Monday, July 9, 2012

Review ringkas persembahan teater MAKUM 2012

Disini aku akan buat sedikit review ringkas untuk beberapa persembahan dari universiti - universiti yang sempat aku tonton pementasannya iaitu...

Asy - Syura (UPSI)
Dusta (UMP)
Irama dan Lagu (UM)
Rumah Sakit Jiwa (UPM)
Isabella : Kisah Dua Dunia (UPNM)
Realiti Alam Fantasi (UIAM)
Preh (USIM)
Dejavu Seorang Perempuan (UUM)
Cinta Seorang Pencuri (UKM)

9 dari 12 universiti yang bertanding, ok la ye dak?
sayangnya USM tak menyertai kali ni, kalau tak, tentu dah jadi lagi menarik, UM, USM, UiTM adalah tiga universiti yang fakulti persembahan teater tapi sayangnya UM dan UiTM yang menyertai kali ni tidak mendapat tempat dalam 3 tangga teratas, mungkin atas dasar persembahan mereka tidak menepati kualiti standard yang sepatutnya ada di dalam kalangan pelajar - pelajar teater, wallahualam.

1. As - Syura (UPSI)
Skrip : Johan Jaafar
Arahan : Mohd Fahmi Mohd Yunus




sinopsis
Naskhah Asy Syura ini diambil berdasarkan surah Asy Syura , yang berkisar mengenai perbalahan adik beradik iaitu Mid, Nin, Odah, Agok dan Ajis yang sering bercanggah pendapat dalam menguruskan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka. Ada yang benar - benar mahukan tanah pusaka tersebut untuk dijual, ada yang mahu tanah pusaka itu dibahagi - bahagikan agar masing - masing mendapat bahagiannya dan ada yang tidak mahu ambil peduli langsung mengenai tanah pusaka tersebut. Agok yang mempunyai masalah mental menjadi bahan kekejaman dan keganasan abangnya Mid, apabila tidak dituruti. Pergolakan semakin kusut apabila abang sulung mereka, Mid yang hakikatnya seorang lelaki yang sempurna dengan didikan agama yang tinggi namun sikapnya yang gemar berjudi, tamak, dan keras hati menyebabkan dia dimusuhi oleh orang disekelilingnya. 'Kebisuan' Jarah, isteri kepada Mid lantaran perbuatan suaminya itu dipendam dan tidak pernah diluahkan kepada sesiapa. Hal ini berlanjutan sehinggahlah Inah, anak kepada Nin dan Siah menemui ajalnya. Setelah apa yang berlaku dihadapannya, Mid mula sedar atas semua yang berlaku dek angkaranya sendiri.




review
teater ni adalah teater yang terawal aku tonton pementasannya, memandangkan UPSI adalah tempat kerja Mana Sikana, maka aku menaruh sedikit harapan untuk melihat persembahan yang menarik dari universiti ini, sayangnya, aku sedikit hampa, adakah mereka tidak berhubung dengan prof mana sikana atau tidak untuk mendapatkan sedikit pencerahan dari segi pengarahan? wallahualam, aku pun tidak tahu. Faktor utama yang melemaskan aku dalam pementasan ini adalah pertukaran babak yang terlalu cepat, kadangkala hanya beberapa line dari watak sahaja, tapi telah bertukar babak. Mereka telah membuat dua kawasan untuk ruang lakon iaitu kawasan rumah dan kawasan datar yang seringkali digunakan untuk babak di kedai kopi atau di kawasan tempat kerja pekerja - pekerja ladang. Ditambahkan pula dengan muzik yang sama, aku jadi makin lemas dan rimas menonton setiap kali ada pertukaran babak. Memandangkan mereka menggunakan props rumah yang sama untuk setiap pertukaran babak, cara mereka membezakan rumah watak - watak yang lain adalah dengan menukar kain langsir, dan ini adalah sangat merbahaya, kerana terdapat sekali di mana mereka gagal untuk menukar langsir dengan pantas oleh krew menyebabkan penonton ketawa. Maka dari segi pengarahan, satu pentafsiran lain perlu dibuat untuk mengelakkan masalah teknikal begini berlaku. Kekuatan skrip sebenarnya sudah ada kerana ia adalah hasil karya Datuk Johan Jaafar, rakan seangkatan dengan Prof Hatta dan Dinsman, maka seharusnya ia diberi garapan yang baik oleh pengarah dan untuk pertukaran babak ini perlulah dilakukan dengan lebih teliti untuk mengelakkan kerimasan berlaku kepada penonton. Dari segi lakonan pula, tidak ada apa - apa yang menarik, maka aku sedikit hairan mengapa watak mid, mendapat anugerah pelakon terbaik kerana bagi aku terdapat pelakon lain yang memberi impak yang lebih besar dari ini, mungkin juri menggunakan latar belakang pelajar untuk membuat satu perbandingan dari segi kualiti bagi anugerah ini. Wallahualam. watak Agok sebagai budak terencat akal juga gagal memberi kesan kepada aku, menyebabkan aku tertanya - tanya apakah layak dia mendapat anugerah pelakon harapan. again, mungkin kerana latar belakangnya. Cerita ini adalah seperti drama klise melayu kerana terdapat adegan laki pukul bini, abang pukul adik, maka seharusnya pengarah harus mengarah pelakon supaya tidak terlalu over dalam meluahkan perasaan mereka sehingga terjerit - jerit. Adegan yang menarik adalah dibahagian akhir dimana watak - watak adik beradik ini beratur di dalam formasi 'wedge' atau mata anak panah dan menampakkan mereka akhirnya bersatu. movement yang ringkas namun bermakna. Kesimpulannya, pementasan ini agak sederhana dan hampir - hampir menuju ke paras lemah akibat dari gangguan - gangguan yang aku sebutkan tadi. Dari segi pentafsiran karya, aku dapat lihat pengarahnya ada melakukan sedikit pentafsiran skrip, namun terlalu kecil dan hampir tiada berdasarkan pementasan yang aku lihat.

2. Dusta (UMP)
Skrip : Duduk
Arahan : Hazryl Syafiq Rozeli


sinopsis
Begitu banyak penipuan dan pendustaan terjadi dalam kalangan manusia zaman kini. Tidak kira pangkat dan darjat, tua atau muda, sifat angkuh adalah tuggak utama setiap manusia untuk mencapai cita - cita. Perebutan dan perbalahan demi merebut sesuatu yang menjanjikan kebebasan telah menjadikan setiap orang bermusuh sesama sendiri. Yang paling berkuasa akan terus menguasai dan mengawal kehendak manusia. Setakat manakah manusia mampu berdusta demi mencapai matlamat? Adakah tahap dusta yang tertentu mampu melindungi manusia dari hukuman yang ditetapkan? Yang mana satu dusta paling tinggi? Dusta pada diri sendiri atau pada manusia lain? Adakah anda pun dari pada kalangan orang yang gemar berdusta? setinggi manakah tahap dusta anda?




review
teater ini pula adalah adaptasi dari karya Dudok iaitu Dusta pada skala 1 hingga 10. Idea ceritanya adalah dicedok dari siri filem thriller 'Saw'. Namun aku harus tabik pada penulisnya (bukan atas dasar dia adalah kenalan aku ya? keh keh keh) yang berjaya menggarap dengan baik tulisan ini. Meletakkan falsafah di dalam sebuah karya adalah bukan kerja yang senang dan memerlukan pembacaan yang luas untuk melakukannya. Dari segi lakonan pula aku agak selesa menonton, kerana mereka agak natural ketika berada di pentas, walaupun terdapat beberapa watak yang aku tak berapa nak selesa melihat lakonannya, seperti watak usahawan, yang mana dia melontarkan dialog dengan berlagu - lagu seperti membaca sebuah sajak. Perlu diberi perhatian disini adalah naskhah ini terdapat beberapa unsur kejam atau gore, maka apabila kaki manusia diketuk dengan penukul, ia harus keluar darah, dan ini menjadikan aku tidak berapa selesa kerana peluang itu boleh digunakan oleh pengarah untuk menghasilkan efek yang boleh mengagumkan penonton dan juri. Terdapat juga beberap adegan dimana mereka melakukan sedikit pergerakan synchronize yang bagi aku adalah tidak diperlukan kerana ia tidak memberi apa - apa impak. Namun permulaan dimana mereka bergerak merangkak keluar dari lubang di bawah pangkin bertiang adalah satu pergerakan yang menarik. Sedikit masalah yang aku rasa menganggu pelakon adalah rantai - rantai yang berselirat menyebabkan sesetengah pelakon agak sukar untuk bergerak. Watak artis pula aku rasa, seharusnya dilakonkan oleh pelakon yang kurus dan cantik sedikit, (ceh) untuk memenuhi keperluan watak itu sendiri (nak buat macamana ye dak?). Memandangkan mereka terang - terang mengatakan bahawa ia adalah teater eksperimental, maka apalah salah kiranya adegan diranjang itu lebih diperhalusi di disimbolkan supaya tidak terlalu visual? Dari segi props, aku rasa boleh tahan juga, kerana ia berjaya mengeluarkan mood rumah sembelihan.

