Sunday, August 14, 2011

Tak Seindah...

"Abah.....Abah......"

terdengar jeritan sayu dari luar rumah, Syahrul kenal akan suara manja itu, bingkas dia bangun dan terus melihat ke luar rumah bagai ditekan suis automatik setelah terdengar jeritan tersebut yang memanggil - manggil namanya pada waktu matahari tegak di atas rumahnya.

dari luar kelihatan tubuh kecil yang berat langkahnya, begitu juga dengan suaranya yang lembut itu, Syahrul tewas dengan suara tersebut, tidak boleh tidak, dia harus mendengar bibir tersebut bergerak dan bercerita kisah selanjutnya, kerana itu sudah menjadi tugasnya sebagai seorang bapa, dan lebih dari itu, itu rasa cintanya pada seorang manusia bernama anak.

"abah.......isk.....isk.........." tangis si kecil bernama Amiratul Hidayah

"kenapa sayang? siapa buat sayang macam ni?" tanya Syahrul.

Dia cuba dengan selembut mungkin untuk menerima aduan dari insan yang sangat dia sayangi, mana tahu, jika terkasar sedikit akan menyebabkan trauma pada si kecil tersebut, dan terus dibawa sehingga besar, bagaimana? hati yang begitu mulus dan sebegini amat mudah terluka dan harus dibelai dengan selembut mungkin, Syahrul, seorang lelaki, menganggapnya sebagai satu cabaran yang hebat buat dirinya.

"abah......isk...betul ke...isk...Amiratul ni buruk?" tanya si kecil tersebut

"lah, kenapa sayang, siapa yang cakap?" balas Syahrul

"kawan Amiratul yang cakap....isk......dia cakap amiratul buruk....isk...hodoh, diorang cakap...isk....tak nak kawan dengan amiratul, sebab amiratul tak cantik macam diorang....isk....isk..."

suara si kecil yang tersekat - sekat akibat sedu itu amat jelas diterima oleh telinga Syahrul, namun masa seolah  - olah terhenti, Syahrul tidak tahu bagaimana hendak membalas kata - kata anaknya itu, dia tidak tahu bagaimana mahu menenangkan tangisannya yang semakin kuat dengan setiap detik yang berlalu.

dia tidak tahu.

dita tidak tahu.

dita tidak tahu.


**********************************************************************************

"awak......." Ayu memanggil dengan lembut dan lemah, hampir tidak terdengar suaranya

Syahrul tersentak dari lamunan yang jauh, entah apa yang difikirkannya ketika itu, dengan segera dia mengalihkan pandangannya pada Ayu, isterinya yang sangat dia cintai.

"Ya sayang, kenapa sayang? sayang nak minum ke?" tanya Syahrul dengan bersungguh ingin membantu Ayu yang terbaring lemah di sebelahnya.

"awak.......kenapa saya?" tanya Ayu seperti tidak mengendahkan kata - kata Syahrul sebelumnya

"maksud awak?" balas Syahrul

"kenapa awak pilih saya untuk jadi isteri awak...." tanya Ayu lagi

Ayu memandang tepat Syahrul, bagai ingin mengetahui jawapan sebenar dari hati Syahrul, dia ingin tahu pada ketika itu juga, bagai telah menelah bahawa jawapan yang ditekanya dahulu adalah salah, ketika soalan sama diajukan semasa Syahrul menyarung cincin ke jari manisnya.


dengan berat, suara Syahrul bagai berat ingin dikeluarkan dari dalam tekaknya yang menelan pahit - pahit detik waktu seperti itu.


"Sayang....kenapa tanya macam tu? dah lah, jangan la fikir bukan - bukan ye sayang?" jawab Syahrul dengan perlahan.

"tak, saya nak tahu.........tolong, sayang, saya nak tahu, kenapa awak pilih saya yang tak ada apa - apa ni, saya yang tak cantik, dengan masa lampau saya yang teruk, saya tak ada apa - apa istimewanya pada sesiapa, kenapa......kenapa awak masih sayangkan saya, saya yang hodoh ni, saya dah tak ada harapan, awak, saya dah....."

belum sempat Ayu menghabiskan kata - katanya, Syahrul meletakkan jari telunjuk ke bibir isterinya yang berkeruping dengan kulit kering yang hitam kerana melecur terbakar.

"sama jawapannya macam dulu sayang.....ingat tak masa kita nikah dulu?" balas Syahrul cuba menenangkan jiwa isterinya

"tak......awak tipu, tak mungkin ada orang yang begitu baik menerima saya dalam dunia ni, saya kotor, jijik dan hodoh, dan sekarang saya dah rentung terbakar macam ni, tak mungkin.......tak mungkin......" Ayu mula menangis, dia tidak dapat menyambung kata - katanya lagi.

"sayang ni, jangan la sedih macam ni, saya tak suka tengok awak sedih macam ni......"

