Friday, July 6, 2012

Preh (Penantian)


setiap yang sedih itu bakal berubah jadi gembira dengan hanya satu keputusan.

bayangkan jika selepas kau menonton sebuah teater, perkara yang kau terlihat selepas keluar dewan adalah seorang krew berjantina gadis yang baru saja menjengokkan kepalanya sebelum diikuti badan untuk keluar dari tempat tugasnya.

jika kau menegurnya secara spontan, mungkin dia lari.
jika kau tidak berbuat apa - apa, mungkin kau menyimpan sakit yang sembuh sehari dua lagi.

bayangkan jika kau menonton sebuah teater, dan watak yang dimainkan oleh seorang berjantina gadis yang cukup indah lakonannya, seindah geraknya yang disuluh lembut oleh cahaya pentas berwarna biru. Dengan riak yang sungguh lembut itu membunuh hati dan mencincang perasaan kamu yang berada dibawah pentas. Kamu yang ketika itu datang untuk menikmati seni persembahan, tiba - tiba terbunuh oleh perasaan, tidak bersalah.

jika kau menegurnya ketika dia sedang keluar dari dewan semasa kamu menyorong keluar motosikal untuk pulang, mungkin dia lari.
Jika kau tidak berbuat apa - apa, mungkin kau menyimpan sakit yang sembuh sehari dua lagi.

umum mengetahui kedua jalan yang kau pilih menempatkan kau di dalam kematian yang datang bertandang lagi dan lagi.
Dan bila kau ingin menjerit 'berhenti!' 'Sudah!' kepada takdir, ia tetap datang, malah menyiat - nyiat sebarang rasa dan pancaindera yang indah kepada kehidupan.

'Preh' ini sungguh menyakitkan.
dan seringkali minda kau bertanya dan memberikan pilihan untuk kau buat keputusan.

di tali gantung atau di hujung senapang?

bila semuanya berakhir, bertanyakan kembali kepada diri kau...

kenapa kau terlalu serius dengan kehidupan?
bukankah tuhan telah berkata dalam kitabnya bahawa hidup ini hanyalah senda gurau?

rugi sungguh air mata kau bukan?


No comments:

Post a Comment