3. Irama dan Lagu (UM)
Skrip : Abi Morgan
Arahan : Syahmi Naim


Sinopsis
Irama dan lagu mengimbas kembali perjalanan zaman muda pasangan suami isteri yang sudah lanjut usia. Cinta yang dulu mekar dan harum semakin luntur akibat dimamah usia. Masa adalah satu ciptaan Tuhan yang paling hebat. Disebabkan masa yang berjalan, kita menjadi semakin tua... 'Irama' dan 'Lagu' tidak dapat dipisahkan, namun masa mungkin merubah segalanya.


Review
teater ini aku nanti - nantikan sebenarnya sebab nak tengok pawer tak pawer bebudak UM ni. Dan jangkaan aku tak salah, memang pawer, bukan aku cakap atas dasar UM ni tempat aku belajar, tapi memang berlainan dari persembahan yang aku tengok dari universiti lain, props yang menarik sememangnya memang melayakkan diorang untuk menang anugerah props terbaik, dengan pokok yang dibina menggunakan crane, taburan daun2 kering, katil, set dapur. Aspek yang menarik dan wow dalam pementasan ini adalah bilamana masa dahulu dan masa sekarang di ubah melalui menggunakan props tersebut. Almari yang berlubang di dalamnya digunakan untuk menukarkan dua watak, iaitu watak margaret (watak ketika mudanya) dan maggie (watak ketika tua) dengan perbualan pasangan masing2 yang ketika itu muda. Begitu juga dengan peti ais, ia juga berlubang! dan moment yang wow adalah apabila willy mengimbau kenangan silam apabila dia balik mabok, william (willy ketika muda) masuk dan margaret (maggie ketika muda) keluar dari peti ais dan terus menegur suaminya yang pulang mabok, memberikan elemen kejutan kepada penonton dan kepada pelakon itu sendiri untuk memainkan adegan tersebut! Dari segi lakonan, aku paling sukakan lakonan willy (juga bukan atas dasar aku kenalnya dan dia pernah jadi tukang make up untuk team aku ketika feseni tempohari), kerana wataknya yang tua itu berjaya ditonjolkan dengan gerak badan yang lemah dan sedikit membongkok. Secara keseluruhannya, aku betul - betul menyukai lakonan kesemua pelakon bagi pementasan ini kerana mereka melakonkan dengan natural dan tak perlu exaggerate atau berlebih - lebih tahap emosi mereka, kesemuanya dilakonkan dengan baik sekali. Penggunaan multimedia juga digunakan dengan sebaiknya dengan memancarkan projektor pada kelir yang juga digunakan sebagai props iaitu dinding kawasan dapur. Tanglung yang diikat pada bar yang diturunkan pada adegan akhir juga memberi kesan wow kepada penonton. Kelemahan teater ini adalah pada adegan pergerakan/ tarian yang tak digarap dengan baik oleh pengarah, kerana terdapat beberapa langkah dan step yang kelihatan pelik dan tak kena dengan suasana ketika itu. Secara keseluruhannya, aku selesa dengan pementasan ini kerana aku terkesan dengan pengakhirannya cerita ini yang tidak memberikan gambaran yang jelas apakah pasangan ini membunuh diri atau secara simboliknya telah mati selepas memberikan rumah mereka. Mood romantik dalam cerita ini juga telah berjaya dibawakan oleh pengarah, mungkin beberapa nilai di dalam teater ini yang tidak dapat dipersetujui oleh juri menyebabkan mereka tidak mendapat tempat di dalam senarai 3 tangga teratas kali ini.

adakah review untuk UM ni bias? entah, tapi memang hakikatnya aku selesa dengan pementasan yang tidak ada lakonan exaggerate melampau - lampau dan fake sangat. ha ha ha. Mungkin juri harapkan yang lebih dari student theatre ni kot, tu yang diorang tak diletakkan di tempat 3 teratas.

4.Rumah Sakit Jiwa (UPM)
Skrip : N.Riantiarno
Arahan : Ahmad Qadri Bosbri




Sinopsis
ini adalah sebuah cerita para doktor. Ini adalah sebuah cerita para pesakit, pesakit jiwa. Ini adalah cerita tentang kemunafikan. Dan ini adalah cerita kekalahan menghadapi sebuah sistem yang sudah sangat mampan. Namun, ini juga sebuah cerita yang menentang sebuah sistem. Sebagai seorang doktor di Rumah Sakit Jiwa (RSJ), Dr. ROgusta berharap boleh menerapkan cara penyembuhan melalui pendekatan yang lebih berperikemanusiaan dan bukan dengan cara penyembuhan menakutkan yang hanya mencerminkan kekejaman dan penguasaan. Dr. Rogusta tidak ingin melihat rasa takut pesakit yang membuatkan mereka bertambah sakit. Sementara Prof. Dr. Sidarita merupakan pengarah RSJ yang merasakan kuasa dan arahannya sedang diragui dan dipertikaikan oleh Dr. Rogusta yang baru sahaja bekerja di RSJ. Dr. Murdiwan dan Tunggul yang merupakan pembantu Prof. Dr.Sidarita yang paling senior pula merasakan kedudukan mereka disaingi oleh Dr. Rogusta. Mereka merasakan Dr.Rogusta cuba untuk menunjuk pandai dengan cadangan - cadangan cara penyembuhan yang tidak pernah dikendalikan di RSJ sepanjang 25 tahun RSJ ditubuhkan. Mereka kemudiannya membuat satu rencana untuk menyingkirkan Dr.Rogusta. Dr.Rogusta mengalamai masalah bayangan masa lampaunya yang sering menerjah masuk ke fikirannya, iaitu bayangan ibu dan bapanya yang menghalang pilihan kerjayanya untuk menjadi doktor sakit jiwa. Pelbagai perkara telah menganggu fikiran Dr.Rogusta. Dr.Rogusta akan menghadapi satu corak sistem yang ketak. Setiap uasahanya mempunyai pelbagai dugaan dan ramai yang ingin menghalangnya. Adakah mereka berjaya menyingkirkan Dr.Rogusta? adakah Dr. Rogusta berjaya melepasi dugaan ini? Atau dia akan terperangkap?