Syahrul dengan lemah dan cuba menyembunyikan air matanya, tidak mahu menambah beban kesedihan isterinya, Syahrul menggagahkan dirinya untuk bercakap walaupun suaranya terus tersekat oleh jiwanya yang sedang meraung menangis di dalam hati.

"awak............. awak tahu apa yang ada dalam hati saya masa saya selamatkan awak dengan anak kita masa kebakaran tu?" tanya Syahrul

Ayu terdiam, dia terus menangis dan tidak membalas pertanyaan suaminya.

"hati saya terdetik, Ya Allah, selamatkanlah Ayu dengan anak kecil aku ni, jika harus aku pergi dahulu sebelum mereka, kau ambillah nyawaku, kerana aku tak mampu hidup tanpa mereka, kerana aku sangat sayangkan mereka ini"

"tapi kenapa saya??" balas Ayu dengan sedikit tinggi nadanya kali ini, kerana jawapan yang dicarinya masih tidak ditemui.

"Allah....sayang, itu lah jawapannya, dia yang telah menemukan kita, dia lah yang telah memberi cinta kepada kita untuk menyayangi satu sama lain, sayang, saya nak awak tahu, yang rupa itu bukan segala - galanya, yang  kisah hitam awak itu semua bukan satu sebab untuk saya mengahwini awak, saya menyayangi awak kerana diri awak yang sebenar - benarnya, roh, jiwa, dan jasad awak ni lah yang saya sayangi, dan saya bersyukur kerana menyayangi awak, saya bersyukur kerana mencintai awak, dan berkongsi hidup dengan awak melalui Amiratul, sebabnya, sayang........sebab saya pun begitu, saya pun penuh luka, jiwa saya pun tak indah macam jiwa awak, kita sama - sama tak ada apa - apa sayang, namun Allah bukakan hati kita untuk menerima dan menyayangi antara satu sama lain, Allah, itu jawapannya sayang."

kata - kata dari Syahrul buatkan menangis dan terdiam sendiri pada petang itu, jiwanya yang telah sakit ditambah lagi dengan luka fizikalnya membuatkan dia seperti ingin meraung namun suaranya tidak terkeluar, dan diterjemahkan pula dengan butir - butir manik kaca yang keluar dari celah matanya.

petang itu panas di luar tidak terasa kerana kesejukan di dalam diri mereka; Syahrul dan Ayu, masing - masing tenggalam dan hanyut dalam tangisan, barangkali kata - kata doktor sebentar tadi membuatkan mereka tidak dapat menerima kesedihan dengan pelukan kegembiraan.

dan daun - daun masa berguguran menyambut dan menyulam rintih rayu sang cinta pada hari itu, Syahrul bagai disentap sang ajal apabila tangan keras Ayu menjengahnya di sebalik pintu kata- kata bisunya selang beberapa hari selepas itu, itulah nyawanya yang melayang, itulah cintanya, dan itulah harapan hidupnya.

**********************************************************************************

Syahrul menenung rapat mata si kecilnya itu, seperti 5 tahun sudah, dia tidak mampu untuk berkata - kata, namun kerana cinta dan sayangnya pada separuh jiwanya itu, dia gagahkan untuk berkata - kata, meskipun setiap patah yang keluar nanti membuatkan hati dan jiwanya di tabur bahan peledak, tersedia untuk meletup sedikit masa lagi.


"sayang, tak lah, anak abah ni cantik je abah tengok, diorang tu gurau kot dengan anak abah ni, tak apa, sayang nak tau tak?" tanya Syahrul.

"ape abah?" Amiratul Hidayah yang sejak tadi menangis, terhenti tangisannya dan mula melihat wajah ayahnya, Syahrul.

"kalau tak ada sapa - sapa yang nak kawan dengan Amiratul pun, abah kan ada, abah akan selalu dengan anak abah ni sampai bila - bila, kita kawan baik nak?" pujuk Syahrul

"abah.....abah.........................kite nak kawan abah sampai bila - bila, abah jangan tinggalkan Amiratul ye abah, ye? Amiratul janji kawan dengan ayah sampai bila - bila, tak tipu........." balas si kecil itu diiringi dengan pelukan penuh kasih sayang dan manja seorang anak.

"abah tahu.......abah tahu.........."


kedua - dua anak beranak tersebut membuahkan kaca pada mata masing - masing pada haritu, tengahari itu panas, namun tidak membakar kulit dan jiwa mereka, namun kehangatan cinta terpancar dan tidak sesejuk petang 5 tahun sudah, dan mereka temui perkara yang tidak semua jumpa dalam hidup dengan sebenarnya; Cinta sebenar cinta.

dan cinta itu tak seindah apa pun, kerana ia buta, begitu juga dengan jodoh dan takdir tuhan.




No comments:

Post a Comment