalau kita anggap cinta itu buta, kau kena tengok plak jodoh, jodoh tu lagi tak masuk akal dan terlebih lebih buta, dan kalau Allah dah bagi kau perasaan tu pada jodoh kau, walaupun kau jelik dan dia hodoh (samer lah tu maksudnya), kau akan jatuh hati gak antara satu sama lain, aku tak nak cerita pasal sorang beauty sorang beast, sebab kadang2 tak semua cerita macam tu, maka pertanyaan aku adalah.....


sudi tak kau jadi hana dan shizuka ku?


p/s : entri ni memang macam haram, dah aku nak tido, skali dua entri aku buat, penat wooo.

1 comment:

  1. ko ni apa isu? dah suka pada dua orang pulak ker? sizuka dan hana? kawen dua kah? muehehee

    ReplyDelete