Review
teater ni aku teruja nak tengok sebab dia menceritakan tentang hospital sakit jiwa, dan pada awalnya aku ingatkan diorang amek inspirasi dari karya Asylum, rupa - rupanya tidak, ia adalah karya N. Riantiarno, maka sudah tentu watak - wataknya juga bernama seperti orang indonesia, namun, tak seperti kebanyakan pementasan yang lain, pengarah menggunakan medium bahasa malaysia instead of bahasa indonesia, dan ini dapat menimbulkan perasaan yang selesa dikalangan para pelakon. Unless kalau pelakon2 dapat melontarkan dialog bahasa indonesia dengan baik, adalah lebih baik untuk diadaptasikan ke bahasa malaysia, supaya mudah untuk pelakon bertutur dan memberikan kesan lakonan dengan baik. Jika tidak, pertuturan bahasa indonesia itu akan jadi seperti percakapan tanpa lakonan, seperti yang aku tengok kat kebanyakan pementasan yang lain. Dari segi props pulak, aku boleh katakan yang RSJ ni sangat awesome dari segi konsep props nya, dengan sebuah kawasan ofis yang tinggi dan sebuah lagi props mudah alih untuk adegan di dalam rumah. Namun dari segi praktikalnya, props ni agak susah, kerana berduyun - duyun krew datang untuk menukarkan posisi props ini, pada satu aspek ia memang cantik, tapi satu aspek lagi, ia sangat meletihkan, malah ia amat berbahaya kepada pelakon - pelakon yang masih berada di dalam props lagi, takut - takut mereka jatuh dan kecederaan pun berlaku. Dari segi lakonan pula, aku boleh katakan decent, namun disebabkan ia adalah skrip dari indonesia, maka boleh aku katakan mereka berjaya memberikan bau2  indonesia itu dalam persembahan diorang, watak pelakon utama lelakinya pula aku nampak memberikan lakonan yang ok, cumanya selepas diberitahu oleh dr.shark, baru aku perasan yang dia sangat monotonous, dan tak ada variasi dari segi lontaran dialog. Beberapa watak dalam ni juga aku amat kesian, kerana mereka 'playing to the gallery', hampir - hampir jadi slapstick, walhal rasanya tak perlu terover - over untuk tarik gelak ketawa penonton. Untuk orang gila pula, mereka seperti korus, dan seawal pementasan, mereka lah yang mula - mula keluar dulu, dan seharusnya dialog dituturkan dengan jelas dan muzik juga harus seimbang supaya tak lah nanti lontaran dialog tu tak didengari. Bagi orang gila pula terdapat sedikit variasi dari segi kegilaan mereka, namun hanya sedikit dan cuma seorang dua, yang lain semua sama kegilaan mereka, seharusnya mereka perlu mencari kegilaan yang berlainan dan seharusnya mereka pergi ke pusat sakit mental untuk melihat jenis - jenis pesakit mental untuk melihat perbezaan antara satu sama lain. Kesimpulannya, Rumah Sakit Jiwa adalah satu percubaan yang bagus dari UPM, cuma aku berharap agar pelakon - pelakonnya tidak perlu exaggerate sangat menghampiri slapstick kerana komedi itu akan sendiri timbul dari situasi tersebut. aku suka pengakhiran yang mengejutkan walaupun sedikit cliche, dia macam pementasan teater realiti alam fantasi juga, cuma pengakhiran dapat diagak dah dari awal. oh ya, lagu tema untuk hospital sakit jiwa ini juga sangat comel. ha ha ha.

5. Isabella : Kisah Dua Dunia (UPNM)
Skrip : H.M Syakira
Arahan : Ayuni Hassan




Sinopsis
mengisahkan seorang pemuda yang bernama sufi terlalu obses mencintai seorang gadis bernama Isabella. Sufi menganggapkan Isabellaadalah segalanya kepada dirinya walhal Isabella itu tidak wujud tapi Sufi mewujudkannya kerana ketaksuban cinta yang tingga pada gadis itu. Ketaksuban cinta sufi pada Isabella cuba dihalang oleh 2 orang sahabatnya iaitu Khadijah dan Marwan. Sufi juga mempunyai seorang lagi sahabat bernama Zeus, pendirian Zeus berbeza dengan khadijah dan marwan kerana Zeus menyokong tindakan Sufi terus taksub pada Isabella. Pertembungan idea terus berlaku antara Marwan dan Zeus dalam membantu Sufi mencari hala tuju yang sebenarnya, pertembungan ini berakhir dengan pertarungan antara Marwan dan Zeus. Berajayakah Sufi Sufi sedar dari lamunan cintanya kepada Isabella? Mampukah Khadijah dan Marwan menyelamatkan Sufi? Adakah Zeus berjaya memenangi pertarungan dengan Marwan? Semuanya akan terjawab bila gelanggang dibuka.


Review
ketika menonton teater ni, aku lambat masuk, maka mungkin pementasannya dah bermula selama 10 - 15 minit, aku agak terkejut bila aku masuk panggung, sebab props yang agak minimal dan sedikit abstrak. Ya, aku menunggukan sesuatu percubaan yang sebegini, kerana kebanyakan IPTA yang bertanding memilih untuk mementaskan realisme berbanding genre lain. Aku sebenarnya sedikit muak untuk melihat terlalu banyak realisme walaupun aku sendiri sukar untuk menulis skrip lain, tapi Universiti Pertahanan Nasional ni memang berani. Namun, sedihnya...

kualiti persembahan adalah terlalu rendah, pada mulanya aku masih mencari apakah sebab mereka melontarkan dialog - dialog yang indah berpuitis seperti sebuah sajak. Para pelakonnya pula tidak berkomunikasi secara berhadapan, namun berdiri ditempat masing - masing dan melontarkan dialog ke arah penonton walaupun mereka sebenarnya sedang berkomunikasi jika kita dengar dari dialog mereka. Mereka sebenarnya sedang mementaskan DEKON! aku pun baru tahu terma ni semasa belajar disini. DEKON adalah DEKLAMASI SAJAK + LAKON. namun aku sungguh respek pada percubaan mereka yang meletakkan unsur2 pelik, seperti korus2 yang kesemuanya wanita dan memakai baju dengan lambang tic-tac-toe dan beberapa dialog dari mereka yang aku nampak sebagai unsur alienation. Kerana mereka sedang menceritakan kisah romantik dan korus ini pula memberikan elemen yang berbeza. Dari segi lakonan juga, aku tak dapat nak judge, sebab mereka seperti mendeklamasikan sajak, jika pengarah dari mula lagi menetapkan ia adalah teater dan memahami maksud teater itu sendiri, mungkin aku boleh tengok potensi mereka. Satu percubaan berani dari UPNM dan aku sangat - sangat suka konsep mereka, cuma, mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang perbezaan teater dan dekon. Persembahan mereka juga amat pendek, sekita 45 - 50 minit saja.

6. Realiti Alam Fantasi (UIAM)
Skrip : Asyraf Syahir Mohd Najib, Ahmad Rasyideen Abd Halim, Afiqah Ali
Arahan : Asyraf Mohd Najib




Sinopsis
realiti alam fantasi mengisahkan pengembaraan Dani untuk menyelematkan adiknya Luna, dari cengakaman penghambaan Raja Maetius. Sepanjang perjalanan Dani, dia akan menemui teman - teman - keberanian, Harapan, dan Kepercayaan serta kebijaksanaan yang akan mengikuti dan membantunya mematahkan serangan raja Maetius dan pegawai - pegawainya - Kejahilan, Kebinasaan dan Ketakutan. Namun, pada realitinya, mampukah Dani menggulingkan pemerintahan Raja Maetius dan selamatkan adiknya?


