Monday, August 15, 2011

Berjuang! (aku tak mahu mati)

Assalamualaikum w.b.t,

masih segar dalam kepala otak aku lagi hari tu, nak gi KL, setelah lama abah mendengar penjelasan berbau riak dari aku, dier pegang tangan aku dengan sekuat2nya, seolah2 macam nak merotan aku, murid dier kat sekolah seri perak, dan masa tu aku tau, aku dah buat silap giler2, aku riak, aku takbur, aku terasa diri aku suci ya amat, jauh lebih suci menyebabkan cara aku 'menyampaikan' maksud aku tu menyebabkan mak abah aku terasa gila2, sampai berhari2 dok cerita benda tu, sampai aku nak fed up dan sakit nak dengar, tapi aku dengarkan juger, aku diamkan juger, supaya aku beringat lain kali.


tapi kemasukan aku dalam grup tu bukanlah satu kesilapan, ia satu proses, dimana aku mencari2, apa yang aku nak buat kat muka bumi ni, masa tu aku ada TTS, tapi aku rasa masih tak cukup, jiwa aku terbang melayang2 mencari haluan, kejap nak ikut pacak, tapi aku tak reti jadi serajin dia untuk baca buku2, tapi aku suka cause dier, aku suker fight dier, aku suker cara dier bersuara lantang dan dengan fakta dan dengan perbahasan, boleh kata dier antara figure yang aku admire dan role model aku masa tu, tapi aku tahu aku tak mampu jadi macam tu, baca buku satu minit pun aku dah mengantuk, apertah lagi nak baca berbillion muka surat.


hari tu mak menangis, abah mengamuk,dan aku pun menangis sekali, aku tahu niat aku baik, cuma entah kenapa cara aku menegur tu salah, dan mak abah takut aku lari dari diorang, lari dari kebiasaan anak2 diorang, dan macam biasa, aku tak suka jadi yang biasa, sebab manusia tu diciptakan Allah berbagai2, aper salah ke aku jadik diri aku, yang mana aku sendiri seronok nak jadi?

baru berapa bulan aku join 'grup' tu.

tapi aku bahagia, sebab memang terasa seronok, dan tak macam sekarang, serabut jer memanjang, cuma aku tahu, ia bukan dari dasar hati aku, cuma sekadar mengikut2 jer, sebab orang sekeliling aku pun wat bender yang sama, dan untuk istiqamah dalam hal2 begitu, memang susah kalau takder geng yang tolong ingatkan, memang kau akan lupa, dan aku mula meletakkan keikhlasan aku dalam sudut dimana aku hanya mampu untuk memandang.

aku harap sangat2 dapat still lagi join grup tu, sebab aku tahu, ia adalah tujuan hidup, sebagaimana Rasulullah SAW dengan para sahabat dulu, tapi bila aku pandang balik, aku rasa aku tak mampu, dengan keadaan aku begini dan keluarga yang begitu, maka biarlah, aku cari jalan alternatif untuk aku berjuang.

teringat kata2 akhi kojie

"antum tak boleh sorang2, bila kita sorang, kita ni macam kambing, yang akan dibaham serigala nanti"


haritu aku menangis lagi mengadu hal kat dier, untuk keluar dari grup tu, nah, tengok2 skali ada dua orang kawan aku pun keluar gak, bukan aku kata itu benda yang bagus, cuma ia satu kerugian, dan aku tahu, kalau nak join, kena betul2 ada azam dan kekuatan iman yang tinggi.

dan bila aku dikelilingi oleh geng2 aqsa syarif tempoh hari, seketika badan aku sejuk dan takut, takut macam nak jumpa malaikat maut, sebab aku tahu dosa2 yang aku dah buat, dan aku tahu aku fragile lepas keluar dari grup tu, tapi nak abaikan niat aku untuk berjuang? TIDAK!

aku masih ingat misi aku

aku masih tujuan aku

barangkali cara aku dan akhi kojie jauh berbeza, namun landasannya tetap sama.

dan aku imbau balik bila dayah menghadapi masalah yang sama, dan aku plak tengok dier macam tu, suh dier keluar plak sebab dier pun macam tak tahan, dier takut jadi hipokrit, sayang gak sebenarnyer, semacam setan plak aku nih, dah ler kapel dengan dier, jauhkan dier plak dari benda2 macam tu, lagi la aku jadik serba salah.

dan aku tetap dengan misi aku

kadang2 rasa berat, lepas aku grad UTP, aku takder lagi TTS untuk back up cause aku, ada, tapi susah sikit, tak macam dulu, kalau dulu, aku leh jer bentangkan idea aku dan bertekak dengan high com untuk melaksanakan agenda2 aku, tapi skang susah sket, aku kena berhadapan dengan dunia, maka kena cari geng2 baru, dan itu yang menakutkan aku.

aku takut kalau aku hanyut.

aku takut kalau aku terlupa.

aku takut aku terlupa misi aku apa.

dan aku seperti seorang anak yang keluar berdikari menuju ke jalan yang penuh dugaan dunia

aku tak tahu lagi nak jadi apa

seniman?

aku takut juga

engineer?

lagi lah aku takut

buat masa sekarang, biarlah aku teruskan niat aku untuk sambung belajar kat UM, dan harap2 diorang terimalah nanti, dan aku harap sangat untuk dapat, selepas dari tu, biarlah, aku buat apa yang terdaya, aku selalu ulang dan aku selalu sebut, AKU TAK NAK MATI!

aku tak nak duduk disebalik kubikel2 kosong penuh digital berkomputer, dimana kerja2 aku adalah untuk mencari untung orang2 atasan, aku tak mahu hidup begitu, aku nak terjun dalam masyarakat dan menolong dengan sebanyak mungkin, dan oleh itu, wajib bagi aku untuk rasa kesakitan masyarakat.

sebab tu aku takleh nak pk kawen skang nih, jalan yang aku pilih ni bahaya sangat.

cliche, tapi tetap bahaya.

aku tak dapat tengok lagi keadaan aku 5 tahun lagi.

dah berapa banyak TTSian yang aku tengok makin lama makin malap dan senyap dalam TQA, aku sedih, sedih sangat, bukan aku tak tau diorang masih lagi support, cumanya beban kerja harian tu menyebabkan mereka tak mampu, dan aku takut begitu.

aku takut aku sibuk dengan hal dunia, dan aku tinggalkan perjuangan aku.

perjuangan untuk masyarakat, dan yang lebih penting untuk agama DIA.

sudah2 aku menyedut harta2 rakyat, 

sudah2 aku menyirap dengan kufur nikmat tuhan

kali ni aku harus memberi dan terus memberi

sampai aku tak boleh bagi apa2 lagi dah.

barangkali kalau perlu aku zuhud seperti rabiatul adawiyah untuk berjuang, biarlah, kalau itu yang terbaik

ah, merepek ja aku nih, 

jauh sangat perbandingan tu

entah

aku tak pasti, yang aku tahu, aku perlu berjuang dan terus berjuang, menitik air mata hati aku untuk melangkah keluar dari UTP, rumah aku, dimana aku membesar untuk menjadi manusia yang akan menyelam ke kolam bernama masyarakat.

aku sangat berterima kasih pada Allah, kerana memberikan aku misi ini.

biar aku genggam sampai mati!

Takbirlah (dalam hati)

dan air mata hatiku akan terus mengalir.

1 comment:

  1. hidup penuh dengan ketidakpastian. dan yang pastinya, selagi nyawa diberi Tuhan, manusia perlu meneruskan perjuangan~

    ReplyDelete