Wednesday, August 10, 2011

Realiti yang bukan macam filem

dalam dunia realiti ada beberapa perkara yang kau harus terima hakikatnya
bahawa ia memang tak sama macam muvi yang 'make believe' (bukan iklan sony ye, ops)

dalam realiti kau takkan ada ex yang merindui kau (kalau die yang break dengan kau lah)
atau tak ada ex yang nak kat kau balik biler dier dapat tahu dier kapel dengan orang yang lagi teruk dari kau

dalam realiti kau takkan dapat menghentikan persandingan ex kau - aper kau ingat kau awie?
dalam realiti kau tak boleh lari dalam hujan, nanti orang cakap kau gila (aku pernah jalan kaki dalam hujan tanpa payung, memang kena gelak dengan bebudak cina kat tempat tusyen aku, peduli aper aku)

dalam realiti takkan ada awek cun yang nak kat kau kalau kau loser, sebabnya? (baca bawah lak)
dalam realiti muka kau bukan macam brad pitt - sebab tu takder awek cun nak dekat kau

dalam realiti takder awek cun yang perfek giler babeng
dalam realiti kau bukan perfek macam watak matt damon dalam good will hunting

dalam realiti takder mak tiri yang jahat macam dalam filem
tapi kau mungkin akan jumper mak tiri yang lagi jahat dari dalam filem (aku doakan kau selamat dari kesakitan akibat penderaan)

dalam realiti jodoh kau mungkin tak sama minat dengan kau
dalam realiti ada hakikat yang langsung takleh terima akal, walaupun kau rasa cerita muvi alice in wonderland tu tak masuk akal, tapi ni lagi dasat.

hakikatnya kau boleh bermimpi
mimpi macam apa yang kau nak dalam muvi
tapi kadang2 terlalu banyak, akan jadi overdose, ia dadah yang tak sihat, Islam pun tak suka kau selalu berangan, unless berangan kau tu karya2 yang mendatangkan keinsafan ke takper gak.
bangun dari tidur.
jom, aper kater kiter bercinta dengan tuhan;Allah?

itu hakikat yang sebenar2nyer
bahawa tiada tuhan selain DIA.

No comments:

Post a Comment