Review
Pada mula aku menonton teater ni, secara terus terang aku memang nak tergelak dengan bermacam - macam elemen di dalam pementasan ni. Pementasan bermula dengan lagu yang diambil dari game kingdom hearts dan elemen keanak - anakan ini memang membuatkan aku berfikir yang mungkin pengarah ni terpengaruh dengan cerita kanak - kanak atau permainan video. Namun setelah berada dipenghujungnya, aku seperti menggelakkan diri sendiri, kerana aku amat terkejut bahawa ia adalah mimpi dan angan - angan seorang budak yang mengidap penyakit autisme! apatah lagi dalam cerita ini ditunjukkan dimana beliau cuba menyelamatkan adiknya yang ditangkap oleh raja Madius yang kejam dan jahat. Ada elemen sweet disitu, kerana pada hakikatnya adik dan opahnyalah yang menjaga dia setelah kematian ayah dan ibu mereka. Dari segi lakonan, hanya beberapa pelakon sahaja yang aku anggap betul - betul boleh berlakon, dan watak utamanya juga tidak menampakkan lakonan yang baik, props yang telah mereka gunakan amat cantik, namun sayangnya tidak digunakan dengan betul, alangkah bagus jika pintu - pintu yang memberi makna 4 musim ini digunakan dalam pengembaraan watak utama. Props yang dikeluarkan oleh krew - krew juga sedikit menganggu aku, malah ia digunakan oleh beberapa kumpulan yang lain hinggakan UM sendiri pun begitu. Beberapa kali juga pelakon tersilap keluar pentas dan ingin menuju exit keluar dewan dan bukan bahagian tepi pentas, ini juga memperlihatkan ketidakpekaan pelakon kepada ruang lakonan dan amat merbahaya. Kumpulan ini berjaya mendapat anugerah busana/tatarias terbaik dan aku bersetuju dengan juri kerana elemen - elemen watak berjaya ditonjolkan dengan baik menerusi busana yang telah mereka reka, cuma pelakon juga harus berhati - hati kerana props telinga kambing jatuh dan pelakon tidak perasan hingga habis babak, mujurlah ia berjaya dikeluarkan dari pentas. Aksi - aksi lawan juga harus dikoreograf dengan baik untuk mendapatkan kesan yang dramatik, jika tidak dibuat dengan baik, makanya ia harus ditutupi dengan lampu flicker, misalan, untuk mengelakkan penonton geli hati dengan aksi kurang menjadi di pentas. Namun, aku merasakan skrip ini sangat baik jika dipentaskan dengan baik oleh pengarah, kerana skrip ini berjaya menimbulkan kesan keanak - anakan dalam minda kanak - kanak autisme, dan aku yang menonton ini juga tertampar dengan kesan bertolt brecht mereka pada akhir cerita secara senyap. Dan ketika akhir pementasan ini, kesemua penonton senyap dan tidak bercakap apabila mengetahui hakikat sebenar bahawa ia adalah angan - angan pesakit autisme, pada mulanya aku agak hampa kerana sang hero telah dikalahkan oleh raja Madius, dan rakan - rakannya yang membantunya hanyalah angan - angannya saja, kehampaan ini bagai menggambarkan perasaan seorang kanak - kanak autisme yang mempunyai perasaan seperti manusia lain namun tidak dapat menterjemahkannya seperti manusia lain, maka mereka bagai terperangkap antara hasrat dan kemampuan fizikal. Kesimpulannya, kumpulan ini sememangnya wajar mendapat anugerah khas juri kerana berjaya menghasilkan skrip dan memberikan kesan yang berlainan kepada penonton, berbeza dengan persembahan yang lain, cuma yang peliknya pada aku, kenapa salah satu watak rakan hero dalam cerita ini seperti meniru imej Jesus Christ orang kristian? ha ha ha.

7. Preh (USIM)
Skrip : Asma Nadia
Arahan : Mohamad Arif Taslam


sinopsis
Bencana tsunami yang melanda di Acheh telah memberi kesan yang besar dalam diri setiap manusia yang mengalaminya. Setelah tragedi itu berlaku, seorang ibu yang setia dalam penantian  tidak pernah jemu menanti kepulangan Cutbang, anak sulungnya dan bersama - sama dengan si ibu, dua lagi anak perempuannya. Limah si anak bongsu sentiasa mengharapkan khabar gembira, yang dibawa oleh Zein berkenaan Cutbang. Lain pula halnya bagi Bibah, anak kedua di dalam keluarga itu, yang lebih memilih untuk pergi keluar dari tempat itu. Manakala Zein, rakan karib abangnya tetap terus mencari walaupun dia tahu di akhir pencariannya itu adalah sia - sia. Walaubagaimanapun Zein tetapi meneruskan usahanya agar suatu hari nanti dengan usaha ini dia dapat menggantikan tempat Cutbang di dalam keluarga itu. Dalam masa yang sama, Bibah ingin menemui Nordin, kekasihnya di pengungsian. Adakah dengan penantian ini Cutbang akan kembali? Adakah Zein dapat menggantikan tempat Cutbang? Adakah Bibah akan terus menunggu kepulangan Cutbang? Dab adakah dengan kekusutan ini mereka aka terus menunggu?






Review
akhirnya, aku terpaksa review pementasan ini, dan mungkin sedikit bias kerana aku jatuh hati pada pelakon wanitanya (ceh). Sepanjang pementasan ini sebenarnya aku ingin lari kerana telah jatuh hati pandang pertama kepada watak tersebut, ha ha ha, namun memandangkan aku perlu melihat pementasan ini dan belajar melaluinya, maka aku teruskan tontonan walaupun terpaksa menggigit jari sendiri sehingga putus. Elemen yang membuatkan aku rasa bahawa teater ini layak mendapat tempat ketiga adalah kerana para pelakon (terutama tiga orang watak perempuan) berjaya melakonkan watak mereka dengan real menggunakan lontaran bahasa indonesia dengan agak baik. Walaupun terdapat sedu sedan dalam penuturan bahasa Indonesia mereka, namun aku boleh katakan ia adalah antara yang terbaik jika tidak terbaik dalam kesemua pementasan dalam bahasa indonesia. Ia adalah satu perkara yang susah, kerana pelakon bukan sahaja terpaksa berbahasa asing, dia juga terpaksa menghayati wataknya dan tidak menampakkan penuturan tanpa makna. Cuma seorang pelakon lelaki yang membuatkan aku tidak berapa selesa menonton, iaitu sang jejaka yang jatuh hati pada Limah, kerana dia seakan tidak menghayati watak dan tidak memahami peranan dan dialognya (atau mungkinkah aku marahkan dia yang ingin mengorat watak Limah? perbincangan ini boleh menghala ke psikoanalisis, oh tidak!) Dari segi cerita, aku sukakan dimana terdapat konflik antara pegangan agama yang diwakili oleh Limah dan keinginan hati yang diwakili oleh Bibah. Bibah yang mengandung anak tunangnya itu terus - terusan ingin meninggalkan kampungnya dan ingin mencari tunangnya, antara analisis aku, adalah, bukan sahaja dia terlalu cintakan tunangnya lebih dari keluarga, namun kemungkinan besar kerana dia tidak mahu orang melihat perutnya membesar hasil kandungan anak tidak sah taraf. Isu seorang emak yang menanti kepulangan anak juga dimainkan disini dimana anak lelakinya yang pergi (aku terlupa atas dasar apa) dan meminta ahli keluarganya menunggu kepulangannya. Namun, kebenaran tentang dimana hilang lelakinya itu hanya diketahui oleh si jejaka yang ingin mengorat Limah itu tadi, yang aku faham, ketika ingin menolong lelaki itu dari dihempap oleh tembok, dia telah terkorban dan lelaki yang nak mengorat Limah itu pula terselamat dan hanya luka ringan. Antara perkara lain yang menarik tentang pementasan ini adalah dimana pelakon menghormati props rumah. Props rumah direka tidak mempunyai dinding hadapan dan hanya terdapat bingkai kecil untuk mewakili tingkap dan pelakon pula menghormati props ini dengan menganggapnya bahawa dinding rumah yang tiada itu adalah dinding rumah sebenar, dan pelakon hanya melihat pelakon yang berada di dalam rumah melalui tingkap, itu memerlukan konsentrasi yang tinggi dari para pelakon. Secara keseluruhan, pementasan ini berjaya memenuhi kehendak skrip dan watak dengan baik, cuma terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian oleh pengarah. Jika pengarah berjaya mengolahnya dengan lebih baik lagi, ia memungkinkan pementasan ini untuk naik dari tangga ketiga ke tempat pertama.

p/s : pelakon watak Limah itu bernama Nik Nurul Hanis. aku memang stalker pun.

8. Dejavu Seorang Perempuan (UUM)
Skrip : Ismail Kassan
Arahan : Nor Shaida Shamsuddin


sinopsis
Berkisar tentang kehidupan masyarakat terbuang disebuah daerah terpencil, tempat dimana para pesalah dibuang daerah. Selain penduduk asal, penghuni pekan kecil itu adalah bekas- bekas banduang yang telah tamat tempoh menjalani hukuman buang daerah tetapi ingin terus menetap disitu. Terdapat juga sekumpulan para pendatang tanpa izin Indonesia, pekerja sebuah lombong emas di Hulu Pekan, selain mereka yang menjadi buruh kasar untuk projek rumah murah di pinggir pekan itu.


