Saturday, July 7, 2012

Aku, Teater dan Islam

Assalamualaikum w.b.t,

tadi aku baru balik dari menonton pementasan teater 'cinta seorang pencuri' oleh UKM. tapi aku tak nak review pasal itu, aku akan sertakan nanti pada entri lain, kali ni aku nak bercerita tentang sedikit kejadian semasa post mortem atau komen dari juri tentang MAKUM kali ni.

secara overallnya diorang cakap menurun berbanding tahun lepas.
ok dah. itu secara generalnya, aku juga tak mahu sentuh banyak tentang komen juri, bagi aku semua komen mereka bernas2 belaka.

aku cuma nak highlight tentang komen juri perempuan yang entah apa namanya tu tentang batas - batas yang perlu diambil kira oleh peserta sebagai seorang yang beragama Islam. beberapa lama lepas tu, semasa sesi pertanyaan dari penonton, ada pak cik berkopiah (pas agaknya, tipikal betul mindset aku) memberi komen yang seterusnya berkaitan dengan agama juga, dia menyebut tentang teater sebagai ibadah, dan ia boleh dijadikan sebagai ibadah, tentang orang teater yang dibenci dan membenci orang2 agama pada suatu ketika dahulu, tentang menunjukkan benda2 yang baik dan tidak baik. Aku bersetuju dengan pendapat pak cik tu, walaupun bunyinya sedikit keras (dalam hal ni, crowd yang dituju, haruslah difahami oleh dai'e sebelum dia menyampaikan) tapi apa yang dia cakapkan tu betul. Kemudian peserta dari UIA pula menyahut dan memberitahu tentang kesusahan mereka untuk mementaskan teater kerana untuk menjaga siqah dan batas - batas pergaulan, dan despite halangan dan kekangan tu, diorang masih lagi mampu untuk mementaskan teater, menunjukkan yang benda tu tak susah pun nak buat, cuma memerlukan kreativiti jer nak buat. Dan selepas sesi komentar itu berakhir, semua keluar, dan ada seorang peserta, pelakon kalau tak silap aku, dia membebel pasal tak puas hati dengan komentar2 tentang agama, aku takder hal, itu mulut dia, biarlah, tapi masa tu aku yang tengah tak habis lagi reda dari trans aku masa gig Mull Debauch di LOT 10 petang tu, terus mencarut2 selepas aku dapat naik atas moto dan bergerak pulang.

sebenarnya aku agak terkejut, sebab aku rasa macam ada peningkatan dalam kesedaran tentang Islam, aku tak pasti adakah sebelum ni situasinya sama atau berbeza, tapi aku cuma menganggap ianya ada peningkatan.

macam ni lah...

bila menyebut pasal teater islamik ni, aku bukanlah orang yang terbaik untuk menyatakan apa yang terbaik dan apa yang tidak, namun kalau boleh, aku nak betul2 ikut garis panduan yang dah ditetapkan oleh hukum Islam, sebab tu dalam hal2 kelabu yang aku tak pasti, aku jadi takut, takut tersalah buat dan berdosa, walaupun pada hakikatnya aku buat dosa setiap hari termasuk mengumpat dan sebagainya, namun mana yang aku boleh kawal, aku cuba kawal, dan berteater adalah salah satu daripadanya. Bila nampak group2 teater yang awesome dari segi produksi dan pelakon, aku cuba nak join, tapi dalam hati aku pun ragu - ragu juga, macamana dengan diri aku dan pegangan yang aku bawa kalau join diorang? adakah aku melanggarnya nanti atau tidak? bukan aku tak nak join group selain TQA - TTS, tapi tu lah, aku takut, aku takut terlanggar benda2 yang boleh aku kawal, yang aku susah nak kawal tu, memang susah walaupun aku masih mencuba, tapi benda yang aku boleh kawal ni, aku cuba. Aku akan menghadapi kesukaran dimana aku perlu membuat pilihan samada untuk memperbaiki skill2 dan knowledge teater dengan menyertai mereka, atau aku perlu menjaga dan terus takut dan tak berani bertindak, kadang2 mungkin itu hanya firasat aku, walhal orang lain takder masalah menghormati padangan dan pegangan aku, percayalah.

setakat ni aku cuba untuk tidak bersalaman dengan berlainan jantina dengan kenalan baru dengan cara mendekatkan kedua tangan seperti cara orang india menyambut salam perkenalan (kerana aku melihat oak cik2 serban di indonesia berbuat begitu, barangkali lebih sopan dan kena dengan budaya kita dan tidak mengguris hati yang memberi tangan untuk bersalam), dan mereka menghormatinya, itu membuatkan aku terharu, dan Insyaallah aku akan teruskan cara begini kerana situasi yang sama akan aku hadapi dalam scene art indie ni. Ini membuktikan yang orang - orang yang dipandang 'kotor' dan berdosa oleh orang2 ekstremis ini sebenarnya lebih menghormati pandangan dan pendirian orang lain selagi kita tak cuba mempengaruhi mereka. Dan kenapa si daie2 handal ni tak menggunakan pendekatan yang lebih berhikmah dalam hal2 sebegini? kenapa perlu datang dengan keras dan terus menghukum sedangkan peluang tidak diberi dan doa tidak disampaikan untuk mereka berubah?

aku juga teringat kisah dimana ketika aku membuat program amal dengan berteater, dimana aku berkolaborasi dengan badan dakwah. Persembahan teater tu ditegur oleh daie2 handal ni yang menyorok dibelakang nama2 palsu, dan komen mereka dihimpunkan dan dihantar melalui email kepada aku, aku tak ada masalah dengan teguran, tetapi kenapa begitu? kenapa tak datang dengan aku atau kawan2 aku yang lain dan tegur aku, cakap baik2? bagi aku itu satu perbuatan yang bacul (baca : pengecut) dan Rasulullah tak mengajar para sahabat untuk melayangkan dakwah dengan begitu (sila betulkan jika fakta ini salah). Ini menimbulkan sedikit perasaan tidak selesa kepada aku dan kawan aku sorang lagi. Itu sebabnya aku perlu berkolaborasi dengan mereka tentang ini, kerana mereka mungkin dapat menegur aku, namun seperti biasa, mereka menggunakan saluran dan cara yang salah untuk menyampaikan (baca : dakwah) mesej mereka.

Dr.Shark, sifu teater pertama aku mencabar mereka2 yang berkopiah berserban, bertudung labuh dan berniqab ini untuk terjun ke bidang teater dan mengubah keadaan ini dari hanya duduk di tepi dan hanya tahu komplen dan komplen.

dan sekali lagi tempat aku ditengah, tidak terlalu ke kanan, dan ke kiri. dilema  ini menghantui aku setiap hari dan setiap event yang aku pegi saban hari, dalam keadaan kawan2 dan kenalan yang baru, sedikit susah untuk aku menjaga dan mempertahankan pegangan aku, tapi aku harus cuba dan cuba.

itu juga boleh dikira jihad, bukan?

wallahualam.

No comments:

Post a Comment