Sunday, August 7, 2011

Aku Ada Rahsia

aku ada rahsia
tapi aku mungkin takkan cerita
sebab aku tahu aku begini
dan kau begitu
sebab itu aku takkan beritahu

aku ada rahsia
dan aku malu beritahu
kau ingat lagi lontaran indah2 itu?
getaran getaran berpaksi simetri adunan jiwa
hasil cerita - cerita itu
tak, aku takkan beritahu

aku ada rahsia
dan aku pernah ada rahsia
dan pernah juga ada rahsia
dan beberapa kali juga pernah ada rahsia
aku tahu akibat aku beritahu
sebab itu aku tak mahu beritahu

begini begitu begini
aku mahu lihat begini
lekuk - lekuk di garisan protein semulajadi kurniaan ilahi
yang aku tak mahu lihat ia merekah pecah
kerana itu aku simpan rahsia ini
kerana aku tak mahu, dan malu melihat akibatnya nanti

aku ada rahsia
jangan beritahu sesiapa
aku ada rahsia
aku tak mahu bicara
aku ada rahsia
aku tak mahu kau derita
aku ada rahsia
aku mahu kau bersuka suka
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia
aku ada rahsia


dan berikan aku seribu alasan kenapa aku harus berkongsi bersama tentangnya


okeh, mekasih kerana dengar aku merapu, sebagai hadiah, nah, ada video untuk korang!




atau nak dengar lagi merdu, dengar lah versi asalnya





p/s : biar jiwaku menyanyikan lagu ini untuk sebuah cerita yang mungkin akan kekal rahsia. :')

1 comment:

  1. tak paham kenapa bebudak UTP suka sangat dengan bulan.. :P

    kakde lebih minat bintang. (^_^)

    ReplyDelete