Review

aku cuba untuk tidak bias dalam review ini kerana isu bahawa sifu aku dr.shark cukup tak berkenan dengan pementasan yang telah mengalahkan TTS dalam festival teater perak tahun 2007 dahulu. Aku juga tertanya, mengapa kumpulan ini dapat tempat kedua? adakah kerana ketua juri Ismail Kassan dan skrip ini juga adalah hasil tulisannya maka terdapat obligasi untuk memberikan tempat kedua secara minda bawah sedar oleh juri - juri? aku pun tak tahu. Terdapat beberapa perkara yag menyebabkan aku berkata begitu. Sebelum itu aku ingin bercerita sedikit tentang lakonan, dari segi lakonan, mereka mempunyai beberapa pelakon yang betul - betul memahami wataknya, seperti watak utama perempuan indonesia itu, aku memang sukakan wataknya, kerana dia dapat memainkan wataknya dengan bagus sekali, hanya sedikit unsur slapstik yang digunakan dan hampir tiada, namun penonton terkesan dengan lakonannya dan ketawa berkali - kali. Dia juga berjaya mendapat anugerah pelakon wanita terbaik Namun pada watak - watak lain, mereka berada di paras yang sederahana, kerana terdapat elemen - elemen ekesagerasi (exaggerate) dalam memainkan wataknya, watak pelacur itu aku boleh kira dimainkan dengan betul. Dan dari segi pemakaian watak pelacur itu, cukuplah aku berkata bahawa produksi ini menghormati budaya sopan melayu (bukan Islam ya). Namun aku harus katakan yang aku menyampah apabila watak suami berbangsa indonesia itu menyanyi. Sudahlah dia tidak tahu bermain gitar dengan betul, nyanyiannya yang tidak kena (bukanlah terlalu sumbang) dengan iringan gitar mainannya yang entah apa - apa (akibat langsung tidak tahu walau satu kord gitar sekalipun) membuatkan aku sakit telinga, dan setiap kali dia ingin menyanyikan lagu aku mahu menutup telinga aku dengan kapas dan mahu katakan 'pergi mati' kepada pelakon tersebut. Bukanlah ia elemen yang penting dalam menilai pementasan ini, tapi bagi aku, sedikit terganggu, kerana mereka memainkan elemen realisme, maka aku perlu memandangnya atas dasar realisme, maka mana pergi sense of reality mereka? seharusnya plakon yang pandai bermain gitar dan menyanyi atau pandai main gitar (sekurangnya tahu satu kord) yang diletakkan diatas, gitar pula seharusnya gitar kapok dan bukannya gitar akustik yang ada sambungan elektrik tu! Dari segi props pula, aku dapat katakan syabas kepada krew kerana berjaya membina dua buah rumah siap dengan props memasak didepan gerai, dan aku dapat rasakan yang nak buat kerja tu pun memang susah. Oleh disebabkan mereka hanya dapat naik ke bahagian teknikal dewan beberapa jam sebelum pementasan, maka tidak hairanlah lighting mereka amat simple sekali. Secara keseluruhannya, antara sebab (mungkin) mengapa pementasan ini mendapat tempat kedua berbanding preh yang mendapat ketiga adalah mungkin kerana elemen props itu tadi yang kelihatan biasa, dan mungkin kerana perbezaan antara kedua dan ketiga itu amat sedikit sekali. mungkinlah.

9. Cinta Seorang Pencuri (UKM)
Skrip : Jean Annouliah
Arahan : Maizura Osman




sinopsis


Benarkah cinta itu buta, tidak mengenal baik dan buruk, tidak mengenal kecantikan dan kejahatan manusia. Benarkah cinta itu menjadikan manusia itu lebih baik atau buruk. Cinta seorang pencuri yang hanya kerjanya mencuri harta orang kaya tapi tidak dengan Gud Dol. Dia memang seorang pencuri kerana mabuk cinta dengan seorang wanita bernama Junaidah. Dia tidak mahu mencari lagi. DIa ingin menjadi orang baik. Itulah pensyaratan yang diminta oleh Junaidah terhadap Gud Dol sekiranya mahu menikahinya. Junaidah tidak tahu apa pekerjaan Gud Dol. Sekiranya Junaidah tahu Gud Dol seorang pencuri, apakah Junaidah ingin mengahwininnya? Bagaimana dengan rakan - rakan seperjuangan Gud Dol? Bolehkah Gud DOl menerima persyaratan Junaidah? Pergolakan berlaku dalam jiwa Gud DOl. Apa yang terjadi? oertanyaan pada cinta seorang pencuri.


Review

kumpulan teater rimba UKM adalah antara kumpulan yang sudah lama menyertai pertandingan - pertandingan teater, mereka juga pernah melakukan pementasan diluar universiti, maka ini adalah diantara sebab mengapa mereka mendapat tempat pertama, kerana pengalaman tersebut walaupun mereka tidak ada graduan dalam bidang teater atau lakonan (sila betulkan kalau aku salah). terus terang aku katakan bahawa ketika menonton persembahan ini, aku baru balik dari gig Mull Debauch di LOT 10. dan aku terpaksa meninggalkan line up - line up band yang bagus dan tak pernah aku tonton terutamanya MUCK pada sebelah malam kerana nak mengejar pementasan ini (aku keluar sedikit awal dari LOT 10 untuk berehat sebab terlalu banyak tenaga digunakan ketika gig, rujuk gambar aku di FB kalau tak percaya). Maka aku mengharapkan pementasan yang kena dengan selera aku dan sesuai juga dengan nama teater rimba, tetapi aku agak hampa pada awal pementasan kerana mereka mementaskan teater slapstik komedi. Dan memandangkan orang malaysia suka lawak - lawak seperti ini (sebab tu banyak filem komedi slapstik kita yang sure bawak untung di panggung, tapi macam dah low sket skarang ni), maka tidak hairanlah mereka mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Teater ini telah mendapat anugerah latar bunyi terbaik dan sememangnya aku harus memberi pujian kerana mereka mempunyai lagu dan latar bunyi yang aku kira susah untuk dicipta bagi sebuah pementasan. Aku juga boleh katakan yang teater ini adalah separa muzikal (atau suku) kerana terdapat beberapa lagu yang dinyanyikan oleh pelakon dipentas. props hotel yang dibuat oleh produksi ini dapat dibanggakan walaupun tidaklah memberi kesan yang sangat mengagumkan (kecuali adegan di waktu malam) seperti pementasan RSJ dan irama dan lagu dari UM, namun ia harus diberi pujian kerana bangunan motel ini mempunyai dua tingkat! barangkali mereka menggunakan kren construction sebagai rangka asas. Aku cuma sedikit hampa apabila elemen agama, dimana watak utama lelaki yang pencuri itu menyamar sebagai anak lelaki orang kaya. Dia menyamar sebagai anak orang kaya itu yang mempunyai asas agama (baca : alim) dengan memakai songkok dan membawa tasbih. terdapat satu adegan dimana watak hero ini ingin disalami oleh watak mak cik, tetapi dia tidak berbuat begitu kerana 'bukan muhrim'. Dengan melihat pementasan ini yang banyak adegan sentuh menyentuh antara lelaki dan perempuan, aku anggap ia sebagai satu gesture yang sangat mengguris hati aku kerana mereka tidak memahami sentimen seorang muslim. Namun meskipun begitu, aku boleh katakan bahawa teater ini membawakan komedi slapstik dengan lakonan yang bagus, kerana apabila adegan konflik antara ketua dan rakan - rakan gengster, elemen komedi ini terus bertukar kepada serius dan dimainkan dengan baik sekali walaupun terdapat eksagerasi oleh pelakon, namun aku sangat sukakan perubahan yang ketara ini. Ini membuktikan bahawa pelakon mereka amat bagus dan telah melayakkan mereka untuk mendapat tempat pertama. Namun beberapa persoalan yang tidak terjawab di dalam naskhah ini adalah mengapa si Gud Dol bertutur seperti orang Indonesia? dari manakah datangnya? jika mereka telah bersama dari kecil lagi, maka mengapakah yang lain tidak bertutur sepertinya? pengkhususan watak harus diberikan dengan teliti oleh penulis skrip memandangkan latar telah dinyatakan di dalam skrip tersebut supaya tidak dibiarkan tergantung dan memudahkan pelakon untuk mengenali watak lakonan mereka. Dan antara lain sebab mereka mendapat termpat pertama adalah kerana mereka berjaya membuat pementasan ini dengan elemen muzikal walaupu pada hakikatnya aku sedikit hampa, kerana alat - alat muzik mereka hanya dimainkan dibahagian hadapan, seperti sebuah bangsawan tanpa mengharapkan bantuan teknikal tambahan sepeti sambungan alat muzik ke amplifier dewan, ini menyebabkan bunyi muzik seperti samar - samar. Namun begitu agak efektif apabila ianya tidak menganggu konsentrasi aku sebagai penonton untuk mendengar lontaran dialog dari para pelakon. Walaupun terdapat beberapa watak yang gagal untuk memenuhi keperluan watak, contoh seperti ah chai, karekter nya sudah ada, namun memandangkan dia berhadapan dengan para pelakon yang jauh lebih bereksegerasi, maka kelihatan wataknya tenggelam walaupun terdapat elemen itu dalam dirinya. watak mamak dan polis pula dimainkan dengan lemah juga oleh pelakon kerana dia memainkan dua watak yang berbeza. kenapa perlu watak mamak (atau india?) ini menggelengkan kepalanya walaupun ketika bukan dalam perbualan? oh, ya, aku lupa ini eksagerasi, baiklah, watak polis pula kelihatan normal tidak seperti lain, namun memandangkan ia adalah watak yang datang pada saat terakhir, maka kehadirannya adalah satu elemen lucu dalam pementasan tersebut. Secara kesimpulannya, antara sebab kenapa UKM memenangi tempat pertama adalah mereka berjaya menggabungkan elemen muzikal walaupun tidak banyak ke dalam pementasan ini, meskipun lakonan dan props mereka tidaklah terlalu mengagumkan namun penggunaan setiap ruang dan peranan ini memungkinkan mereka untuk mendapat tempat pertama, dan perubahan dari slapstik kepada serius adalah satu perkara yang sangat - sangat patut diberi pujian kerana tidak ramai yang mampu berbuat begitu.


