Tuesday, October 25, 2011

Bika Ibu


ibu pulang, 
bawa berita sedih,
bahawa dia telah bertambah tua sehari lebih,
namun riaknya tidak sedih
cuma sedikit pedih,
menanggung usianya yang takkan kembali jernih,

dan aku meraung dalam sedih,
kerna turunnya ibu dari bas sepi itu,
dengan keropok Bika,
perisa ayam,
yang tak habis dimakan

dan aku hidup hingga kini,
makan nasik ibu yang enak,
tanpa sedar dia tak mampu makan bersama lagi dengan aku seperti kecil dahulu, 
kerana kansernya yang bernama tua,
yang memakan jiwanya hingga saat ini.

ibu,
maafkan anak ini,
yang tak mampu membalas semula, 
walau sebutir nasi jerit perihmu.



...berdasarkan cerita sebenar.

No comments:

Post a Comment