Saturday, August 6, 2011

Hapdet

Mimpi


pagi ni aku mimpi, mungkin itu 'jawapan' dari istikharah aku, entah, yang aku tahu bila aku terbangun jap pas mimpi, aku terus mengiyakan dalam mamai bahawa itu adalah jawapannya, mungkin betul.......

ceritanya?

aku mimpi yang aku bersembang dengan kengkawan aku, dan diorang cakap yang aku ni takder harapan kalau dengan dier, sebab dier tengah tunggu 'someone', so lebih baik padamkan jer niat aku tu.

dan aku tak pasti, adakah mimpi aku tu adalah pengaruh dari apa yang aku baca dan lihat dan faham sebelum tidur atau betul2 jawapan dari DIA.

ah, memang aku macam ni, takder kekuatan langsung untuk buat apa yang aku rasa pada masa2 tertentu, mungkin isu2 aku masa kecik dulu yang buat aku macam ni, teringat aku kad raya aku kena pulang dengan illy, crush pertama aku masa darjah satu dulu, dan 5 tahun pastu kena rejek lagi, sepatah hagham dier tak bercakap dengan aku, ah, pompuan memang cepat matang dari laki, aper nak buat kan? yang aku ni plak sebelumnya tak henti bermimpi2, last2 kene rejek gak.

kadang2 kalau nak rasa adventure, kau redah jer lah hidup ni walaupun nampak petanda, macam mimpi tu, leh jer aku redah, tapi akibatnyer nanti kau kena tanggung sendiri, jangan plak menangis tak renti2 pasal mender bodoh yang kau sendiri tahu akibatnya kan?

dan aku biarkan ia sebagai satu mimpi, yang aku tahu takkan jadi realiti seperti selalu (maksud aku mimpi perasaan aku lah, bukan cerita mimpi aku tadi)


"oh bulan, kau hanya angan - angan, yang lama tersimpan, dan akan terus tersimpan"
kugiranhujungminggu - angin cuba ambilkan bulanku








Keluarga


famili aku kena dugaan lagi, aku dah jadi pening kepala, semalam balik dari busking kat Ipoh, aku dikejutkan berita yang aku sediri malas nak mengadap benda yang sama, macam kau tengok cerita lord of the rings, citer dah habis, skali watak2 yang sama dalam keadaan sedar, kena tempuh balik bahaya yang sama, aku jadi pening kepala dan rasa nak hempuk kat dinding, barangkali setiap orang tu ader dugaan masing2 yang Allah nak bagi.

entah.

aku rasa ini pun dugaan untuk mak abah, cara diorang membesarkan kami, membuat kami berjaya dalam pelajaran, tapi loser dalam sosial, aku pun begitu gak, mender dah terjadi, takleh patah balik, so redah jer lah dengan apa yang kau ada sekarang, cuma kadang2 aku rasa bengang dan mual.

kaman! takkan mender kecik macam tu ko nak merengek2 susah?
takkan mender macam tu ko nak susahkan mak abah?
pk sket takleh ke?
dah besar panjang bagai, takkan tu pun kena aku jeritkan?

tapi tu lah, setiap adik beradik ni ada isu2 masing2, aku ni yang bajet power takder masalah, takder la kebal mana pun, aku tak anggap pun aku kuat, cuma aku buat2 kuat dan buat2 tak tahu, ya, aku sangat bijak untuk buat2 tak tahu.

secara tak sedar, zine "pengembaraan manusia vakum" adalah luahan psikologi aku sendiri,



Zine Pertama aku yang dijual kat Rabak Fundraising, hasilnya akan sepenuh diberikan kat anak2 yatim, ia berjudul "Pengembaraan Manusia Vakum Episod : Batas Ruang dan Masa"




sebab kadang2 aku rasa aku penuh cinta
kadang2 aku rasa aku takder perasaan
kadang2 aku rasa aku selfish gila

bila orang yang aku seharusnya sayang cuba mengaduhal kat aku, aku wat bodo dan tutup telinga aku dan berlalu seolah2 yang diorang tu macam orang asing, tu baru famili tu? esok2, kalau ada anak macamner? takkan aku nak biarkan diorang macam tu jer? bini aku?

sebab tu aku takut untuk berchenta, ceh, 
sebab aku tahu aku macamner, aku tak ada apa2 yang nak diberikan pada manusia yang sebetulnya aku cintai,
aku ni manusia yang membosankan, itu satu hakikat, 10 minit kau bercakap dengan aku, kau akan rasa nak pergi jauh2, maksud aku, bosan dengan apa yang aku cuba sampaikan, sebab aku tak reti berkomunikasi dengan manusia,

sama kes dengan amira dan dayah,
aku tak reti nak tarik hati diorang supaya diorang tertarik dengan aku, 
walaupun aku rasa aku dah cukup caring, tapi aku rasa tak cukup lagi
sebab aura bosan aku terlalu kuat
nak dibandingkan dengan mawi (yang dulu) aura kitorang dah tentu sangat2 berbeza, 
sebab tu kalau naik pentas, aku tak suka jadi diri aku, sebab aku tahu, takkan ada sapa yang nak tengok, bila aku berucap atas pentas, aku rasa susah orang nak dengar atau setuju dengan kata2 aku.

sebab tu aku takut nak memulakan
biarlah orang tu betul2 rasa dier dah tangkap cintan sama aku
dan selepas itu boleh kita aturkan maner yang patut
sebab aku boleh buat 200%
mungkin aku akan sevakum2nya
tapi aku akan berusaha sedaya mungkin
orang lain?
kalau hati tu dah takder
boleh ke ko nak cari hati baru gantikan?

sebab tu orang cakap

"kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai"

dan aku rasa aku dah tahu akan dilambung ombak, kayu2 buat rumah pun dah ader, ntah, aku skarang tak tau buat aper, buduh cam kambeng gak aku nih.

maka aku biarkan suara yang kononnya 'seni' aku nih berkata2 dari ucapan biasa aku yang membosankan nih, barangkali itu lebih baik.

ah, aku dah masalah aku, ngader ah kau.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. "sebab tu aku takut untuk berchenta, ceh,
    sebab aku tahu aku macamner, aku tak ada apa2 yang nak diberikan pada manusia yang sebetulnya aku cintai,
    aku ni manusia yang membosankan, itu satu hakikat, 10 minit kau bercakap dengan aku, kau akan rasa nak pergi jauh2, maksud aku, bosan dengan apa yang aku cuba sampaikan, sebab aku tak reti berkomunikasi dengan manusia"

    You and I are on the same boat.
    Tapi, tak bermakna ia dah terlambat utk ubah semua tu. Sebab tu lah aku wat bisnes. Utk peroleh pengalaman bersosial.

    Wanna join my business Sefa? :D

    ReplyDelete
  3. aku pun membosankan. kadang-kadang aku rasa tanpa sedar, aku ada dua personaliti. Satu untuk bersosial (macam yang kau selalu nampak) satu lagi waktu aku berseorang-seorang. Personaliti berseorang aku tu aku masih simpan untuk diri aku. terlalu contradict untuk ditunjukkan pada orang. tapi asalkan kau selesa, jadi je diri kau selagi tak menyalahi jalan-Nya.

    ReplyDelete
  4. ho ho ho, aku rasa manusia at least ada dua side dalam diri dia samada dier nak ngaku atau pun tak, i guess it's just normal :)

    ReplyDelete