Keputusan 
berikut adalah keputusan festival teater MAKUM 2012

keputusan Makum (mana yang aku ingat lah)

tempat ketiga : teater Preh (USIM)
tempat kedua : teater dejavu seorang perempuan (UUM)
tempat pertama : teater cinta seorang pencuri (UKM)
pelakon lelaki terbaik : watak mid dalam As-Syura (UPSI)
pelakon wanita terbaik : watak Narti dalam dejavu seorang perempuan (UUM)
pelakon pembantu wanita terbaik : Bibah dalam dalam Preh (USIM) *tak sure
pelakon pembantu lelaki terbaik : william dalam irama dan lagu (UM)
tatarias/busana terbaik : Teater Realiti Alam Fantasi (UIA)
props terbaik : Teater Irama dan Lagu (UM)
Teknikal Terbaik : Teater Rumah Sakit Jiwa (UPM)
Adaptasi/Arahan terbaik : Nuex Rosli, Cinta seorang Pencuri (UKM)

latar bunyi dan muzik terbaik : Cinta seorang pencuri
Pelakon harapan :

1. Agok dalam teater As-Syura

2. nyai tua dalam teater kebayan
3.Tunggul  dalam teater Rumah Sakit Jiwa

4. Pokka dalam teater realiti alam fantasi
5. Lela dalam teater Cinta Sang Pencuri
6. Rohana dalam teater Dejavu Seorang Perempuan

pada mulanya aku tidak berapa setuju dengan juri, tapi lepas aku review ni, baru aku terpk kenapa diorang menang, berikut adalah komen juri yang aku ingat.

Ismail Kassan
-para peserta diberikan bengkel terlebih dahulu mengenai teater sebelum diadakan sesi latihan.
-pencapaian menurun berbanding tahun lepas kerana seharusnya mereka menonton persembahan tahun lepas untuk melihat dan membezakan atau sebagai benchmark untuk mereka memperbaiki mutu persembahan.
-menggalakkan penulisan skrip sendiri
-memberi galakan agar menulis skrip yang mengekspresikan pemikiran generasi mereka terhadap isu sosial dan sebagainya.
-mencipta identiti sendiri dan tidak meniru barat atau tempat lain semata - mata.
-menggunakan teknikal dengan sebaiknya (terutama kesan lampu atau permainan lampu yang dilihat lemah - kata peserta kerana mereka hanya diberi masa untuk melihat teknikal beberapa jam sebelum pementasan)
-berharap agar satu hari nanti peserta MAKUM dapat mementaskan TOTAL THEATRE.


Juri wanita (tak ingat namanya tapi ada Palestin kat belakang)
-tidak mengabaikan budaya, adab dan agama. (menyentuh soal agama dan beberapa adegan ranjang yang seharusnya diperhalusi dengan menggunakan kreativiti).
contoh : tepak sirih yang terbalik untuk menggantikan adegan ranjang (mungkin selepas adegan kahwin)
-tidak terlalu exaggerate dalam lakonan. 'little is better'
-juri sepatutnya mengadili mereka berdasarkan pengetahuan dan latar belakang mereka. (adakah mereka belajar tentang teater atau tidak).

Dr.Rusdi Suboh
-lakonan yang sekadar melontarkan dialog dan tidak menghayati watak.
-penghayatan watak seharusnya dilakukan sebelum dialog dihafal, mereka harus mencari watak dahulu.


rasanya itu sahaja yang aku ingat, kalau ada yang boleh aku tambah, aku akan update nanti, insyaallah. pengalaman menonton MAKUM buat pertama kali ni membuka lagi minda aku untuk mencuba banyak benda lagi, dan sudah semestinya membuatkan aku berhati - hati tentang apa yang aku seharusnya lakukan baik sebagai seorang pengarah, penulis, pelakon ataupun krew pentas.

wallahualam.

p/s : Theatre As a Platform for Dakwah. Impian dua orang sifu aku, Dr.Shark dan Dr.Zainal Latiff.
masih mencari kekuatan dan pengalaman....

36 comments:

  1. fun reading ur entry.
    -im one of the UPM production crew ;D

    ReplyDelete
  2. Tambahan pelakon harapan,

    1. UiTM - watak nyai tua tak silap aku
    2. UPM - watak Tunggul

    Ni je yg aku ingat. N thanks atas kupasan ni. Akan diambil utk dijadikan panduan pd masa akan datang.

    Produksi RSJ

    ReplyDelete
  3. terima kasih, salam perkenalan dan selamat berteater, harap2 masih terus berminat untuk berteater dan mengikuti perkembangannya. teruskan usaha dan selamat maju jaya! :)

    ReplyDelete
  4. ohh terima kasih for the review. all the honest reviews membuka mata kami. terima kasihhh!!!!
    pelakon harapan lg sorg Pokka - realiti alam fantasi.
    insyaAllah. ada masa jumpa lagi. selamat berteater and all the best.

    *kambing yang telinganya terjatuh, Realiti Alam Fantasi, UIA > :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, takder masalah, teruskan minat anda terhadap teater (jika ada) dan teruskan mengikuti perkembangan teater, dan terus terbuka minda tentang dunia seni di Malaysia sebagaimana saya dibukakan minda 5 tahun yang lepas. :D

      Delete
  5. Adaptasi/Arahan terbaik : Nuex Rosli (Cinta Seorang Pencuri)


    thanx atas review ni.
    sy pserta dari UKM. pelakon watak petbun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, petbun? alamak, tak ingat la pulak, tapi aper2 pun tahniah atas kejayaan ini ya? teruskan berkarya geng teater rimba! :D

      Delete
    2. satu lagi,
      pelakon harapan terbaik
      watak Lela (Cinta Seorang Pencuri)

      Delete
  6. arahan / adaptasi terbaik : Cinta Seorang Pencuri

    ReplyDelete
  7. Saya suka sekali dengan komentar anda tentang UKM, karena itu sebagai penata musik UKM, izinkan saya menjawab beberapa pertanyaan anda :)
    Gusdul memang lah orang Indonesia, produksi kali ini mencampurkan 2 negara, Indonesia dan Malaysia, sebagian besar dari produksi kali ini, adalah orang indonesia, saya sendiri pun Indonesia ...
    Skrip yang kami pilih inipun hasil dari saduran orang Indonesia, tapi kami semua ingin menggabungkan berbagai macam watak di dalam teater ini dengan tujuan untuk menonjolkan semua watak di dalam teater ini ...
    Mengenai musik sendiri, sebenarnya saya sendiri tidak terlalu hebat dalam musik, karena itu pada awalnya ketika sang pengarah menginginkan teater ini menjadi sebuah teater musikal, saya agak bingung dan ragu teater musikal ini akan berhasil, tapi berkat bimbingan pengarah dan senior dan berbekalkan pengalaman saya sendiri, saya sangat berbahagia mampu membuat teater ini menjadi sebuah musikal yang disukai penonton ..
    Kami sebagai para produksi sendiri tidak bisa memberikan komentar apa-apa tentang teater Universiti lain karena kami pun tak sempat untuk penontonnya ..
    Dengan persiapan tak lebih dari seminggu, kami harap teater ini bisa diterima baik oleh penonton, kemenangan kami pun ini untuk para penonton :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar? wahhh, tahniah tahniah tahniah jika begitu!!!! sayang sangat sukakan kolaborasi antara negara terutama dengan indonesia, komentar saya cuma pada skripnya sahaja dan jika penonton tidak tahu pastilah dia keliru seperti saya, namun dengan kolaborasi begini, saya sangat terharu dan berharap agar kumpulan lain juga bisa membuat kolaborasi seperti ini dimana kita dapat berkongsi ilmu dan informasi antara satu negara ke negara lain.

      TAHNIAH SEKALI LAGI YA!!! :D

      Delete
    2. Terima kasih :)semua tak akan berhasil tanpa bantuan dari semua orang ...
      Kolaborasi ini bukan hanya bisa dilihat dari produksi kali ini, namun diproduksi-produksi sebelumnya kami juga merupakan semua keluarga :)
      Saya rasa, teater yang lain mampu membuat kolaborasi yang mungkin lebih hebat dari kami, kuncinya "rasa kekeluargaan" ...
      Sekali lagi terima kasih banyak untuk komentarnyaa ... mudah-mudahan di tahun hadapan kami mampu memperbaiki apapun kesalahan kami :)

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, jangan salah anggap ya annisa, saya tidak berapa menyukai teater ini adalah kerana aksi - aksi slapstiknya, lebih tepat, genre yang dipilih, jika ia dilakonkan dengan bersahaja, tanpa aksi yang berlebihan namun dengan membentangkan situasi yang lucu kepada penonton itu saja boleh mendatangkan kelucuan di hati mereka, ia sama seperti jika saya mengatakan saya tidak suka makan satay, namun saya suka makan ayam goreng, dalam pementasan ini, ada beberapa ketika saya terhibur dengan gelagat beberapa pelakon, namun saya tidak berapa menggemari aksi komedi slapstik.

      jika ingin memilih genre komedi biasa, mungkin beberapa perubahan perlu dilakukan terhadap skripnya dan mungkin juga plot di dalam setiap adegan, namun sekali lagi perlu ditanyakan, siapa penontonnya? barangkali yang tidak menyukai komedi slapstik pada malam pementasan dahulu cuma saya seorang, atau mungkin saja semuanya, namun dari respon saya melihatkan kebanyakan penonton menyukai dan terhibur dengan komedi yang ditonjolkan, maka terserah kepada pengarah untuk memilih apa saja genre yang ingin digunakan, asalkan pada akhirnya kebanyakan penonton akan terhibur atau dapat menangkap mesej yang ingin disampaikan.

      muziknya bagi saya sudah cukup menaikkan mood untuk menonton, cumanya dari segi teknikal kurang memuaskan kerana alatan muzik tidak disambungkan ke speaker dewan, dari segi props pula, alangkah baiknya jika kita dapat melihat isi dalam bangunan hotel itu, barangkali seperti yang dilakukan oleh kumpulan UPM dengan pementasan Rumah Sakit Jiwa, namun ia memerlukan sebuah props bangunan motel yang lebih besar dan kompleks strukturnya, dan saya merasakan apa yang telah dilakukan oleh oleh team produksi ini sudah cukup baik.

      oh ya, untuk kerusi yang berada bertentangan dengan kedai mamak itu alangkah bagus jika terdapat lampu tiang yang mempunyai rekaan yang agak klasik yang tidak terlalu tinggi untuk memberikan kesan yang agak romantis terutama dalam adegan Gus Dol dan Jun memandangkan kebanyakan busana yang digunakankan agak retro. saya rasa itu saja yang dapat saya kongsikan dalam masa yang singkat ini.

      saya juga hanya ada sedikit sahaja ilmu teater, itupun daripada pengalaman, dan bukan pembacaan kerana saya bukanlah pelajar bidang teater, saya harap kita juga bisa bertukar pendapat dan ilmu untuk meningkatkan pengetahuan yang ada. sila tunjuk ajar ya?

      terima kasih atas komentar, persembahan yang menarik dan salam perkenalan. :)

      Delete
    2. terimakasih bnyak ya bg masukan nya . insyallah kami akan perbaiki kekurangan kami . saya tidak salah anggap kok bg . hehehehe .
      kita sebenarnya latihan dalam waktu yang sangat singkat , hanya 6 hari masa untuk berlatih , membuat setting, costum dan semuanya . dan kami juga hanya memakai seadanya dan orang yang seadanya . skrip semuanya kami juga kerjakan dalam masa 6 hari itu . kami sangat kesuntukan waktu . tapi ya Alhamdulillah kami dapat menghibur sebagian penonton :)

      terimakasih masukan nya bg :) nanti kita akan coba

      Delete
  9. 13 komen. Bagus tu. Moga-moga rebiu ini akan diterima dengan hati terbuka dan memberikan perkembangan yang sihat di dalam arena teater kita. Kalau di sesetengah negara, pengkritik ini adalah antara ejen penting dalam membangunkan industri teater. Negara kita, mungkin masih baru. Nak mula, kena mula dari sedikit.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih karena memberi komentar yang baik, menguraikan ulasan pementasan teater MAKUM, karena selama ini belum ada yang memberikan komentar di surat kabar di Malaysia, tidak seperti dulu ada komentar teater di surat kabar dalam bahasa inggris maupun dalam berita harian ataupun "utusan Malaysia". Tapi sekarang tokoh-tokoh yang bijak pandai tidak menulis lagi atau tidak mementaskan drama yang berbentuk karya-karya besar berbanding dengan Putu Wijaya dari Teater Mandiri Jakarta, guru saya, yang banyak mengadakan pementasan di luar negara, seorang tokoh dalam bidang sastra film teater dan sarjana hukum. Begitu juga teater "Koma" yang masih aktif hingga sekarang. Mereka masih bergiat aktif dalam dunia teater. Perjalanan yang dilalui banyak yang perlu kita belajar, bukan sahaja dari ilmu seni teater, maupun dalam bidang seni lainnya, seperti melihat Festival Teater Jakarta, Festival Teater Remaja Singapura, Festival Teater Kebangsaan, dan di tempat-tempat lain. Pengalaman ini sebagai suatu sharing bertukar pikiran, bertukar pendapat, mencari ilmu dan menghargai, karya, ilmu orang lain, apakah itu bagus ataupun tidak bagus. Seperti yang dikatakan oleh Pak Teguh Karya, seorang Sutradara Film dan Teater, guru saya, mengatakan "Belajarlah, carilah ilmu, hargai orang lain ... Jangan melihat hanya dikampung sendiri tapi juga melihat dikampung orang lain ... Jangan mengatakan aku yang lebih baik, tapi ada yang lebih baik dari aku ... Maka pengalaman itu harus diambil, untuk ada rasa kebersamaan, rasa memahami dan bertukar pikiran, bukankah itu lebih hebat ?". Pengalaman ini saya kira pernah dilakukan oleh "Teater Rimba" bersama "Universiti Indonesia", setiap tahun mereka mengadakan perbincangan, bertukar ilmu dan pendapat. Seperti juga yang pernah dilakukan oleh pelakon "Universiti Malaya", "Pentas Universiti Putra" dan "Teater Rimba UKM" dalam tahun 80-an, mereka mengadakan latihan, perbincangan, keterbukaan, bengkel bersama-sama, ini lah masanya mereka tidak menggelar "Aku dari Universiti Aku" tapi merasakan dunia seni teater itu menghasilkan kebersamaan sebagai suatu karya. Apakah baik atau tidak baik yang menilai adalah penonton dan masyarakat. Belajarlah mencari sebanyak-banyaknya ilmu, tapi bukan hanya berdiri dikampung sendiri tanpa melihat, mendengar karya orang lain di tempat lain. Jangan jadikan musuh, kita jadikan kawan, carilah sahabat seni yang lebih ramai, jangan jadikan mereka musuh, jadikan mereka sahabat kita, sahabat perjuangan bersama. Menilai yang baik untuk memperbaiki karya seni teater, apakah bentuk realis, surealis, atau apa sahaja, kita harus terima. Begitu juga dengan karya-karya lain seperti Film, Sastra dan Tari. Karena seni teater meliputi karya-karya seni lainnya. Terima kasih sumbangan yang diberikan sebagai bahan pemikiran, pelajaran untuk kawan-kawan agar lebih baik, ceria, cerna, dan saling tidak menyakitkan. Karena seni itu indah di mata Tuhan. Selamat Berjuang !

    Dari Bung Kancil

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pandangan bung kancil, perbincangan seperti ini harus diadakan lagi, mungkin dikesempatan yang lain, sesi perbincangan boleh diadakan kepada para peminat seni dan teater untuk berdiskusi tentang idea, harapan, impian supaya dapat kita menambah baikkan mutu dan kualiti pelajar dalam mempersembahkan pemikiran mereka melalui medium seni. :)

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. maklumat tambahan:

    pelakon wanita terbaik : Watak Narti (Isteri Indonesia)
    pelakon harapan : Watak Rohana (Dejavu Seorang Perempuan)

    p/s: thanks suke kat watak Narti tue =)
    kikiki.. malu lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti yang berlakon watak narti tu kan? ha ha ha, congratz ya? dan teruskan berteater. ;)

      Delete
    2. hehe..ade nmpk lg ke perwatakkn narti tue? (kantoi pulak)
      btw..kmu xrase ke yg sy pon xpndai nyanyi jgk? kikiki

      Delete
    3. ha ha ha, watak narti bukan pemalu, so dah tak nampak la tu. ha ha ha, tentang nyanyi tu tak pasan, sebab time menyanyi tu macam the whole stage tak pandai nyanyi, so tak perasan mana satu yang pandai nyanyi atau tak. :P

      Delete
    4. ceh..perli la tue,,saya memg narti tau..kikiki.. memg sume xpndai nyanyi.. tu realiti yg kmi bawa.. xsmua org leh nyanyi.. seorang pelakon yg mungkin pandai menyanyi n menari tu adalah advantage.. btw.. kami nyanyi aja kok.. menghibur hati.. hahaha...

      Delete
    5. tak pandai nyanyi takper, tapi at least tau la main gitar, sebab orang beli gitar, mesti tau main walau satu kord.... (T_______T)

      Delete
    6. hahahahahaha.... no comment.. sush nk ckp la awk..(^^)

      Delete
    7. btw..thanks for the review.. akan kami buat rujukan dan improvement nant..=)

      Produksi Dejavu Seorang Perempuan

      Delete
  13. Replies
    1. ha ha ha, tak lah, saya syafiq faliq bin alfan, atau kawan2 panggil SEFA. ;)

      Delete
    2. laa mcm familiar ja.. haha okey2.. :)

      Delete
  14. Btw, nama evil king dalam Realiti Alam Fantasi bukan Madius, tpi Maetius. Nama Maetius tu derived dri pkataan autisme sendiri. Rearrange huruf2 and akan dpt autisme = maetius :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, terima kasih sebab betulkan, sebab tulis review dulu baru tulis sinopsis, baru pasan yang benda tu salah, really? bagus2, itu sangat kreatif, teruskan menulis! :D

      Delete
  15. Bro aku salah seorang alumni UUM teater yg membantu bdak tu masa Makum( Seminggu je sblum Dowg g Makum)
    Memang di UUM kami tiada Fakulti teater...aku sendiri perlu belajr melalui grup dan aktivis teater di luar bg mningkatkan pengetahuan ak ni...mula dr prop smpai ke pngarah
    Komen yg ko bg tu ad btulnya...bg aku dowg still new...(UUM le U lain ak xtahu) so mistake itu mampu mematangkan downg..
    soal kemenangan aku xleh nak komen sngat..sb apa yg juri nilai adalah perkara yg abstrak..bg aku festival teater Makum adalah medium untuk pengiat teater peringkat universiti untuk menonjolkan bakat dan mempelajari sesuatu
    Sejujurnya aku tiada degree atau sijil dalam teater cuma pngalaman berkerja dgn plbagai produksi teater dpt memberi ak sedikit ilmu mengenai teater.
    So bg aku mereka msih bru,msih hijau dan ada antara mereka mengenali teater apabila memasuki UUM,
    So kita tidak boleh meletakkan benchmark yg tinggi kpd org bru dlam teater.
    so thank for the komen anyway.
    Pendapat aku teater ini bidang yg masih belum berkembang pesat dimalaysia.Ketika aku menyertai group teater luar UUM...aku dapat lihat penerimaan masyarakat dan pemahaman masyarakat terhdap teater masih rendah.Ketika di UUM dulu,aku juga dapat lihat Teater sering dianggap seperti satu hiburan tanpa pegangan.
    Dulu aku cuba perjuang teater di UUM,kerana nasib teater di UUM ibarat telur dihujung tanduk.
    Aku cuba terapkan indahnya teater dan teater adalah satu cabang seni yang ada Falsafah,prinsip.Kerana Bagi aku teater ini memanusiakan Manusia.Setelah mengalami Zaman yang suram DiUUm,aku Melihat teater diangkat kembali di UUM dan bertanding Di Makum.
    Bagi aku,kita jangan terlalu prejudis dengan konsep Teater samada realism,separalism,absurd sb kesemuanya ada nilai seni.Jika kita terlalu meletakkan nilai pada seni.Maka ia bukan seni,hilang keindahan seni.Bukankah seni itu berkembang?seperti juga dengan teater.Jika kita terlalu menghalang perkembangan seni maka ia mudah terkubur.Saya cuma insan kecil dalam teater ibarat kuman saja.Pada pendapat saya,adakala perubahan dalam teater itu penting bg memastikan ia trus mekar ibarat bunga ketika fajar menyingsing tetapi haruslah mengekalkan nilai ketimuran kita sendiri.Anyway thanks for the comments.AKu berharap kita dpat berkenalan bg berkongsi pendapat dlam teater
    Insan Kecil...sekian..salam Persahabatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komentar, untuk aku, aku tak ada masalah dengan keputusan, sebab bagi aku, memang keputusan yang diberikan oleh juri, memang betul2 kena dan ikut kemampuan dan latar belakang pelajar atau kumpulan tu sendiri, sebab tu aku merasakan yang UKM memang patut menang atas usaha mereka untuk buat lagu dan sebagainya, kepada konsep atau genre teater tu sendiri, aku sebaik mungkin untuk tidak prejudis dalam memberi komen atau review sebab itu akan jadi tak adil, hanya kerana aku suka makan nasik, tak semestinya aku patut cakap yang mee goreng tu langsung tak sedap, it all comes back to preference, dan aku merasakan meskipun aku tak berapa gemar genre pilihan UKM iaitu slapstik, namun dari segi lakonan, diorang betul2 bagus dalam menukar mood, cumanya aku sedikit kesal sebab beberapa universiti yang mampu untuk buat genre2 selain dari realisme, tak buat benda tu, kerana itu akan memberi cabaran yang berlainan kepada krew produksi itu sendiri.

      apa2 pun, teruskan berjuang dan meminati seni teater, seni tidak prejudis kepada peminat2nya. :)

      Delete